3 Jan 2011

[Bergambar] Mak Bertudung Sopan, Anak Berkemban Sakan

Berkemban: Cikgu Fathi naik angin

PENAMPILAN tiga beradik, Sharifah Adrianna, Sharifah Amani dan Sharifah Alesya, di Anugerah Skrin, tempoh hari, menjadi bahan bualan di internet. Fesyen berkemban yang digayakan mereka dikatakan terlalu seksi dan tidak sesuai dengan usia mereka yang masih muda.

Dan semestinya, sebagai ibu yang berimej Muslimah, Fatimah Abu Bakar atau popular dengan gelaran Cikgu Fathi, turut kena tempiasnya.

“Saya sangat marah apabila bercerita mengenai isu ini. Saya harap sangat masyarakat tidak menyebut lagi hal ini. Bagi saya banyak lagi isu yang lebih besar perlu mendapat perhatian umum, bukan isu remeh sebegini. Saya minta maaf,” kata Fatimah ketika dihubungi Sinar Harian. -SH


(Gambar) Mak Bertudung Anak Berkemban

Gambar ini (di bawah artikel ini, yang pertama) telah lama kami terima, tapi hari ini kami keluarkan di Oh! Artis. Email yang kami terima dengan tajuk exactly seperti tajuk artikel ini. Bila direnung balik, ada benarnya. Sebagai seorang ibu, tidak mampukah untuk menegur anak-anak. Sekadar seksi sedikit, mungkin mulut orang boleh ditutup. Tapi sampai tahap berkemban then beberapa kali naik ke atas pentas, tidakkah timbul rasa malu pada diri sendiri? Mungkin itulah realiti dunia hiburan yang patut kita semua telan. -ohartis.com


Ulasan GB

Tidak sewajarnya seorang ibu apatah lagi bergelar pula seorang "cikgu" melompat marah apabila masyarakat menegur mengenai pakaian berkemban yang dikenakan semasa malam Anugerah Skrin TV3.

Cikgu Fathi TIADA HAK lansung untuk menutup mulut orangramai mengenai perbuatan jelek mereka yang ternyata mencemarkan imej umat Islam dengan berpakaian sedemikian.

Kalau rasa nak berpakaian demikian, malah tak berpakaian sekalipun, pergi duduk dalam hutan, berkeluarga dengan binatang, jangan duduk dalam masyarakat.

Ummu Salamah Radiallohu `anha berkata: aku mendengar Rasulullah Sholallohu `alaihi wa sallam bersabda:

“Apabila maksiat sudah merajalela di kalangan umatku, Allah akan menurunkan siksa dari sisi-Nya kepada mereka secara merata…” -HR. Ahmad dll. Hadith Sohih

Berdasarkan hadith di atas, kamu berbuat salah kami juga akan ditimpakan bala!














11 ulasan:

  1. TENGOK LA TV MANA PUNYA HIBURAN ! APCO DAN SEWAKTU DENGAN NYA ,LAMA DAAH TAK TENGOK & BOIKOT TV HAPRAK UMNO@APCO-BARANGNAIK NI !
    RUGI LA SAPA YANG TONTON TV3SUKU PENGALAK MAKSIAT NI !

    BalasPadam
  2. Ini lah tarbiyah UMNO sejak dari dulu kini dan selama lama nya, Agama itu Agama,Politik itu Politik.

    Maka Ibu Bapa tidak janggal melihat anak anak sedemikian rupa.

    Entah entah si Ibu pakai tudung pon kerana nak cover warna rambut, dah ada yg.bertukar dari hitam ke putih.

    He! he!Jgn Maree!!!

    BalasPadam
  3. ...........yang pasti pereka fesyen pakaian juga akan dapat saham sampai hari akhirat nanti......

    BalasPadam
  4. Mak dia tak sensitif ke tengok pungkok anak dia berketui2 tunjuk kat orang.

    BalasPadam
  5. Apakah yang terkandung dalam sentimen artis berkenaan? Berbanggakah mereka dengan appresiasi ketrampilan yang bakal mengundang pemerhatian negatif sebilangan pemerhati-pemerhati? Pihak pengurusan langsung tidak prihatin dengan perkara-perkara mungkar begini, padahal mereka sepatutnya arif dengan ethika kebudayaan yang tidak ekstrim di Malaysia ini. Nilai-nilai ketimuran bakal terhakis angkara penapisan yang tidak berprestij dari gulungan yang tidak mengutamakan moral!

    BalasPadam
  6. gb - sewajarnya kita doakan untuk mereka agar terbuka pintu hati untuk menerima hidayah Ilahi. teringat kisah nabi ...bapa saudara baginda pun tak terima agama yang dibawa oleh anak saudaranya

    BalasPadam
  7. Sdra Mohd. Faizal

    Orang yang bukan Islam atau orang Islam yang tak tahu hukum boleh saja didoakan agar terima hidaya.

    Adapaun orang Islam dan orang yang dah tahu hukum, apabila enggan mematuhi ajaran Islam maka itu telah difirmankan Allah:

    “Kamu memohonkan ampun bagi mereka atau tidak kamu mohonkan ampun bagi mereka (adalah sama saja). Walaupun kamu memohonkan ampun bagi mereka tujuh puloh kali”.(At Taubah 80)

    BalasPadam
  8. Dalam gambar nampak badan oklah macam tak cukup minum susu masa kecil, tapi paras sama saja tak secantik mana pun. Pun kecantikan diri itu bukan setakat pada paras dan muka. Eloklah belajar-belajar agama sedikit. Dah besar panjang usah dipersalahkan lagi ibu tu ...

    BalasPadam
  9. cikgu fatimah kata ini isu remeh? oh tidakkkkkkkkkk

    cikgu fatimah tahu ke tidak hukumnya tidak menutup aurat?

    BalasPadam
  10. biarkan lucai terjun dengan labu2 nya? masalahnya bila bala datang bukan 'mereka dan keluarga mereka'saja yg kena..satu negara boleh terbalik nanti..tapi sekurang2nya cegahlah kemungkaran tu dalam hati , kalau dah memang kita tak mampu walau pun secara maya...

    BalasPadam
  11. title cikgu tak mestinya cerdik,
    kesian bdk2 tu dapat ibu yg mcm cikgu fathi,,,
    agaknya next fiesta bdk2 tu berpakaian tanpa seurat benangpun, cikgu fathi kata remeh temeh gak,,,

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.