20 Sep 2010

Penawar Ugut Tengku Adnan. Saat Kejatuhan Najib Semakin Nyata

Pertubuhan Mantan Wakil Rakyat Umno (PENAWAR) melahirkan rasa dukacita dengan kenyataan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mengutuk Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan NGO Melayu sebagai rasis dalam memperjuang hak Melayu dan bumiputera.

Presiden PENAWAR Tan Sri Adam Kadir berkata dalam mesyuarat Dewan Tertinggi badan itu hari ini menuntut Tengku Adnan supaya memohon maaf kepada PERKASA dan NGO Melayu.

"Sekiranya Tengku Adnan enggan memohon maaf, pihaknya akan menuntut supaya Umno memecat beliau sebagai setiausaha agung Umno," katanya dalam satu kenyataan tiga perenggan di Kuala Lumpur hari ini.

Adam berkata mesyuarat itu juga bersetuju sebulat suara mendesak Umno supaya bekerjasama dengan PERKASA dan semua NGO Melayu yang memperjuang dan mempertahankan hak orang Melayu dan Bumiputera seperti termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Pada 8 Sept lepas, Tengku Adnan dilaporkan berkata UMNO perlu menjauhi daripada PERKASA yang lantang membuat kenyataan ekstrem mengenai isu-isu perkauman.

Selain itu, beliau mendakwa Umno tidak menyokong PERKASA mahupun Presidennya Datuk Ibrahim Ali pada pilihan raya umum akan datang kerana tindakan itu berpotensi menghakis sokongan pengundi bukan Melayu terhadap BN.

--Bernama

Ulasan GB

Perpecahan UMNO tak dapat disangkal lagi. UMNO tersepit. Nak sokong Perkasa atau tidak. Menyokong Perkasa bererti kehilangan sokongan bukan Melayu terhadap BN di dalam pilihanraya akan datang. Tak sokong Perkasa bererti kehilangan undi Melayu terhadap UMNO sendiri.

Nak tak nak, oleh kerana tebalnya assabiyah di kalangan ahli UMNO, Penawar memilih untuk menolak kenyataan Tengku Adnan dan menyokong Perkasa. Tersenyum lebar Ibrahim Ali yang tak diterima menjadi ahli UMNO sebelum ini.

Najib pula? Berkecai slogan 1 Malaysianya. Hanya slogan retorika yang sudah tidak bermakna apa-apa.

Saat kejatuhan Najib semakin nyata.


Perhilitan Selangor Bawa Keluar Merak, Unggas Dari Ladang Gadong

Jabatan Perhilitan Selangor membawa keluar empat ekor merak, tiga tekukur, tiga burung gembala kerbau dan seekor murai kampung dari ladang ternakan milik suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain berhampiran Ladang Gadong, Tanjung Sepat di sini.

Empat pegawai Jabatan Perhilitan Selangor, yang diketuai oleh Ahmad Sahrizan Mohd Nawawi, tiba di ladang itu pada pukul 12 tengah hari Isnin.

Operasi menangkap unggas-unggas itu bermula pada pukul 3.50 petang selepas ketibaan sebuah pikap trak Jabatan Perhilitan Selangor yang membawa sangkar-sangkar tiba ke lokasi.

Petugas dan pegawai Perhilitan Selangor meninggalkan lokasi bersama unggas-unggas berkenaan pada pukul 4.45 petang.

Mereka mengambil masa agak lama untuk menangkap unggas-unggas lebih kecil seperti murai dan gembala kerbau berbanding dengan merak India yang dikurung di dalam reban atau sangkar khas semasa operasi itu.

Ahmad Sahrizan berkata tujuan kedatangan Perhilitan Selangor ke lokasi itu adalah bagi menjaga kebajikan haiwan liar, yang dipercayai tidak cukup makan, semasa kawasan itu dikawal bagi polis melakukan siasatan.

"Haiwan-haiwan ini bukan daripada spesis yang dilindungi tetapi Perhilitan Selangor prihatin dengan kebajikan haiwan-haiwan liar ini," katanya.

Perhilitan Selangor mengetahui mengenai kehadiran unggas-unggas ini menerusi laporan-laporan akhbar.

Ahmad Sahrizan berkata Perhilitan Selangor akan membawa unggas-unggas itu untuk ditempatkan di Pejabat Perhilitan Negeri di Seksyen 8, Shah Alam sementara mendapatkan perintah mahkamah untuk tindakan selanjutnya.

Pada hari ini para wartawan berpeluang untuk berada di hadapan pintu pagar utama ladang ternakan, di mana Sosilawati dan tiga individu lain dibunuh, dan berpeluang untuk menyaksikan proses Perhilitan Selangor menangkap unggas-unggas di dalam sangkar di ladang itu.

Masih kelihatan beberapa ekor kambing dan lembu berkeliaran dalam ladang ternakan milik suspek utama kes pembunuhan itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Nordin Manan berkata hanya orang awam tidak dibenarkan masuk ke kawasan itu tetapi bagi mereka yang mempunyai urusan di ladang kelapa sawit, ladang ternakan ayam dan ladang longan boleh melalui kawasan itu dengan meminta kebenaran daripada anggota polis yang berkawal.

Setakat petang tadi, polis hanya mengawal kawasan di hadapan pintu pagar utama lokasi ladang milik suspek.

Lokasi itu turut dikunjungi oleh beberapa anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Cawangan Klang yang meninjau dari luar pagar ladang itu semasa operasi menangkap unggas-unggas dilakukan. -BERNAMA

Caj Tanah KTMB : Apakah Sejarah Batu Putih Akan Berulang?

Caj tanah KTMB: Malaysia, Singapura rujuk timbang tara

Malaysia dan Singapura bersetuju untuk membawa isu tertangguh berhubung bayaran bagi pembangunan tanah KTMB di republik ini, yang akan dimajukan secara bersama oleh kedua-dua negara, ke Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa.

Kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas pertemuan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatan beliau dari Singapura Lee Hsien Loong di Istana di sini hari ini menyebut bahawa kedua-dua pemimpin itu bersetuju menyelesaikan isu berkenaan secara baik melalui timbang tara di bawah naungan Mahkamah Timbang Tara Tetap.

Kenyataan itu berkata kedua-dua negara mempunyai pandangan berbeza tentang caj yang perlu dibayar melibatkan Perkara-perkara yang Dipersetujui (POA) berhubung bayaran bagi tiga bidang tanah berkenaan di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands.

Tanah terbabit dijangka dimajukan sebuah syarikat usaha sama 60-40, M-S Pte Ltd, yang akan ditubuhkan antara Khazanah Nasional Berhad dari Malaysia dan Temasek Holdings Ltd dari Singapura.

Najib dan Lee juga bersetuju menerima keputusan mahkamah berkenaan sebagai keputusan muktamad dan perlu dipatuhi.

Adalah difahamkan caj pembangunan, yang dikenakan terhadap mana-mana pihak yang ingin memajukan sebarang tanah di Singapura, adalah besar jumlahnya sekiranya tiga bidang tanah berkenaan ingin dibangunkan.

Perkara yang menjadi persoalan sekarang ialah berdasarkan POA yang dimeterai oleh kedua-dua negara pada 1990, fasal tentang siapa yang perlu membayar caj pembangunan tidak begitu jelas.

Singapura membuat tafsiran bahawa syarikat yang akan memajukannyalah yang perlu membayar caj itu, manakala Malaysia pula berpendapat tiada sebarang kos perlu dijelaskan.

Bagaimanapun, Najib dan Lee bersetuju bahawa proses timbang tara berkenaan perlu mengikut laluannya sendiri dan tidak sepatutnya menjejaskan pelaksanaan POA terbabit serta inisiatif dua hala lain yang telah dipersetujui sebelum ini dalam rundingan pertama mereka di sini pada 24 Mei lepas.

Dalam rundingan itu, Malaysia bersetuju memindahkan stesen KTMB Tanjong Pagar ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands menjelang 1 Julai depan, manakala tiga bidang tanah berkenaan akan diserahkan kepada M-S Pte Ltd untuk dimajukan secara bersama serta menukar beberapa keping tanah di Marina South dan Ophir-Rochor.

