27 Jan 2011

Calon UMNO BN Berdusta. Kes Mahkamahnya Belum Selesai!

Bohong: PAS desak calon BN tarik diri

LABIS, 26 Jan: PAS mendesak calon BN dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Tenang, Mohd Azahar Ibrahim supaya menarik diri kerana berbohong mengenai isu melelong tanah seorang lelaki sewaktu menjadi Penolong Pendaftar Tanah Daerah Segamat.

Pengarah PRK Dun Tenang, Salahuddin Ayub menegaskan bahawa isu tersebut masih belum selesai walaupun Azahar menafikannya.

“Di sini kami sekali lagi ingin menegaskan kepada pihak media bahawa kenyataan calon Umno yang isu tersebut telah selesai menunjukkan sekali lagi calon Umno tidak bercakap benar kepada para pengundi dan partinya sendiri,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian pada sidang media di Pusat Media PAS PRK Tenang, di sini, sebentar tadi.

Pemimpin PAS yang turut hadir pada sidang media itu ialah Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali, Bendahari, Dr Mohd Hatta Ramli, AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad dan Anuar Tahir, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad di samping Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dan Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS menambah, isu tersebut bukannya serangan peribadi terhadap Azahar sebaliknya rakyat perlu menilai untuk memilih wakil rakyat yang berintegriti.

Katanya, integriti perlu menjadi perkara serius yang mesti dipertanggungjawabkan kepada mana-mana individu untuk menjadi calon dalam pilihan raya.

Berikut kenyataan penuh beliau.


Sepertimana yang pihak media ketahui semalam kami telah membangkitkan tentang isu integriti dan kompetensi calon Umno untuk menjadi wakil rakyat bagi DUN Tenang dalam keadaan beliau tidak telus dan mempunyai rekod buruk menyalahguna kuasa beliau sebagai mantan Penolong Pendaftar Tanah Daerah Segamat untuk melelong tanah Encik Mansor Bin Mohamad dengan secara tidak sah pada 1/12/2003 dengan harga RM 70,000.



(Gambar: Dokumen saman Mansor terhadap Pentadbir Tanah Daerah Segamat. Azhar adalah ADO yang bertanggungjawab terhadap kes kecuaian (negligent) ini. Mansor telah menang dalam kes ini)

Kami ingin menambah bahawa hartanah Encik Mansor Bin Mohamad yang dilelong secara tidak sah oleh calon Umno di atas kapasitinya sebagai Penolong Pendaftar Tanah Daerah Segamat adalah berukuran lebih kurang 8 ekar maka kami percaya rakyat dapat menilai kemunasabahan hartanah seluas 8 ekar tersebut hanya dijual pada harga RM70,000 sahaja.

Dalam reaksinya kepada kenyataan akhbar kami semalam, calon Umno antara lain menyatakan isu yang kami bangkitkan tersebut sudah selesai (lihat Malaysiakini 25 Januari 2011)

Di sini kami sekali lagi ingin menegaskan kepada pihak media bahawa kenyataan calon Umno yang isu tersebut telah selesai menunjukkan sekali lagi calon Umno tidak bercakap benar kepada para pengundi dan partinya sendiri.

Bagi menyangkal kenyataan calon Umno bahawa isu yang kami bangkitkan semalam telah selesai kami terangkan maklumat-maklumat berikut dengan para pengundi di DUN Tenang seperti berikut.

Bagaimanakah calon Umno dengan mudah menyatakan isu tersebut telah selesai sedangkan disebabkan kecuaian, kelalaian dan penyalahgunaan kuasa beliau mengendalikan isu pelelongan hartanah Encik Mansor bin Mohamad tersebut telah mengakibatkan Puan Norhana binti Mohd Ali iaitu pembeli yang membeli hartanah yang dilelong secara tidak sah menyaman (i) calon Umno, (ii) Pentadbir Tanah Daerah Segamat, (iii) Pejabat Tanah Daerah Segamat dan (iv) Kerajaan Johor sebagai Defendan-Defendan bagi menuntut gantirugi berjumlah lebih kurang 1.5 juta.

