Putrajaya perlu siasat aliran keluar wang haram RM888b, kata DAP
Lim kecewa “lanun darat” dibiarkan bergerak bebas di Malaysia. — gambar fail
KUALA LUMPUR, 23 Jan — DAP menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) tampil memberi penjelasan berhubung skandal aliran keluar wang haram berjumlah RM888 bilion (AS$291 bilion) yang direkodkan sepanjang tahun 2000 dan 2008.
Berdasarkan laporan badan pengawas kewangan yang berpangkalan di AS, Global Financial Integrity (GFI) baru-baru ini, Malaysia berada di tempat kelima dalam senarai negara yang terlibat dalam aliran keluar wang haram sepanjang tempoh tersebut.
Sehubungan itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, pihaknya kecewa kerana “lanun darat” dibenarkan bergerak bebas di negara ini, sekali gus menyebabkan wang sejumlah dibawa keluar secara tidak sah.
“Mana-mana kerajaan yang bersih dan bertanggungjawab, yang berintegriti akan dengan segera menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat skandal aliran keluar wang RM888 bilion secara haram ini,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Pada Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Bank Negara Malaysia akan membuat ulasan khas tentang laporan berita yang mengatakan Malaysia menduduki tempat kelima di kalangan negara-negara yang mencatatkan pengaliran keluar wang haram paling banyak.
“Boleh ada banyak sebab, tetapi biarlah Bank Negara yang membuat komen khas tentang itu,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan.
Menurut laporan GFI, aliran keluar wang haram dari Malaysia pada 2000 berjumlah RM67.7 bilion (AS$22.2 bilion) yang, lapan tahun kemudian, melonjak kepada RM208 bilion (AS$68.2 bilion).
GFI mendefinisikan aliran keluar wang haram sebagai pemindahan wang yang dijana menerusi aktiviti-aktiviti tidak sah seperti rasuah, aktiviti jenayah dan usaha mengelak cukai ke atas kejayaan diperoleh.
GFI menyenaraikan China berada di tangga teratas di kalangan 125 negara membangun manakala Filipina pula di tangga ke-12.
Dalam kenyataannya, Lim berkata perkembangan itu memperlihatkan kurangnya penguatkuasaan dan usaha menegakkan lunas perundangan dan mengatasi budaya rasuah, yang sekali gus menghakis keyakinan dalam pasaran modal.
“Yang jelas, bukan sahaja Petronas malah BN juga mesti tampil bersih dalam skandal aliran keluar wang haram dalam jumlah yang besar,” kata Lim yang juga Ahli Parlimen Bagan MP.
Malah laporan itu berkata, diskriminasi dalam pasaran pekerjaan juga faktor menyebabkan migrasi dan aliran keluar wang haram.
“Yang menyedihkan, kehilangan bakat modal insan Malaysia bukan sahaja memalapkan masa depan kita, tetapi juga menjadikan kita miskin,” kata Lim.
Kini terdapat kira-kira 700,000 rakyat Malaysia yang tinggal dan bekerja di negara lain, dengan separuh daripada mereka di Singapura.
Malah GFI juga berkata, peningkatan tahap ketelusan dalam sistem kewangan global juga penting demi mengurangkan aliran keluar wang haram.
Lim, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menekankan bahawa pentadbiran kerajaan negerinya yang berlandaskan slogan cekap, akauntabiliti dan telus telah membawa kepada pengiktirafan Ketua Audit Negara menerusi laporan 2009.
Oleh itu kata beliau, keengganan BN untuk menjelaskan skandal aliran keluar wang haram kemungkinan boleh menyebabkan Malaysia muflis menjelang 2019.
Katanya, jika RM888 bilion disalurkan kepada 27 juta penduduk negara ini, bermakna setiap rakyat dapat memperoleh RM33,000 sepanjang sembilan tahun 2000 dan 2008. -TMI
Ulasan GB
RM888 Ribu Juta hilang begitu sahaja tanpa ada sebarang siasatan.
Ketara kerajaan UMNO BN sudah tidak wajar dibiarkan memegang tampuk pemerintahan negara.
Anda mahu menjadi regim Ben Ali di Tunisia? Dihalau oleh rakyat sendiri nanti?

siasatan aliran keluar wang haram berjumlah 888 bilion boleh dilakukan apabila tertegaknya kerajaan PR (pakatan rakyat), kalau tidak jangan mimpi kerajan bn melakuka siasatan.
BalasPadamAyuh rakyat malaysia kita tumbangkan kerajaan bn dalam pr ke 13 nanti. Insyaallah
semakin hari semakin benci
BalasPadamMungkin pengaliran wang keluar secara haram ini menjadi salah satu sebab Najib nak pertahan sangat Putra Jaya. Kalau terbongkar habislah dia dan kroninya.
BalasPadamKerajaan BN Umno memang kerajaan haramjadah...! Awas BN Umno rakyat akan ajar kamu pd PRU 13 nanti.
BalasPadamN. Gobalakrishnan kate RM 888 Billion tuh keja Anuwar Ibrahem seludup duit keluar untuk digunakan menggulingkan kerajaan...AKu setuju kite siasat abis-abisan sape punye malaun yg buat keja sial nie!!
BalasPadam