Bercakap pada sidang akhbar bersama dengan Lee kemudiannya, Najib berkata walaupun isu itu bukan merupakan masalah besar, tetapi ia penting kerana mereka mahu wujudnya suatu persetujuan (POA) yang mampu bertahan oleh ujian masa.

Najib berkata mereka mahu agar ia menjadi suatu perjanjian yang sah di sisi undang-undang dan betul daripada segi politik serta akan diterima oleh rakyat kedua-dua negara, termasuk generasi akan datang.

Najib berkata: “Perjanjian ini merupakan bab terakhir dalam aturan yang begitu tua usianya, yang dimulakan 20 tahun lepas.

“Kedua-dua kami gembira dan berasa lega dalam erti kata kami boleh menyifatkannya sudah selesai dan seterusnya, melangkah ke hadapan.”

Beliau berkata Singapura dan Lee telah mempamerkan komitmen tinggi dalam menangani POA berkenaan, yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dan memantapkan lagi versi lama POA itu. — Bernama

Ulasan GB

Peguam Negara akan diuji lagi. Kerana terlalu ghairah menonjol diri untuk menjadi manusia paling berkuasa di negara ini dengan pelbagai hal yang dilakukan untuk mengampu, disamping memberikan nasihat-nasihat kepada kabinet yang sengaja untuk menekan Pakatan Rakyat seperti isu royalti, kini Gani Patail akan terpaksa menghadapi kes Caj Tanah KTMB.

Apakah Singapura nanti akan berjaya di Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa dan Malaysia nanti terpaksa mengikut caj yang dikehendaki Singapura sedangkan tanah itu milik kita? Bebalnya....

Kepakaran barisan pasukan undang-undang negara yang diketuai oleh Gani Patail adalah barisan yang lemah. Maruah negara pernah terhina ekoran kekalahan di dalam isu Batu Putih kerana beliau.

Rasa-rasanya begitulah nampaknya penyudah nanti.


Kes Sosilawati: Profil DNA Ambil Masa - Jabatan Kimia

Profil DNA kes bunuh Sosilawati ambil masa: Jabatan Kimia

Penggunaan analisis DNA dalam mengenalpasti mangsa dalam sesuatu kes jenayah kadangkala menghadapi kesukaran dari segi pengesahan identiti mangsa, menurut Ketua Pengarah Jabatan Kimia, N Hithaya Jeevan (gambar).

Beliau berkata, ia termasuk pengesahan menggunakan DNA dalam kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga rakannya, baru-baru ini. Katanya, antara kesukaran yang dihadapi adalah tempoh masa yang diperlukan untuk menjalankan profiling DNA ke atas bukti-bukti yang ditemui, termasuk cebisan tulang dan sampel rambut yang ditemui di lokasi kejadian. "Kita menjangkakan profil DNA (kes pembunuhan Sosilawati dan tiga rakannya) itu akan disiapkan dalam masa terdekat ini.

“Bagaimanapun kita tidak boleh meletakkan tempoh tertentu untuk menyerahkan profil DNA terbabit kepada polis. Jangka masa profil (DNA) untuk disiapkan bergantung kepada berapa banyak bahan bukti serta penemuan yang ditemui di lokasi kejadian," katanya.

Sosilawati 47, bersama tiga lelaki iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.

Polis kemudian mengesahkan keempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting dekat sini.
Susulan itu, Unit Forensik Polis menemui beberapa objek termasuk serpihan tulang dan sampel rambut yang dipercayai bahan bukti dalam kes pembunuhan itu, dan polis telah menghantar sampel tersebut ke Jabatan Kimia untuk analisis pada minggu lalu.

Hithaya Jeevan berkata, jabatan itu sebelum ini, pernah mengendalikan kes yang rumit dan mengambil masa yang agak lama untuk memperoleh keputusan profil DNA bagi kes berkenaan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Sharibuu serta kes pembunuhan penganalisis teknologi maklumat, Canny Ong.

"Kes Altantuya dan Canny Ong juga mempunyai kerumitan untuk mendapatkan keputusan DNA yang tepat (bagi setiap kes). Kami perlu mengikut protokol antarabangsa yang telah digariskan," katanya.

Hithaya Jeevan berkata, dengan kekuatan enam tenaga pakar forensik yang terlatih di jabatan itu, beliau berharap ia dapat mempercepatkan perolehan keputusan profil DNA kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain, dan sekali gus dapat menyelesaikan kes pembunuhan itu.

"Jika keputusan ini sudah diperoleh kita akan rujuk kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya. - Bernama


Inkues Teoh, "Nota Terakhir" Seperti Dirancang

Peguam: Penemuan Terbaru 'Nota Misteri' Beng Hock Seolah-Olah Dirancang

Peguam keluarga Teoh Beng Hock, Gobind Singh Deo menyifatkan kahadiran bukti baru berhubung kematian Teoh Beng Hock yang mati ketika berada dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukkan seolah-olah sesuatu yang dirancang.

Ini berikutan seorang anggota polis penyiasat memberitahu koroner inkues hari ini bahawa beliau menemui 'nota misteri' pada beg sandang Beng Hock yang mati pada 17 Julai lalu dan nota itu ditemui sehari selepas Beng Hock didapati mati di Plaza Masalam, Shah Alam.

Katanya, beliau amat kecewa atas apa yang berlaku kerana bukti itu sepatutnya dikemukakan sebelum bermulanya prosiding.

Gobind juga mengesahkan bahawa pegawai penyiasat ASP Ahmad Nazri Zainal menemui nota kontroversi itu.

Bagaimanapun, kehadiran bukti baru di saat akhir inkues kematian Beng Hock itu menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan peguam yang mewakili keluarga bekas setiausaha politik kepada exco itu dan kerajaan Selangor.

Bukti berkenaan dikhabarkan sebagai nota bunuh diri dikemukakan kepada mahkamah semasa Ahmad Nazri dipanggil untuk memberi keterangan hari ini.

“Hanya ada satu nota, yang dikemukakan sebagai bukti,” katanya.

Menurut Gobind, nota itu ditulis dalam Bahasa Malaysia dan Cina dengan ada kesan cakaran.

Pegawai penyiasat itu memberitahu mahkamah bahawa beliau menyenaraikan nota itu sebagai antara bahan yang ditemui dalam beg milik Beng Hock.

Kewujudan nota misteri itu hanya dimaklumkan di mahkamah koroner pada 10 Ogos lalu.

Pada hari yang sama, pejabat Peguam Negara mengeluarkan kenyataan yang antara lain menyebut bahawa pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan nota itu oleh Ahmad Nazri pada 7 Oktober lalu iaitu lebih dua bulan selepas kematian Beng Hock.

Berikutan keadaan ini, Gobind memohon supaya inkues dibicarakan menerusi Suruhanjaya Diraja dan berharap Peguam Negara dapat memberi penjelasan berhubung bukti baru tersebut.

Beng Hock, 30, Setiausaha Politik Kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam di sini selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

Beng Hock ditemui mati pada 16 Julai tahun lalu dan kematiannya sehingga kini masih menjadi misteri.


Nota Misteri, Pegawai Penyiasat Curiga Selepas Tiga Bulan

Sesi petang pendengaran Inkues Menyiasat Punca Kematian Teoh Beng Hock diteruskan dengan keterangan Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintendan Ahmad Nazri.

Dalam keterangan beliau menyatakan kecurigaannya terhadap nota tulisan Cina yang ditemui dalam beg galas milik Beng Hock pada 7 Oktober hanya kira-kira 3 bulan selepas kematian Beng Hock.

Katanya, nota berada di dalam beg galas Beng Hock yang ditemui di sofa di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pada hari kematian Beng Hock.

Beliau kemudian meminta anggota polis keturunan Cina untuk menterjemah nota itu dan kemudian membuat perbandingan tulisan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)- bekas tempat pengajian mendiang.

Ahmad turut memberitahu mahkamah kronologi bermula beliau ditugaskan untuk melakukan siasatan kematian Beng Hock.

Pada 17 Julai, beliau berada di bilik bedah siasat Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, tempat mayat Beng Hock dibedah siasat.

