Penaga - Penemuan otak manusia ketika kerja menggali kubur untuk satu majlis pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Permatang Tok Labu tidak perlu menjadi tanda tanya atau isu yang gempar.
“Ini kerana, jika setiap manusia memahami zat kebesaran Allah yang boleh melakukan apa sahaja, mereka pasti akan dapat menerimanya tanpa perlu rasa gusar atau takut,” kata Imam Masjid Permatang Tok Labu, Othman Arshad, 65.
Beliau berkata, penemuan itu membuktikan bahawa Allah berkuasa dan mampu melakukan sesuatu melebihi akal pemikiran manusia.
“Ini bukti kekuasaan Allah tiada tolok bandingnya dan zatnya mampu melakukan apa sahaja dengan kehendaknya. Sebagai hamba Allah kita perlu menerima dengan hati terbuka dan dalam masa sama mengakui bahawa kejadian luar biasa seperti itu adalah di bawah kawalan Tuhan Maha Besar,” katanya ketika ditemui semalam.
Sinar Harian kelmarin melaporkan lebih 50 ahli keluarga seorang wanita yang hadir majlis pengebumiannya di pekarangan masjid itu terkejut apabila dua penggali kubur yang sedang menyiapkan liang lahad menunjukkan penemuan otak manusia yang masih elok meskipun dipercayai sudah lebih 20 tahun berada di dalam tanah.
Lebih mengejutkan mereka sebaik penemuan itu ialah beberapa kejadian aneh berlaku iaitu otak bersalut lumpur itu kemudiannya menjadi bersih tanpa diusik dan bertukar warna dari kehitaman ke warna merah beserta timbul urat-urat darah menampakkan seolah-olah ia masih hidup.
Othman percaya otak itu milik salah seorang ahli keluarga Ahmad Hassan, bekas imam masjid itu yang lebih mesra dikenali sebagai Tok Haji Ahmad.
“Dahulunya kawasan perkuburan ini hanya dikhaskan kepada ahli keluarga Tok Haji Ahmad sebagai menghormati peranan dan jasanya mengembangkan syiar Islam di daerah ini.
“Sejak semua ahli keluarganya meninggal dunia, tanah perkuburan ini dibuka untuk umum termasuk dijadikan kubur untuk orang luar yang memohon mengebumikan saudara mereka dari luar daerah ini,” katanya.
Menurutnya, semua penduduk sekitar kawasan ini mengetahui dengan jelas bahawa keluarga Tok Haji Ahmad merupakan ahli ibadah yang patuh pada perintah Allah dan berpekerti mulia sepanjang hidup mereka.
Dalam pada itu, dua beradik penggali kubur yang mula-mula menemui otak manusia itu, Saad Shaari, 60 dan adiknya A Rahim, 55, menganggap penemuan itu sebagai kurniaan Allah selepas melakukan kerja kebajikan dengan suci hati sebagai penggali kubur sejak 30 tahun lalu.
“Anugerah Allah untuk kami berdua berkaitan kebesaran zatNya dan kami bersyukur serta tidak pernah menganggapnya satu kejadian luar biasa.
“Tugas penggali kubur ini memerlukan tahap kebersihan jiwa luar dan dalam kerana merupakan satu kerja ibadah bagi mengurus si mati menghadap penciptanya dalam keadaan bersih,” katanya.
A Rahim berkata, kerja menggali kubur ini bukan semua orang boleh buat tambahan lagi jika mereka kurang ilmu pengetahuan keagamaan.
“Banyak pantang larangnya kerana kita menguruskan seorang hamba untuk diserah kembali kepada penciptanya.
“Memang banyak kejadian luar biasa pada mata orang ramai seperti mayat tidak reput biarpun lama dikebumikan, mayat hilang dan hanya tinggal keranda dan beberapa kejadian lain yang kami anggap mampu menunjukkan kebesaran Allah,” katanya.
Sehubungan itu, katanya penggali kubur perlu banyak beristighfar selepas dipertontonkan sesuatu kejadian aneh tanpa menceritakannya kepada umum kerana bimbang disalahertikan selain menjaga air muka keluarga si mati.
Pejabat Mufti Pulau Pinang ketika dihubungi Sinar Harian untuk mendapat komen mengenai penemuan ini bagaimanapun enggan mengulas kerana perlu melakukan pemeriksaan dan menemubual pihak terbabit terlebih dahulu.
Timbalan Mufti Negeri Pulau Pinang, Salahudin Ghazali berkata, beliau sudah berbincang dengan Mufti, Datuk Hassan Ahmad mengenai kejadian itu dan hanya akan mengeluarkan kenyataan selepas selesai melakukan siasatan menyeluruh mengenai kejadian itu.
“Bagaimanapun, orang ramai tidak wajar membuat sebarang telahan, andaian atau pendapat sendiri berkaitan penemuan itu kerana bimbang akan lebih terarah kepada salah penerimaan.
“Kebiasaannya kejadian seperti ini adalah dalam pengetahuan Allah semata-mata dan kita sebagai manusia digesa menerima dengan hati terbuka,” katanya. -SH
Berita sebelum
Penggali Kubur Jumpa Otak 20 Tahun Dalam Tanah Masih Elok

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.