27 Dis 2010

ANAK: Isa, Tokoh Kitar Semula Tak Layak Terajui FELDA

Anak: Isa tidak layak terajui Felda

KUALA LUMPUR, 27 Dis: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) membantah keras pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi Felda yang baru dan mendesak Perdana Menteri menarik semula pelantikan tersebut.

Pengerusinya, Mazlan Aliman yang kecewa dengan pelantikan itu berkata, Isa tidak layak untuk memegang jawatan tersebut kerana latar belakangnya yang pernah terbabit dengan politik wang dalam pemilihan Umno pada 2004.

"Saya mewakili Anak membantah keras pelantikan Tan Sri Isa Samad ini. Berdasarkan salah laku yang pernah dilakukan beliau, sudah cukup jelas beliau bukan pemimpin beramanah yang sepatutnya menjadi pilihan (Datuk Seri) Najib (Razak).

"Sehubungan itu saya mendesak Perdana Menteri menarik balik pelantikan itu," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Mazlan yang juga exco lajnah pembangunan tanah dan wilayah PAs Pusat juga menegaskan, sekiranya Najib enggan berbuat demikian pihaknya akan membuat pungutan suara warga Felda yang membantah pelantikan itu.

"Jika kerajaan tidak berbuat demikian saya ingin menyatakan ketegasan kita bahawa Anak akan membuat satu pungutan suara iaitu referendum sejuta tandatangan dan kita akan serah kepada Perdana Menteri supaya menarik balik pelantikan ini.

Tambahnya, Anak juga tidak teragak-agak untuk memohon campur tangan Yang di-Pertuan Agong dalam perkara itu sekiranya bantahan mereka tidak dipedulikan.

"Kalau Perdana Menteri enggan tarik (pelantikan) juga, kita tidak teragak-agak untuk serah memorandum bantahan dan tandatangan ini kepada Yang di-Pertuan Agong.

In keraja ujarnya, masa depan Felda yang merupakan agensi pembangunan tanah milik orang Melayu tidak harus diperjudikan kepada invidu yang terpalit dengan rasuah dan salah guna kuasa.

Sementara itu Mazlan menyifatkan pelantikan itu sebagai tanda Najib tidak mengambil kira perasaan warga Felda yang mengharapkan pemimpin yang lebih baik mengambil alih tanah rancangan itu.

"Saya sangat sedih bila kerajaan bawah pimpinan Najib tak pernah mengambil kira perasaan dua juta warga Felda yang mengharapkan pengganti kepada Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor mestilah orang yang lebih baik.

"Kita harapkan sekurang-kurangnya orang yang mengambil alih felda ini seperti Tan Sri Raja Alias yg menerajui Felda suatu ketika dahulu tetapi nampaknya kita telah turun 360 darjah.

"Dalam keadaan nama baik Felda sedang diperkatakan dengan pelbagai isu sepatutnya kerajaan memilih tokoh yang boleh membersihkan isu-isu tersebut," katanya.

Beliau mempersoal kerajaan yang tidak memilih tokoh-tokoh dari anak Felda sendiri untuk menerajui agensi tersebut sedangkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad maslan sendiri pernah menyatakan statistik tokoh-tokoh dari anak Felda.

"Kita baru didedahkan dengan statistik terbaru jumlah profesional, ahli akedemik yang lahir daripada anak peneroka. Kenapa kita tidak ambil mereka? Kita ada anak peneroka yang berjaya dalam syarikat GLC, menjadi ahli akedemik, pengarah jabatan, adakah mereka ini tidak layak untuk memimpin Felda sehingga mengambil tokoh yang dianggap sudah expired?

"Tokoh kitar semula seperti Isa ini tidak wajar sama sekali diambil semula dalam mana-mana syarikat kerajaan. Saya yakin kalau kita buat tinjauan tidak ada warga Felda yang akan menerima beliau melainkan mereka yang selama ini menjadi pak angguk dan pak turut kepada kerajaan," tegasnya.

Isa yang juga Adun Bagan Pinang hari ini menggantikan Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor yang dilantik sebagai Penasihat kepada Menteri yang bertanggungjawab ke atas Felda.

Isa meletakkan jawatan sebagai Menteri Wilayah dan digantung keahlian Umno selama 6 tahun kerana terlibat dengan politik wang dalam pemilihan Umno 2004.

Abang Benarkan Adik Tidur Dengan Kawannya

Tidur bersama kawan abang

ALOR SETAR: Harapkan pagar, pagar makan padi. Begitu perumpamaan layak diberi kepada seorang abang yang sepatutnya menjaga maruah adik perempuannya daripada terjebak dengan gejala sosial, namun sebaliknya apabila dia pula membenarkan adiknya itu ditiduri rakannya di sebuah bilik hotel murah di Jalan Alor Mengkudu, di sini, kelmarin. gambar hiasan

Lelaki berusia 24 tahun, seorang nelayan berasal dari Kuala Kedah itu dikatakan turut membawa rakan adik perempuannya berusia 22 tahun menyewa sebuah bilik di hotel sama walaupun baru pertama kali bertemu kelmarin untuk memuaskan nafsunya.

Lelaki berkenaan dikatakan mengajak adik perempuannya berusia 21 tahun menyewa bilik bersama rakannya yang juga nelayan berusia 18 tahun dan masing-masing datang ke hotel itu sejak petang Jumaat dengan menunggang motosikal berasingan.

Bagaimanapun, perbuatan mereka terbongkar apabila anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) membuat serbuan di dua bilik berasingan hotel itu dalam ‘Ops Krismas’, kira-jam 4 petang.

Ketua Operasi Jaik, Md Nasir Md Dali berkata, dalam pemeriksaan di bilik pertama hotel itu, seorang lelaki yang hanya berseluar denim tanpa baju terkejut melihat kehadiran anggota penguat kuasa Jaik ketika membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dilakukan.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut kemudian menemui seorang wanita memakai baju labuh nipis dan bertali halus tanpa coli dan seluar dalam berselimut di atas katil di bilik berkenaan dalam keadaan takut.

“Mereka gagal menunjukkan sebarang bukti mempunyai hubungan mahram atau suami isteri sah dan memberi alasan hanya untuk makan bersama di bilik itu.

“Mereka mengaku baru berkenalan dan bertemu di hotel berkenaan. Mereka terpaksa ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya ketika ditemui, kelmarin.

Katanya, si adik mendakwa dia mengikut abangnya keluar dari rumah mereka kerana bergaduh dengan seorang lagi abang dan mahu mencari ketenangan sebelum dicekup berkhalwat di hotel itu.

Beliau berkata, pemeriksaan di bilik kedua menemui seorang lelaki dan seorang wanita berpakaian lengkap berdua-duaan tanpa sebarang ikatan hingga menimbulkan syak.

Menurutnya, wanita itu mengaku yang dia adik kepada lelaki yang ditahan di bilik pertama dan datang ke hotel itu bersama rakannya yang juga pasangan abangnya.

“Kita mengesyaki sesuatu mencurigakan dan lebih mengejutkan apabila abang wanita itu sanggup membiarkan adiknya bermalam dengan rakannya di bilik hotel itu sedangkan dia sepatutnya menjaga kehormatan wanita itu.

“Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 9(1) dan (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana berkurung hingga mendatangkan syak kepada orang ramai yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM2,000 atau penjara setahun atau kedua-dua sekali,” katanya.

Pasangan adik beradik itu kemudian diikat jamin ibunya yang datang ke Pejabat Agama Islam Kota Star selepas dimaklumkan penahanan mereka oleh anggota penguat kuasa manakala pasangan mereka dibebaskan dengan jaminan keluarga masing-masing.

Md Nasir berkata, dalam operasi sempena Krismas kelmarin, tiga pasangan berusia 18 hingga 24 tahun ditahan dalam pemeriksaan di beberapa hotel murah sekitar bandar raya ini bermula jam 2 hingga 7 petang. -hm

"Ketuanan Melayu" Kabur, Kena Kembali Kepada Islam - Asri

Keadilan Islam selamatkan Melayu bukan ‘ketuanan Melayu’, kata Asri

KAJANG, 27 Dis — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan, masa depan orang Melayu akan terjamin jika sistem pentadbiran negara berlandaskan kepada prinsip keadilan Islam, bukan Ketuanan Melayu yang menjadi polemik baru-baru ini.

