15 Feb 2011

Giliran Blogger Pula Tinggalkan PKR, Cucumatkilau & Matsamankati Ucapkan Sayonara!

Selamat Jalan PKR

PKR pasca 2008, tak sama dengan PKR pra-2008. PKR sebelum menang, tak sama dengan PKR selepas menang.

Gambar: cucumatkilau (kiri) matsamankati (kanan)

Sebelum menang, macam-macam janji. Macam-macam harapan yang ditaburkan. Selepas menang, janji entah kemana, harapan entah kemana.

Aku dah baca banyak komen. Aku dah dengar banyak alasan. Aku dah tengok banyak contoh. Dan aku dah rasa banyak pengalaman.

Cukup lah sampai disini. Aku tak mau lagi bersubahat dengan mereka yang mungkir janji. Sebab mungkir janji itu adalah sifat munafik.

Aku tak mau dengar alasan lagi. Sebab alasan hanyalah helah untuk menutup kelemahan.

Aku tak mau kutuk lagi, sebab itu bukan contoh yang baik.

Dengan itu…aku mengambil sikap untuk berundur dari PKR. Aku bukan keluar PKR, sebab aku masih lagi memegang prinsip yang diperjuangkan. Tetapi aku tak sanggup lagi berada dalam PKR yang ada hari ini kerana ianya tidak lagi memegang prinsip yang diperjuangkan.

Maka dengan ini, aku mengisytiharkan, bahawa aku bukan lagi ahli PKR, bukan lagi penyokong PKR dan tidak ada kena mengena dengan PKR. Tetapi bukan bermakna aku memusuhi semua kerabat PKR. Masih ramai mereka yang didalam PKR yang aku hormati.

Tetapi oleh kerana ianya dipimpin oleh mereka yang tidak lagi aku hormati, maka aku tidak lagi mahu bersubahat dengan mereka.

Selamat jalan PKR. -ureka.asia


Blogger Cucumatkilau 'Secara Rasmi' Isytiharkan Keputusannya Keluar Dari Parti Keadilan Rakyat

KUANTAN, 11 Feb [12.03 pm] - Akhirnya Blogger Cucumatkilau @ Mohd Shukri Mohd Ramli (foto), 39, hari ini mengesahkan yang dirinya secara rasmi mengundurkan diri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Sidang media telah berjaya diadakan di Restoran Sg.Kita, Jalan Tanah Putih dekat sini jam 10.00 pagi tadi. Dengan keputusan ini juga bermakna beliau kini tidak lagi terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan parti itu.

Menurut Cucumatkilau keputusan yang diambil ini biar pun berat tetapi terpaksa ditelan jua memandangkan beliau mahu bergerak bebas dan menumpukan sepenuh perhatian kepada kerjayanya.

"Saya mahu berehat dan lupakan seketika dunia politik. Banyak benda yang perlu saya uruskan terutamanya berkaitan dengan keluarga. Saya mahu menumpukan sepenuh perhatian untuk membela nasib keluarga dan masa depan anak-anak", katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan keputusan yang diambil ini akan dicemuh dan dikutuk oleh ahli-ahli PKR terutamanya bagi mereka yang memang sejak sekian lama tidak bersetuju dengan pandangan saya.

"Orang boleh kata apa saja, namun niat saya untuk keluar memang sudah lama saya maklumkan cuma ia tidak secara rasmi. Kini barulah saya rasa bebas dan boleh menentukan hala tuju masa depan saya sendiri. Memang saya akui banyak tuduhan akan dilemparkan oleh mereka selepas ini. Itu hak mereka, tetapi hak saya perlu dipertahankan. Ketika saya jatuh, susah dan mengharapkan simpati tiada siapa yang mahu datang membantu tetapi bila saya memilih jalan hidup sendiri ramai pula yang mempertikaikan. Biasalah, buat baik pun orang akan mengutuk apatah lagi dengan keputusan berat yang saya ambil ini", tambah beliau lagi.

[Dalam pada itu, beliau juga tidak menolak kemungkinan akan kembali berpolitik suatu hari nanti jika ada kekuatan dan semangat untuk meneruskan perjuangan itu. Ikuti kenyataan beliau dalam blognya www.cucumatkilau.blogspot.com, terutamanya mengenai beberapa teguran dan nasihat buat mana-mana sahabat yang masih meneruskan perjuangan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sendiri.

