Pengasas Kosmetik Aveer Bunuh Diri, Tiada Kaitan Kes Sosilawati, Kata Anak Saudara
Kematian pengasas Kosmetik Aveer, Sarina Jaafar, yang ditemui mati tergantung dalam bilik tidur utama rumahnya di Taman Pauh Jaya di sini semalam, tiada kaitan dengan kematian jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, yang dibunuh secara kejam bersama tiga individu lain baru-baru ini.
Anak saudara mangsa, Naimah Said, 32, berkata Sarina, 45, dipercayai membunuh diri akibat tekanan perasaan yang dialaminya sejak beberapa bulan lepas dan wanita itu juga pernah cuba membunuh diri dengan menggelar pergelangan tangan.
“Sepanjang pengetahuan saya, beliau tidak ada masalah dalam pernigaaan. Jadi, kematiannya mungkin lebih berpunca daripada masalah keluarga kerana sebelum ini, Mak Anjang (panggilan mesra Naimah kepada Sarina) juga pernah beberapa kali menceritakan masalah keluarganya, dan kami percaya tiada unsur-unsur lain dalam hal ini (kematiannya),” katanya ketika ditemui di kediaman Sarina hari ini.
Beliau berkata Sarina pernah menyuarakan hasratnya untuk mengunjungi rumah Sosilawati di Kuala Lumpur bersama rakan-rakan seperniagaan lain sebaik mengetahui berita kematian jutawan kosmetik itu melalui media.
“Arwah memberitahu hendak ke sana untuk menyertai kenduri tahlil dan membacakan Yaasin untuk rakan baiknya itu (Sosilawati), dan hanya menunggu panggilan daripada rakan-rakannya.
“Tetapi mereka (rakan-rakan Sarina) tidak menghubunginya, dan arwah tidak sempat menunaikan hasratnya itu,” kata beliau yang akrab dengan mangsa.
Naimah berkata Sarina sempat menghubunginya sebelum ditemui mati dan berpesan supaya beliau menjaga anak mangsa serta membantu urusan perkahwinan Mohd Azrul Affendi Jakaria, 24, yang dijadualkan berlangsung Januari depan.
“Mak Anjang pesan suruh jaga anak serta minta uruskan perkahwinan anaknya nanti, sebelum panggilan antara saya dan dia terputus,” katanya.
Sementara itu, anak kedua Sarina, Siti Badryah Jakaria, 23, berkata keluarga beliau masih terkejut dan sedih dengan kejadian yang menimpa ibunya itu.
Jurucakap polis ketika dihubungi berkata, laporan bedah siasat menunjukkan tiada sebarang unsur jenayah dalam kes itu, dan ia diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sarina yang mengusahakan perniagaan kosmetik sejak lebih lima tahun lepas, ditemui mati tergantung oleh anaknya yang berusia 16 tahun dan ketika kejadian, mangsa dikatakan bersendirian di rumahnya. -BERNAMA
Ulasan GB
Bukan saja pelik. Tetapi pelik bin ajaib. Adanya kisah seorang anak saudara berpandangan buruk dan tergamak membuka keaiban ibu saudaranya dengan menyatakan ibu saudaranya itu telah membunuh diri!
Bukan bererti saya menolak teori bahawa telah berlaku satu kejadian "sucidal", tetapi penjelasan yang begitu detail oleh seorang anak saudara menjadikan episod itu boleh diragukan seolah-olah beliau telah tahu lebih awal mengenai pembunuhan itu.
Jika benar pernah berlaku percubaan bunuh diri oleh Sarina Jaafar, mengapa tidak ada usaha mempastikan hal itu tidak berulang lagi dan sebagai seorang beriman, mengapa usahawan itu tidak diberikan kaunseling agama terutama oleh ahli keluarga?
Kedua, percubaan membunuh diri yang pertama dikatakan usahawan itu cuba menggelar pergelangan tangan. Hal ini tidak masuk akal kerana tak da orang bunuh diri dengan cara yang demikian. Kalau putus tangan pun kemungkinan berlakunya kematian adalah sangat tipis. Jadi alasan "menggelar tangan" sebagai bukti percubaan bunuh diri tidak dapat diterima.
Ketiga, bagaimana anak saudaranya boleh membuat sesuatu kenyataan yang begitu yakin seperti "kami percaya tiada unsur-unsur lain dalam hal ini (kematiannya)” sebelum polis menghabiskan siasatannya? Ia seperti sudah diajar untuk berkata demikian.
Keempat, dikatakan "arwah memberitahu hendak ke sana untuk menyertai kenduri tahlil dan membacakan Yaasin untuk rakan baiknya itu (Sosilawati), dan hanya menunggu panggilan daripada rakan-rakannya.