“Yang boleh selamatkan orang Melayu bukan Ketuanan Melayu, bukan Raja-raja Melayu tetapi adalah Allah s.w.t.

“Jadi, kita perlu berlandaskan kepada prinsip keadilan Islam yang mana Islam untuk semua sama ada orang Melayu atau bukan Melayu.

“Setiap kaum perlu diberi nilai dengan Islam, tiada nilai orang Melayu tanpa Islam. Umno dibina atas dasar Melayu tetapi kalau dibina atas dasar Islam ia akan jadi lebih luas,” katanya pada Forum Polemik Ketuanan Melayu di Dewan Majlis Perbandaran Kajang di sini malam tadi.

Beliau juga mempersoalkan apabila istilah Ketuanan Melayu menjadi laungan dan slogan pihak tertentu sedangkan maksud sebenar ungkapan itu tidak dijelaskan dengan baik.

“Kena jelaskan perkataan Ketuanan Melayu ini, apa yang dipertahankan dan diperjuangkan melalui istilah ini? Adakah ia bermaksud hak keistimewaan orang Melayu atau ada maksud lain? Adakah hak keistimewaan orang Melayu ini menggunakan istilah ini (Ketuanan Melayu)?

“Maksudnya tidak dijelaskan, adakah keistimewaan orang Melayu dan Ketuanan Melayu ini mempunyai maksud sama? Jadi bagi saya relevan jika orang Melayu berpegang kepada prinsip keadilan Islam.

“Ini kerana ketuanan merujuk kepada prinsip keadilan Islam bukan Melayu atau rakyat, apa yang berlaku adalah kekeliruan istilah. Kita kena perpandukan kepada prinsip keadilan Islam,” katanya.

Turut menjadi ahli panel dalam program anjuran PAS itu adalah Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu Dr Hasan Mad, Naib Ketua Pemuda PAS Ahmad Sabky Yusof dan Naib Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Ezaruddin Abdul Rahman.

Tambah beliau, isu Ketuanan Melayu tidak perlu dibangkitkan kerana ia bukan satu keperluan untuk diperdebatkan.

“Istilah Ketuanan (Melayu) ini adalah istilah yang kabur, jadi ia bukan keperluan untuk dibangkitkan kecuali kalau ia diperjelaskan. Malah, tindakan orang Melayu yang menggunakan istilah ini menimbulkan rasa kurang selesa di kalangan orang bukan Melayu yang mana mereka beranggapan Islam melakukan diskriminasi kaum.

“Mereka (orang bukan Melayu) bukan musuh, saya tidak nampak keperluan orang bukan Melayu adalah musuh kita, cuma banyak tindakan orang Melayu yang beri tanggapan sebaliknya.

“Kita perlu berbalik kepada Islam, Islam lebih luas tapi saya bimbang apabila istilah ini dimainkan ia akan meruncingkan lagi keadaan. Islam bukan eksklusif untuk orang Melayu sahaja, ia adil untuk semua,” katanya.

Sejak bulan lalu, pendebatan isu konsep Ketuanan Melayu ini begitu hebat diperkatakan selepas Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam ucapan dasar Kongres Naional PKR meminta supaya Ketuanan Melayu ditinggalkan.

Malah Perkasa juga mengkritik dengan menyifatkan Dr Wan Azizah sebagai “pelacur politik” dan kacang melupakan kulit kerana meminta ungkapan Ketuanan Melayu diketepikan bagi memajukan orang Melayu.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut mencadangkan Raja-raja Melayu agar perkenan mencari jalan penyelesaian terbaik sekiranya mengambil berat tentang nasib orang Melayu di negara ini.

Dalam menyentuh polemik ungkapan Ketuanan Melayu, Mursyidul Am PAS itu berkata, Raja-raja Melayu yang memperlihatkan kebimbangan mengenai kedudukan orang Melayu sejak kebelakangan ini, perlu tampil mencari jalan penyelesaian menggunakan lunas al-Quran.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu, Dr Hasan Mad menyifatkan polemik Ketuanan Melayu yang hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini sebagai “gegaran politik”, yang dimainkan pihak tertentu termasuk parti politik semata-mata mahu mendapatkan sokongan rakyat.

Oleh itu, Hasan menggesa supaya perkara tersebut dihentikan serta-merta memandangkan ia tidak termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beliau juga berkata, isu Ketuanan Melayu dibangkitkan selepas pilihan raya umum 2008 yang mana ia diperkatakan oleh orang Melayu bukan orang bukan Melayu.

“Sebelum pilihan raya umum 2008, tidak ada sesiapa pun yang sentuh perkara ini (Ketuanan Melayu), ia berlaku selepas pilihan raya umum 2008 dan yang timbulkan perkara ini juga adalah orang Melayu.

“Sebenarnya Ketuanan Melayu tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan, cuma kalau boleh dikatakan ia adalah gabungan beberapa perkara yang dikumpulkan di bawah Perlembagaan.

“Jadi isu Ketuanan Melayu ini adalah gegaran politik, tidak lebih dari gegaran politik. Orang bukan Melayu tidak pernah persoalkannya pun, ia timbul secara tiba-tiba,” katanya.

Menurut Hasan, ada tiga kelompok yang menyebabkan isu Ketuanan Melayu menjadi polimek sehingga ia sukar untuk dihentikan termasuk pemimpin parti politik, cendekiawan dan kemungkinan orang bukan Melayu yang cuba mengambil kesempatan.

“Ada tiga kelompok, yang pertama adalah pemimpin parti politik yang mana mereka menjadikan politik sebagai satu perniagaan sehingga perkara yang tiada isu juga dijadikan isu termasuk Ketuanan Melayu.

“Sepatutnya lepas habis pilihan raya umum fokus kepada pembangunan negara tetapi sebab terlalu banyak berpolitik akhirnya bercakap perkara yang akhirnya mengelirukan,” katanya.

“Yang kedua adalah cendiekiawan yang mana kelompok ini menulis dalam media-media tentang apa yang mereka tahu sahaja.

“Banyak cendekiawan menulis dari sudut pemahaman mereka sahaja yang akhirnya juga memberikan kefahaman yang berbeza dalam perkara ini.

“Dan yang ketiga mungkin kelompok orang bukan Melayu yang akan mengambil kesempatan daripada pertelagahan orang Melayu ini. Kalau diteruskan tidak mustahil kelompok ini akan menangguk di air yang keruh,” katanya.

Beliau juga berkata perkataan Ketuanan Melayu tidak boleh diterjemahkan kepada perkataan “Malay supremacy” kerana maksudnya berlainan.

“Ketuanan Melayu bukan isu, ia bukan sesuatu yang harus diperdebatkan, ia cuma gegaran politik.

“Ketuanan Melayu ini hanya propaganda yang berlaku selepas pilihan raya 2008 yang mana pola pengundian ketika itu bersifat perkauman.

“Jadi ia dibangkitkan untuk mengekang pola pengundian itu daripada terus berlaku,” kata Ahmad Sabky.

Beliau berkata istilah Ketuanan Melayu yang dilaung-laungkan oleh sesetengah pihak tidak termaktub dalam mana-mana perjanjian termasuk perjanjian kemerdekaan.

“Istilah Ketuanan Melayu sendiri saya tidak jumpa di mana asalnya, dalam Perlembagaan tiada, perjanjian kemerdekaan pun tiada cuma yang ada dalam wikipedia.

“Istilah ini tidak wujud, ia cuma politik, Kita perlu cari maknanya dulu baru boleh nak cakap. Apa yang adalah dalam Perlembagaan adalah hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera sahaja,” katanya.

Sementara itu, Ezaruddin juga berpendapat polemik Ketuanan Melayu juga sekadar “gegaran politik” yang dimainkan untuk meraih sokongan.

“Ini satu gegaran politik sahaja, ia dimainkan golongan tertentu untuk meraih sokongan.

“Tiada maksud Ketuanan Melayu dalam Perlembagaan tetapi ia diguna pakai oleh ahli politik, jadi saya harap tafsiran ini perlu diperjelaskan supaya tiada mazhab yang berbeza-beza,” katanya. -TMI


Gagal Kuruskan Badan, Pelanggan Tuntut Wangnya Kembali

Berat badan naik 100 gram pelanggan tuntut semula wang

PUTRAJAYA, 27 Dis — “Pertahankan hak anda kerana tidak mudah untuk ‘‘membuat’’ wang walaupun seringgit,” kata Sarijah Saman yang berjaya mendapatkan semula wangnya melalui Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

Pembantu undang-undang itu menuntut kesemua kos rawatan daripada satu syarikat pelangsingan badan yang menjanjikan penurunan berat badan antara 10 kg hingga 15 kg dalam tempoh empat bulan dengan 84 sesi rawatan.

