22 Jan 2011

Yang Gemuk Bakal Tercicir Peluang Jadi Wakil Rakyat

Wakil rakyat wajib jalani ujian kesihatan?

KUALA LUMPUR, 22 Jan — Kementerian Kesihatan akan mencadangkan kepada jemaah menteri supaya setiap wakil rakyat di negara ini diwajibkan menjalani ujian kesihatan secara berkala — kemungkinan setiap tahun — dipercayai ekoran kematian sejumlah wakil rakyat yang turut mengakibatkan pilihan raya kecil.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai mahu membawa cadangan tersebut untuk pertimbangan Kabinet. Katanya, cadangan itu akan dikemukakan ekoran beberapa siri kematian membabitkan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) sejak pilihan raya umum ke-12 Mac 2008.

“Apa yang kita cuba cadangkan ini adalah bersifat pencegahan iaitu bagi mengenal pasti lebih awal tahap kesihatan masing-masing dan jika terhadap masalah, langkah perubatan boleh diambil sebelum keadaan makin parah,” kata beliau di Labis — salah satu kerusi Dewan Undangan Negeri di bahagian itu — Tenang menyaksikan pilihan raya kecil.

Penamaan calon hari ini. Dipetik Utusan Malaysia, Liow berkata, perkara tersebut perlu diberi pertimbangan kerana sehingga sekarang “sudah terlalu banyak kematian membabitkan rakyat rakyat.”

Pilihan raya kecil Tenang adalah pilihan ray kecil ke-14 sejak Mac 2008 dan satu lagi membabitkan kerusi Merlimau di Melaka juga akan menyaksikan pilihan raya kecil.

Tarikhnya dijangka akan diputuskan minggu depan. Kini terdapat 222 ahli Parlimen dan 576 Adun. Daripada 15 pilihan raya kecil sejak Mac 2008 termasuk Tenang sekarang dan Merlimau kemungkinan akhir bulan depan, 12 kekosongan adalah disebabkan kematian iaitu kerusi Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Batang Ai, Manek Urai, Permatang Pasir, Bagan Pinang, Hulu Selangor, Sibu, Galas, Batu Sapi, Tenang dan yang terbaru Merlimau.

Penyandang kerusi Batu Sapi meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Permatang Pauh, Bukit Selambau dan Penanti menyaksikan pilihan raya kecil disebabkan wakil rakyatnya, dari PKR, meletakkan jawatan.

Semalam, The Malaysian Insider melaporkan jumlah pilihan raya kecil sejak Mac 2008 hampir menyamai rekod pilihan raya kecil 1987-1990.

Negara pernah berhadapan dengan 17 pilihan raya kecil - jumlah tertinggi sejak awal 1980-an - yang diadakan sepanjang tempoh selepas pilihan raya umum 1995 dan sebelum pilihan raya umum 1999. -TMI


OBESITI - PUNCA DAN PENCEGAHAN

Obesiti merupakan antara faktor utama penyumbang kepada masalah sakit jantung, tekanan darah tinggi, hiperlipidemia (tinggi kandungan kolesterol dalam darah), kencing manis dan sebagainya.

Obesiti merupakan masalah pengumpulan lemak yang berlebihan di dalam badan manusia. Secara umumnya obesiti dikenali oleh masyarakat sebagai masalah kegemukan atau berlebihan berat badan. Setiap kita yang sihat adalah berisiko untuk gemuk jika tiada inisiatif diri untuk menjaga dan mengekalkan berat badan yang sihat dan ideal.

Bagaimana obesiti bermula?

Obesiti bermula daripada pengambilan tenaga (dari sumber makanan) melebihi keperluan tubuh individu tersebut dalam tempoh masa tertentu, diiringi dengan kurang aktiviti fizikal.

Namun terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada gejala obesiti, iaitu:

a) Genetik – Anak-anak berisiko untuk obes sekiranya ibu bapa mereka begitu.
b) Diet tidak seimbang (tinggi lemak dan gula)
c) Makan secara berlebihan
d) Gaya hidup kurang aktif (kurang atau tiada aktiviti fizikal)
e) Tekanan emosi (menyumbang kepada makan berlebihan)
f) Ubat-ubatan (bergantung kepada kesan sampingan sesetengah ubat, tidak semua jenis ubat-ubatan)