Beliau kemudian ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor pada jam 9.30 malam bagi menghadiri mesyuarat siasatan jenayah.

Pada hari berikutnya, beliau ke SPRM dan merampas kad rakam waktu, buku pelawat dari pegawai bertugas, Jaafar Mahad selain merampas diari milik pegawai penyiasat Anwar Ismail.

Pada hari sama, katanya, kenderaaan milik Beng Hock jenis Toyota Avanza turut dirampas dan dibawa ke IPD Shah Alam untuk siasatan lanjut.

Pada hari berikutnya, Nazri memberitahu inkues, beliau bersama-sama dengan ACP Fadhil Ahmad dan anggota forensik Bukit Aman pula ke tingkat 14, Plaza Massalam yang menempatkan pejabat SPRM untuk melakukan pemeriksaan.

Bagaimanapun, katanya, pemeriksaan yang dibuat tidak menemukan sebarang kesan darah mahupun bukti kes.

"Siasatan seterusnya dibuat ke atas kenderaan milik Beng Hock tetapi tiada kesan jenayah ditemui pada kenderaan milik mendiang," katanya.



Teoh minta maaf tiga kali kepada "Ou Yang"

SHAH ALAM: Nota yang dipercayai ditulis Teoh Beng Hock sebelum kematiannya menyatakan dia meminta maaf sebanyak tiga kali daripada seseorang yang dipanggil "Ou Yang".

Bagaimanapun, pegawai penyiasat Asisten Superintendan Ahmad Nazri Zainal mengakui beliau tidak menyiasat sama ada itu tulisan Teoh dan contoh yang dihantar untuk perbandingan di Jabatan Kimia juga tidak diketahui ia tulisan siapa. Nota yang dikatakan ditemui dalam beg sandang Teoh itu dikemukakan dalam prosiding inkues petang ini apabila Ahmad Nazri dipanggil memberikan keterangan. -BH



Bukan 'Selamat Tinggal' Tapi 'Jumpa Lagi'

SHAH ALAM 20 SEPT: Peguam kepada keluarga Teoh Beng Hock, Gobind Singh Deo hari ini mempertikai terjemahan ungkapan 'Selamat Tinggal' pada nota misteri yang didakwa tulisan mangsa.

Pada sesi soal balas Inkues Menyiasat Punca Kematian Teoh Beng Hock hari ini, beliau berkata, terjemahan ayat akhir nota berkenaan bercanggah dengan maksud sebenar.

Katanya, rujukan pada kamus Cina-Inggeris edisi terbaru mendapati ungkapan dalam bahasa Cina itu lebih tepat diterjemah sebagai 'Jumpa Lagi', bukannya Selamat Tinggal.

Beliau juga mempertikai kewibawaan penterjemah mahkamah, Thing Chin Kin, 23, yang baru berkhidmat kurang setahun, apatah lagi terjemahan itu dilakukannya menerusi perkhidmatan 'google translator' secara lateral.

Selain perkataan itu, Gobind juga mempertikai terjemahan frasa 'Mereka Berdegil' yang sewajarnya diterjemah sebagai 'Mereka berkeras', berdasarkan kamus yang sama.

"Ini memberi implikasi besar kerana terjemahan 'mereka berkeras' boleh membawa makna wujud kemungkinan kekerasan terhadap Beng Hock," katanya.

Pendengaran Inkues itu akan bersambung pada 14 Oktober depan.


Ulasan GB

Cerita kartun. Pertama, nota itu dikemukakan sebagai bukti tanda desperate pihak pendakwa selepas semua usaha untuk meyakinkan bahawa Teoh membunuh diri sebelum ini nampaknya tidak kukuh dan tidak meyakinkan.

Ia dilihat rekaan semata-mata kerana pegawai penyiasat Asisten Superintendan Ahmad Nazri Zainal mengakui beliau tidak menyiasat sama ada itu tulisan Teoh dan contoh yang dihantar untuk perbandingan di Jabatan Kimia juga tidak diketahui ia tulisan siapa. Nota yang dikatakan ditemui dalam beg sandang Teoh itu dikemukakan dalam prosiding inkues petang ini apabila Ahmad Nazri dipanggil memberikan keterangan.

Kedua, terjemahan yang dipakai ialah dari seorang yang amatur, Thing Chin Kin, 23, yang baru berkhidmat kurang setahun, apatah lagi terjemahan itu dilakukannya menerusi perkhidmatan 'google translator' secara lateral. Kan menggeli hati apabila satu kes berprofil tinggi ini penterjemah yang semacam itu yang digunakan. Google translator, anak kecil berumur 7 tahun pun tahu menggunakannya.

Nota Terakhir itu bahan bukti yang karut. Laporan polis berasingan sepatutnya dibuat oleh keluarga Teoh bagi menyiasat kehadiran "Nota Misteri" itu.

OK Next.

Terhebat! Penagih Dadah Terengganu Meningkat 1,366.67 Peratus

Terengganu merekodkan jumlah penagih dadah yang tinggi sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini iaitu sebanyak 1,584 penagih berbanding hanya 108 bagi tempoh yang sama tahun lalu iaitu meningkat kepada 1,366.67 peratus.

Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri Terengganu, Wan Addenan Wan Mohd Noor berkata, daerah Besut mencatatkan bilangan penagih paling tinggi iaitu seramai 445 diikuti daerah Kemaman (351) dan Kuala Terengganu (229) manakala Dungun (188), Hulu Terengganu (128) dan Setiu (91).

"Kita dapati daerah yang berada di sempadan mencatatkan penagihan yang tinggi seperti Besut dan Kemaman manakala daerah lain juga turut meningkat," katanya ketika ditemui pada majlis Hari Raya AADK negeri Terengganu di sini hari ini.

Beliau berkata, mengikut profil penagih, 98.2 peratus adalah lelaki dan 98.5 peratus keturunan Melayu manakala 78.53 peratus golongan belia berumur antara 19 dan 39 tahun.

Katanya, sebanyak 32.36 peratus penagih pula mengambil methamphetamine, 12.63 peratus morfin manakala 9.72 peratus penagih amphetamine.

"Sebanyak 42.02 peratus daripada mereka mengaku mula terjebak dengan dadah disebabkan oleh pengaruh rakan," katanya.

Beliau berkata, sehingga bulan lalu, bilangan kes pemulihan dalam komuniti di Terengganu yang direkodkan seramai 3,266 orang.

Mereka terdiri bekas penagih yang menjalani pemulihan di institusi (266 orang), dijatuhkan hukuman oleh mahkamah (461 orang), dibebaskan dari penjara (2,477 orang) dan juga kes sukarela (108 orang) manakala dari jumlah berkenaan 97.89 peratus adalah lelaki.

Wan Addenan menasihatkan ibu bapa atau penjaga memberi perhatian yang serius kepada anak-anak mereka supaya tidak terjebak dengan gejala dadah.

Sementara itu beliau berkata, AADK negeri Terengganu akan membuka sebuah lagi Pusat Khidmat AADK di Besut bulan depan sebagai pusat rawatan dan pemulihan bagi penagih dadah.

Katanya sebelum ini AADK membuka pusat itu di Kuala Terengganu dan Hulu Terengganu pada tahun lalu bagi membantu merawat dan memulihkan penagih daripada ketagihan dadah secara percuma.- Bernama


Terengganu - Darul Runtuh kini Darul Dadah!

Kementerian Dalam negeri yang menaungi ADK dan juga Pemadam yang terlibat dalam pencegahan dadah di Malaysia meletakkan sasaran 2011 sebagai tahun sifar dadah. Ini bererti tahun hadapan merupakan tahun tiada dadah. Tiada lagi penagih dan pengedar dadah. Jadilah negeri Terengganu aman damai, sejahtera bersesuaian mottonya negeri Cantik Budaya Menarik. Tetapi kini ianya indah khabar dari rupa. Pemimpin gagal dalam membendung permasalahan utama rakyat dinegeri Terengganu apabila Terengganu sudah menjadi Darul Dadah. Ingatkan Kelantan sebagai negeri sempadan yang berjiran dengan Thailand tetapi Terengganu berjaya merampas tempat pertama sebagai negeri paling ramai penagih. Apa yang Datuk Mat Said serta UMNO-BN negeri buat?

