14 Jan 2011

Di Perak, Ada Gajah Mati Dirempuh Lori

Pantau gajah liar: Perhilitan

IPOH: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) akan melakukan pengawalan dan pemantauan secara berkala ke atas gajah liar yang berkeliaran berhampiran Jalan Raya Timur-Barat di Gerik di sini.

Pengarahnya, Sabrina Sharif berkata terdapat antara 20 hingga 30 gajah liar di Hutan Simpan Temenggor dan ia perlu dilindungi bagi mengelakkan ancaman seperti kemalangan.

Katanya, mengikut rekod Jabatan Perhilitan, kawasan itu merupakan lokasi gajah berkeliaran dan papan tanda amaran iaitu gajah melintas, juga diletakkan di situ.

Beliau mengulas kematian seekor gajah liar betina yang dirempuh sebuah lori di Kilometer 32, Jalan Raya Timur-Barat pada 10.45 malam, Rabu lalu.

Bagaimanapun, dalam insiden itu, pemandu lori terbabit tidak mengalami kecederaan.

"Semasa kejadian, sekumpulan lima ekor gajah liar dari hutan simpan itu dipercayai tersesat dan memasuki laluan jalan raya dan dirempuh lori yang dalam perjalanan dari Gerik ke Jeli," katanya.

Bangkai gajah itu kemudian ditanam kira-kira 50 meter dari tempat kejadian menggunakan jentolak. - BERNAMA.

Ulasan GB

Kita tunggu apa berita nanti dari Perak!

3 ulasan:

  1. kat Kedah lagi best.. Gajah Mati... Langgar.... Pokok Sena

    BalasPadam
  2. ade Gajah besar nak kita tumbangkan PRU ni InsyaAllah

    BalasPadam
  3. Hati- hati memandu..prihatin keselamatan gajah.anda memandu dikawasan rimba purba

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.