30 Jan 2011

[Bergambar] Keputusan Rasmi: PAS 2992 BN 6699

Pilihanraya N05 Tenang telah tamat sebentar tadi. Keadaan hujaan masih turun dan beberapa tempat telah dinaiki air sehingga sedalam 1 meter seperti laluan dari Labis ke kg Paya Merah.

Jalan menghala ke Segamat telah ditutup kerana ditenggelami air.

Bot dan trak lima tan milik tentera dan bomba digunakan untuk membawa pengundi ke SMK Kamarul Ariffin selepas hujan di tempat itu kembali lebat. Terdapat juga kereta-kereta yang "tersangkut" di dalam banjir.


LAPORAN LANGSUNG

Keputusan rasmi keseluruhan
PAS 2992, BN 6699
Majoriti 3707

TIDAK RASMI

PAS 2,963 BN 6,698 Majoriti: 3,735

7.14 pm Setakat ini sebanyak 61 peratus atau 6,453 undi daripada 10,579 yang keluar mengundi telah dikira.

7.19 pm Keputusan tidak rasmi menyatakan calon BN, Mohd Azahar Ibrahim menang dengan majoriti 3,761.



6.50 pm TenangSt PAS 482(450) BN 613(783)
6.50 pm PekanAyerPanas S1 PAS 48 (75) BN 220 (176)
6.50 pm LdgLabisUtara S1 PAS 40 (107) BN 152 (136)
6.38 pm KgRedong S2 PAS 67(96), BN 211(175)
6.26 pm BdrLabisTengah S1 PAS 123(128), BN 64(96)
6.26 pm BdrLabisTengah S4 PAS 209(244), BN 90(161)

KEPUTUSAN RASMI UNDI POS
PAS - 3
BN - 115
Undi rosak - 1
Jumlah keseluruhan - 119

Terdapat 33 peti undi termasuk peti undi pos dan masih terdapat 32 peti undi belum sampai.

Jumlah keluar mengundi 10,585 atau 71.75% dari 14,753 pengundi berdaftar.

Keputusan tidak rasmi pertama dijangkakan akan diketahui menjelang jam 6.30 malam untuk saluran-saluran dan pusat pengundian yang mempunyai pengundi kurang dari 1,000 orang.

GB akan cuba melaporkan keputusan terkini tidak rasmi tersebut dari masa ke semasa berdasarkan maklumat yang diterima dari petugas-petugas di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis untuk kesemua peti-peti undi.

Keputusan tidak rasmi juga boleh diikuti secara live dari "coveritlive" di bawah artikel ini.


Pakatan dakwa bantuan angkut pengundi tidak adil

Hujan lebat sepanjang hari Tenang telah mengakibatkan banyak kawasan di luar bandar ditenggelami banjir dan beberapa pusat pengundian terputus hubungan.

Keadaan itu menyebabkan ramai pengundi Cina - yang menjadi bank
undi Pakatan - tidak dapat keluar mengundi.

Walaupun pasukan polis, tentera, jabatan pertahanan awam dan berbagai agensi kerajaan telah dikerah membantu membawa penduduk ke pusat pengundian, tetapi pemimpin Pakatan mengadnu ia tidak dilakukan secara adil.

Mereka mendakwa lebih banyak kemudahan pengangkutan dikerah ke kawasan Felda - yang merupakan penyokong kuat BN.

"Mengapa tidak ada bot untuk membawa majoriti pengundi di bandar Labis yang ditenggelami banjir tetapi Felda mendapat semua bot polis dan bomba?" soal ketua publisiti DAP, Tony Pua dalam twitternya.

Menurutnya, kegagalan untuk menyediakan bot dan lori yang cukup, dan diagihkan secara adil di semua daerah pengundian, akan menjejaskan keputusan pilihan raya kecil ini....


5.00pm: Kesemua 12 pusat pembuangan undi di Tenang ditutup pada jam 5 petang.


Pakatan Rakyat bimbang keadaan banjir dimanipulasi BN

Banjir yang berlaku di merata-rata kawasan di sekitar sekitar Dun Tenang dibimbangi akan dimanipulasi oleh Barisan Nasional melalui jentera kerajaan seperti Pertahanan Awam (JPA), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Bomba.

Setiausaha Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Zabidie Abas berkata keadaan itu boleh dimanipulasi kerana agensi kerajaan itu ditugaskan untuk membawa pengundi ke pusat-pusat pengundian akibat banjir.

“Kita bimbang sekiranya perkara ini berlaku kerana Barisan Nasional mempunyai akses (kepada pengundi), sementara kita (Pakatan Rakyat) tidak dapat memberikan sentuhan terakhir kepada para pengundi,” katanya...


4.29pm: Sehingga jam 4 petang, peratusan keluar mengundi sebanyak 68.68% atau 10,133.






Akan dikemaskinikan sentiasa

Laporan lintas lansung sebelum ini.