Obesiti boleh dicegah dengan:

a) Mengamalkan pemakanan yang seimbang, sederhana dan pelbagai.Makanlah makanan yang terdiri daripada bijirin (roti, nasi, mee, bihun), buah-buahan, sayur-sayuran, daging/ikan/ayam dan produk tenusu.Makanan yang pelbagai akan menyumbangkan kombinasi nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita.Makan mengikut keperluan sahaja (jangan terlebih makan dan berhenti sebelum kenyang).Kurangkan makanan tinggi lemak (bergoreng, bersantan, digalakkan susu rendah lemak).Kurangkan makanan tinggi gula (air manis, kuih-muih, air tin, gula) Apabila kita tahu cara pemakanan yang betul, ini memudahkan kita untuk memasak di rumah atau memilih makanan yang sihat jika makan di luar.

b) Amalkan sarapan pagi setiap hari,untuk memulakan hari yang baik, ceria dan berfikiran cerdas, kita memerlukan tenaga yang mencukupi.Makan makanan yang tinggi serat (fiber), bijirin penuh serta kaya dengan protein (susu) untuk meningkatkan metabolisme kita.Pastikan kita ada waktu untuk bersarapan, ini dapat mengelakkan gejala pengambilan makanan yang berlebihan waktu makan tengah hari kerana lapar.

c) Kekalkan berat badan yang sihat.Ini dapat mencegah risiko untuk mendapat penyakit kronik dan hidup dengan baik. Sebaiknya digalakkan untuk kita membeli penimbang berat dan mengukur berat setiap sekali seminggu atau sekali sebulan untuk mengetahui perkembangan berat badan. Jika diukur setiap hari, ini tidak begitu praktikal kerana pertambahan atau pengurangan berat badan mengmbil masa tertentu untuk berubah.

d) Tingkatkan aktiviti harian. Kita perlu aktif untuk kekalkan fungsi tubuh yang baik, kekal sihat dan ceria.

Soalan yang biasa menjadi perbualan kita: Saya tidak gemuk, jadi saya tidak perlu bersenam. Perlu diketahui, bersenam bukanlah untuk menurunkan berat badan sahaja, tetapi untuk membaiki peredaran darah, menguatkan jantung dan meningkatkan tahap kecergasan kita.

Tips untuk mengurangkan keinginan makan bagi mereka yang obesiti:

a) Makan secara perlahan untuk setiap kunyahan
b) Guna pinggan atau mangkuk yang lebih kecil
c) Mulakan dengan kuantiti yang kecil semasa makan
d) Makan makanan yang lebih tinggi kandungan air dan minum air dahulu sebelum makan (sup sayur, buah-buahan, air kosong)
e) Makan di tempat tertentu sahaja (elakkan di depan tv @ semasa bekerja)
f) Makan pada masa yang tetap
g) Tidak meninggalkan sarapan kerana ini akan menyebabkan pengambilan makanan yang lebih banyak pada masa tengahari
h) Amalkan snek sihat seperti buah-buahan
i) Kurangkan kekerapan makan di luar dan hadkan duit yang dibawa ketika keluar
j) Atasi tekanan/masalah dengan sebaiknya.

Oleh itu, makanlah dengan sihat untuk menikmati hidup yang lebih berkualiti. Bukankah kita tahu mencegah adalah lebih baik daripada merawat! Adakah kita dalam proses mencegah diri daripada segala penyakit kronik dan masalah kesihatan lain? Jika belum, marilah kita mengamalkan pemakanan sihat dan meningkatkan aktiviti fizikal untuk kebahagian diri dan orang sekeliling. - docstoc.com


Ulasan GB

Rakyat tak kira apa parti sekarang ini khuatir apabila ramai wakil rakyat yang meninggal dunia kerana sakit jantung.

Jika SPR membuat keputusan nanti, bukan saja wakil rakyat di negara ini diwajibkan menjalani ujian kesihatan secara berkala tetapi setiap calon wakil rakyat yang hendak bertanding perlu mengemukakan sijil kesihatan semasa menyerahkan borang pencalonan, sudah pasti ramai yang kecundang terutama yang bermasalah dengan berat badan serta yang mempunyai BMI yang tidak normal.

Justeru itu, mulai sekarang mulalah ambil berat tentang masalah berat badan anda.

3 ulasan:

  1. kalau isteri wakil rakyat pekan gemuk macamana

    BalasPadam
  2. First Lady yg GEMOK GEDEMPOL tu tak pulak nak meninggal dunia. Kalau meninggal pun bagus jugak utk semua. Najib happy, rakyat jgn ceritalah... HAPPY TAK TERKATA!!!

    BalasPadam
  3. Siapa yg lantik Rosnah jadi Timbalan Menteri Kesihatan??? Apa org kata jika syrkt jualan ubat kurus lantik org gemuk untuk jual ubat kurusnya??? Ini kes mcm kes Rosnah la....jadi Timb Menteri Kesihatan???

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.