17 Jan 2011

Kejadian Bakar Membakar Kereta, Dua Melecur, Seorang Drpnya Koma

Dua remaja melecur seluruh di badan dan seorang daripadanya koma apabila dua buah kenderaan terbakar

Gambar: KEADAAN kereta dan motosikal yang terbakar dipercayai berpunca daripada pergaduhan di kawasan perumahan Jalan Raja Syed Alwi di Kangar, pagi tadi. Dua remaja berusia 17 dan 19 tahun dilaporkan cedera parah susulan kejadian terbabit. - Foto Eizairi Shamsudin

KANGAR - Dua remaja melecur seluruh di badan dan seorang daripadanya koma apabila dua buah kenderaan terbakar di Jalan Raja Syed Alwi, dekat sini awal pagi semalam.

Polis sedang menyiasat insiden bakar-membakar tersebut yang dipercayai berlaku pada jam 6 pagi.

Ketua Siasatan Jenayah Perlis, Supritenden Mohd. Nashir Ya berkata, seorang remaja berusia 17 tahun ditemui melecur 71 peratus pada badan yang kini koma dengan motosikal jenis Medonas hangus terbakar manakala seorang lagi remaja, 19, melecur 31 peratus.

Menurutnya, dua remaja berbangsa Cina itu turut dipercayai mempunyai kaitan dengan kes kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Toyota LE milik seorang penduduk di taman perumahan tersebut.

"Remaja yang koma, melecur seluruh badan manakala seorang lagi dikaki dan belakang badan. Kedua-dua mereka kini di rawat di Hospital Sultanah Baiyah (HSB), Alor Setar, Kedah

"Polis menerima laporan pada jam 6 pagi dari seorang penduduk yang mengadu kenderaan menantunya yang diletakkan di luar rumah di khianat atau dibakar pihak tertentu kira-kira 5 pagi," katanya pada pemberita.

Menurut Mohd. Nashir, dalam 27 minit kemudian, polis menerima satu laporan dari seorang bapa bahawa anaknya berusia 17 tahun melecur pada badan dan menerima rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), dekat sini.

Menurutnya, polis yang datang ke tempat kejadian menemui pelbagai bahan bukti di lokasi kenderaan terbakar itu dilaluan dipercayai digunakan untuk melarikan diri oleh dua remaja tersebut pada jarak satu kilometer (km).

"Motosikal remaja yang koma ditemui kira-kira 500 meter hangus manakala motosikal seorang lagi remaja ditemui pada jarak 1km dengan kesan darah dan cebisan kulit selain sebuah telefon bimbit, selipar dan topi keledar turut dijumpai," katanya.

Tambahnya, remaja 17 tahun itu dikenal pasti merupakan mekanik manakala sorang lagi berusia 19 tahun penjual daging di pasar. Kedua-dua mereka belum dipastikan saling mengenali dengan pemilik kereta itu.

"Kami masih menjalankan siasatan dan menunggu kedua-dua remaja tersebut yang kini di serius dirawat akibat melecur di HSB untuk mengambil keterangan," ujarnya kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana kianat. BERNAMA

1 ulasan:

  1. Berita dari Polis kepada pemberita? Boleh percaya!

    hhmmm.... motosikal lawan kereta, siapa kaya dia menang. Yang miskin tetap jadi kambing. Lagi pun mana ada Polis yang minat dengan yang miskin.

    Mungkin tuan kereta kuat mafia kot, bakar manusia macam sampah saja. Siasatan Cepat, Tepat entah Betul dah boleh tahu. Tak hairan kalau mati sekali lagi dalam hospital.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.