Kami dan seluruh warga kerja Pahang Daily Online mengucapkan selama berehat untuk Cucumatkilau, semoga perjuangannya akan diteruskan dalam apa jua cara sekali pun.

Biar apa pun yang terjadi, kami yakin yang beliau telah memikirkan apa yang mahu dibuatnya. Keputusan yang dibuat itu adalah selepas beberapa lama membuka ruang perbincangan dengan sahabat terutamanya pemimpin PKR itu sendiri. Jika beliau seorang pengkhianat, lebih baik dia terus keluar dari PKR tanpa berbincang sebegitu lama. Namun, orang ramai yang mengenalinya saja yang boleh menilai apa yang dilakukannya ini. Bagi kami, hak peribadi beliau usahlah dipertikaikan kerana dia lebih mengetahui segala apa yang mahu dilakukannya sekarang. -pahangdaily


Ulasan GB

Apa yang GB katakan sebelum ini menjadi kenyataan.

Tindakan Anwar, Saifuddin dan Azmin sendiri yang menyebakan PKR jadi begitu menyebabkan ramai yang bertindak meninggalkan parti.

Dan anehnya pimpinan tidak memperbaikinya, sebaliknya terus mempertahankan kelemahan dengan nak jelajah satu negara baiki imej parti, kata mereka.

Petikan:

Imej parti nak dibersihkan dengan menjelajah satu Malaysia. Itu satu langkah yang baik. Setidak-tidaknya dari perspektif kekuatan PR sendiri supaya PKR tidak terus-terusan menjadi liabiliti kepada PR.

Tetapi pemulihan imej tidak hanya dapat dilakukan dengan sekadar menampal make-up di wajah yang telah hodoh sedangkan tak ambil langkah positif perbetulkan kelemahan yang menyebabkan PKR ditolak dan imejnya tercalar.

Ini zaman IT. Ini zaman orang berilmu, ini era twitter, era blogging, zaman orang berfacebook! Orangramai tidak semudah itu boleh menerima kata-kata ucapan retorik lagi.


13 ulasan:

  1. Betul tu GB... diorang tu tak pernah belajar dari kesilapan...

    Banyak lagi daki diorang yang belum di londehkan... jika di londehkan, momentum ke Putrajaya bakal berkubur..

    BalasPadam
  2. TAK ADA ISTIQAMAH, ORG MCM NI KITA X NAK,, KALAU X SETUJU JGN KELUAR DIAM CUKUPLAH..DARI PENGUNDI BARU

    BalasPadam
  3. Ok mari kita lihat dengan lebih teliti.

    Aku akui pemilihan PKR yang lepas telah mencalar kan imej PKR. Ditambah dengan media pencacai di Media Prima dan Utusan Meloya yang saban hari memburukkan PKR semasa berlangsung nyer pemilihan parti.

    PKR macam parti biase jugak ade yang keluar dan ade yang masuk. Mungkin yang keluar tu ade sebab tersendiri mengapa die keluar. Itu masalah peribadi mereka dengan parti.

    MSK aku akui orang tua ni agak berpengaruh terutama di Perak. Bile orang macam MSK keluar parti.Ia sesuatu yang agak berat dan menyedih kan.

    Tapi aku orang muda. aku nak hidup lama lagi. aku memilih untuk lebih memandang ke hadapan. aku bayang kan mase depan aku. Nanti lepas aku graduate aku ingin kan peluang pekerjaan. aku ingin berumah tangga ,ade anak. aku tak nak anak aku menanggung beban penjamin PTPTN mcm aku.

    Jadi aku memandang PR sebagai alternatif terbaik untuk merubah negara ini. ya, UMNO dan Barisan Najis nyer harus dihapuskan untuk menjadi Malaysia lebih baik. PKR ade seorang tua yang aku pikir boleh merubah Malaysia menjadi lebih baik Anwar Ibrahim dan rakan2 kepimpinan PR.

    Jikalau kite asyik menyerang PKR habis-habisan kerana pemilihan parti. Kredibiliti orang tua bernama Anwar ni juga akan terjejas teruk. Ditambah serangan Media2 pencacai akan menyebab kan bukan sahaja Anwar tapi seluruh kepimpinan PR juga akan terjejas. Bile kempimpinan PR terjejas masa depan untuk merubah Malaysia juga terjejas.

