28 Jan 2011

Aktivis Antipemerintah Mesir Janji Adakan Bantahan Terbesar Hari Ini

Kahirah: Aktivis yang sedang cuba menggulingkan Presiden Mesir, Encik Hosni Mubarak, mempermain- mainkan polis di jalan-jalan raya hingga awal semalam dalam pemberontakan pertama terhadap pemerintahannya.

Gambar: TIDAK HIRAU LARANGAN: Aktivis antipemerintah bertembung dengan polis antirusuhan di Kahirah buat hari yang kedua kelmarin. Pasukan polis yang telah diperkuat telah menggunakan gas pemedih mata bagi mengawal tunjuk-tunjuk perasaan tersebut. -- AP.

Orang terkemuka yang berkempen menuntut pembaharuan, Encik Mohamed ElBaradei, yang tinggal di Vienna, dijangka pulang ke Mesir semalam.

Ketibaannya mungkin merangsang bantahan-bantahan yang memasuki hari ketiga semalam tetapi belum ada pemimpinnya.

Sekurang-kurangnya tiga penunjuk perasaan dan seorang anggota polis telah mati dalam pertempuran sejak Selasa lalu.

Tunjuk-tunjuk perasaan itu, yang diberi semangat oleh pemberontakan popular di Tunisia baru-baru ini, tidak pernah berlaku dalam pemerintahan Encik Mubarak sejauh ini.

Ia menyaksikan polis melepaskan peluru getah dan gas pemedih mata ke arah pemberontak yang membaling batu dan bom petrol.

Kelmarin pemberontak membakar tayar dan melempar batu ke arah polis. Di Suez, penunjuk perasaan membakar bangunan-bangunan pemerintah.

Tunjuk-tunjuk perasaan itu berlarutan hingga ke lewat malam. Awal semalam beberapa kumpulan kecil masih berhimpun di Suez dan Kahirah sebelum dihalau polis.

Pemberontak berjanji akan mengadakan tunjuk perasaan terbesar selepas solat Jumaat hari ini.

'Penganut Islam dan Kristian di Kahirah akan keluar bagi membantah rasuah, pengangguran dan penindasan serta ketiadaan kebebasan,' kata seorang aktivis di laman Facebook.

Kementerian Dalam Negeri berkata kelmarin 500 orang telah ditangkap. Satu kumpulan bebas peguam berkata sekurang-kurang nya 1,200 orang ditahan.

Sementara itu di Sanaa, Yaman, beribu-ribu orang mengadakan tunjuk perasaan semalam menuntut Presiden Abdullah Saleh meletak jawatan setelah berkuasa sejak 1978, lapor koresponden AFP.

'Cukuplah kuasanya lebih 30 tahun,' laung penunjuk perasaan yangh diadakan pembangkang Common Forum di empat lokasi di ibu negeri itu.

Mereka merujuk kepada tergulingnya bekas presiden Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali, yang menurut mereka 'hilang dalam hanya 20 tahun'.

Dalam pada itu, ketibaan Encik El-Baradei, bekas ketua pemerhati nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Berstu (UN) yang juga pemenang Hadiah Nobel, akan memberi seorang pemimpin bertaraf antarabangsa kepada pembangkang.

'Saya akan kembali ke Kahirah dan balik ke jalan- jalannya kerana memang tiada pilihan lain. Anda keluar bersama orang yang sangat ramai ini dan anda harap keadaan tidak akan jadi bertambah buruk, tapi sejauh ini, rejim ini nampaknya belum faham,' katanya dalam pendapatnya di laman The Daily Beast.

Beliau berkata ramai penduduk Kahirah sudah muak dengan pemerintahan Encik Mubarak, walau dalam tempoh peralihan.

Seperti di Tunisia, warga Mesir mengadu tentang harga barang yang semakin naik, kekurangan pekerjaan dan ketua negara autoritarian.

Satu pilihan raya presiden dijangka diadakan September ini.

Rakyat Mesir menganggap Encik Mubarak, 82 tahun, mahu terus berkuasa atau mungkin melantik anaknya, Encik Gamal, 47 tahun, menggantikannya.

Ini dinafikan Encik Mubarak dan anaknya. -- Reuters, AFP.

3 ulasan:

  1. RAKYAT MALAYSIA SUNGGUH-SUNGGUH BAIK-BAIK BELAKA ! WALAU DIZALIMI DAN DITEKAN REJIM MAMAK KUTTY DENGAN PARTI KUAT RASUAH/SELEWENG SELAMA LEBIH 22 TAHUN TAPI MASIH SAYANG MAMAK TU HINNGA BAGI BERMACAM-MACAM GELARAN DAN KEBESARAN !
    ALHAMDULILLAH RAKYAT MALAYSIA PENAKUT TAK TERJADI MACAM DI TUNISIA,THAILAND DAN KINI DIMESIR !
    BAGUEH TUU !

    BalasPadam
  2. Amuraria, bukan rakyat malaysia baik tapi penakut dan bodoh2 belaka termasuklah saya sekali. Kita meLAYU bukan ke tuan? Tuan mana boleh memberontak? Tuan kn duduk diam2 jd raja & terima rasuah dr cukong

    BalasPadam
  3. Kalau rakyat dah hilang sabar dan kemarahan sudah memuncak,gas pemedih mata,air asid malah peluru sudah tidak diambil kira lagi.Sama ada polis atau pun tentra, rakyat tengok macam nyamok aje sebab sudah begitu marah.Untuk jenerasi akan datang pengorbanan itu perlu.Ini yang difikirkan oleh rakyat Tunisia,Mesir dan Yaman.UMNO/BN waspada.Your time is up.You too have over-stayed.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.