Bagaimanakah calon Umno dengan mudah menyatakan isu tersebut telah selesai sedangkan dalam tuntutan Puan Norhana binti Mohd Ali ke atas keempat-empat Defendan tersebut, calon Umno telah dijadikan sebagai Defendan Pertama dan kes tersebut telah pun didaftarkan di Mahkamah Tinggi Muar iaitu Guaman Sivil No: 23-14-2009.

Bagaimanakah calon Umno menyatakan kes tersebut telah selesai sedangkan Mahkamah Tinggi Muar telah pun menetapkan tarikh pendengaran kes tuntutan Puan Norhana binti Mohd Ali ke atas calon Umno dan 3 yang lain pada 7hb Februari 2011 ( 7/2/2011 ).

Bagaimanakah calon Umno dengan mudah menyatakan isu tersebut telah selesai sedangkan calon Umno sendiri diwakili oleh Penasihat Undang-Undang Negeri Johor dalam kes tuntutan Puan Norhana binti Mohd Ali ke atas calon Umno tersebut.

Fakta-fakta di atas menujukkan sekali lagi bahawa calon Umno tidak bersikap telus bukan sahaja kepada rakyat di DUN Tenang sebaliknya kepada partai Umno dan BN itu sendiri.


(Gambar: Dokumen saman yang difailkan Norhana binti Mohd Ali terhadap Azhar secara langsung)

Hakikatnya fakta-fakta di atas menunjukkan bahawa bukan sahaja kes kecuaian, kelalaian dan penyalahgunaan kuasa calon Umno sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat belum selesai, sebaliknya kes penyalahgunaan kuasa ini masih berterusan di Mahkamah.

Mengapakah calon Umno dalam keadaan berhadapan dengan fakta-fakta yang kami nyatakan di atas masih enggan bersikap telus dan terus terang kepada para pengundi di DUN Tenang dengan mengakui bahawa isu kecuaian dan kelalaian beliau dalam melelong hartanah rakyat yang lemah masih belum selesai di Mahkamah dan belum selesai?

Berdepan dengan fakta-fakta yang kami sajikan di atas kami percaya satu-satunya jalan keluar bagi calon Umno untuk membersihkan namanya, jika beliau masih ada saki baki integriti dan harga diri, adalah dengan menarik diri sebagai calon Umno dalam pilihan raya kecil Dun Tenang. Bagaimanakah calon yang terpalit dengan isu penyalahgunaan kuasa sebagai penjawat awam dan kini berdepan dengan isu tuntutan RM1.5 juta dari Puan Norhana binti Mohd Ali masih mempunyai kredibiliti untuk mewakili rakyat di DUN Tenang?

Bagaimanakah calon Umno masih kekal dalam penafian untuk terus menjadi calon Umno dan mewakili rakyat di DUN Tenang sedangkan kerana angkara dan tindakan beliau, beliau telah mendedahkan Kerajaan Negeri Johor kepada satu risiko yang tinggi iaitu terdapat kemungkinan besar Kerajaan Negeri Johor akan diperintahkan oleh Mahkamah untuk membayar gantirugi berjumlah RM1.5 juta. Jika itu yang berlaku bukankah wang rakyat Negeri Johor terpaksa digunakan sekali lagi untuk membayar gantirugi gantirugi RM1.5 juta tersebut?

YB Salahuddin Ayub,
Pengarah PRK N05 Tenang
merangkap Naib Presiden PAS.



PAS terus gali masa silam calon BN

Serangan PAS terhadap calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Tenang berterusan dengan "mendedahkan" lebih banyak "kesalahan" masa lalunya ketika menjadi penolong pegawai daerah (ADO).