“Saya hanya ingin turun sekitar 10 kg dan mengempiskan perut serta mengecilkan lengan namun itu tidak dapat dipenuhi oleh rawatan yang disediakan syarikat ini,” katanya.

Sarijah berkata dia mengikuti jadual rawatan tanpa gagal di bawah seliaan seorang terapi namun hasilnya setelah melakukan kira-kira 80 sesi rawatan, berat badannya tidak berubah malah meningkat lagi sekitar 100 gram kepada 71.6 kg.

Katanya pada sesi kesembilan, dia telah diminta membeli produk tambahan bagi mempercepatkan kadar penurunan badan walaupun pada awalnya diberitahu bahawa dia tidak perlu menambah apa-apa bayaran lain bagi mendapatkan keputusan yang dijanjikan.

Malang bagi dirinya, Sarijah berkata produk berbentuk minuman bukan sahaja gagal mempercepatkan penurunan berat badan malah meningkatkan selera makannya.

Dia memutuskan untuk menghentikan sesi rawatan yang berbaki tiga sesi atas nasihat doktor setelah turut mengalami tekanan darah tinggi, yang diyakininya kesan daripada rawatan yang diikutinya itu.

Sarijah berkata dia tidak diberikan sebarang nasihat berkaitan diet pemakanan sepanjang menerima rawatan pelangsingan walaupun didakwa sebaliknya oleh syarikat pelangsingan itu.

Nasib menyebelahi Sarijah kerana tiada sebarang perjanjian ditandatangani antara kedua-dua belah pihak walaupun pihak syarikat mendakwa tidak memberikan jaminan bahawa berat badannya akan turun.

“Saya pasti tidak akan bersetuju membayar sejumlah wang yang banyak sekiranya syarikat ini tidak memberi apa-apa jaminan yang badan saya akan susut,” kata ibu tunggal berumur 45 tahun ini.

Penyelesaian diperoleh antara kedua belah pihak di luar kamar Tribunal setelah mendapat nasihat daripada Presidennya, Mohd Nasrim Mohd Salleh yang mengadili perbicaraan itu.

Hasil perbincangan itu adalah pihak syarikat pelangsingan bersetuju membayar semula kepada Sarijah kos keseluruhan rawatan serta pembelian produk minuman yang kesemuanya berjumlah RM4,060.

Setelah penyelesaian diperoleh, Mohd Nasrim menetapkan pembayaran harus dibuat dalam tempoh 14 hari mulai hari ini. — Bernama

Hero "Putera Katak" Dikejar Dengan Parang

Pelakon dikejar dengan parang

KUALA LUMPUR: Pelakon baru yang memegang watak utama drama dongeng bersiri, Putera Katak yang kini ditayangkan di TV3, terpaksa menempuh detik cemas apabila dikejar sepasang kekasih bersenjatakan parang sejauh lebih dua kilometer.

Kejadian berlaku hanya disebabkan pelakon muda itu, Mohd Hanif Karamdin, 27, memintas kereta dinaiki pasangan terbabit ketika melalui Lebuhraya Duta Hulu Klang (Duke) menuju Ampang, di sini, Jumaat lalu.

Bagaimanapun, dia yang menggunakan nama komersial Haniff bernasib baik apabila dapat meloloskan diri sebelum bergegas ke balai polis membuat laporan.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, Haniff berkata, dia dalam perjalanan dari Kelana Jaya ke rumahnya pada mulanya mengekori sebuah kereta Honda City.

“Disebabkan kereta itu dipandu terlalu perlahan, saya memberi isyarat lampu sebelum memotong kenderaan berkenaan.

“Tiba-tiba pemandunya membunyikan hon dan mengejar saya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurut Haniff, pada mulanya dia tidak mempedulikan tindakan itu, namun pemandu kereta itu menghimpit keretanya sebelum menunjukkan parang.

“Ketika itu, saya lihat dia (pemandu) bersama seorang wanit. Saya yakin mereka pasangan kekasih,” katanya.

Haniff berkata, bimbangkan keselamatannya dia memecut keretanya, namun pasangan terbabit mengejar sambil menunjukkan parang ke arahnya.

“Berderau darah saya dibuatnya...apa lagi dengan perasaan takut dan pelik mengenai sikap pasangan kekasih itu, saya pecut sehinggalah tiba di susur keluar menuju Ampang.

“Pasangan itu yang pada mulanya mengekori rapat di belakang kereta saya mungkin terlepas pandang menyebabkan saya dapat meloloskan diri,” katanya.

Haniff pergi ke Balai Polis Taman Melawati membuat laporan sebelum kes dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul untuk siasatan lanjut.

Dia yang pernah membintangi beberapa drama bersiri seperti Siong, Kelab Jeng Jeng dan Jelatang berkata, laporan polis dibuat kerana bimbang lelaki tidak dikenalinya itu mungkin melakukan perkara tidak diingini kemudian hari.

“Kejadian seperti ini pertama kali berlaku terhadap saya. Saya berharap pengguna lebuh raya lain lebih berdisiplin dan menggunakan diplomasi untuk menyelesaikan masalah, bukannya dengan kekerasan,” katanya.

Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan memberitahu kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

“Sehingga kini, suspek belum ditahan, namun usaha mengesannya giat dijalankan,” katanya. -hm

Pemuda Yang Dicekup Tidur Berpelukan Hadapi 5 Tuduhan Merogol

Penganggur Hadapi Lima Tuduhan Merogol

SHAH ALAM: Seorang penganggur yang ditangkap oleh ibu bapa teman wanitanya semasa sedang tidur berpelukan di bilik tidur remaja perempuan terbabit dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin. -gambar hiasan

Mohd Zainu Man, 20, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap lima pertuduhan merogol remaja yang berusia 15 tahun tersebut yang dibacakan di hadapan Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob.

Tertuduh yang berasal dari Dabong, Kelantan didakwa merogol mangsa pada pukul 2 pagi, akhir Ogos lalu dan didakwa mengulangi perbuatan tersebut pada pukul 2.30 pagi, awal September lalu.

Selain itu, dia juga didakwa melakukan perbuatan itu pada pukul 2 pagi, hujung September lalu, 2 pagi, awal Oktober lalu manakala pertuduhan terakhir menyatakan tertuduh melakukan kesalahan itu pada 2 pagi, November lalu.

Semua pertuduhan terhadap tertuduh dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Che Rohana Ismail mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Che Rohana tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh, bagaimanapun Wan Mohd Norisham membenarkan tertuduh dilepaskan dengan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin untuk setiap satu pertuduhan.

Beliau juga menetapkan syarat tambahan untuk tertuduh melaporkan diri ke balai polis yang berhampiran setiap Sabtu pertama setiap bulan.

Kes akan disebut semula pada 24 Januari depan untuk tertuduh melantik peguam.

Pada 25 Disember lalu, sebuah akhbar tabloid melaporkan seorang ibu yang tergerak hati untuk melihat keadaan dua anak gadisnya semasa terjaga dari tidur pada pukul 3.30 pagi, menemui dua remaja terbabit sedang tidur berpelukan dengan pasagan masing-masing.

Dilaporkan, ibu bapa remaja yang berusia 13 dan 15 tahun itu tidak menyangka anak gadis mereka boleh melakukan perbuatan sedemikian memandangkan kedua-dua mereka masih di bangku sekolah.

Wanita yang tergamam itu bertindak mengejutkan suaminya dan remaja lelaki yang berusia 20 dan 17 tahun itu merayu memohon maaf, bagaimanapun ayah remaja terbabit yang dikatakan kecewa dengan perbuatan tersebut nekad membuat laporan polis.

Difahamkan, remaja lelaki berusia 17 tahun akan didakwa di Mahkamah Majistret Juvana.

Berita Berkaitan

2 Adik Beradik Dicekup Berpelukan Dengan Kekasih


Klinik Tawar Khidmat Gugur Janin Disiasat

Khidmat gugur janin

SIASAT...pegawai KKM menyoal siasat kakitangan klinik yang diperiksa.

