15 Feb 2011

Bilangan Pengundi Di Parlimen Pekan Meningkat Mendadak

Peningkatan pengundi melampau di Pekan

TEMERLOH, 14 Feb: PAS Pahang menyifatkan Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Keempat 2010 yang sedang dipamerkan pada masa ini mengalami pertambahan bilangan pengundi yang menakjubkan terutama di Parlimen Pekan.

Gambar: Lembu-lembu ini pun dikira pengundi baru? Illustrasi hiasan

Setiausaha Perhubungan PAS Pahang Roslan Zainal berkata, untuk suku tahun keempat sahaja terdapat pertambahan sebanyak 26,000 pengundi iaitu hanya dalam tempoh tiga bulan terakhir tahun lalu.

Sedangkan katanya, untuk tempoh tiga penggal (9 bulan) sebelum itu jumlah pertambahan pengundi hanya sekitar 29,000 sahaja.

“Bagi PAS Pahang ini amat menakjubkan kerana bagi tiga bulan terakhir sahaja hampir menyamai pendaftaran sembilan bulan,” katanya.

Menurut Roslan, paling menghairankan ialah pertambahan lebih 6,000 pengundi baru dalam masa tiga bulan itu di Parlimen Pekan yang diwakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Setelah disemak kita dapati pengundi-pengundi di pos-pos Orang Asli naik mendadak terutama di Parlimen Pekan dan Cameron Highlands. Selain itu kita dapati ramai pemilih-pemilih yang beralamat negeri Kedah terdapat di Pekan.

“Bagi PAS Pahang ini amat mencurigakan. Ini ditambah lagi dengan proses semakan dan bantahan dianjakkan sehingga hampir dua minggu, sedangkan keadaan seperti ini tidak pernah terjadi,” katanya.

Kata Roslan, PAS Pahang berpendapat senario ini mungkin satu agenda bagi mengekalkan Najib di Pekan setelah merasa kurang selamat.

Tambahnya, jika ini benar ia hanya mengulangi proses penambahan pengundi pada 2003 di mana semasa persempadanan semula kawasan pilihan raya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebahagian kawasan Parlimen Paya Besar dibawa ke Pekan dengan melibatkan dua buah kem tentera.

“Oleh yang demikian PAS pahang berpendapat sistem daftar pemilih SPR yang ada ini sudah lapok dan patut diganti setelah 53 tahun merdeka.

“Kerajaan pernah mendakwa mykad negara ini antara yang tercanggih di dunia jadi sepatutnya SPR boleh bekerjasama sengan Jabatan Pendaftaran Negara bagi membuat pandaftaran secara automatik apabila setiap warganegara berusia 21 tahun,” katanya.

Roslan juga turut menggesa sistem undi pos sekarang dihapuskan kerajaan jika benar dakwaan mereka bahawa negara ini selamat. -harakahdaily



3 ulasan:

  1. Tak pe.. Kita tiada upaya menyekat. PRU ke-13 kita ubah satu negara. Biar Najib sensorang jadi ketua pembangkang di parlimen...

    BalasPadam
  2. Salam GB,
    salah satu sebab peningkatan ialah pemberian Warganegara kepada pemegang status PR.Mereka yang dberi status warganegara tu dWAJIBkan sokong BN.kalau x akan d ugut sebab undi bukan jd rahsia lg.

    Sy sendiri berstatus PR.skrang mereka sedang jalankan "Projek" beri status warganegara.Mereka hanya mintak salinan IC status PR dengan permit masuk.

    Mungkin orang kata sy bodoh kerana dedahkan perkara ini.yelah sepatutnya sy diam saje sebab mereka telah berikan ape yg kita mau dengn cepat.

    Tp ape gune jika jd warganegara tp d ugut dan tidak bebas.memanglah perlembagaan menjamin kebebasan setiap warganegara.tetapi itu hanya atas kertas.yg lebih utama sekali sy xmau bersubahat dengan mereka sebab sy akan dtanya Allah di akhirat kelak setiap perbuatan/undi sy.Jd klu xdpt warganegara sini xapelah.Asalkan hati sy tenang.wassalam

    BalasPadam
  3. Salam GB,
    Selepas banci dilakukan pada tahun lalu oleh jabatan perangkaan, jumlah sebenar penduduk di kawasan Pekan telah dapat diketahui. Menggunakan data banci dari jabatan perangkaan Najib telah mengarahkan SUK dan SUK mengarahkan jabatan perangkaan untuk menambah jumlah penduduk di Pekan dengan cara menambah jumlah isi rumah. Caranya dengan menambah bilangan orang yang mendiami sesebuah rumah dlm borang banci yang sedia ada. Contohnya: Borang banci mempunyai nama orang yang mendiami sesebuah rumah mereka akan menambah ruang kosong dibawah ahli keluarga dengan huruf seperti Ahmad A, Ahmad B, Ahmad C, sehingga ruang kosong penuh dan ruang hubungan dengan tuan rumah adalah tiada hubungan dengan tuan rumah. Ahmad A, Ahmad B, dan Ahmad C inilah nanti akan menjadi pengindi hantu/ pengundi dari perantauan. Setelah jumlah yang dikehendaki tercapai jumlah tersebut akan di berikan kepada JPN untuk mengeluarkan kad pengenalan. Apabila pilihanraya sudah hampir pihak JPN memang sibuk mengeluarkan kad pengenalan kepada sesiapa saja termasuk pendatang dan pengundi hantu bagi mencapai hasrat mereka menang PRU!! Semua maklumat ini saya dapat dari maklumat dari org dalam yang menguruskan semua ini.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.