Semalam PAS mendakwa Mohd Azahar Ibrahim berlaku cuai sehingga mengakibatkan sebidang tanah dilelong, dan hari ini, parti itu mendedahkan pula dokumen mahkamah untuk menunjukkan calon Umno itu juga disaman oleh pembeli tanah tersebut.

PAS mendakwa tanah milik seorang ahli perniagaan, Mansor Mohamad dilelong pada 2003. Mansor membawa kes itu ke Mahkamah Tinggi Muar yang mengembalikan tanah itu kepadanya, bersama kos pada 2008.

Dan hari ini, naib presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, Norhana Mohd Ali yang membeli tanah seluas 3.24 hektar itu pada harga RM70,000 juga telah menyaman Mohd Azahar.

Dengan menamakan Mohd Azahar sebagai defendan pertama dalam saman sivil yang difailkan pada 2009, Norhana - yang telah membersihkan tanah tersebut sejak 2003 dan mengusahakan tanaman kelapa sawit - menuntut RM1.5 juta bagi kerosakan dan kerugian total.

Menurut Salahuddin, Norhana juga menamakan pegawai tanah daerah Segamat, pejabat tanah daerah Segamat dan kerajaan Johor sebagai defenden.

Bagaimanapun, semalam, Mohd Azahar menyangkal tuduhan itu sebagai atu 'manipulasi' dan 'provokasi', serta menegaskan bahawa kes itu telah diselesaikan di mahkamah.

Dalam satu sidang akhbar di pusat operasi PAS di bandar Labis Tengah, Salahuddin - yang juga ahli parlimen Kubang Kerian - mengecam Mohd Azhar kerana mengatakan isu itu telah selesai.

Katanya, bagaimana Mohd Azhar boleh mengatakan ia telah selesai sedangkan mahkamah menetapkan kes tersebut didengar pada 7 Februari 2011.

Ini, katanya, jelas menunjukkan bahawa calon BN itu tidak telus - bukan sahaja kepada penduduk Tenang, tetapi juga kepada Umno dan BN. -mk


8 ulasan:

  1. Yang melelong tu adalah bank dimana tanah itu disandarkan dan berdasarkan loan Agreement, yang plaintif telah default.
    Saman tu cuma rayuan ke mahkamah.
    Macam si anwar selalu merayu ke mahkamah, walaupun jelas nampak bersalah.

    If you read carefully, it is not about negligence.
    It's about somebody neglecting payment and appealing to court. Banyak kes-kes macam ni.

    Tapi untuk penyokong PAS tak pe. Depa akan percaya. Sebab otak depa tak boleh pergi jauh dan akan percaya perkara yang diputarkan oleh PAS.

    BalasPadam
  2. Den dah kobarkan....kalau ahli UMNO bawahan bolehlah kau keletong sobab memang bangang....lagipun ahli UMNO bawahan yg bangang nie...seringkali dibangangkan oleh pemimpinnya. Eloklah...pemimpin bangang...bangangkan ahli bawahan UMNo yg sedia ada bangang..

    BalasPadam
  3. tu bukannya serangan peribadi la umno ooiii... Tu pendedahan kelemahan dan kelalaian seorang pegawai kerajaan sehinggakan rakyat teraniaya. jika sekiranya pegawai itu dipilih menjadi wakil rakyat Dun Tenang pula maka terlebih ramai rakyat yang menjadi mangsa kelalaian dia. Ada faham?

    BalasPadam
  4. BN tidak sekali-kali menghukum ahlinya Azhar demi menjaga maruah parti. Kalau Azhar menang nanti dia semakin gah dan takbur. Dan kemungkinan banyak tanah orang awam akan dimanipulasikan untuk menambah kekayaannya.Yang patut hukum Azhar adalah penghuni di DUN Tenang dalam proses pengundian nanti. Oleh itu sebelum terlambat dan masih ada peluang, jangan beri kemenangan kepada calon BN ini kerana rakyat Tenang tidak akan 'tenang'. Apa lagi orang Tenang nak, bukti penyelewengan dan salah guna kuasa telah didedahkan. Jangan jadi diri kita sepanjang masa ditipu UMNO/BN.