“Tetapi mereka (rakan-rakan Sarina) tidak menghubunginya, dan arwah tidak sempat menunaikan hasratnya itu,”
Ini pun tidak masuk akal. Apakah kerana kegagalan menyertai kenduri tahlil dan hanya kerana rakan-rakan beliau tidak menghubunginya, lantas dia membunuh diri?
Kelima, sudah ada wasiat lisan pula
"Mak Anjang pesan suruh jaga anak serta minta uruskan perkahwinan anaknya nanti, sebelum panggilan antara saya dan dia terputus,”
Jika demikian setentunya dan sepatutnya anak saudara itu telah tahu lebih awal bahawa ibu saudaranya itu seperti seolah-olah "hendak mati" dan jika demikian juga, setentu dan sepatutnya anak saudara itu sudah berusaha dengan apa cara sekalipun untuk mengetahui hal sebenar dari ibu saudaranya dan memastikan ibu saudaranya itu "tidak membunuh diri".
Keenam, tidak ada keterangan bahawa arwah seorang yang hilang akal, atau pernah dimasukkan ke mana-mana hospital mental. Justeru arwah adalah insan normal.
Ketujuh, laporan Bernama tersebut begitu teratur dan setiap satu ayat yang dipaparkan seperti cuba menyokong ayat yang di sebelumnya. Pakar bahasa atau mana-mana pelajar "research methodology" dan "kewartawanan" asas pun mampu untuk menjelaskan bahawa teknik laporan sebegini hanya untuk menghalakan pembaca kepada satu arah dan tujuan iaitu memaksa pembaca percaya bahawa "arwah membunuh diri".
Bukan semua orang boleh diperbodohkan. Kita bermohon kepada Allah s.w.t. agar kebenaran tetap menjelma, dan jika benar awah membunuh diri, muga Allah melimpahkan keampunanNya. Jika arwah tidak membunuh diri, semuga Allah mendedahkan hal yang sebenar kepada kita semua. Tidak semua laporan polis salah dan tidak semua laporan polis benar. Yang paling benar tetap dari Allah s.w.t. jua. GB bergantung di situ.

saya pun semalam tak berapa percaya sangat laporan akhbar tu. tapi ramai sangat blogger yg hanya salin tampal kat blog masing2. begitu senang blogger bodoh diperbodohkan.
BalasPadamkita minta semua blogger jgn jadi mesin photostat kepada berita-berita arus perdana.
Bagi mengsahkan kebenaran dakwaan bahawa Sarina pernah memcuba membunah dirinya dengan mengelar pergelangan tangannya, pihak polis boleh meminta 'pakar forensik' mengesahkan terdapat parut kelar di pergelangan tangan si mati.
BalasPadamsalam,
BalasPadamharus diingatkan keluarga mangsa lebih tahu keadaan mereka sekeluarga. memang terlalu teruk untuk mengatakan makcik sendiri membunuh diri. tapi hakikatnya, beliau terpaksa berterus terang kerana tidak mahu pihak polis terus menyoal siasat dan mencari hubung kait kematian arwah dengan kes sosilawati. Saudara/saudari, anda juga secara tidak langsung membuat spekulasi. biarlah Allah menentukan kerana pada hemat kita sebagai umat Islam, ternyata hal ini tidak sepatutnya dipanjangkan kerana biarlah rohnya tenteram di sana. Kematiannya agak mengaibkan. Kerna hukum bunuh diri itu sendiri sudah kita ketahui umum. :(
saya sebagai orang terdekat mangsa, ingin semua org menghentikan spekulasi ini. kerana hakikatnya kebenaran yg diberikan anak saudara beliau adalah benar. jadi, sama-samalah kita sedekahkan alfatihah.
Salam GB
BalasPadambiasanya kalau kaum wanita hendak membunuh diri ialah dengan cara terjun dari tempat tinggi.....itu cara paling mudah dan cepat... bukan niat nak merendahkan wanita, tapi bayangkan kalau seseorang wanita nekad nak bunuh diri, lalu dicarinya tali, dicarinya tempat nak ikat tali, dan di pintalnya tali nak cerut leher....semua ni terlalu rumit dan makan masa....seseorang wanita yang sudah terlalu emosi selalunya tak dapat lagi berfikir secara "calculative"
personally, saya langsung tak percaya Sarina bunuh diri....
Oh, Sherlock Holmes!
BalasPadamDi mana kamu?
Tolong, tolong.
Help, help.
Kami org kg dia dh msak sngt dh peel beliau yh suka ugut dan mmbuat tindkn nk bnuh dr nie.korng sume xpyh pelik sbb sesapa yg tgal di kampung telok bky minyak kenal sngt dgn na karia nie ok
BalasPadam