11 Jun 2010

Bilakah PAS Akan Iktiraf Sumbangan Blogger Pula?

PAS mula letak calon bukan Islam

Selepas penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS baru-baru ini, PAS terus melangkah ke hadapan dengan membenarkan penyokong bukan Islamnnya bertanding menggunakan lambang parti itu dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata keputusan itu dibuat hasil keputusan mesyuarat majlis syura - badan tertinggi dalam parti itu - kelmarin.

"Bagaimanapun mereka hendaklah faham pada ajaran Islam serta bermoral tinggi," katanya menjelaskan syarat-syarat yang dikenakan bagi melayakkan pemilihan golongan itu.

Abdul Hadi bagaimanapun berkata jumlah kerusi dan kawasan pilihan raya yang diperuntukkan bagi golongan itu setakat ini masih dikenalpasti.

Ditanya kemungkinan tindakan PAS itu bakal menyebabkan pertindihan dengan calon PKR dan DAP, Abdul Hadi yakin akan adanya persefahaman dalam antara ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat berhubung keputusannya itu.

"Kita akan tanding di tempat PKR dan DAP tidak bertanding," katanya dalam sidang media selepas merasmikan muktamar PAS ke-65 bertemakan "Islam Adil untuk Semua" di Pengkalan Chepa, di Kelantan hari ini.

Dalam pilihan raya umum dua tahun lalu, seorang penganut Hindu Kumutha Raman bertanding 'mewakili' PAS di Johor. Penyokong PAS itu bagaimanapun bergerak sebagai calon bebas.

Tak gopoh tonjol dalam Pakatan

Ditanya tentang mekanisme PAS bagi mengelakkan calon bukan Islam mereka melompat parti, Abdul Hadi berkata kesemua calon dikehendaki mengadakan iqrar atau perjanjian dengan parti.

"Lagi pun, orang yang bermoral tidak akan melanggar perjanjian," katanya.

PAS sebelum ini berjaya mengekang fenomena lompat parti dalam partinya melalui "baiah" (sumpah taat setia) sesama Islam.

Bagaimanapun, mekanisme tersebut tidak boleh dilakukan terhadap penyokongnya yang berbeza agama.

Sementara itu, Abdul Hadi juga menolak tanggapan bahawa PAS cuba mendominasi Pakatan melalui strategi barunya dalam pilihan raya umum itu.

"Kita tidak gopoh untuk menonjolkan diri," katanya yang juga ahli parlimen Marang.

"Bagi kita, mempertahankan Islam itu lebih penting daripada strategi." -mk

Ulasan GB

Drastik, kata seorang teman GB di atas penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS sekalipun sebelum ini Setiuasaha Agung PAS menyatakan penubuhan Dewan sukar dilaksanakan sebelum pindaan perlembagaan dilakukan.

Malah di dalam ucapan perasmian Muktamar Ke 55 tahun lepas, Presiden sendiri mengungkapkan:

"Juga dicadangkan kepada penggubal undang-undang PAS, supaya kewujudan kelab ini (Kelab Penyokong PAS) diinstitusikan menerusi pindaan perlembagaan PAS yang bakal dilaksanakan untuk memasukkan peruntukan kewujudan kelab dan statusnya dalam organisasi parti, keahlian dan peranannya dalam PAS."

Tup tup tanpa pindaan perlembagaan pun, Dewan sudah boleh ditubuhkan.

Kita menunggu pula bilakah PAS akan memperakui peranan blogger dan menginstitusikannya. Mungkin tuntutan ini berlebih-lebihan tetapi yang berfikiran jauh akan melihat PAS akan lebih mantap dan utuh dengan mengambil inisiatif dan terkedepan di dalam memperkasakan parti melalui penginstitusian blogger.

Malangnya setakat ini blogger PAS tidak diiktirafkan sebagai memainkan peranan penting untuk parti, malah Presiden sendiri mengecap ada blogger sebagai si Luncai, tk diketahui sasaran yang dimaksudkan, mungkin juga semata-mata ada blogger menentang idea UG yang dipeloporinya.

Di dalam muktamar kali ini, tiada sepatah ucapan terima kasih pun diungkapkan untuk blogger-blogger, yang bersusah payah menolong parti. Malah dilaporkan oleh beberapa orang blogger, sukarnya blogger PAS sendiri hendak mendapat pas masuk ke dalam muktamar.

Nasib kaulah blogger PAS....

GB dah ulas sebelum ini. Dipetik kembali:

Ulasan GB

Terima kasih Datuk Seri Presiden untuk gelaran Luncai itu sekalipun ia mungkin bukan bertujuan untuk semua blogger.