    BalasPadam
  5. Biar saya komen sikit sbb saya biasa dgn undang2 kes lelong2 ni.
    Bila seseorang peminjam (Mansor dlm hal ini) gagal membayar balik pinjaman mengikut perjanjian dgn bank, maka bank selaku pemegang gadaian berhak memohon perintah mahkamah untuk melelong hartanah tersebut. Dalam hal Mansor ini, mahkamah telah berpuas hati dgn dokumen2 yg bank kemukakan utk support permohonan mereka bahawa Mansor telag gagal membayar pinjaman dan tanah mesti di lelong. maka Mahkamah keluarkan arahan lelong. Bagi tanah "mukim", lelongan akan di uruskan oleh pejabat tanah dimana tanah itu didaftarkan. Jadi, tugas pejabat tanah adalah lelong atas arahan mahkamah. Ia bersifat sebagai administrator. Pejabat tanah tak boleh lelong tanah tanpa arahan mahkamah. Apa yg berlaku dlm kes Mansor, dia pergi mahkamah dan saman katanay tanah tak patut di lelong. Mahkamah pun dengar permohonan nya dan memutuskan lelongan dibatalkan dan dengan itu membatalkan keputusan mahkamah terdahulu. Maka pejabat tanah pun mesti akur dgn keputusan mahkamah utk serah balik tanah pada mansor. Kita kena lihat fakta dulu sebelum menuduh Azahar bersalah atau buat penyelewengan. Dia cuma menjalankan tugas dan merima arahan mahkamah.
    Adapun kes Puan Ronani (pembida yg berjaya) - itu isu berbeza. Di sebabkan keputusan mahkamah membatalkan lelongan itu, maka dia telah "kerugian", maka dia nak saman. Itu hak dia. kalau kita pun, mungkin kita akan buat benda yg sama. Maka mahkamah mesti tentukan kes itu berdasarkan fakta2 kes. Apa pun, kita jgn cepat menuduh org itu dan ini bersalah dan menyeleweng. Takut kita fitnah orang... wallahu a'lam.

    BalasPadam
  6. Anom 1.34 pm,


    nie bukan masalah fitnah ke tidak.

    ini menipu rakyat mengatakan kes sudah selesai.

    adakah anom bersetuju kes itu sudah buat rayuan, dan rayuan telah diterima dan ini mengatakan kes tidak lagi selesai.

    kan senang kalau si mamat bn itu mengaku kes belum selesai kan senang.

    habis cita. mengaku lebih baik dari putar alam.

    BalasPadam
  7. Ini bukan kes individu Vs individu. ini kes antara bank dengan tuan tanah.

    Azhar betul bila mengatakan kes tuntutan tanah ini selesai. Dan kes yang belum selesai ialah kes saman antara bakal pembeli dan bank bukannya dengan Azhar sebagai individu. nampaknya walaupun penerangan sudah cyukup jelas oleh pemberi komen sesbelum ini, teta[i di sebabkan hasad yang menebal. penjelasan tersebut tidak langsung di pegang sebagai maklumat yang valid...hampeh betul otak pembangkang ni!

    BalasPadam
  8. Kalau ikut kefahaman sy yg cetek dlm bab ni, kes Azahar masih belum selesai. Beliau masih terlibat dgn kes tu.


    Komen di atas ni yg tak valid. Sepatutnya pembeli (bukan bakal pembeli spt yg dikatakan pemberi komentar yg di atas) vs (i) calon Umno, (ii) Pentadbir Tanah Daerah Segamat, (iii) Pejabat Tanah Daerah Segamat dan (iv) Kerajaan Johor

    Jadi, kes tak tutup lagi. Azahar tipu apabila kata kes selesai..

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.