Apa yang UMNO-BN buat untuk membendung permasalahan dadah ini? Kerajaan telah mengisytiharkan dadah sebagai musuh nombor satu negara sejak tahun 1983 lagi. Kini, setelah 20 tahun berlalu, gejala ini gagal dibendung sepenuhnya, malah semakin serius. Penyalahgunaan dadah kini merangkumi jenis dadah bukan sintetik (seperti heroin, morfin, candu dan ganja) dan jenis sintetik (seperti syabu, pil psikotropik, ecstasy dan amphetamine). Jumlah penagih dadah terkumpul yang direkodkan oleh Agensi Dadah Kebangsaan (A.D.K.) Daripada tahun 1988 hingga 2002 adalah seramai 235,495 orang, termasuk kira-kira 50,000 orang penagih tegar.
Badan-badan bukan kerajaan (N.G.O.) pula menganggarkan terdapat kira-kira 350,000 orang yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah di dalam negara. Angka ini dikatakan bertambah sebanyak 1,300 penagih dadah setiap bulan. Bukannya semakin kurang. Kos pemulihan pula melibatkan RM 3,000 setahun bagi setiap penagih yang menggunakan duit pembayar cukai, duit kita semua. Itu belum dikira pembahagian methadone, jarum suntikan, pusat-pusat serenti dan sebagainya.

Itu belum diambil kira penagih tahun 2005-2010. Sudah tentu makin meningkat. Dan kebiasaannya seorang penagih dadah yang dikesan sebenarnya hampir 5 orang lagi penagih yang berkeliaran. Ini bermakna Malaysia mempunyai 2juta penagih dadah terkini.

Kini tahun 2010, Terengganu mencatatkan jumlah penagih dadah paling ramai di negara ini dengan 10,000 tangkapan dicatatkan sepanjang tahun lepas. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri Supt Roslan Abd Wahid berkata berdasarkan jumlah penduduk seramai 1.2 juta di negeri ini, nisbah penagih dadah ialah seorang daripada 100 penduduk.

"Hasil mesyuarat Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik seluruh negara yang diadakan di Bukit Aman awal bulan ini mendapati Terengganu mencatatkan angka penagih dadah yang tertinggi di Malaysia dengan 10,000 tangkapan dilakukan tahun lepas diikuti dengan Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. "Angka itu menunjukkan masalah penagihan dadah di negeri ini dalam keadaan yang amat serius dan memerlukan perhatian pihak berkuasa dan rakyat di negeri ini," katanya pada sidang media di pejabatnya semalam,
Katanya, rekod tangkapan pelbagai kesalahan dadah di negeri ini bagi tahun ini dari Januari hingga semalam ialah 3,791 orang, meningkat sebanyak 31 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Malah, katanya jumlah tangkapan pengedar dan pembekal dadah pada tahun ini juga meningkat 11 peratus dengan 97 tangkapan berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
Beliau berkata analisis dan kajian yang dijalankan oleh polis mendapati, kebanyakan penagih dadah di negeri ini terdiri daripada mereka yang berumur lewat 20-an hingga 40-an dan mereka merupakan penagih tegar yang sukar untuk dipulihkan walaupun pelbagai program pemulihan telah dilakukan.

"Mereka kini menjadikan kawasan di luar bandar terutama di kawasan Felda sebagai pusat baru... termasuk di kawasan segitiga emas iaitu Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu."

Apa nak jadi dengan Terengganu. Sudahlah stadium dan bangunan runtuh bahkan kini anak-anak warga Terengganu pula runtuh jati dirinya. Jom selamatkanlah Terengganu. Hanya apabila Islam berdaulat, nescaya Terengganu akan selamat.-ustsaifulbahri


Pegawai RISDA Terkena Tembakan Ketua Polis

Kakitangan Risda cedera terkena tembakan ketika berburu

Seorang kakitangan Risda cedera selepas terkena serpihan tembakan daripada peluru penabur yang dilepaskan seorang pegawai polis ketika berburu di hutan Kemasul, Lanchang Sabtu lepas.

Dalam kejadian pada pukul 5.10 petang itu, Abdul Ghani Midon, 49, dikatakan sedang memburu landak bersama beberapa rakannya termasuk Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Ahmad Fadzillah Mohamad.

Ketika kejadian Ahmad Fadzillah dipercayai melepaskan tembakan menggunakan senapang patah miliknya ke arah benda bergerak yang disangkakan haiwan buruan.

Bagaimanapun, serpihan peluru berkenaan terkena bahagian muka mangsa.

Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Abdul Ghani ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata, mangsa dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh sebelum dipindahkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk rawatan.

"Mangsa dilapor berada dalam keadaan stabil," katanya.

Sharifuddin turut mengesahkan Ahmad Fadzillah memiliki senjata api dan permit untuk memburu.

Beliau berkata, Ahmad Fadzillah turut membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Sementara itu, anggota keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata mangsa keluar mengikut rakan-rakannya memburu pada pukul 8 pagi tetapi dia tidak membawa senapang patah miliknya.

Beliau berkata, lelaki itu cedera di dahi berdekatan mata kanannya.

Kes Rayuan Anwar Ke Mahkamah Persekutuan

Rayuan Anwar Gugur Fitnah 2 Ditolak

Permohonan rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggugurkan tuduhan fitnah 2 ke atasnya berdasarkan dakwaan bahawa Timbalan Pendakwaraya (DPP), Farah Azlina Latif mempunyai hubungan intim dengan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan ditolak Mahkamah Rayuan pagi tadi.

Keputusan sebulat suara itu dibuat oleh panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Hakim Datuk Ahmad Maarop. Manakala dua lagi hakim ialah Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Ma'ah Azhar.

Bagaimanapun, peguam Ketua Umum KEADILAN itu, Karpal Singh berkata dalam sidang media selepas itu, pihaknya akan memfailkan notis untuk mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan esok pagi.

Beliau juga menganggap keputusan tersebut merupakan berat sebelah kerana pihak pembelaan sama sekali tidak dibenar mengemukakan hujah malah tiada sebarang penjelasan dibuat mahkamah berhubung mengapa rayuan Anwar itu ditolak.

Sementara itu, dalam sidang media sama, Anwar melahirkan rasa kesalnya kerana ruang untuknya mendapatkan pembelaan telah dinafikan tanpa penjelasan yang kukuh.

"Kita kesal dengan keputusan ini iaitu keputusan yang tidak berlandaskan fakta undang-undang, keputusan itu dibuat dan diberikan berdasarkan beberapa kes bagi memperkukuhkan hujah tanpa apa-apa penjelasan.

"Kemudian ia bercanggah dengan kenyataan termasuk oleh pendakwaraya, kalau dia menang tak boleh rayu, tetapi kalau kita menang boleh rayu dan mahkamah terima hujah itu.

"Yang kita minta ialah ruang untuk kita kemukakan hujah. Itupun dinafikan, jadi kita akan buat rayuan di Mahkamah Persekutuan," katanya.

Anwar juga menyifatkan pihak terbabit yang bertanggungjawab mempercepatkan perjalanan kes itu sebagai jahil berkaitan undang-undang.

"Orang yang menggesa menyegerakan kes ini adalah jahil sama sekali tentang proses undang-undang dan jaminan keadilan dalam negara ini," tegas beliau.

Terdahulu, Hakim Ahmad memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwa berhujah bahawa mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan tersebut kerana perbicaraan sedang berjalan.

Beliau berkata, bidang kuasa mahkamah ditentukan oleh Seksyen 50 (1) Akta Mahkamah Kehakiman, sama ada ia boleh mendengar dan menentukan sebarang rayuan ketika perbicaraan sedang berjalan.

Pada 16 Ogos lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah telah menolak permohonan Karpal untuk menggugurkan tuduhan fitnah 2 terhadap Anwar selepas memutuskan bahawa dakwaan hubungan Farah-Saiful tidak menjejaskan kes pendakwa terhadap ketua pembangkang itu.

