15 Jan 2011

Sudah Dijangka, Sivakumar Kalah Lagi

Mahkamah Tinggi tolak permohonan Sivakumar

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat keputusan tepat apabila memutuskan untuk tidak mengadakan pilihan raya kecil bagi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Ini berikutan keputusan Mahkamah Tinggi di sini semalam yang menolak permohonan semakan kehakiman dikemukakan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar bagi mencabar keputusan SPR itu.

Hakim Datuk Aziah Ali membuat keputusan menolak permohonan itu dengan kos yang akan ditaksir kemudian dalam kamar beliau, tetapi tiada alasan penghakiman diberikan pada prosiding turut dihadiri peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan mewakili Sivakumar dan Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaluddin Md Said mewakili SPR sebagai responden.

Mahkamah turut menolak permohonan bekas EXCO Perak, A Sivanesan dan lima lagi berhubung perkara sama.

Pada 22 Oktober 2009, mereka dibenarkan membuat semakan kehakiman bagi mengentepikan keputusan SPR yang tidak mengisytiharkan pilihan raya kecil bagi DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang selepas wakil rakyat kerusi itu menjadi ADUN bebas. Tiga kerusi terbabit masing-masing diwakili Jamaluddin Mohd Radzi, Mohd Osman Mohd Jailu dan Datuk Hee Yit Foong.

Selain Sivakumar dan Sivanesan, empat lagi yang memfailkan permohonan ialah Chen Fook Chye, Tai Sing Ng, Ahmad Sabry Wahab, Abdul Latif Ariffin dan Foo Hon Wai.

Sivakumar juga memohon perintah injunksi untuk menghalang ketiga-tiga wakil rakyat itu bertindak, menjalankan dan melaksanakan tanggungjawab serta fungsi dan tugas sebagai ADUN.

Terdahulu, Ambiga dalam hujahnya berkata, SPR sepatutnya memanggil semua pihak terbabit untuk mendapatkan maklumat dalam pelbagai perkara sebelum membuat keputusan, manakala Kamaluddin pula berkata, SPR membuat keputusan betul ketika itu dan memohon mahkamah menolak permohonan kerana tiga kerusi itu masih diwakili Jamaluddin, Mohd Osman dan Yit Foong.

Ulasan GB

Dahulu, GB menyatakan, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan akan sentiasa membuat keputusan yang tidak berpihak kepada sesiapa dan apa-apa yang dikaitkan dengan Pakatan Rakyat tertutama di dalam kes Perak, liwat Anwar dan kes melibatka Lingam.

Kini, buktinya.

Setiap sesuatu keputusan mahkamah yang berpihak kepada PR akan segera diterbalikkan kemudiannya. Itu hal institusi kehakiman yang sudah dilihat tidak mempunyai integriti di dalam mempertahankan kebenaran dan keadilan.

1 ulasan:

  1. kita perhatikan kes mahkamah melibatkan pemerentah dan pembangkang selalunya pehak pemerentah mempunyai bonos untok menang inilah pengadilan dimalaysia.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.