KUALA LUMPUR: Sebuah klinik swasta di ibu kota disiasat pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas disyaki menjalankan kegiatan menggugurkan janin kepada mana-mana gadis terlanjur dengan kadar bayaran RM2,000.

Sumber berkata, klinik berkenaan yang dimiliki seorang doktor berusia 50-an disiasat selepas pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung kegiatan dijalankan di klinik itu.

Difahamkan, hasil maklumat mendapati klinik berkenaan menjadi tumpuan wanita yang ingin menggugurkan kandungan.

“Susulan maklumat itu, seramai lebih 10 pegawai KKM memeriksa klinik berkenaan kira-kira jam 5 petang kelmarin selepas maklumat mengatakan operasi terbabit kerap diadakan pada lewat petang hingga waktu malam.

“Ketika serbuan dilakukan, seramai lebih 10 orang awam sedang menunggu di tingkat atas klinik untuk mendapatkan rawatan sebelum pegawai KKM segera memeriksa wad klinik itu yang terletak di tingkat bawah,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaan itu menemui satu wad khas yang dilengkapi dengan bilik pembedahan dan katil.

“Bagaimanapun ketika serbuan dilakukan, tiada pesakit ditemui di dalam wad bersalin, sekali gus menimbulkan seribu tanda tanya berhubung operasi klinik berkenaan.

“Sepatutnya klinik bersalin itu mempunyai sekurang-kurangnya beberapa pesakit di kalangan wanita yang baru melahirkan bayi sekiranya ia betul-betul menawarkan perkhidmatan berkenaan. Bagaimanapun agak ganjil apabila wad bersalin itu kosong,” katanya.

Susulan itu, pegawai KKM bertindak memeriksa fail pesakit yang pernah bersalin di klinik berkenaan dan mendapati rekod yang disimpan tidak teratur.

“Sewaktu pemeriksaan dilakukan doktor lelaki yang disoal siasat diarahkan supaya membuka semua bilik di dalam klinik berkenaan untuk pemeriksaan. “Pemeriksaan hampir dua jam itu turut membabitkan lokasi tempat ubat-ubatan klinik berkenaan disimpan selain mengambil keterangan daripada beberapa jururawat,” katanya.

Bagaimanapun, pemeriksaan mendapati klinik berkenaan melakukan kesalahan serius apabila ubat-ubatan yang disimpan di kaunter tingkat atas tidak direkodkan seperti disyaratkan KKM.

“Susulan itu pihak KKM bertindak merampas ubat-ubatan yang tidak direkodkan berkenaan selain memberi peringatan kepada doktor berkenaan supaya mematuhi arahan diberikan terutama penyelenggaraan ubat-ubatan,” katanya.

Pihak KKM memandang serius sebarang aktiviti pengguguran bayi secara haram terutama jika ia membabitkan golongan doktor bertauliah yang didaftarkan dengan KKM selain tidak teragak-agak menggantung lesen amalan perubatan mana-mana doktor yang melakukan kesalahan. -hm

Sinaran Laser Lemah Tidak Jejaskan Mata

Sinaran laser lemah tidak jejaskan pandangan mata: Pakar optometris

KUALA LUMPUR: Sinaran laser yang lemah tidak akan menjejaskan pandangan mata manusia jika dipancarkan dari jarak jauh contohnya ketika satu perlawanan bola sepak, menurut seorang pakar optometris.

Bekas Pakar Pandangan Mata Hospital Pulau Pinang, Dr Zahimi Chik, berkata sinaran laser akan berbahaya kepada mata sekiranya ia mempunyai daya kekuatan yang tinggi seperti yang digunakan untuk pembedahan.

"Sinaran ini akan merosakkan retina jika ia terkena pada titik pandangan visual mata iaitu mekula walaupun dalam jangka masa singkat.

"Bagaimanapun, jika sinaran itu hanya daripada penunjuk laser seperti "laser pointer" yang digunakan orang ramai sekarang, ia tidak berbahaya kecuali dalam jarak dekat," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dr Zahimi mengulas dakwaan pasukan bola sepak Indonesia tentang gangguan pada mata mereka ketika perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki menentang skuad negara semalam di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, akibat pancaran sinaran laser oleh penyokong Malaysia.

Beliau berkata, sinaran laser yang mampu dibeli kini hanya mempunyai daya kekuatan yang lemah kerana ia dihasilkan dengan tujuan tidak membahayakan pengguna.

"Jika anda ingin memiliki sinaran laser yang kuat, ia menelan belanja jutaan ringgit untuk dimiliki.

"Mustahil untuk penonton bola sepak membawa masuk alat pemancar laser yang boleh menjejaskan pandangan mata ke dalam stadium," katanya.

Menurut Dr Zahimi, sinaran laser itu mungkin mengakibatkan kesan penglihatan sementara jika disasarkan secara tetap selama beberapa minit di depan mata seseorang.

"Ketika perlawanan Malaysia dan Indonesia semalam, agak sukar untuk mensasarkan mata pemain dalam perlawanan kerana mereka sentiasa bergerak pantas sepanjang perlawanan," katanya.

Malaysia menewaskan Indonesia 3-0 dalam perlawanan itu, sekali gus membawa bekalan selesa sebelum bertandang untuk perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta, Indonesia Rabu depan. - BERNAMA


Malaysia cemari dunia sepak bola di stadion BUKIT LASER, Kuala Lumpur

Seandainya saya menjadi pemain tim sepak bola nasional Malaysia, pasti nurani saya terganggu dengan kemenangan 3-0 melawan Tim Merah Putih pada malam putaran pertama babak final Piala AFF 2010. Kemenangan itu dikotori oleh hujan sinar laser yang dilakukan oleh para supporter Malaysia dan diarahkan ke para pemain Tim Merah Putih di sepanjang permainan. Itu menodai jiwa sepak bola. Dan sekali lagi, itu dilakukan oleh Malaysia.

Saya tidak habis fikir, mengapa mereka (Malaysia) selalu tidak memiliki rasa malu, dengan segala macam cara digunakan untuk bisa menang. Issue sinar laser (sebenarnya bukan issue, tapi memang fakta) sudah terjadi di Bukir Laser saat Malaysia menghadapi Vietnam. Kabar ini sudah menyebar kemana-mana. Seandainya saya warga negara Malaysia, saya bunuh para penyorot sinar laser yang mencemari nama negara saya di dunia sepak bola Asia Tenggara. Tapi sepertinya itu tidak saya lakukan, karena sebagai warga negara Malaysia saya tidak perlu malu dengan tingkah laku yang tidak terpuji yang sering dilakukan orang-orang di Malaysia.

Heran, mengapa tidak ada tindakan yang diambil oleh penyelenggara AFF di Malaysia setelah insiden laser yang menjadi penyebab utama kekalahan tim Vietnam itu. Mungkin pemerintah Malaysia Cuma bilang, yang penting menang. Biarpun nama negara jadi cemar di pergaulan sepak bola internasional, yang penting menang.

Akhirnya, dengan sangat menyesal nama stadion Bukit Jalil saya ganti menjadi stadion BUKIT LASER. Dalam dunia olah raga, kalah atau menang itu hal yang wajar. Yang penting junjung tinggi sportifitas. Tapi di Malaysia, kemenangan harus menggunakan sinar laser. Di masa mendatang, entah apa lagi yang mereka gunakan untuk melanjutkan prinsip "yang penting menang". -garisline

Artikel Berkaitan

Isu Laser: Penyokong Indonesia Pancarkan Terlebih Dahulu

Pelajar Dakwa Dirogol Bergilir-gilir Di Kawasan Sawah

Pelajar dakwa dirogol bergilir-gilir

SEKINCHAN – Padah mengikut nafsu, lapan remaja, termasuk seorang pelajar menengah atas, bakal berdepan tindakan mahkamah kerana disyaki mencabul dan merogol seorang pelajar 14 tahun secara bergilir dalam kawasan sawah berhampiran Parit Pakat Tali Air 6, di sini, 18 Disember lalu. -illustrasi hiasan

Suspek berusia antara 16 dan 22 tahun itu berjaya dijejaki dan diberkas polis setelah menerima aduan daripada mangsa, seorang pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah di Tanjung Karang, Kuala Selangor.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, semua suspek ditahan reman sebelum pertuduhan dibacakan hari ini di Mahkamah Seksyen Klang dan Mahkamah Majistret Kuala Selangor mengikut Seksyen 376 dan 354 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol dan mencabul.

