Menteri Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Anggota Parlimen Bera sempat meluangkan masa menziarah seorang wagra emas Kalsom Yunus, 80, yang tinggal seorang diri di rumah yang usang dan kurang lengkap ketika melawat bilik gerakan Barisan Nasional (BN) Kuala Tekal di sini hari ini.
Ismail Sabri melawat kampung berkenaan untuk memastikan jentera kempen BN berada dalam keadaan sempurna dan dapat menjalankan kerja-kerja kempen. --fotoBERNAMA
Ulasan GB
Gambar-gambar yang disiarkan oleh Bernama mendedahkan fakta yang tersangat jelas keadaan rakyat yang terhimpit dengan kemiskinan - di negeri Pahang, negeri dimana datangnya seorang PM yang bongkak dan sombong menyatakan BN sahaja yang membawa kemajuan.
I help you, you help me. Mentang-mentang warga tua itu tak berupaya "to help you", then Najib tak pedulikan nasibnya.
Mana JKKK? Mana PPRT? Mana Jabatan Kebajikan?
Menteri yang bernama Ismail Sabri pun sekadar berkempen nakkan undi, bukan untuk memabtu sepenuh hati. Kalau tak kenapa hanya duduk ditangga serambi, tak pergi jengah ke dapurnya, periuk dan kuali samada berisi? Itulah perangan sang menteri dari BN ini!
harap2 mak cik ni tak pilih Melayu tapi pilih Islam....
BalasPadamOk lah tu... standard org melayu yg penuh dgn sopan santun tak tentu hala. Biar rumah buruk asal umno memerintah. Yg penting melayu tak hilang walaupun dah nyawa2 ikan.
BalasPadammakcik tu akan undi umno jugak sebab dia nanti akan dapat kain batik/pelikat sehelai, beras sekampit (5kg), gula, garam, milo setin, kopi, dah duit rm250... err ubat gigi tak pasti laaa :)
BalasPadamhai encik ismail sabri kenapa tak masuk ke dalam jenguk-jenguk barang-barang keperluan makcik tua cukup ker tak cukup. maklumlah sekarang ni barang keperluan dah naik
BalasPadamNasib baik ada PRK, kalau tak nak ke Pak Menteri tu menjengah RAKYAT?
BalasPadamAku ingatkan kat KELANTAN je ada rakyat macam tu, kat PAHANG Negeri PM pun ada? hehehe MALANG LA NASIB rakyat Pahang.
-wakleman
yang kaya menteri BN, yang dulu susah rakyat
BalasPadamundilah BN untuk hidup melarat
BalasPadambodohnya melayu yang undi BN?????
BalasPadam1Malaysia rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Tepat sekali bila mana rakyat didahulukan dengan kesusahan, kemiskinan dan kedaifan dan pencapaian atau tahap susah miskin papa kedana tu mesti diutamakan agar peratus daifnya tinggiiiiii....... ada betoi ka
BalasPadam