22 Feb 2011

Anak Ayah Pin Cemerlang Dalam Pelajaran

Jertih: “Saya tidak tertekan dengan kisah ayah yang menjadi tumpuan rakyat negara ini, sebaliknya ia membakar semangat untuk berjaya dalam pelajaran,” kata Mohd Khairul Adhar Arifin, 18, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Payong, Hulu Besut, yang memperoleh 4A, sekali gus menjadi antara 12 pelajar cemerlang STPM Terengganu 2010.

Gambar: MOHD KHAIRUL menunjukkan slip keputusan peperiksaan STPM diterimanya, semalam.

Mohd Khairul berkata, sejak ayahnya yang lebih dikenali masyarakat sebagai Ayah Pin, meninggalkan ibunya Che Jaharah Awang, 52, di Kampung Batu 13, Hulu Besut, melarikan diri daripada pihak berkuasa kerana menyebarkan ajaran sesat, dia bertekad berjaya dalam pelajaran bagi membalas jasa ibunya.

Beliau yang mendapat A dalam subjek Pengajian Am, Bahasa Malaysia, Sastera dan Seni Visual berkata, hanya mengetahui mendapat keputusan cemerlang selepas dihubungi guru sekolahnya dan berhasrat memasuki pusat pengajian tinggi untuk merealisasikan cita-citanya menjadi guru.

“Saya datang ke sekolah hari ini (semalam) selepas menerima panggilan guru untuk menerima slip keputusan STPM,” katanya ditemui selepas menerima keputusan STPM daripada Ketua Penolong Pengarah Akademik (Bahasa) Jabatan Pendidikan Terengganu, Che Soh Muda di sekolah itu semalam.

Selain Mohd Khairul, seorang lagi pelajar sekolah itu yang mendapat 4A ialah Nor Masrina Masri, 18, tetapi tidak dapat hadir ke sekolah kerana bekerja sementara di klinik swasta di Kuala Lumpur. -BH

Ulasan GB

GB berharap berita di atas diterima sebagai satu berita semata-mata. Bukan bertujuan untuk mempromosi ajaran Ayah Pin.

Jangan pula selepas ini ramai ibubapa berpusu-pusu nak cari Ayah Pin untuk menuntut ilmunya sehingga mendapat anak yang pandai.

Moralnya, sesiapa pun, tak kira anak penoreh, anak penyapu sampah, anak menteri, malah anak orang sesat seperti Ayah Pin pun, jika rajin belajar akan memperolehi kejayaan.

2 ulasan:

  1. nak kata ayah pin membawa ajaran sesat tak patut sebab belum di buktikan secara ilmiah dan perbahasan ilmu.tetapi kalau Najib dan konco2 nya dalam umno yang membawa agama Umno memang terang2 sesat dan boleh jatuh munafik.

    BalasPadam
  2. Definisi Ajaran Sesat itu sendiri masih kabur...tidak konsisten...tunggang terbalik...

    Definisi Ajaran Sesat digunakan sewenang2nya oleh masyarakat dan menjadi bahan gurauan...

    Syabas kepada pelajar ini kerana faham dan menunaikan tugas sebagai pelajar...

    she

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.