    Ya , GB dan Isa (ikutsukaaku:isa)akan mengganggap saya ini tak betul, kejam, tak amik kisah mengenai penyelewangan pemilihan parti PKR (kalau betul ade penyelewengan). Aku lebih sayang kan negara aku dari PKR (walaupun aku penyokong kuat PKR). Aku lebih sayang kan negara, dari pade berdebat wujud ke tak penyelewengan dalam parti. Agenda merubah negara lebih penting dari tahu sape yang bersalah dalam pemilihan parti.

    Kalau GB dan ISA berkata PR boleh menang tanpa Anwar. Saya fikir saudara berdua silap.Memetik kate2 Karpal Singh " PR will not going to Putrajaya without Anwar". Saya tak fikir Karpal Singh ungkap kata-kata ni secara suka-suka. Kite tak boleh menafikan pengaruh hebat individu bernama Anwar ni. Anak muda melihat Anwar sebagai ikon.

    Secara kebetulan PKR parti yang diterajui Anwar. Jika kite masih mengkritik pemilihan PKR secara berterusan sampai PRU 13. Kredibiliti Unofficial Leader PR ni akan terjejas. Dan PR dan cita2 untuk merubah Malaysia juga akan terjejas.

    Tidak kah saudara berase pelik. Dalam blog pencacai, Surat Khabar Utusan dan media television hampir setiap hari mengutuk, memaki, mencaci Anwar Ibrahim??? Dalam banyak2 pemimpin PR Anwar yang paling teruk kene caci. Diserang oleh banyak pihak. Semua salah Anwar. Tak percaya bace Utusan Online hari ini 15/2. tengok hampir semua berita mancaci Anwar. Tak cukup ruangan Politik, ruangan Dalam Negeri ade cacian terhadap Anwar.

    Mesti saudara fikir saya terlalu berharap pade seseorang individu. Ok bagitahu saya pemimpin PR lain yang mane mempunyai pengaruh, karisma yang sebijik atau lebih bagus dari Anwar? Pemimpin yang boleh diterima semua kaum tanpe banyak masalah. Sebut saje satu nama. Saya ramal jawapan nyer tiade bukan???

    Musuh pun tahu Anwar ini antara penghalang paling besar untuk mereka terus merompak negara. Kalau parti politik boleh menembak mati lawan masing2, aku fikir nama Anwar Ibrahim berada dalam Top List pemimpin yang harus ditembak mati dulu. NO 1 ANWAR, NO 2, ANWAR, NO 3 ANWAR, NO 4 BARU NIK AZIZ.

    Jikalau saudara ISA dan GB mempunyai inspirasi yang sama mcm saya ingin melihat Malaysia menjadi lebih baik. Kite patut sama2 berjuang. bertekak sesama sendiri tak membawa ape2 faedah.Nak harap kan UMNO sampai kiamat pun tak kan jadi.

    BalasPadam
  4. hafizahmad,

    kalau anda nak jadi pencacai anwar, pergilah.

    sebab pkr akan terlokop sebab anwar dan azmin kerana dasar penipuan yang mereka lakukan di dalam pemilihan.

    PR akan pergi ke Putrajaya tanpa mereka yang berperangai sama spt UMNO.

    Jangan kata hanya Anwar saja berkalibar. Ramai tokoh lain yang lebih bersih dan lebih berwibawa selain Anwar.

    Mohd Nizar sdg menunggu di Parlimen utk dinobatkan sbg PM bila PR berkuasa nanti.