Dengan memetik beberapa kes, Ahmad turut berkata keputusan Mahkamah Tinggi tidak merupakan satu keputusan sebagaimana dimaksud dalam Seksyen 3 Akta Mahkamah Kehakiman.

Oleh itu, katanya, mereka tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar rayuan tersebut dan seterusnya menolak rayuan Anwar itu.

Perkara ini sepatutnya didengar pada minggu lepas tetapi telah ditangguhkan sehingga hari ini berikutan permohonan pihak pendakwaan berhubung isu penghakiman.

Pasukan pendakwaan yang diketuai oleh Ketua Pendakwaraya Negara II Mohamed Yusof Zainal Abiden telah membangkitkan bantahan awal dengan berkata Anwar tidak mempunyai hak untuk membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.

Ini kerana perintah yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamad Zabidin Mohd Diah bukan perintah muktamad. -SK

Ulasan GB

Meminjam kata-kata Datuk Seri Dr Wan Azizah satu ketika dulu: Anything new?

Remaja Buang Anak Yang Kantoi

Tindakan remaja perempuan yang sanggup berlakon kononnya dia menemui seorang bayi perempuan di belakang rumahnya di Taman Rasa Sayang, di sini, terbongkar apabila dia akhirnya mengaku baru melahirkan bayi itu ketika disoal siasat polis, kelmarin.

Remaja berusia 20 tahun yang juga penuntut semester tiga sebuah universiti tempatan di Selangor kemudian ditahan polis kerana disyaki membuang bayi perempuannya yang cukup sifat dan masih hidup. Dia ditahan di rumahnya pada jam 8.30 malam selepas anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu mengesyaki sesuatu mencurigakan ketika mengambil keterangannya apabila suspek didapati tidak bermaya dan lesu. Remaja terbabit dikatakan membuang bayi itu di belakang rumah sejurus melahirkannya petang kelmarin dipercayai bagi mengelak ia diketahui ahli keluarganya yang berada di rumah ketika itu.

Sumber berkata, remaja itu kemudian memberitahu ibunya yang berusia 50-an kononnya dia terdengar bunyi tangisan bayi di belakang rumah ketika sedang mandi pada jam 5 petang dan mengambilnya.

Bayi perempuan seberat 2.8 kilogram itu dibawa ke Hospital Jitra (HJ) untuk mendapatkan rawatan lanjut dan dilaporkan berada dalam keadaan sihat.

Selain itu, polis turut menemui uri bayi terbabit di lokasi kejadian dan mengambilnya sebelum dihantar ke HJ untuk membantu siasatan.

Sumber berkata, remaja itu dikatakan menyembunyikan kehamilannya dengan memakai pakaian bersaiz besar.

Katanya, keluarga remaja itu terkejut apabila anggota polis yang datang mengambil keterangan pelajar terbabit bagi membantu siasatan selepas mengesyaki dia adalah ibu bayi itu.

Polis menahannya malam tadi (kelmarin) apabila mendapati tubuhnya lemah seperti baru bersalin dan sebaik menjalani pemeriksaan di HJ, doktor mengesahkan dia baru melahirkan bayi.

Malah, dia juga mengaku meletakkan bayi itu di belakang rumah sebelum mengambilnya, katanya.

Difahamkan, remaja berkenaan hamil selepas melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya yang juga seorang anggota tentera.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Superintendan Ibrahim Mohd Yusoff ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. -BH

TERKINI:

Keluarga suspek mahu jaga bayi yang dibuang

Keluarga penuntut sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam di Lembah Klang yang ditahan Sabtu lalu kerana membuang bayi yang baru dilahirkannya, berhasrat menjaga bayi perempuan itu.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Jitra (JKM), Mohd Shabbri Othman, berkata hasrat itu dimaklumkan kepada pejabat JKM daerah oleh ibu dan bapa penuntut itu yang berusia dalam lingkungan 50-an semalam. "Dalam kes ini sangat penting untuk keluarga pelajar berkenaan memberi sokongan kepada ibu serta anak itu dan kami akan terus memantau perkembangan bayi berkenaan selepas mereka keluar dari hospital," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Sabtu lalu, penuntut berusia 20 tahun itu ditahan pada jam 8.30 malam selepas disyaki membuang bayinya di belakang rumah keluarganya di Taman Rasa Sayang, Jitra di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Superintendan Ibrahim Mohd Yusoff, berkata bayi seberat 2.8 kilogram yang masih bertali pusat itu ditemui pada jam 5.30 petang dan dihantar ke Hospital Jitra untuk rawatan.

Difahamkan penuntut itu pulang ke kampung sempena Hari Raya dan ibu bapanya tidak mengetahui dia mengandung.

Bayi itu dipercayai dilahirkan di bilik air rumah keluarganya sebelum diletakkan di belakang rumah itu. - Bernama


Zulkifli Bujang Nafi Bercinta Dengan Anak Sosilawati

Penyampai berita BernamaTV Zulkifli Bujang hari ini menafikan mempunyai hubungan “istimewa” dengan anak sulung jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya yang dilaporkan dibunuh dengan kejam baru-baru ini.

Zulkifli yang mesra dengan panggilan “Zul” menolak dakwaan bahawa dia dan Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, menjalin hubungan cinta.

“Itu tidak benar sama sekali. Saya dan Rita (Erni Dekritawati Yuliana) hanya kawan sahaja, lagipun saya memang sudah lama mengenali dengan keluarga Datuk (Sosilawati).

“Saya terkejut apabila ada laporan katakan saya mempunyai hubungan dengan Rita.

“Apa-apa pun saya cuma berkawan sahaja dengan Rita, anda boleh bertanyakan hal ini kepada Rita jika tidak percaya,” kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di rumah Sosilawati di Taman Harmonis di sini.

Sementara itu, menurut sumber terdekat keluarga Sosilawati, Zulkifli merupakan kenalan rapat dengan usahawan kosmetik itu dan agak mustahil jika dia menjalinkan hubungan cinta dengan Rita.

“Tidak mungkin, apa yang saya tahu Zul sudah lama mengenali keluarga Datuk dan dia juga rapat dengan anak-anak Datuk.

“Lagipun mereka memang mesra sejak kecil lagi dan banyak memberikan sokongan kepada anak-anak Datuk sejak dari hari pertama lagi,” katanya.

The Malaysian Insider difahamkan Zulkifli sering dilihat berada di rumah agam milik Sosilawati.

Selain itu, Zulkifli turut menemani Rita ke pejabat syarikat jutawan kosmetik itu di Jalan Raja Bot di ibu negara.

Sosilawati, 47, dilaporkan hilang ketika urus niaga tanah di Banting pada 30 Ogos lalu selepas kali terakhir dilihat pada majlis berbuka puasa Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam dua hari sebelum itu.

Turut hilang bersama beliau ialah peguam dari Tetuan Kamaruddin & Partners dari Putrajaya Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank dari CIMB Bank Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; dan pemandu peribadi Sosilawati Kamaruddin Shansuddin, 44.

Kehilangan mereka hampir terungkai apabila polis menahan lapan suspek termasuk seorang peguam bergelar “Datuk” baru-baru ini.

Empat daripada mereka mengaku telah membunuh kesemua mangsa, sebelum membakar mangsa dan abu mereka dibuang dalam Sungai Panchau, Tanjung Sepat, Kuala Langat. -TMI

Akhirnya TGNA Tiba Juga Temui Keluarga Sosilawati

Nik Aziz lawat keluarga Sosilawati

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat dijadual melawat keluarga allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya di rumahnya di Gombak tengah hari ini.

Dalam lawatan di Taman Harmoni itu, murysidul am PAS itu akan diiringi oleh naib presiden parti Islam itu Salahuddin Ayub.

Setelah lebih dua minggu pembunuhan kejam Sosilawati mendapat liputan hangat, sehingga kini kediamannya masih menerima kunjungan ramai.

Semalam, dilaporkan beberapa NGO turut menziarahi rumahnya arwah dan menyertai majlis tahlil yang dianjurkan anggota keluarnya.