Menurut beliau, dalam kejadian antara jam 4 dan 5 pagi itu, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah menaiki motosikal bersama seorang rakan sebaya sebelum dihampiri kumpulan lelaki berkenaan yang bertindak mengganggu dan menghalang perjalanan.

“Mangsa terperangkap dan dipercayai dirogol secara bergilir oleh lapan suspek berkenaan. Rakannya berjaya menyelamatkan diri.

“Kami tidak menolak kemungkinan semua suspek penduduk tempatan dan mereka adalah kumpulan lepak di kawasan itu,” katanya.

Laporan polis dibuat mangsa di Ibu Pejabat Polis Derah (IPD) Sabak Bernam.

Noor Mushar berkata, buat masa ini, mangsa berada dalam keadaan stabil dan menumpang buat sementara di kediaman rakannya di sini.

Beliau berkata, kejadian seumpama itu dapat dielakkan sekiranya ibu bapa mengambil berat mengenai aktiviti ahli keluarga, lebih-lebih lagi re:maja.:

Jelasnya, meskipun pada musim cuti sekolah, kegiatan anak perlu sentiasa dipantau dan diawasi apatah lagi membabitkan anak perempuan.

“Sebagai ibu bapa kita mesti tahu di mana dan dengan siapa mereka berkawan, jangan terlalu mudah melepaskan anak keluar apatah lagi membiarkan mereka keluar sehingga lewat malam,” katanya. -SH

Kes Ahli Perniagaan Dibelasah Polis: 2 Anggota Polis Ditahan

Dua polis ditahan disyaki belasah lelaki

Dua anggota polis, dipercayai memukul seorang lelaki yang ditahan semasa sekatan jalan raya kerana disyaki membawa dadah Sabtu lalu, ditahan hari ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata kedua-dua anggota berpangkat konstabel serta berumur 25 dan 27 tahun dari Balai Polis Kota Damansara itu ditahan selepas kawad cam oleh lelaki berkenaan semalam.

"Dalam kawad cam itu, enam orang telah dibuat kawad cam dan daripada jumlah itu, dua telah ditahan," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Beliau berkata sebelum itu, satu pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat laporan yang dibuat mangsa berhubung kejadian tersebut.

"Polis melihat kes ini adalah serius dan wujudnya penyalahgunaan kuasa di kalangan anggota polis, dan tiada sebarang diskriminasi jika mereka bersalah," katanya.

Bagaimanapun, Tun Hisan berkata siasatan mendapati terdapat elemen palsu dalam laporan polis lelaki itu.

"Selepas itu, satu laporan telah dibuat oleh pasukan itu tentang laporan lelaki tersebut yang dipercayai mempunyai elemen palsu.

"Seramai 20 orang telah direkodkan percakapannya, termasuk doktor yang menjalankan pemeriksaan terhadap lelaki itu, polis yang ditahan serta orang awam," katanya.

Beliau berkata penahanan kedua anggota polis yang berkhidmat selama empat tahun itu bukan bermakna mereka bersalah tetapi bagi membantu siasatan, dan mereka akan ditahan reman mulai esok.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya.

Sabtu lalu, seorang lelaki mendakwa dipukul beberapa anggota polis ketika ditahan dalam sekatan jalan raya di Petaling Jaya Utara kerana disyaki membawa dadah, dan wangnya sebanyak RM13,000 telah diambil anggota polis berkenaan. - Bernama


Dirompak polis: Peniaga timbang tindakan lanjut



Ahli perniagaan Chia Buang Hing sedang menimbangkan untuk mengambil tindakan lanjut terhadap anggota polis yang dikatakan menyerang dan merompak wang tunai RM13,000 daripadanya awal bulan ini.

NONESatu siasatan polis telah dimulakan, dengan Chia mengenal pasti beberapa anggota polis dalam kawat cam semalam.

Chia (kiri) dipanggil ke balai polis daerah Petaling Jaya pagi semalam untuk mengecam mereka yang menyerangnya dan untuk dirakam kenyataannya.

Ahli perniagaan berusia 34 tahun itu mengecam empat anggota polis yang merupakan antara orang yang menyerangnya.

Ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng - yang mengiringi Chia ketika dia membuat laporan polis - ketika dihubungi Malaysiakini berkata ahli perniagaan itu akan memaklumkan tindakan lanjutnya dalam satu sidang akhbar esok.

"Beliau akan memaklumkan tindakan lanjut yang akan diambilnya. Itu adalah bahagian pertama," kata Lim.

NONE"Bahagian kedua, beliau akan menyangkal tuduhan polis terhadapnya
berkaitan tuduhan memiliki dadah dan parang ketika ditangkap," kata ahli parlimen DAP itu lagi.

Lim berkata, Chia yang menjalankan perniagaan membuat bingkai gambar, tidak ada hari ini, kerana pulang ke kampungnya di Tanjung Sepat, Selangor tetapi akan mendedahkan maklumat terperinci mengenainya dalam sidang akhbar jam 2 petang esok. -mk


Langkah Tepat: Chegubard Tolak Jawatan Timb Setiausaha Agung PKR

Calon ketua angkatan muda PKR (AMK) Badrul Hisham Shaharin yang tewas dalam pemilihan lalu berkata beliau enggan menerima tawaran untuk dilantik ke jawatan timbalan setiausaha agung yang ditawarkan kepadanya.

Tambahnya, beliau kini masih menunggu tindakan parti itu berhubung aduan yang dibuat berkaitan pemilihan parti yang berakhir bulan lalu.

Badrul Hisham yang popular dengan jolokan Chegubard itu turut mengucapkan terima kasih kepada presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail kerana mengumumkan pelantikan beliau ke jawatan itu pada 18 Disember lalu.

Bagaimanapun, Badrul Hisham berkata beliau memutuskan untuk tidak menerima jawatan tersebut atas dasar prinsip.

Katanya, beliau membuat keputusan itu setelah mendengar pandangan daripada rakan dan ahli keluarganya.

Tambahnya, beliau akan terus berkhidmat walaupun tanpa apa-apa jawatan dan turut menegaskan supaya tindakan diambil terhadap aduan yang timbul berhubung pemilihan tersebut. -mk

Ulasan GB

Seperti yang GB katakan sebelum ini, Che'gubard mampu untuk mengembalikan dan meletakkan identiti PKR ke tempatnya yang lebih murni setelah integriti dan imej PKR tercemar teruk akibat kedurjanaan pimpinan PKR yang sedia ada melaksanakan konspirasi sehingga menjadikan imej PKR begitu teruk tercemar sekarang ini.


Isu Laser: Penyokong Indonesia Pancarkan Terlebih Dahulu

Piala AFF Suzuki : Bukti Penyokong Indonesia Terlebih Dahulu Memancarkan Laser

Kami akui Timnas Indonesia adalah pasukan paling hebat di dalam dunia. Sebab itu kami minta maaf kerana berlaku insiden pancaran laser ketika final pertama malam tadi.

Tetapi cuba tonton video di bawah artikel ini yang dirakamkan ketika pertemuan Malaysia-Indonesia di peringkat kumpulan 1 Disember lalu.

Apa yang melayang-layang di muka penjaga gol Sharbinee Allawee itu? Adakah bukan pancaran laser?

Adakah anda ingin katakan penyokong Malaysia yang datang ke Jakarta untuk bermain laser terhadap penjaga gol mereka sendiri?

Jadi jika semua ini diambil kira maknanya bukan peserta Malaysia yang memulakan semua ini. Indonesia yang perlu membayar harga mahal terhadap kebijaksanaan penyokong mereka sendiri.

Tetapi yang peliknya walaupun kalah 5-1 ketika itu. Pasukan Malaysia tak pernah mengugut untuk menghentikan perlawanan. Malah mereka menganggap itu perkara biasa dan pertahanan Malaysia dimandikan dengan motivasi yang pasti mereka kenang seumur hidup. Hal itu menyebabkan mereka yang baru kenal erti bola sepak mampu layak ke final Piala AFF Suzuki.

Tetapi apa jadi pada sang Garuda yang hebat perkasa,mampu terbang tinggi dan mengganyang harimau Malaya? Mereka tewas dengan hanya suluhan laser?