    BalasPadam
  5. perlu diingat kan bahawa PKR tidak akan dapat bergerak dengan lancar jika ini lah yang terjadi dengan penyokong dan atau siapa saja yang berkait rapat dengan PKR .kalau asyik memikirkan PKR gagal merealisasikan apa yang terkandung dalam manifesto.Bagaimana PKR boleh bergerak lancar sedangkan orang-orang ini seperti lalang yang mengikut angin bila di tiup,masalah orang dalaman PKR sendiri seolah-olah tidak sabar,usah di banding kan dengan parti lawan yang serba serbi lengkap serta utuh (53 tahun nak di bandingkan dengan 3 1/2 tahun)tetapi kalau kita tetap bersatu dan bersabar tidak mustahil 3 1/2 dapat menguasai 53 tahun , Anwar Ibrahim tak sempat atur stratigi kerana orang dalam buat hal dari Mp yang 4 / 5 orang keluar parti konon nya tak puas hati dengan parti.............come on bro.......bukan menang undi tapi menang ceramah(kempen) saja lah lu .Kalu ini masih menjadi ingatan sampai bila Malaysia tak akan berubah.....................pikir lah

    BalasPadam
  6. hello hafizahmad,

    Karpal Singh juga dulu yang kata Anwar perlu bertaubat, Karpal Singh juga dulu kata PR perlu cari ketua yang lain.

    Tetapi Anwar bijak, lantik Karpal sebagai peguambelanya di mahkamah, Karpal dpt beribu-ribu dari Anwar untuk kes liwat... maka sebab itu Karpal ubah kenyataannya.

    Sama juga Lim Kit Siang. Dulu Lim Kit Siang yg kata PKR perlu selesaikan masalah penipuan, tiba-tiba Anwar buat kenyataan, LKS akan dilantik TPM jika PR memerintah.

    Begitu juga dgn Ustaz Hadi, di dalam perhimpunan pemuda di terengganu Hadi telah menyatakan PAS bukan parti yang boleh dibuat sesuka hati oleh Anwar jika PR memerintah kerana PAS ada prinsip perjuangan. Anwar tiba-tiba keluarkan kenyataan Hadi seorang pemimpin yang jujur dan bla bla....

    Sikap Anwar memang talam dua muka.

    Hancur PR selagi org spt Anwar yg memimpin PR.

    BalasPadam
  7. dulu rasa sengkek.......sekarang berangan macam mat jenin.tentulah berbeza.

    BalasPadam
  8. UMNO/BN tuh ibarat sarang tebuan. Yang ko pegi jolok-jolok tempohari apasal..? Kan dah kena sengat..! Ketawa SB-SB yang 'menjentik' telinga ko dulu... kah.. kah.. kah.. kesihan engko.. Masik UMNOlah. Dapat projek nanti. Plan dia sama macam macai-macai yang terlebih dahulu angkat kaki daripada PKR tempoh hari. Cuma di nih agak 'banyak selekoh' sana-sini baru 'terjun gaung'..

    BalasPadam
  9. anwar?
    dah jadi pemimpin tertinggi pun masih berjoget di ijok..
    org spt itukah and anak jadikan pemimpin lagi?

    tentu Tuhan akan turunkan bala kepada sekalian yang maish menyokongnya.

    Tuhan dah turunkan bala kepada PR skrg ni, itu pun tak nampak-nampak lagi!

    BalasPadam
  10. Blogger pro PKR keluar parti..? Apa masaalahnya..?

    Zaman ini ramai rakyat diberi kebebasan untuk keluar masuk parti. Kenapa kecoh..?

    Wakil rakyat dikalangan ADUN dan MP keluar parti sambil menyalahkan pemimpin tertinggi parti kononnya orang tertentu itu telah menyimpang dari perjuangan asal. Tidak jujur, menipu dan pilihkasih.

    Ada sesiapa yang kisah rungutan mereka..?

    Sekarang blogger pula keluar parti kononnya para pemimpin parti tidak telus, tidak menghargai perjuangan mereka...

    Dan yang paling seronok dibaca "...Sebelum menang, macam-macam janji. Macam-macam harapan yang ditaburkan. Selepas menang, janji entah kemana, harapan entah kemana...."

    Kata-kata seperti yang dicatitkan oleh MSK itu menunjukkan dia meletakan 1001 harapan terhadap seorang ahli politik sehingga sampai waktu ketikanya dia diabaikan. Inilah nasib seorang penyokong parti.... kesihan.!

    Parti PKR ditubuhkan bukan untuk Datin Seri Azizah atau Datuk Seri Anuar Ibrahim atau untuk orang tertentu saja tapi untuk semua rakyat yang mendaftar diri sebagai ahli dimana mereka mahukan perubahan dan berbeza dari parti UMNO dan Barisan Nasional.