Sebagai salah seorang yang bersimpati dengan kematian jutawan kosmetik itu, Nik Aziz sebelum ini berkata kes pembunuhan kejam akan terus berlaku sekiranya tugas memperingatkan manusia kepada ketakwaan hanya diserahkan kepada golongan agama semata-mata.

Katanya, selagi orang ramai tidak berganding bahu dengan imam dan pak lebai bagi memperingatkan perkara itu, tidak ada yang boleh mendinding manusia dari melakukan jenayah.

Apa berlaku hari ini, tambahnya, seolah-olah persoalan iman dan takwa ini hanya boleh disebut di mimbar masjid, katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, polis akan menyiasat kematian pengasas Aveer Cosmetics, Sarina Jaafar bagi memastikan sama ada kes tersebut berkait dengan pembunuhan Sosilawati yang juga rakan baiknya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dilaporkan berkata pihaknya akan melihat kes yang berlaku di Pulau Pinang itu daripada semua sudut. -mk

Ulasan GB

"Better late than never"


Portal Dan Blog Malaysia Diserangi Malware

Portal Berita Malaysia Diserang Malware

Beberapa portal berita di Malaysia termasuk TV Selangor, The Malaysian Insider dan Malaysia Kini dipenuhi amaran malware - perisian yang boleh merosakkan komputer daripada pengendali web pencarian gergasi, Google.

Malware itu dikatakan berasal dari 'Innity' sebuah syarikat jaringan pengiklanan online.

Google kini menghalang pengguna dari memasuki lebih 600 laman web setelah Innity mula menyiarkan iklan yang menghubungkan kepada laman web yang dicemari malware berbahaya.

Blog wirespot tech blog hari ini melaporkan beberapa laman seperti The Star, TV Selangor, The Malaysian Insider, Malaysia Kini, Berita Harian dan My Sinchew turut terjejas.

"Mengikut laporan 'Google Safe Browsing', Innity telah menjadi hos untuk perisian berbahaya yang disebarkan ke laman web yang menyiarkan iklannya.

Pemilik laman web yang terlibat dinasihatkan membuang semua kod dan iklan dari Innity sehingga ia menyelesaikan masalah ini," lapor Wirespot.

Innity dalam laman webnya mendakwa jaringan pengiklanannya melayan lebih 2.1 billion iklan dan mempunyai lebih 29 juta pengguna sebulan termasuk 250 laman web terkenal di Malaysia, Singapura, dan negara Asia Tenggara yang lain.

Menurut Wirespot. Google telah mengesan ancaman itu pada 19 September dan ia meliputi pelayar internet terkenal termasuk milikan Google sendiri iaitu Chrome, Mozilla Firefox, Internet Explorer dan Safari yang digunakan pengguna Apple. -TVS

Contoh laporan 'Google Safe Browsing'



Ulasan GB

Di tengah kehangatan rakyat mengikuti perkembangan pelbagai peristiwa di dalam negara terutama kes pembunuhan Sosilawati, tiba-tiba beberapa laman portal diserangi Malware.

Malware merupakan perisian yang direka bentuk untuk memasuki ke dalam sistem komputer dan menyebabkan resiko kerosakan komputer tanpa disedari oleh pengguna.

Nama Malware wujud daripada gabungan ‘malicious’ yang membawa maksud niat jahat dan ‘software’ pula bermaksud perisian. Perisian ini dicipta oleh individu yang mempunyai kepakaran berkenaan kod program pelbagai perisian. Tujuan golongan ini ialah untuk mengganggu, mengancam dan menimbulkan masalah kepada pengguna komputer. Mereka mencipta Malware seperti cecacing internet dan beberapa virus lain bagi tujuan untuk menguji kemahiran komputer yang dimiliki serta ingin melihat sejauh mana kejayaan mereka menyebarkan virus yang dicipta.

Pada masa ini Malware diwujudkan untuk tujuan mengaut keuntungan. Bukan saja untuk mengganggu sistem komputer tetapi ia juga digunakan untuk mencuri data, identiti, wang serta maklumat pengguna, semata-mata bagi mengaut keuntungan yang berlipat ganda oleh penjenayah siber.

Serangan malware termasuklah terhadap kebanyakan blog yang ada diantaranya terus tidak dapat diakses kecuali mereka yang mengambil risiko mengabaikan arahan daripada melayari blog-blog berkenaan. Beberapa template tertentu dikesani mudah untuk berkompromi dengan malware ini.

Bagi yang telah terkena jangkitan malware ini pastikan anda membersihkan "cookies" daripada browser-browser anda.

Pastikan portal dan blog anda TIDAK memasang iklan daripada Innity dan manggaonline.

Bagi iklan pop-up dari widgeo.net yang mengganggu pelayaran blog, buang widget yang memaparkan data pengunjung. Sekalipun cantik dan maklumatnya bermakna, tetapi iklan popup yang diterbitkan terlalu menganggu sehinggakan pengunjung boleh menjadi bosan kerananya.

Semua malware akan menyebabkan sistem komputer bertambah lambat seperti penyambungan Internet dan juga masa untuk sistem ‘boot’ menjalankan operasinya.

Sewajarnya "Binatang" Ini Dipenjara Dan Disebat

Datuk dipenjara 15 tahun

KOTA BHARU - “Kesalahan kamu serius dan amat menjijikkan, ia tidak sepatutnya berlaku kepada manusia kerana hanya haiwan tidak kenal hubungan ini (datuk dan cucu tiri),” kata Hakim Zainal L Saleh ketika menjatuhkan hukuman terhadap lelaki berusia 35 tahun di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

Tertuduh, Hassham Saleh yang bekerja kampung dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun mulai tarikh tangkapan pada 10 Mei 2009 dan 10 sebatan selepas didapati bersalah merogol kanak-kanak berusia tiga tahun lima bulan yang juga cucu tirinya.

Dia berasal dari Kampung Sungai Hala, Machang didapati melakukan kesalahan itu terhadap mangsa di bilik Taman Desa Arif, Machang pada jam 9 pagi, April tahun lalu.

Hakim Zainal dalam penghakimannya menegaskan fakta kesalahan serius dan tidak berperi kemanusiaan itu penting diambil kira ketika menjatuhkan hukuman supaya dijadikan pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.

“Mahkamah mendapati tertuduh gagal memberikan keterangan munasabah atas pendakwaan manakala pembelaannya atas penafian semata-mata.

“Berdasarkan alasan-alasan itu, saya putuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes ini dengan keraguan munasabah,” katanya.

Beliau turut bersetuju dengan hujah yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nooriah Osman supaya hukuman berat dan setimpal dikenakan kepada tertuduh.

Nooriah dalam hujahnya berkata, kesalahan di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan adalah serius kerana boleh di penjara antara lapan hingga 30 tahun dan sebatan tidak melebihi 10 sebatan.

Menurutnya, tertuduh didapati bersalah merogol cucu tirinya sendiri yang berusia tiga tahun lima bulan ketika kejadian.

“Pihak pendakwaan mendapati ia bukan sahaja jenayah berat tetapi perbuatan keji yang tidak boleh diterima mana-mana masyarakat lebih-lebih lagi tertuduh seorang Muslim.

“Kanak-kanak itu menghadapi trauma sepanjang kes ini berjalan. Ia memberikan kesan berpanjangan sehingga dia dewasa dan akan meninggalkan stigma kepadanya sebagai mangsa rogol datuk tiri,” katanya.

Mengakhiri hujahnya Nooriah berkata, pihaknya memohon mahkamah mengenakan hukuman berat terhadap tertuduh demi kepentingan masyarakat supaya kesalahan sama tidak diulangi individu lain.

Hassham diwakili peguam bela Roziman Mohd Noor.

Ulasan GB

Tidak ada apa yang dapat dipanggilkan kepada manusia yang bersifat binatang ini, malah bintang sendiri tidak tergamak melakukan apa yang telah dilakukannya.

Kes Sosilawati-Nash Tak Boleh Diteruskan

Tuntutan RM1.38j perlu diproses semula

Kematian jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya akan memberi kesan terhadap kes tuntutan harta bernilai RM1.38 juta yang difailkan terhadap bekas suaminya, penyanyi terkenal, Nash.

