PAS Melaka membantah kehadiran Perkasa yang dilaporkan berkempen untuk Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya kecil Merlimau, 6 Mac ini.
Ketua Penerangan PAS Melaka, Kamaruddin Sidek (gambar) berkata, Perkasa tidak sepatutnya dibenarkan berkempen di Merlimau kerana ia bukan parti politik.
“Rakyat Melaka tidak senang dengan kehadiran Perkasa di Merlimau. Keadaan mungkin menjadi semakin kacau dengan kehadiran Perkasa.
“Selalunya kalau Umno lawan PAS, keadaan menjadi tegang. Kehadiran Perkasa akan menyebabkan keadaan menjadi semakin panas,” katanya.
Pilihanraya kecil Merlimau akan diadakan pada 6 Mac depan ekoran kematianya Datuk Mohd Hidsir Abu Hassan akaibat serangan jantung.
Menurut Kamaruddin, Perkasa telah membuka bilik gerakan mereka d Merlimau dengan memasang kain rentang di sekitar premis berkenaan.
“Mengapa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak mengambil tindakan ke atas Perkasa? SPR tidak buat apa-apa.
“NGO tidak perlu datang ke Merlimau, mereka tidak kena mengena dengan pilihanraya.
“Saya mendapat tahu mereka berkempen untu BN khusus untuk mendapatkan sokongan pengundi Melayu.
“Kononnya untuk menampung kekurangan 21 peratus pengundi Cina yang menyebelahi pembangkang,” tambahnya.
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menetapkan Sabtu ini hari penamaan calon dan 6 Mac sebagai hari mengundi.
Pilihanraya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan akibat serangan jantung Januari lalu.
Sementara itu PAS membuat laporan polis kerana mendakwa kerajaan negeri menggunakan Politeknik Merlimau sebagai tempat berkempen untuk pilihanraya Merlimau.
Laporan itu dibuat Yang DiPertua PAS Jasin Mejar (B) Jasme Tompang di balai polis Merlimau kira-kira jam 10 pagi tadi.
Kamaruddin berkata, pihaknya mahu pihak berkuasa menyiasat mengenai perkara tersebut.
“Kerajaan negeri menggunakan Politeknik Melaka sebagai salah satu tempat mereka berkempen bagi pilihanraya kecil Merlimau.
“Perjumpaan dengan guru-guru tahmir telah diadakan di poliklinik tersebut. Begitu juga dengan perjumpaan dengan pelajar Melaka yang baru balik dari Mesir.
“Kementerian Pengajian Tinggi pula tidak mengambil sebarang tindakan walaupun Poliklinik Melaka di bawah bidang kuasa mereka,” katanya ketika dihubungi hari ini. -FMT

BARUA-BARUA PENGKHIANAT & PERKAUMAN PERKOSA NI SAMSENG PARTI SEKUTU APCO JADI KERJA MEREKA UNTUK MENAKUT-NAKUTKAN PENYOKONG PARTI ISLAM UNTUK MENGUNDI PARTI ARUS JAHALIAH !
BalasPadamKetua PERKASA dah tak laku di Kelantan, sekarang menyibuk ke tempat lain pula sedangkan cakap tak terlibat dalam politik sebelum ini. Kalau SPR tak ambil tindakan terhadap PERKASA, maka carilah NGO yang pro pembangkang supaya turut berkempen sama di Merlimau dan Kerdau. Kita nak lihat apa tindakan SPR dan penguatkuasa yang lain.
BalasPadam