    Didalam apa jua parti pun akan ada perselisehan faham, hipokrit, gila kuasa, cantas mencantas, bodoh sombong atau pun pilih kasih.

    Untuk menjadi seorang pejuang (bukan penyokong) dalam dunia politik, kita mesti hadapi ujian yang berselirat itu. Lihat bagaimana sengsaranya Datuk Seri Anuar mempertahankan dirinya sebagai pejuang politik, siapa penyokongnya.?

    Apakah dia mengeluh dan melarikan diri dari gelanggang perjuangannya..? Berapa ramai penyokong telah ditinggalkannya dan berapa ramai pula penyokong telah meninggalkannya..?

    Kesihan kita melihat cucumatkilau, MatSamanKati... kena jentik sikit dah mengelupur macam orang nak mati.... heboh satu dunia taubat tak mahu sokong parti lagi...!

    Helo blogger... jangan sangka anda pandai menulis, membuat ayat manis, memuji, mengutuk kemudian keluarkan sedikit idea bernas... bahawa anda sudah bagus sebagai ahli fikir yang telah berjasa pada ahli politik atau pada parti. Disebabkan itu setiap pandangan mesti diguna pakai dan jasa secebis itu mesti dikenang selalu...?

    Atau anda fikir bahawa penulisan yang dikeluarkan dalam blog setiap hari itu mesti dianggap sebagai wakil parti... bila ada pemilihan mesti diberi keutamaan jadi calon..?

    Jika ada hasrat seperti itu dibenak hati, amat memalukan. Kerja anda cuma satu per empat dari keseluruhan perjuangan dan anda tidak boleh mendakwa bahawa tanpa bantuan anda rakyat tidak dapat maklumat terkini.

    Kalau anda telah menjadi ahli parti dan menjadi penulis blog yang ingin membersihkan parti dari korupsi, penyelewengan, kronisma semestinya anda tidak boleh bertindak bersendirian.

    Atau mungkin anda jadi penulis blog sebagai batu loncatan untuk menjadi ahli politik yang dikenali ramai..

    Anda mesti berpengaruh, ada kumpulan penyokong, ada duit menampong segala keperluan dan anda juga mesti bersedia untuk bersemuka dengan tindakan dari mereka yang terdesak. Bukan berjuang dengan air lior saja untuk cari perhatian.

    Ini disebabkan orang yang telah lama dalam parti dan berjawatan dalam kerajaan negeri, mereka sudah dikenali dan berpengaruh. Tidak akan memberi laluan mudah kepada yang baru. Mereka akan fokas kepada kedudukannya tanpa mempedulikan soal remah temah.

    Jika mereka melakukan korupsi atau penyelewangan dalam parti bermakna mereka bukan seorang diri tetapi berkumpulan. Dan mereka mempunyai kemampuan material bagi menguasai suasana.

    Ahli politik tidak akan bergantong harap hanya pada seorang penyokong dan mereka tidak pernah percaya pada penyokong kecuali mereka yang rapat itu adalah seorang pencacai yang apabila dipanggil dia datang, dihalau dia pergi...

    Apakah kita tahu perbezaan antara pencacai, penyokong, perjuang dan pengkhianat parti..?

    Agar tidak jadi seperti cucumatkilau dan MatsamanKati... Tanya diri sendiri "...aku dalam golongan yang mana..?"

    BalasPadam
  11. Kesusahan merupakan 'ada' perhatian daripada Tuhan, sama ada untuk kita bersabar atau bertaubat atau peningkatan darjat (jika kita istiqamah dengan syariat Nya). Atau paling tidak sedang melalui 'jalan Nya' walau belum tepat. Yang kita risau apabila kita selesa dan heppy sahaja. Khuatir Allah telah 'tidak pedulikan kita' lagi. Lebih-lebih lagi 'diri kita' itu berselulit hingga ke teras

    dengan kederhakaan terhadap Allah. Allah biarkan kita semahunya lalu tiada alasan untuk Dia tidak menghukum dengan hukuman yang dahsyat dan berpanjangan di dalam Neraka. Ingat tuh wahai puak-puak UMNO sekelian.

    BalasPadam
  12. Ramai lagi blogger yang bagus2, 1 pergi 10 datang. PR tak perlukan orang yang lemah semangat dan berhati kecil.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.