Peguam Allahyarham, Datuk Zaidi Zain, ketika dihubungi Berita Harian, semalam berkata apabila berlaku kematian sama ada bagi pihak yang menuntut atau dituntut, ada kesan terhadap status kes tuntutan seperti itu dari segi perundangan. Ditanya mengenai kes tuntutan Sosilawati, 47, terhadap Nash, atau nama sebenarnya Jamaluddin Elias, 51, Zaidi berkata, apabila berlaku kematian, secara automatik kes itu tidak boleh diteruskan. Katanya, pihaknya perlu memulakan proses baru jika waris Allahyarham Sosilawati mahu meneruskan kes itu kerana ia membabitkan pihak penuntut baru.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak boleh mengulas lanjut mengenai kes itu kerana belum berbincang dengan anak-anak Allahyarham untuk mendapatkan arahan selanjutnya, sama ada untuk meneruskannya atau sebaliknya.

Pada 21 November tahun lalu, akhbar melaporkan Sosilawati memfailkan tuntutan RM1.38 juta terhadap vokalis kumpulan Lefthanded itu di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Pengasas kosmetik Nouvelle Visages itu menuntut bekas suaminya mengembalikan semula modal yang pernah dikeluarkannya untuk pelaburan di Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW2020) masing-masing RM200,000 serta Public Mutual Berhad (RM500,000).
Saya akan nasihatkan mereka dari segi perundangan dan memaklumkan mereka mengenai kedudukan kes ini.

Sebelum ini, anak-anak Allahyarham tidak pernah terbabit dengan kes ini kerana anak guam saya tidak pernah berbincang mengenai kes ini dengan mana-mana pihak, kata Zaidi.

Zaidi berkata, pada masa ini peguam Nash belum menghubunginya, mungkin kerana masih ramai yang bercuti sempena Aidilfitri.

Lagi pun, mahkamah (Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam) sudah menetapkan kes itu dibicarakan pada Februari tahun depan, katanya.

Percubaan untuk menghubungi peguam Nash, Amli Embong gagal kerana beliau tidak menjawab panggilan telefon. -BH

9 Ekor Anjing Milik Suspek Ditembak Mati Kerana Bertindak Agresif

Sembilan anjing dipercayai menjadi ‘penjaga’ kawasan Ladang Gadong kepunyaan suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya, mati selepas disuntik dengan pelalian dos tinggi yang membawa maut oleh Pasukan Penangkap Anjing Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) bersama polis, di sini, semalam, Bernama dipetik.

Antara anjing ditangkap adalah enam anjing baka rottweiler, bulldog (seekor) dan anjing berwarna hitam putih tidak dikenal pasti bakanya (dua) dalam operasi bermula jam 8.15 pagi dan berakhir pada 10 pagi.

Bangkai semua anjing berkenaan kemudiannya dibawa ke sebuah bekas tapak pelupusan sampah Landfill Sungai Sedu, di Kampung Sungai Sedu di Telok Datuk, dekat sini, untuk ditanam.

Menurut sumber, sejak kes pembunuhan terbabit terbongkar, semua anjing itu kelaparan dan bertindak agresif dengan memakan binatang peliharaan lain seperti kambing, itik dan ayam.

Pasukan Penangkap Anjing MDKL dan polis yang tiba di kawasan ladang turut terkejut selepas menemui anjing jenis lain selain rottweiler kerana menurut maklumat asal, hanya anjing jenis itu saja yang berada dalam ladang.

Sumber berkata, ketika anjing berkenaan ditemui, ia bebas begitu saja tanpa sebarang kawalan.

Laporan media sebelum ini menyebut suspek membela 16 anjing rottweiler bagi mengawal ladangnya di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, di sini selain digunakan untuk menakutkan mangsa jika enggan mengikut arahan.

Semua mangsa suspek dikatakan diugut akan dicampak ke dalam kandang anjing berkenaan sekiranya tidak mahu bekerjasama atau enggan mematuhi arahan.

Difahamkan, ladang berkenaan juga mempunyai beberapa unit rumah seakan chalet menempatkan sebuah rumah yang eksklusif dan kolam renang.

Sosilawati dan rakannya juga dipercayai ditakutkan dan diugut akan dicampak ke dalam kandang anjing berkenaan. Malah, semua mereka dipercayai dibunuh selepas suspek berpendapat sukar mengawal mereka.

Pendedahan Terkini: Pekerja Tipu Sosilawati

Pekerja kesayangan penipu

Pendedahan terbaru agak mengejutkan apabila jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, yang mati dibunuh kejam bukan hanya menjadi mangsa penipuan peguam di Banting, malah turut ‘ditikam dari belakang’ oleh bekas pekerja kepercayaannya yang menggelapkan wang syarikat mencecah jutaan ringgit sejak lebih lima tahun lalu.

Difahamkan, penipuan licik sekian lama dilakukan bekas pekerja yang selama ini mendapat kepercayaan Sosilawati hanya diketahui jutawan kosmetik itu pada pertengahan Ramadan lalu apabila usahawan berkenaan mula curiga terhadap keuntungan yang seharusnya diperoleh hasil jualan produk kosmetik syarikatnya.

Sumber terdekat keluarga Sosilawati memberitahu, sikap mangsa yang meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pekerjanya dalam menguruskan operasi dan kewangan syarikat kosmetik Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd dipercayai menjadi punca ada antara kakitangannya mengambil kesempatan.

Menurutnya, Sosilawati yang jarang berada di pejabatnya di Jalan Raja Bot, Chow Kit, di sini, kerana urusan kerja luar menyerahkan bulat-bulat kepada kakitangannya untuk menguruskan penjualan dan penyerahan produk kepada stokis.

“Malah, pekerjanya itu turut diamanahkan untuk menerima cek pembelian produk daripada stokis di seluruh negara sebelum cek terbabit dimasukkan ke dalam akaun syarikat.

“Malangnya, kepercayaan Sosilawati itu dibalas sebaliknya apabila seorang daripada pekerja syarikat terbabit menggelapkan cek diserahkan stokis produk kosmetik terbabit tanpa disedari sesiapa,” katanya.

Menurutnya, ada kemungkinan bekas pekerja Sosilawati terbabit sengaja mengubah nama penerima cek itu yang sepatutnya ditulis atas nama syarikat kosmetik berkenaan.

“Bagaimanapun, penipuan licik itu terbongkar selepas Sosilawati menyedari sesuatu tidak kena terhadap jumlah wang dalam akaun syarikatnya sebelum menyoal siasat pekerjanya itu.

“Difahamkan, Sosilawati cuba mendapatkan bukti dan buku kira-kira berhubung penyelewengan duit syarikatnya itu, namun gagal. Ada kemungkinan semua bukti terbabit sengaja dihilangkan bagi menyukarkan tindakan undang-undang diambil Sosilawati,” katanya.

Berdasarkan keluhan Sosilawati kepada kenalan dan rakan perniagaannya, dia percaya pekerja berusia lewat 20-an terbabit melarikan wang syarikat berjumlah jutaan ringgit.

“Tidak dapat dipastikan sama ada Sosilawati memecat atau pekerja terbabit menghilangkan diri, namun pekerja wanita itu tidak lagi berkhidmat di syarikat berkenaan seminggu sebelum Sosilawati dilaporkan hilang.

“Apa yang saya tahu, selepas menyedari penyelewengan itu, Sosilawati sibuk mengemas kini buku kira-kira syarikat selain cuba mendapatkan kembali resit pembelian daripada stokis yang membuat pembelian produk daripadanya sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, Sosilawati bagaimanapun tidak membuat laporan polis berhubung penyelewengan berkenaan.

“Lebih mengejutkan apabila pihak keluarga mendapat tahu bekas pekerja Sosilawati terbabit turut cuba tampil dengan produk penjagaan wajah jenama terbaru bagi menyaingi perniagaan Sosilawati. Tidak pasti dari mana modal perniagaan itu diperoleh,” katanya yang enggan namanya didedahkan berikutan bimbang ia boleh mengeruhkan hubungan keluarga.

