Seramai lapan orang awam ditahan polis kerana menyertai perarakan menghantar memorandum ke Kedutaan Amerika Syarikat disini hari ini.
Dua daripada mereka ditahan di Jalan Tun Razak selepas selesai daripada menghantar memorandum ke Kedutaan Amerika Syarikat kira-kira 2.50 petang tadi.
Manakala yang lain ditahan di bangunan Tabung Haji disini kerana dilihat melakukan provokasi selepas trak FRU melepaskan pancutan air kepada orang awam yang berehat di kaki lima gerai makanan.
Ketua Polis Daerah IPD Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman ketika ditemui pemberita berkata, tujuh yang ditahan itu dibawa trak polis ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi disini.
“Mereka ditahan kerana enggan mengikut arahan polis supaya bersurai walaupun kami sudah beberapa kali memberi amaran,” katanya.
Sementara itu, peguam daripada Lawyers for Liberty Fadiah Nadwa Fitri berkata pihaknya akan ke IPD Dang Wangi untuk memberi bantuan guaman kepada mereka yang ditangkap. -FMT

polis malaysia pun talibarut hosni mubarak
BalasPadamLapan orang sahaja ?, ada pilih-pilih ke kerana nak tunjuk BoS buat kerja ?.
BalasPadamPak Polis, ingatlah kebahagian yang dilaungkan mereka bukan untuk pendemo sahaja. Kebaikaan juga untuk manusia sejagat, tentunya termasuk kita dan keluarga kamu semua. Jangan jadi Polis Mesir pakai langgar sahaja. VIP tu semua bersantai duduk kat bilik airkon dengan TV dan video, sedangkan kamu berpanas berhujan, salah-salah diri sendiri kena serpihan. Lagi pun berapa ramailah di antara kita dari keluarga yang senang-lenang. Dapat gaji habis bayar hutang. Kita sebenarnya sehaluan, hanya amalan sahaja berlainan. Eloklah kalau kamu beradab sikit dengan mereka itu, kalau nak berlengan tentulah kamu menang sebab kamu terlatih.
Marilah kita bersama mereka beristigfar.Hidup kamu akan lebih keberkatan dan bahagia nanti, insya Allah.
Sekadar mengingatkan pihak polis.Agak sudah lama rakyat negara ini dizalimi kerana sekadar mengadakan demonstrasi aman.Ingat,demonstrasi aman ni dibenarkan oleh Perlembagaan Negara.Perlembagaan lebih besar dan power dari Akta Polis.Sebab itu rakyat selalu mengadakan demonstrasi aman.Apa yang berlaku diTunisia,Yaman dan Mesir,membuktikan rakyat sudah hilang sabar.Ingat anda semua punya keluarga untuk disara.Jangan ikutkan sangat "arahan" dari atas tu,sebab mereka sudah kaya-raya dan boleh senang cabut keluar negeri.Rakyat berjuang untuk anda juga sebagai rakyat biasa,walau pun pakai uniform.Apa anda tak makan nasi,tak gunakan gula,anak kecil anda tak minum susu,kereta dan motosikal anda tak gunakan petrol? Kalau diarah terjun masuk perigi buta anda semua akan ikut?
BalasPadam