24 Jan 2011

Cemas: Pelajar Tkn 3 Ingin Terjun Dari Tingkat 2 Bangunan Sekolah (updated)



Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar di sini cuba dipujuk anggota penyelamat apabila mengugut untuk terjun dari tingkat dua bangunan sekolah itu hari ini.

Detik cemas yang berlarutan lebih sejam itu dipercayai bermula apabila pelajar terbabit diserang histeria dengan menjerit lalu melompat keluar dari kelas ke koridor melalui tingkap.

Bagimanapun tindakan pantas pasukan penyelamat terdiri daripada Bomba, Polis dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) berjaya menyelamatkan nyawa pelajar terbabit. -- fotoBERNAMA

Berita terbaru

TEMERLOH - Pelajar dan guru sebuah sekolah di sini, cemas seketika apabila seorang pelajar perempuan yang mengalami histeria cuba terjun dari tingkat dua bangunan sekolah itu hari ini.

Detik cemas itu berlarutan lebih sejam sebelum anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam berjaya menyelamatkan pelajar tingkatan tiga berkenaan.

Suasana kecoh dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu turut menarik perhatian petugas Pejabat Pelajaran Daerah Temerloh.

Pegawai Pelajaran Daerah Temerloh, Mohd Nadzri Ab Wahab berkata, beliau difahamkan pelajar terbabit tiba-tiba menjerit ketika berada dalam kelas, sebelum bertindak keluar ke koridor menerusi tingkap.

Pelajar itu juga bertindak membaling tingkap kaca ke bawah sebelum membuka tudungnya dan berlari-lari di sepanjang koridor yang mempunyai kelebaran satu meter dan tidak berpenghadang, katanya.

Keluarga pelajar tersebut yang datang selepas dihubungi pihak sekolah juga gagal memujuk pelajar itu, katanya.

Mohd Nazri berkata, kejadian histeria telah beberapa kali berlaku di sekolah terbabit namun kejadian pagi tadi disifatkan paling mencemaskan.

Pelajar itu dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh untuk rawatan lanjut. - Bernama



2 ulasan:

  1. Pada saya histeria ni bukan cerita mistik.Ia banyak berpunca dari budaya orientasi yg masih lagi menjadi amalan di kebanyakan sekolah tanpa dapat dibendung oleh guru2.Perkara ini telah lama berakar umbi semenjak saya bersekolah lagi terutama bagi pelajar perempuan yg mengalami tekanan perasaan apabila dibulioleh senior. Dulu semasa dibangku sekolah saya juga menghadapi budaya buli tersebut tetapi kami lelaki tahan dari segi mental berbanding perempuan. Perkara yg sama berlaku ke atas anakperempuan saya juga yg baru mendaftar di tingkatan 4 di sebuah sekolah berasrama penuh.

    Perkara ini perlu dipantau secara dekat oleh kementerian pelajaran samada oleh wak sembab atau rosmah mansur (tak tau mana satu menterinya). Berbeza bila di kolej di mana buli hanya berlaku ketika minggu orientasi sahaja. Habis orientasi kami berkawan mcm biasa dgn pelajar senior. Di sekolah buli berlaku sepanjang tahun.

    BalasPadam
  2. Inilah pengaruh TV yg terlalu byk dgn citer2 hantu yg karut dan tahyul. Mgkin juga bleh membawa kpd syirik kerna mempercayai kuasa alam ghaib selain drp kekuasaan Allah s.w.t. Sama2lah kita fikir2kan. Perbykkan citer2 berunsurkan agama islam dan kesengsaraan hidup rakyat drp citer hantu dan cinta kpd dunia di TV. Insya'allah

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.