Sementara itu, rakan baik Sosilawati yang juga pengasas produk De’ Wajah, Junaidah Kiting yang dihubungi turut memberitahu pernah menerima panggilan telefon daripada arwah sahabatnya itu yang mengeluh dan melahirkan rasa kecewa dengan tindakan pekerja terbabit.

Menurutnya, Sosilawati marah dan tidak menyangka pekerja kesayangannya itu sanggup menipu dan memperdayanya.

“Bagaimanapun, saya tak tahu butiran terperinci berikutan Sosilawati ketika itu sibuk mengira anggaran kerugian dialami melalui stokis yang membuat pembayaran sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Junaidah sekali lagi menyatakan kesudiannya untuk membantu anak sulung Sosilawati, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, meneruskan perniagaan kosmetik ibunya itu dengan memberikan apa jua nasihat berhubung pengurusan perniagaan terbabit.

“Sebagai antara rakan karib Sosilawati yang sama-sama menceburi perniagaan ini sejak lebih 10 tahun lalu, saya turut berasa bertanggungjawab bagi membantu anak-anak Sosilawati sekiranya diperlukan,” katanya. -hmetro

Ulasan GB

Hendaklah dibaca bersama dengan ulasan saya di Hal-Hal Yang Meragukan Dalam Kes Bunuh Diri Pengasas Kosmetik Aveer

Hal-Hal Yang Meragukan Dalam Kes Bunuh Diri Pengasas Kosmetik Aveer

Pengasas Kosmetik Aveer Bunuh Diri, Tiada Kaitan Kes Sosilawati, Kata Anak Saudara

Kematian pengasas Kosmetik Aveer, Sarina Jaafar, yang ditemui mati tergantung dalam bilik tidur utama rumahnya di Taman Pauh Jaya di sini semalam, tiada kaitan dengan kematian jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, yang dibunuh secara kejam bersama tiga individu lain baru-baru ini.

Anak saudara mangsa, Naimah Said, 32, berkata Sarina, 45, dipercayai membunuh diri akibat tekanan perasaan yang dialaminya sejak beberapa bulan lepas dan wanita itu juga pernah cuba membunuh diri dengan menggelar pergelangan tangan.

“Sepanjang pengetahuan saya, beliau tidak ada masalah dalam pernigaaan. Jadi, kematiannya mungkin lebih berpunca daripada masalah keluarga kerana sebelum ini, Mak Anjang (panggilan mesra Naimah kepada Sarina) juga pernah beberapa kali menceritakan masalah keluarganya, dan kami percaya tiada unsur-unsur lain dalam hal ini (kematiannya),” katanya ketika ditemui di kediaman Sarina hari ini.

Beliau berkata Sarina pernah menyuarakan hasratnya untuk mengunjungi rumah Sosilawati di Kuala Lumpur bersama rakan-rakan seperniagaan lain sebaik mengetahui berita kematian jutawan kosmetik itu melalui media.

“Arwah memberitahu hendak ke sana untuk menyertai kenduri tahlil dan membacakan Yaasin untuk rakan baiknya itu (Sosilawati), dan hanya menunggu panggilan daripada rakan-rakannya.

“Tetapi mereka (rakan-rakan Sarina) tidak menghubunginya, dan arwah tidak sempat menunaikan hasratnya itu,” kata beliau yang akrab dengan mangsa.

Naimah berkata Sarina sempat menghubunginya sebelum ditemui mati dan berpesan supaya beliau menjaga anak mangsa serta membantu urusan perkahwinan Mohd Azrul Affendi Jakaria, 24, yang dijadualkan berlangsung Januari depan.

“Mak Anjang pesan suruh jaga anak serta minta uruskan perkahwinan anaknya nanti, sebelum panggilan antara saya dan dia terputus,” katanya.

Sementara itu, anak kedua Sarina, Siti Badryah Jakaria, 23, berkata keluarga beliau masih terkejut dan sedih dengan kejadian yang menimpa ibunya itu.

Jurucakap polis ketika dihubungi berkata, laporan bedah siasat menunjukkan tiada sebarang unsur jenayah dalam kes itu, dan ia diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sarina yang mengusahakan perniagaan kosmetik sejak lebih lima tahun lepas, ditemui mati tergantung oleh anaknya yang berusia 16 tahun dan ketika kejadian, mangsa dikatakan bersendirian di rumahnya. -BERNAMA

Ulasan GB

Bukan saja pelik. Tetapi pelik bin ajaib. Adanya kisah seorang anak saudara berpandangan buruk dan tergamak membuka keaiban ibu saudaranya dengan menyatakan ibu saudaranya itu telah membunuh diri!

Bukan bererti saya menolak teori bahawa telah berlaku satu kejadian "sucidal", tetapi penjelasan yang begitu detail oleh seorang anak saudara menjadikan episod itu boleh diragukan seolah-olah beliau telah tahu lebih awal mengenai pembunuhan itu.

Jika benar pernah berlaku percubaan bunuh diri oleh Sarina Jaafar, mengapa tidak ada usaha mempastikan hal itu tidak berulang lagi dan sebagai seorang beriman, mengapa usahawan itu tidak diberikan kaunseling agama terutama oleh ahli keluarga?

Kedua, percubaan membunuh diri yang pertama dikatakan usahawan itu cuba menggelar pergelangan tangan. Hal ini tidak masuk akal kerana tak da orang bunuh diri dengan cara yang demikian. Kalau putus tangan pun kemungkinan berlakunya kematian adalah sangat tipis. Jadi alasan "menggelar tangan" sebagai bukti percubaan bunuh diri tidak dapat diterima.

Ketiga, bagaimana anak saudaranya boleh membuat sesuatu kenyataan yang begitu yakin seperti "kami percaya tiada unsur-unsur lain dalam hal ini (kematiannya)” sebelum polis menghabiskan siasatannya? Ia seperti sudah diajar untuk berkata demikian.

Keempat, dikatakan "arwah memberitahu hendak ke sana untuk menyertai kenduri tahlil dan membacakan Yaasin untuk rakan baiknya itu (Sosilawati), dan hanya menunggu panggilan daripada rakan-rakannya.

“Tetapi mereka (rakan-rakan Sarina) tidak menghubunginya, dan arwah tidak sempat menunaikan hasratnya itu,”


Ini pun tidak masuk akal. Apakah kerana kegagalan menyertai kenduri tahlil dan hanya kerana rakan-rakan beliau tidak menghubunginya, lantas dia membunuh diri?

Kelima, sudah ada wasiat lisan pula

"Mak Anjang pesan suruh jaga anak serta minta uruskan perkahwinan anaknya nanti, sebelum panggilan antara saya dan dia terputus,”

Jika demikian setentunya dan sepatutnya anak saudara itu telah tahu lebih awal bahawa ibu saudaranya itu seperti seolah-olah "hendak mati" dan jika demikian juga, setentu dan sepatutnya anak saudara itu sudah berusaha dengan apa cara sekalipun untuk mengetahui hal sebenar dari ibu saudaranya dan memastikan ibu saudaranya itu "tidak membunuh diri".

Keenam, tidak ada keterangan bahawa arwah seorang yang hilang akal, atau pernah dimasukkan ke mana-mana hospital mental. Justeru arwah adalah insan normal.

Ketujuh, laporan Bernama tersebut begitu teratur dan setiap satu ayat yang dipaparkan seperti cuba menyokong ayat yang di sebelumnya. Pakar bahasa atau mana-mana pelajar "research methodology" dan "kewartawanan" asas pun mampu untuk menjelaskan bahawa teknik laporan sebegini hanya untuk menghalakan pembaca kepada satu arah dan tujuan iaitu memaksa pembaca percaya bahawa "arwah membunuh diri".

Bukan semua orang boleh diperbodohkan. Kita bermohon kepada Allah s.w.t. agar kebenaran tetap menjelma, dan jika benar awah membunuh diri, muga Allah melimpahkan keampunanNya. Jika arwah tidak membunuh diri, semuga Allah mendedahkan hal yang sebenar kepada kita semua. Tidak semua laporan polis salah dan tidak semua laporan polis benar. Yang paling benar tetap dari Allah s.w.t. jua. GB bergantung di situ.