28 Feb 2011

Gambar Lucah, Kempen UMNO BN Bakal Makan Diri

Kempen pilihan raya kecil yang lesu di Merlimau dikejutkan dengan 'gambar lucah' palsu pemimpin Pakatan Rakyat yang disebarkan di kawasan itu.

Risalah dengan gambar-gambar yang dipalsukan itu membabitkan lima pemimpin Pakatan Rakyat yang ditampal dengan gambar bogel wanita dalam kedudukan yang mengghairahkan dan didakwa mula tersebar sejak hari pertama kempen.

Lima pemimpin yang 'diserang' itu adalah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; anggota exco Selangor, Teresa Kok dan ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching.

Bercakap pada sidang akhbar, petang semalam, ahli parlimen Kota Melaka Sim Tong Him berkata dua keping gambar itu dijumpai di Kg Ayer Merbau dan Kg Chinchin, tempat asal calon PAS, Yuhaizad Abdullah.

Satu daripada gambar berkenaan menunjukkan gambar separuh bogel Anwar dengan mesra mendakap pengadu kes liwatnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan 'dara kontroversial yang berusia 40 tahun'- Ummi Hafilda.

Risalah itu berjudul "Kalau Umno haram, kalau PAS halal".

Satu lagi risalah meletakkan kepala Nik Aziz yang terselit di celah kangkang kaki perempuan dengan kata-kata "Ingat PAS, ingat zina, tuihh!".

'Barang bagus baru barang naik'

Ia juga memaparkan gambar mursyidul am PAS itu yang tersenyum sambil memberikan isyarat tangan bersetuju dengan kata-kata "Barang bagus baru barang naik".

Gambar Elizabeth Wong dalam baju tidur seksi yang diambil dari video kontroversialnya yang disebarkan beberapa tahun lalu juga dimuatkan.

Teresa Kok pula digambarkan berpakaian jarang dengan mengayakan kedudukan lucah tetapi gambar palsu Teo Nie Ching dianggap paling keterlaluan. Gambar dengan kakinya yang terkangkang dipaparkan dengan hanya dilitupi logo DAP. Bersebelahan gambar itu diselitkan gambar lain yang membabitkan 'orgy'.

Walupun tiada logo BN dikesan pada risalah berkenaan, Sim percaya, ia didalangi oleh gabungan itu.

"Setiap pilihan raya, calon mesti bertanding dengan adil dan bukan menggunakan taktik kotor seperti ini.

"BN seharusnya menjelaskan perkara ini," katanya.

DAP akan membuat laporan polis berhubung perkara itu, hari ini. -mk



10 ulasan:

  1. tak bermoral.......diharap pemimpin2 mereka yg terlibat menegur dan menasihati penyokong2 mereka....takkan berdiam diri je....tunjukkanlah ciri-ciri seorang pemimpin...

    BalasPadam
  2. dunia akhir zaman.....

    BalasPadam
  3. Aku sebagai Rakyat Kelate sesungguhnya amat marah dengan kelaku yang dibuat oleh pencacai UmnoNgot ni terhadap Tuan Guru Hj. Nik Abd Aziz..... moga-moga Allah turunkan balaNya ke atas Negeri Melaka spt mana bala yang ditimpakan ke atas Acheh yang mempersendakan hukum Allah...

    BalasPadam
  4. Ya Allah apa nak jadi dengan puak pencacai UMNo ni... Aku doakan agar Allah turunkan bala kat negeri yang tak bertamadun ni.......

    BalasPadam
  5. lawat la blog
    pxpxgxmx
    kat situ macam macam gambar yang memalukan...
    buat malu orang islam
    buat malu orang melayu
    buat malu orang kelantan
    (pengendali blog ore klate)

    islam dulu baru melayu.

    kawe pun ore klate

    BalasPadam
  6. Ini menggambarkan betapa ceteknya pemikiran Melayu yang tak berotak. Mereka lupa yang bagi mereka makan tu ialah Allah S.W.T dan bukannya ketua-ketua mereka yang buta tuli.

    Melayu yang tak cerdik ni sebenarnya paling penakut, bacul, dayus, berinti basi, kecut telur - Sebab tak cerdik tulah jadi macam ni!

    Aku bengang ni sebab dia orang tak reti pakai Photoshop! Bahlul! Buatlah elok-elok sikit! Agar nampak keintelektualannya!

    Orang Melayu macam ni..bukan aku tak pernah tengok. Dangdut...GRO..minum beer seteguk mabuk seminggu. Hidang babi panggang pun dia belasah. Dah alang kepalang!

    Tu sebab Hang Tuah dok bilang..Ta' Melayu Hilang Di Dunia - Bukan maksudnya bangsa Melayu..tapi Melayu pencacai macam ni yang tak mungkin akan hilang dari dunia ni.

    BalasPadam
  7. Saya org. tidak berparti. Kalau kita kutuk atau fitnah bukan2 terhadap parti lawam macam mana kita boleh percaya UMNO ini parti bagus dan memperjuangkan hak rakyat.Be rasionallah.

    BalasPadam
  8. dasar umno laknatullah...

    BalasPadam
  9. spr akan kata bukan kesalahan dlm praya..bagi bantuan cap 1 malaysia bukan rasuah praya... i help u, u help me bukan rasuah praya....tapi tok guru bg zakat ..tu rasuah no.1...

    BalasPadam
  10. is it true? good try... reverse psichology...god job..membidik dinding untuk sasaran utama di depan mata..

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.