27 Jan 2011

Peralat Pelajar Tahfiz Untuk Cari Dana

Port Dickson – Setelah sekian lama bebas mengeksploitasi kanak-kanak dan remaja miskin serta yatim piatu seramai 83 orang supaya melakukan jualan amal hingga lewat malam setiap hari, sebuah pusat tahfiz di sini diserbu pihak berkuasa kelmarin.

Serbuan ke atas pusat yang terletak di Ambang Kota, Lukut itu dibuat selepas orang ramai mengadu tidak tahan lagi melihat pelajar terbabit dipaksa menjual peralatan ibadah, buku, minyak angin dan kismis tanpa sebarang upah.

Ketika pengusaha pusat tahfiz itu lena tidur, kanak-kanak terbabit terpaksa tidur beralaskan lantai simen setelah kepenatan ‘bekerja’ atas alasan ia adalah sebahagian kurikulum keusahawanan pusat tahfiz tersebut.

Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) berkata, siasatan mendapati kanak-kanak tersebut dibawa dengan kenderaan ke beberapa lokasi sekitar Port Dickson, Seremban, Nilai dan lain-lain tempat untuk menjual barangan tanpa sebarang upah.-kosmo


Kedai peralat pelajar tahfiz jual barang diserbu

PORT DICKSON: Sebuah premis perniagaan dipercayai menggunakan kanak-kanak untuk menjual pelbagai barangan di sekitar negeri ini dan Melaka diserbu pihak berkuasa dalam operasi bersepadu membabitkan pelbagai jabatan di Lukut, pagi semalam.

Ketika serbuan, terdapat kira-kira 80 kanak-kanak berusia antara 10 hingga 15 tahun berada di premis lot kedai yang turut menempatkan pejabat operasi perniagaan.

Harian Metro difahamkan, kanak-kanak berkenaan pelajar sebuah pusat tahfiz di Kedah dan berada di situ untuk beberapa hari bagi menjalankan perniagaan.

Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) berkata, pihaknya ada menerima aduan daripada orang ramai mengenai kanak-kanak terbabit yang mengutip derma dan menjual barangan.

“Kanak-kanak terbabit mengutip derma dan menjual barangan sekitar bandar ini, Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban dan Nilai di Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus).

“Berikutan itu, pihak kami memeriksa premis terbabit dan tiga kakitangan di situ ditahan sebelum dibawa ke Balai Polis Lukut untuk membantu siasatan,” katanya.

Katanya, serbuan itu turut disertai polis, Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan.

MPPD dalam satu kenyataan menyatakan lima saman dikeluarkan terhadap pengurusan premis itu, iaitu kesalahan melakukan binaan tanpa kelulusan, berniaga tanpa lesen dan menggunakan premis perniagaan sebagai stor.

Sementara itu, Pengurus Pemasaran Pusat Rawatan Cinta Negeri Sembilan/Melaka, Badrin Mispami berkata, penjualan barangan oleh pelajar pusat tahfiz itu sebahagian daripada aktiviti kokurikulum bertujuan menjadikan mereka ahli perniagaan berjaya pada masa depan.

“Pusat itu hanya dijadikan transit apabila pelajar menjual barangan sekitar negeri ini antara dua hingga tiga hari,” katanya. -hm


Ulasan GB

Walau apa pun alasan, akaun pusat tahfiz berkenaan perlu disemak supaya diketahui kemana dan untuk apa dana itu dibelanjakan.

Kedua, adalah tidak wajar mana-mana pihak menggunakan alasan "aktiviti kokurikum" sebagai helah untuk mengutip keuntungan dengan memperalatkan anak yatim dan miskin berjaja di khalayak ramai apatah lagi hampir keseluruhannya adalah anak perempuan.

Ketiga, perkara paling gila yang dilakukan ialah memaksa pelajar-pelajar perempuan ini supaya melakukan jualan amal hingga lewat malam setiap hari.


6 ulasan:

  1. Ini pusat tahfiz di Kedah, kemungkinan besar pusat tahfiz yang sama dulu pernah diserbu dan didakwa atas kesalahan yang sama, dan diarah tutup.

    Cuma Tahfiz Amal Kedah saja yg kita dengar buat kerja macamni, pusat tahfiz lain tak ada pula.

    BalasPadam
  2. Di Shah Alam ramai 'pelajar tahfiz' dari KEDAH. Selalu musykil adalah mereka sentiasa dilihat berada di pasar dan kedai-kedai makan. Muka yang sama boleh dilihat saing dan malam - masaelahnya? bila mereka ini belajar?

    BalasPadam
  3. Salam
    Saya akan terjumpa mereka kalau singgah di R&R Seremban.

    kadang2 saya beri sedikit wang saku untuk mereka tanpa membeli barangan yang sudah pun saya beli.Tetapi saya takut wang itu tidak akan dimiliki oleh mereka kerana difahamkan mereka
    tidak dibenarkan membawa wang ketika kleuar beroprasi

    pernah satu ketika mereka telah dimarahi oleh seorang lelaki dengan suara yang lantang.

    Seorang gadis harus berdiri di hadapan kha;ayak yang lalu lalang,
    menawarkan jualan amal sehingga waktu maghrib dan menjelang malam.

    keselamatan mereka seakan terabai.

    BalasPadam
  4. Saya rasa pihak pemerintah harus menangani masalah ini.

    Mereka harus dibela dan diberi jalan keluar daripada masalah yang dihadapi.
    Bukankah mereka juga rakyat Malaysia
    yang berhak untuk dibantu.
    Kalau kita pernah dengar berjuta ringgit disalurkan kepada pertubuhan tertentu.
    Kenapa tidak untuk anak2 ini.

    BalasPadam
  5. aktiviti begini sebenarnya telah berlangsung lebih 10 tahun lalu. aku pernah tanya budak-budak tu tentang kefahaman mereka berkenaan anak yatim. rupanya mereka tak faham langsung maknanya. dan lagi khabarnya pemilik kelas tahafiz tu pakai helikopter! hebat betul penyangak ni rupanya.

    BalasPadam
  6. YUP...PUSAT TAHFIZ AMAL.Banyak kali jumpa murid mereka buat jualan amal di Melaka, RnR Seremban, Rnr di Perak dll. Kerajaan tolong siasat. Bila mereka ini ke sekolah?

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.