Amat menyedihkan Presiden Indonesia turut memberi komen atas insiden itu.

Jika kerana itu boleh difikirkan Timnas Indonesia bukanlah sehebat mana. Mereka hanya memberi alasan kerana gugup beraksi di tempat lawan. Jurulatih mereka tahu apa silapnya baca sendiri di sini.

Benarlah orang kata Bangsa beralasan takkan pernah maju dan kita hanya gagal kerana perkara kecil umpama suluhan laser. Indonesia perlu cermin muka mereka sendiri.

Jika Malaysia kalah di Indonesia nanti. Saya sudah cukup puas hati dengan kemenangan malam tadi.

Al-maklumlah berlawan dengan Timnas Indonesia - pasukan yang paling hebat di dunia, tapi sayang 'sekali lagi' ditekankan kalah hanya dengan suluhan laser.

Meminjam kata-kata penyokong-penyokong fanatik Indonesia. Nordin Undur! Nordin Undur!
Saya tak tahu apa maknanya. Mungkin mereka juga sedar Nordin Haldi punca Timnas Indonesia longlai.

Tahniah Malaysia! -gergasi merah




Indonesia Kalah Bukan karena Laser

KUALA LUMPUR, KOMPAS.com — Teror sinar laser bukanlah penyebab kekalahan Indonesia dari Malaysia pada leg pertama final Piala AFF. Tim "Merah Putih" kalah karena kesalahan individu seorang pemain.

Demikian ditegaskan pelatih timnas Indonesia, Alfred Riedl, seusai pertandingan yang berakhir dengan skor telak tiga gol tanpa balas di Stadion Bukit Jalil, Minggu (26/12/2010).

Tuan rumah Malaysia membuka kemenangan melalui gol yang dicetak oleh Mohd Safee pada menit ke-61. Gol kedua dilesakkan oleh Mohd Ashari bin Samsudin pada menit ke-68, dan gol ketiga kembali dibuat oleh Safee pada menit ke-73.

Sebelum terjadinya gol pertama, pertandingan sempat dihentikan menyusul protes dari kiper Indonesia, Markus Horison. Menurut Riedl, Markus dan sejumlah pemain terganggu oleh sinar laser yang menyorot wajah mereka.

"Setelah permainan dihentikan dan dimulai lagi, kami juga bermain bagus. Namun, setelah gol pertama, keadaan berbalik melawan kami. Malaysia semakin percaya diri dan pertahanan kami kacau," ujarnya.

"Ini bukan soal laser, melainkan kesalahan individual dari satu pemain. Saya tidak tahu apa yang terjadi dengan pemain setelah gol pertama, tetapi itu titik baliknya. Saya akan mendiskusikan itu dengan pemain besok," tambahnya. -kompas.com



Soal Laser, Presiden Susilo Minta Menteri Sukannya Protes!

Presiden Susilo Bambang Yudhoyono ikut geram soal urusan laser yang beberapa kali diarahkan ke pemain tim nasional Indonesia yang berduel dengan tim nasional Malaysia pada Piala AFF 2010 di Stadion Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia, Minggu (26/12/2010).

Presiden lantas meminta Menteri Pemuda dan Olahraga untuk memprotes keras tindakan tidak sportif tersebut. "Saya sudah kontak Pak Andi Mallarangeng untuk melayangkan protes resmi," kata Presiden seusai babak pertama.

Seperti diwartakan, meski sudah diperingatkan jauh-jauh hari, insiden sorotan sinar laser ke arah penjaga gawang ternyata masih terjadi di Stadion Bukit Jalil, Malaysia. Hal tersebut pun dialami kiper timnas Indonesia, Markus Horison.

Markus langsung memprotes hal tersebut kepada wasit sebelum timnas Malaysia melakukan tendangan penjuru pertamanya ke gawang Indonesia pada menit ke-9. Wasit sempat menghentikan sementara pertandingan untuk memastikan tidak ada sorotan laser ke muka kiper Indonesia itu.

Soal insiden ini, Ketua Umum PSSI Nurdin Halid sempat mengancam panitia lokal Malaysia. Timnas Indonesia akan walkout jika sorotan laser dari arah suporter Malaysia tidak bisa diatasi. Sebelumnya, tindakan tak sportif yang dapat menguntungkan timnas Malaysia tersebut ditengarai sebagai salah satu penyebab kalahnya Vietnam dalam laga semifinal melawan Malaysia. -kompas.com


Safee Sali Penjaring Terbanyak Piala AFF Suzuki Setakat Ini

Safee calon penjaring terbanyak

PENYERANG kebangsaan, Mohd Safee Sali kini boleh berkira-kira untuk dinobatkan sebagai penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF pada tahun ini selepas menjaringkan dua lagi gol pada perlawanan akhir pertama semalam.

Dua jaringannya itu membolehkan dia mengumpul empat gol keseluruhan mengatasi ayam tambatan Indonesia, Cristian Gonzales yang gagal menembusi gawang penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat sekali gus kekal dengan tiga gol setakat ini.

Namun bukan itu yang menjadi buruannya sebaliknya Piala Suzuki AFF yang pertama untuk negara sejak ia mula di pertandingkan pada 1996.

“Saya secara peribadi tidak mensasarkan gelaran penjaring terbanyak sebaliknya kejayaan pasukan adalah lebih penting,” katanya yang membuka jaringan Malaysia m-62 dan menoktahkan malam gemilang bola sepak negara dengan jaringan ketiga m-72.

Pemain berusia 26 tahun itu juga tidak menyembunyikan hasrat untuk beraksi di Liga Indonesia beradasarkan persembahannya di kejohanan bola sepak terbesar di Asia Tenggara selepas ini.

“Kemenangan ini sudah pasti memberikan kami keyakinan kerana ia bekalan yang amat selesa apabila sekali lagi bertarung di Jakarta pada Rabu ini,” katanya. -metro


Safee enggan dabik dada

'Ia kemenangan pasukan, bukan untuk saya kejar anugerah Kasut Emas'

MALAM tadi, dia meledak dua gol lagi - mengulangi angka sama ketika menewaskan Vietnam dalam separuh akhir di gelanggang sama - Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Namun, Safee Sali tetap merendahkan diri selepas mengumpul empat jaringan penting untuk skuad negara, sebaliknya membicarakan kejayaan menewaskan Indonesia, malam tadi adalah kerana kerjasama dan semangat sepasukan.
“Ini adalah kemenangan pasukan dan bukannya untuk saya mengejar anugerah Kasut Emas. Tanpa bantuan rakan sepasukan sudah pasti saya takkan mampu menjaringkan gol,” katanya selepas membantu pasukan negara menang selesa 3-0.

Safee, 26, yang berasal dari Kajang, Selangor itu menjaringkan dua gol pada perlawanan menentang Vietnam - sekali gus membantu negara buat pertama kalinya layak ke pusingan final selepas 14 tahun dan malam tadi dia menjaringkan gol pertama dan ketiga bagi memberi kelebihan agregat 3-0 untuk bekalan ke Jakarta bagi perlawanan timbal balik kedua, Rabu ini.

Dia juga bersedia beraksi pada mana-mana kelab luar negara yang berminat menggunakan khidmatnya.

“Saya harap dengan prestasi saya pada kejohanan ini akan membuka mata mana-mana kelab luar negara,” katanya yang kini mewakili pasukan Selangor. -BH




Kicap Pekat Berperisa Cicak

Kangar - Selama sebulan ini, sebuah keluarga terdiri lapan orang di Taman Merpati di sini tidak menyangka keenakan makanan yang mereka nikmati menggunakan kicap soya pekat, rupa-rupanya bercampur bangkai cicak.

Gambar: NORAZURA menunjukkan bangkai cicak yang dijumpai dalam botol kicap soya pekat di Taman Merpati, Kangar semalam.

Bangkai cicak dalam kicap pekat yang turut mempunyai tanda sijil halal itu hanya disedari ketika keluarga tersebut menggunakannya untuk memasak nasi goreng kira-kira pukul 7 malam kelmarin.

Menurut Norazura Arip, 32, bangkai cicak sepanjang dua sentimeter itu tiba-tiba terkeluar dari botol kicap berkenaan ketika dia menuangkannya ke atas senduk untuk memasak nasi goreng.