7 ulasan:

  1. Rsanya terlalu awal untuk merumuskan yg PAS kehilangan 1000 undi melayu.
    PRU 12 dengan PRK kali ini jauh beza dari segi peratusan yg keluar meggundi. Mungkin juga 1000 orang melayu yg nak undi PAS tapi tak berkesempatan... tak balik kampung, banjir, dsb.
    Walau bagaimanapun itu tak penting....yg penting prk kali ini terus menyaksikan PR ditolak pengundi melayu Felda.
    Awal2 lagi Malaysia insider dah siarkan temu bual dengan peneroka Felda. Bagi mereka harga hasil kelapa sawit dan getah yg begitu tinggi membuat mereka rasa tak perlu untuk membuat perubahan (mereka lupa macam pusingan roda, harga getah dan kelapa sawit boleh turun). Ulasan orang melayu Felda yg harga barang mahal bukan isu sebab harga barang sentiasa naik, itu adalan lumrah, maka mereka tak lihat kesalahan itu kepada pemerintah BN.
    Walaupun bunyinya agak kasar tapi hakikatnya sebahagian besar masyarakat felda bukan kaki masjid. Anak2 peneroka dah diasuh supaya cintakan hiburan dari meningkatkan ketakwaan....jadi usaha pas untuk mebawa message islam dilihat sebagai ancaman, justru tak heranlah program2 pas ditenang... di boo dan diejekan.
    Budaya samseng dikalangan hardcore2umno juga memain peranan....mana2 kelurga peneroka yg cenderung kepada Pas akan di boikot, ugut dll,oleh kerana tak mahu bising2 undilah umno walaupun tak suka.
    Ini menyebabkan walaupun beruk yg di calonkan umno..ia tetap menang.
    ...Ini lah yg melaysia insider kata sebagai kesimpulannya.....PAS is facing a brick wall...Felda folks will not change.

    BalasPadam
  2. bersiap sedia untuk pru 13. pkr sangat ketinggalan dari segi turun padang, daftar pemilih dan sebagainya...jangan lagi bangga dengan kehadiran orang ramai dalam ceramah kerana yang hadir disitu adalah orang2 luar yang dah memang sehati sejiwa untuk mengundi pr tapi pengundi asal ditempat tersebut yang harus dipastikan kehadiran dorang dan undi dorang kepada pr..orang bandar n golongan intelektual memang dah tau umno n bn haprak....ada terdengar cerita yang mengatakan mp pkr yang ramai keluar semuanya gila jawatan n pangkat so anwar bagi amaran kalau nak semua tue join umno so keluarlah jibraun-jibraun yang sangat mangkak di sisi rakyat..dorang tau kalau letak jawatan n kosngkan kerusi kompem satu undipun dorang xkan dapat lagi sebab dah mengkhianati rakyat...pr harus peka dengan segala isu skg..jangan pandang leweh pada isu kecil kerana isu kecillah boleh merebak dan membakar sehingga kita tewas pada dakyah2 haprak dorang...pr harus peka pada blogger2 umno yang semakin kuat menabur fitnah atau membuat lakaran yang menghina ulama dan pemimpin pr...semua pihak dalam pr harus sedar yang dunia cyber skg sudah dikuasai oleh anasir fitnah dari blogger2 umno...jangan duduk diam lagi pemimpin pr..serang bn n umno dengan fakta2 yang jelas, mantap dan meyakinkan untuk humbankan dorang dari putrajaya..anak2 muda semakin yakin dengan pr tapi bila dah dapat tawan beberapa negeri jangan berubah laku lebih teruk dari umno. jangan menyombong xtentu pasal. jangan dan jangan untuk kesejahteraan pr..kami sayangkan pr dan kami mahu pr yang memerintah..pluang dah ade depan mata jangan dilepaskan..tolonglah pimpinan pr..rasai denyut nadi rakyat yang sebenarnya...rakyat m'sia sebenarnya sangat2 mengharapkan pr tapi mereka kurang yakin sebab isu2 remeh pr yang xmampu diselesaikan dengan bijaksana..jika pr bersatu dalam semua isu dan bijak menangani semuanya maka tiada alasan lagi bn n umno berambus dari putrajaya......

    BalasPadam
  3. AKU DAH AGAK DAH, KALAU PAS KALAH JA MESTI UMNO BUAT HAL..PETUGA TAK BETULA, KIRA TAK BETULLA, KENA BAYARLA, SPR TAK ADIL LA.
    UBAHLAH SIKIT MENTALITI TU, NI ZAMAN 2OOO BUKAN 7O-AN...SEMUA ORANG CERDIK.ORANG PAS JA YANG BODOH TAK SUDAH-SUDAH ASYIK MENYALAHKAN ORANG KALAU KALAH....KALAU MENANG, RETI PULA TAK KOMLEN....KESIMPULANNYA TUHAN PUN TAK RESTU PERJUANGAN SESAT HANGPA TU

    BalasPadam
  4. Macamana Pun hajat si persenda islam utk dapat majoriti 5000 lebih tidak tercapai???

    BalasPadam
  5. GB...minta maklumkan keputusan undi setiap Peti Undi utk kita tgk kat mana sokongan BN menurun kerana info dari kawan saya Peti Undi kawasan Cina byk memberi sokongan pada Cikgu Mala. Tq

    BalasPadam
  6. Menurut laporan media cina, ramai tak keluar mengundi. Itu adalah pertanda boikot sebab pengaruh MCA memang kuat dari dulu.

    BalasPadam
  7. anon 10:57,
    kedengkilan org mcm nilah yg membawa rebah,aku percaya byk pengampu yg digunakan utk berkempen sebab umno dan berok2 belaan felda pasti kenyang 5hari bukan 5tahun,saluran dari habuan itulah duit yg diperolehi akan menjadi lemak dlm perut dan U turn sah menjadi puaka kehidupan harian,dan jika ada sesiapa keluarga2 yg termakan/minum maka akan keluarlah taring dari mulutnya....sejenak kita perhatikan kehidupan seharian,kalau benar ini berlaku....so renung2lah

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.