"Saya menjerit kerana terkejut melihat ada cicak keluar dari botol kicap ini yang telah pun bertukar warna menjadi kehitaman.

"Ekoran itu, kami sekeluarga kini berasa loya-loya dan trauma setelah memikirkan selama sebulan ini kicap tersebut digunakan dalam masakan seharian kami," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini semalam. -kosmo

Ulasan GB

Gunakan kicap yang dikeluarkan oleh pengeluar berstatus GMP (Good Manucfacturing Practice)


[Bergambar] 4 Sepupu Maut Sewaktu Ke Kelas Tuisyen

Hasrat empat sepupu termasuk dua beradik untuk menghadiri kelas tuisyen tidak kesampaian apabila kesemua mereka maut selepas kereta jenis Peugoet 406 yang dinaiki terbabas sebelum merempuh sebatang pokok di Kilometer 7, Jalan Pasir Mas-Tanah Merah dekat sini kelmarin.

Gambar: KERETA dinaiki mangsa remuk teruk selepas terbabas sebelum melanggar pokok di Kilometer 7, Jalan Pasir Mas-Tanah Merah, malam kelmarin.

Kejadian pukul 7.45 malam itu mengakibatkan Afik Izzuddin Abdul Aziz, 17; adiknya, Mohd. Irshaduddin, 13; dua sepupu mereka, Mohd. Ishraf Ibrahim, 11; dan Nurul Qistina Hanafi, 11, mati selepas mengalami kecederaan parah.

Nurul Qistina meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Pasir Mas (HPM). Pemandu kereta itu, Amir Ashraf Abdul Aziz, 22, kini sedang bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) HPM.

Akibat rempuhan tersebut Afik Izzuddin, Mohd. Irshaduddin dan Mohd. Ishraf tercampak keluar sebelum terhumban ke dalam parit sedalam 0.3 meter menyebabkan mereka lemas.

Difahamkan, sebelum kejadian, kesemua mangsa dalam perjalanan dari Simpang Empat Tok Uban di sini ke bandar Pasir Mas.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliluddin Rahim berkata, akibat rempuhan kuat itu, kesemua mangsa termasuk pemandu terpelanting keluar sebelum terjatuh ke dalam parit.

“Selain lemas, mangsa-mangsa yang meninggal dunia mengalami kecederaan parah di kepala dan dada. Kita masih menyiasat punca kejadian,” katanya yang meminta saksi kejadian tampil untuk membantu siasatan. -kosmo


‘Mana anak aku...’

PASIR MAS: “Mana anak aku...mana anak aku!“ jerit Abdul Aziz Abdullah, 42, sebaik tiba di lokasi kemalangan yang mengorbankan empat nyawa termasuk dua anaknya selepas sebuah kereta dinaiki lima sepupu terbabas dan melanggar sebatang pokok di Kampung Kenjong, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.45 malam itu, lima sepupu terbabit dalam perjalanan dari rumah mereka di Cabang Tiga Chetok, Jalan Tok Uban, dekat sini, untuk ke pusat tuisyen di bandar ini menaiki kereta Peugeot 406 dipandu Amir Asyraf Abd Aziz, 22.

Saksi, Asyrizulkifli Che Hasan, 22, berkata sejurus kemalangan hanya Amir Asyraf ditemui penduduk kampung dalam keadaan cedera parah selepas tercampak tidak jauh daripada kenderaan dipandunya dan tidak lama kemudian Abd Aziz tiba di lokasi kejadian. Menurutnya, selepas menyertai penduduk kampung mencari empat penumpang kereta itu, bapa terbabit hanya mampu meraung sebaik melihat anak sulungnya, Afiq Izwan 17, ditemui sudah meninggal dunia di bawah kereta dinaikinya.

Katanya, lebih memilukan, anak kedua Abdul Aziz, Irsyanudin, 13, meninggal dunia dalam parit di tempat kejadian bersama sepupunya, Isyraf Ibrahim, 11. “Sebaik melihat mayat kedua-dua anaknya, saya lihat dia (Abdul Aziz) tidak dapat mengawal perasaan lalu meraung sebelum ditenangkan orang ramai yang membantu mengeluarkan mangsa,” kata Asyrizulkifli.

Seorang lagi mangsa, Nur Qistina Hanafi, 11, yang parah di kepala, ditemui dalam jarak kira-kira dua meter daripada Irsyanudin dan Isyraf, namun dia meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pasir Mas. Asyrizulkifli berkata, sebelum kejadian, kenderaan dinaiki lima bersaudara itu memotong Proton Iswara dipandunya ketika dia dalam perjalanan ke majlis kenduri saudaranya di pekan ini.

“Dalam tempoh hanya beberapa saat kemudian, saya melihat kereta Peugeot berwarna merah itu terbabas dan merempuh sebatang pokok sebelum terjunam ke kawasan parit di kawasan itu.

“Ketika itu saya lihat kereta itu cuba memotong kenderaan lain, namun gagal disebabkan ada kenderaan lain di depan sebelum ia melencong jauh sehingga terbabas dan melanggar pokok,” katanya.

Pelajar jurusan kejuruteraan di Universiti Teknologi Petronas (UTP) itu berkata, dia kemudian memberhentikan kenderaannya di bahu jalan dan beberapa penduduk kampung berhampiran juga tiba di tempat kejadian memberi pertolongan. -hm







Lagi Bas 2 Tingkat Terbalik

2 parah, lapan cedera di Jalan Raub-Bentong

RAUB: Sebuah lagi bas dua tingkat terbalik, kejadian kedua dalam tempoh seminggu menyebabkan lapan cedera, termasuk dua parah dalam kemalangan di Kilometer 363 Jalan Raub-Bentong awal pagi semalam.

Kejadian jam 5.20 pagi itu membabitkan bas milik Mahligai Ekspres dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Klang, berlaku kira-kira 500 meter dari sempadan Raub-Bentong.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Mohd Shamsudin Wan Osman, berkata dua penumpang yang cedera parah masing-masing dimasukkan ke Hospital Raub dan Hospital Temerloh, manakala enam lagi diberi rawatan pesakit luar.

"Seorang penumpang lelaki berusia 40-an patah tulang rusuk dan cedera di kepala, manakala seorang penumpang wanita berusia 30-an cedera di perut.

"Enam lagi penumpang yang cedera dibenar meneruskan perjalanan selepas menerima rawatan," katanya dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan dan tidak menolak kemungkinan kemalangan itu berlaku akibat kecuaian pemandu kerana ia berlaku di jalan yang lurus dan cuaca baik.

Wan Shamsudin berkata, siasatan mendapati bas berkenaan yang baru sebulan digunakan membawa 42 penumpang, bertolak dari Kota Bharu pada kira-kira jam 9.30 malam.

"Ujian air kencing mendapati pemandu berusia 46 tahun terbabit negatif dadah, tetapi siasatan lanjut diteruskan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Katanya, sebelum kejadian itu tiga penumpang bas terbabit ditahan dalam sekatan jalan raya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Benta pada kira-kira jam 4 pagi.

Katanya, tiga penumpang terbabit didapati positif dadah selepas dijalankan ujian air kencing. -BH

[Bergambar & Video] Tahniah Malaysia, Teruskan Perjuangan!

Piala AFF-Suzuki: Malaysia Bawa Kelebihan Agregat 3-0 Ke Indonesia

Malaysia membawa bekalan selesa ke Jakarta selepas menumpaskan Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir pertama Piala AFF-Suzuki 2010 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini Ahad malam.

Mohd Safee Mohd Sali menjadi wira negara apabila menjaringkan dua gol pada minit ke-59 dan 71, sementara Mohamad Ashari Samsudin menyumbang gol pada minit ke-67.

Perlawanan timbal balik akhir akan berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia pada Rabu ini bagi menentukan siapa yang bakal menjulang kejuaraan edisi kali ini.

Beraksi di hadapan kira-kira 85,000 penonton, Malaysia bermula garang dengan melakukan asakan bertali arus ke arah gawang Indonesia pada babak separuh masa pertama dengan mempamerkan corak permainan yang selamat.

Skuad 'Harimau Malaya' dan skuad 'Garuda' masing-masing melakukan asakan demi asakan namun buntu dalam pencarian gol sehingga wisel rehat dibunyikan.

Selepas rehat, perlawanan yang baru bermula 10 minit dicemari dengan insiden pancaran laser oleh penyokong yang menyebabkan jurulatih Indonesia, Alfred Riedl memprotes kepada pengadil, Toma Masaaki dari Jepun, dan akibatnya permainan terhenti selama lima minit bagi meredakan keadaan yang tegang di kalangan penyokong kedua-dua negara.

Sepanjang tempoh itu, keadaan dikeruhkan lagi apabila penyokong Indonesia mula membaling botol air mineral ke dalam padang dan diikuti oleh letupan bunga api yang dihalakan ke dalam padang oleh penyokong Malaysia.

Sejurus selepas itu, kedua-dua pasukan mula mempamer corak permainan yang lebih agresif namun anak didik bekas pemain kebangsaan, K. Rajagobal nyata lebih unggul apabila Safee Sali menjaringkan gol pertama Malaysia pada minit ke-59 hasil daripada lorongan bola yang diterima daripada Norshahrul Idhlan Talaha dalam kotak penalti.

Lapan minit kemudian, gawang Indonesia yang dikawal Markus Harison Rihihina sekali lagi dibolosi apabila Mohamad Ashari Samsudin, yang menggantikan Amirulhadi Zainal, membuat rembatan jarak dekat kira-kira dua meter dalam kotak penalti hasil umpanan Norshahrul yang terdahulu melepasi tiga benteng lawan.

Asakan bertubi-tubi pemain Malaysia sekali lagi berhasil menembusi gol Indonesia apabila Mohd Safee menanduk masuk bola hasil hantaran daripada luar kotak penalti oleh Mahalli Jasuli pada minit ke-71.

Tersentak dengan jaringan tiga gol, Indonesia cuba bangkit untuk mencari gol tunggal namun tidak berjaya hingga tiupan wisel penamat.

Rajagobal dalam sidang akhbar selepas perlawanan berkata beliau amat berpuas hati dengan prestasi dan pencapaian anak buahnya.

"Pada separuh masa pertama pemain bermain dengan cara bertahan dan menukar taktik selepas rehat. Pada masa rehat saya beritahu pemain bahawa inilah sahaja peluang pemain untuk mendapat bekalan selesa ke Jakarta nanti.

"Saya berbangga dengan pencapaian malam ini walaupun perlawanan malam ini dicemari insiden yang kurang disenangi oleh para penyokong, namun pemain negara tidak hilang fokus," katanya.

Sementara itu Riedl berkata perlawanan timbal balik akhir merupakan tugas yang berat bagi pemainnya kerana mereka perlu mengatasi agregat gol yang besar untuk merangkul gelaran juara Piala AFF-Suzuki.

"Gol pertama Malaysia memulakan segalanya apabila pasukan Indonesia mulai hilang fokus terhadap permainan. Saya rasa peluang agak tipis untuk menang di Jakarta, tapi kami perlu ambil pelbagai risiko dalam perancangan nanti," katanya.

Bagi Mohd Safee yang menjadi penjaring terbanyak pada kejohanan ini dengan empat gol, katanya beliau tidak menyangka dapat menyumbang dua lagi gol pada malam ini.

"Saya sangat yakin dengan persembahan saya dan rakan-rakan yang lain dan kami akan membawa momentum ini Rabu nanti di Jakarta," kata Mohd Safee, sambil menambah beliau berhajat untuk bermain dalam liga yang kompetitif di Indonesia selepas ini jika diberikan peluang. -- BERNAMA

Laporan Padang:

Minit ke 7:- Sepakan sudut pertama buat malaysia, tetapi ada kekecohan disitu, ada orang main laser hijau kat keeper indonesia.

Minit ke 17 :- Percubaan pertama dari Kunalan. Dengan mudah keeper indonesia menangkap bola.

Minit ke 22:- Pemain indonesia tersilap membuat hantaran dan peluang buat Safiq rahim membuat sepakan, tetapi tidak gol. Rugi yang amat!

Mint ke 25:- Sepakan sudut buat indonesia oleh Okto.

Minit ke 27:- Percubaan yang merbahaya dari indonesia, hantaran cantik oleh gonzales, ke bos toni. Sepakan kencang melintang. Nasib baik tak bol.

Minit ke 31:- Asra dilayangkan kat kuning dan sepakan percuma buat indonesia. Jarak lebih kurang 21 meter. Merbahaya disitu.

Minit ke 37:- Percubaan dari Okto, pemain indonesia, sekali lagi gawang malaysia hampir diuji. Nasib baik dengan cepat membuat clearance dengan awal.

Minit ke 43-44:- Sepakan sudut buat malaysia.

Minit ke 45: 2 minit masa tambahan, kekasaran berlaku okto dibengkes.

Tamat buat separuh masa pertama. Tiada jaringan dihasilkan.

Separuh masa kedua :-

Minit ke 46 :- Sepakan dari Gonzales, masuk ke gawang Malaysia, gooll!! TETAPI offside.

Minit ke 52 :- Gunalan dibengkes. Sepakan percuma buat malaysia. Jarak lebih kurang luar sedikit petak penalti. Kekecohan berlaku, ada orang main laser hijau dekat penjaga gol Indonesia. Keadaan kecoh sedikit.

Perlawanan dihentikan seketika, sedang mencari orang yang main laser ?

Minit ke 60 :- Goool oleh Safee Ali. Malaysia 1-0 indonesia.

Minit ke 65:- Safee Ali terlepas peluang untuk gol, diselamatkan oleh pertahanan indonesia.

Minit ke 67:- GOOOOLLL lagi oleh Shaari, sepakan yang sangat kencang. Malaysia 2-0 indonesia.

Minit ke 69:- Percubaan yang menarik dari Malaysia sekali lagi, dari Safiq Rahim.

Minit ke 71 :- Giliran Indonesia membuat sepakan percubaan , tetapi tersasar oleh Arif.

Minit ke 73 :- Gooolll lagi hasil dari tandukan oleh Safee Ali. Malaysia 3-0 Indonesia.

Minit ke 78:- Itu dia Safee ali, satu lagi percubaan sepakan yang kencang. tetapi tak gol lah, sepatutnya bagi kat safiq rahim sebelah kiri, dah kosong kot.

Minit ke 80:- Sepakan percuma buat Indonesia, sepakan oleh Gonzales. Tersasar jauh!

Minit ke 83:- Sekali lagi sepakan percuma buat Indonesia, diselamatkan oleh penjaga gol khairul fahmi

Minit ke 90:- Masa tambahan sebanyak 8 minit. Disebabkan insiden sapa yang main laser tadi huh!

Minit ke 94:- Kesilapan dari pertahanan indonesia, dan Kunalan mendapat peluang, one by one sekarang nie, tetapi macam dibengkes oleh penjaga gol indonesia. Tak dapat lah pulak sepakan penalti.

Minit ke 98:- Indonesia mendapat sepakan percuma, sedikit lagi dalam kotak penalti. Pertahanan malaysia terus kental.

Minit ke 99:- Masa perlawanan tamat, tahniah diucapkan buat pemain Malaysia. -zikrihusaini


Statistik perlawanan Malaysia menentang Indonesia di Bukit Jalil.



Gambar















[2 Video Terbaru] : Piala AFF Suzuki Malaysia Menang 3-0 (updated)

Piala Suzuki AFF: Malaysia kalahkan Indonesia 3-0


KUALA LUMPUR: Malaysia menang selesa 3-0 ke atas Indonesia 3-0 pada final pertama Piala Suzuki AFF, di Stadium Nasional Bukit Jalil, selepas wisel dibunyikan tanda tamat permainan malam ini.

Gol Malaysia diperoleh menerusi Safee Sali pada minit ke-60 dan 72, manakala Asaari Shamsudin pada minit ke-67.


Skuad negara akan bertandang ke Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta Rabu ini untuk final kedua.

Dengan kemenangan itu, Malaysia semakin hampir mendakap Piala Suzuki AFF dengan berbekalkan tiga gol di Indonesia nanti.

Perlawanan agak seimbang pada separuh masa pertama tetapi beberapa peluang Malaysia untuk mendahului tidak dapat disempurnakan.

Masuk separuh masa kedua, Malaysia menggandakan asakan dan pada minit ke-50 pengadil terpaksa menangguhkan perlawanan hampir 10 minit berikutan tindakan penonton memancarkan cahaya laser ke arah pemain.