Sebenarnya, blogger tidak pernah mengharapkan penghargaan dan balasan daripada parti sekalipun blogger selama ini telah bekerja keras untuk kemenangan parti sebelum, semasa dan sesudah pilihanraya.

Ada blogger yang bersengkang mata dari pagi sampai ke malam, malam sampai ke pagi, untuk menyediakan dan menyebarkan berita alternatif kepada rakyat yang umum mengetahui bahawa berita-berita parti tidak disampaikan secara jujur oleh media massa arus perdana.

Dan tatkala blogger bekerja, tatkala itu sudah ramai pemimpin parti yang sudah tidur lena.

Dan apabila blogger menegur pemimpin, contohnya di dalam isu UG, satu gagasan yang telah menyebabkan parti kehilangan sokongan dari pengundi atas pagar, tiba-tiba pemimpin melenting dan kemudian menuduh blogger tidak wala', tidak setia dan seumpamanya.

Kalau dulu blogger dituduh menerima habuan dari seseorang, dituduh penyebar "fitnah yang benar", kini dikatakan blogger dari golongan fasiq lalu dibacakan ayat supaya berhati-hati menerima berita dari orang fasiq.

Sefasiq-fasiq ahli, ia tidak memberi impak kepada jemaaah seluruhnya, tetapi sealim-alim pemimpin yang memegang parti akan menghancurkan parti seluruhnya apabila mangaturkan perencanaan jahat untuk bersekongkol dengan musuh.

Saya igin bertanya berapa nilai yang parti hargai dan pernah bayar terhadap peranan dan sumbangan blogger selama ini untuk kemenangan calon-calon parti?

Malah blogger ini terus bekerja sekalipun tidak dihargai, kerana masing-masing belajar untuk mengikhlaskan diri terhadap deen dengan harapan Allah s.w.t. akan membalas sekalipun manusia melupakan mereka setidak-tidaknya Allah mengampunkan dosa-dosa kefasikan jika ada dilakukan oleh para blogger terlibat.

Tetapi adalah menjadi tanggungjawab parti untuk menjaga mereka, memupuk dan menyuburkan mereka supaya mereka terus berada di persada siber berjuang, tetapi apa yang berlaku, mereka dihadiahkan dengan gelaran lapuk bernama Luncai.

Ada yang menempelak GB, mana keikhlasanmu jika mengharapkan balasan?

GB tidak mengharapkan balasan, tetapi seperti yang GB utara di atas menjadi tanggungjawab dan kewajipan parti untuk menilai dan menghargai peranan blogger selama ini. Sementelah lagi blogger juga adalah manusia biasa, bukan robot-robot - malah robot-robot juga perlu digerakkan dengan sesuatu yang bukan sekadar air liur!

Jika demikian apakah Presiden, Timbalan Presiden dan semua pimpinan PAS sudah cukup ikhlas terhadap parti tanpa sebarang imbuhan? Jika demikian pulangkan sahaja gaji-gaji dan elaun-elaun Yang Berhormat 100% yang nilainya ribuan RM seorang itu kepada parti jika benar-benar berjuang kerana agama.

Tiada yang lebih mendukacitakan apabila Presiden sendiri tanpa segan silu di dalam satu jawapan kepada wartawan baru-baru ini bahawa beliau tidak membaca blog.

Blogger tidak kisah Tuan Presiden tidak membaca blog, tetapi anehnya beliau boleh menuduh blogger menyebarkan fitnah. Apakah semua blogger menyebarkan fitnah maka lantaran itu Tuan Presiden lansung tidak mahu menjengah blogger yang sebahagian besarnya berjuang untuk untuk parti?

Blogger tidak kisah Tuan Presiden tidak membaca blog tetapi setidak-tidaknya rakyat terbanyak dan para ahli memerlukan berita dari blog - kerana itulah sumber alternatif yang ada kini.

Beberapa orang blogger telah pun mengundurkan diri kerana hal yang GB nyatakan di atas - seperti TARAKNAMA keluhannya boleh dibaca di karpet hijau Blog GB, KetuaPerusuh dan lain-lain.

Dan jika parti terus-terusan tidak menghargai blogger sebaliknya mengambil sikap bermusuhan dengan mereka, kita sama berserah kepada Allah - alaisallahu biahkamil- hakimiin - bukankah Dia sebaik-baik Hakim?

Tidak semua blogger bebal seperti yang diucapkan oleh Tuan Presiden seperti yang diungkapkan melalui sepotong hadith yang dibacakan sewaktu ucapan perasmian pagi tadi, kerana mana tahu ada di kalangan blogger itu antara kekasih-kekasih Allah juga yang sentiasa beramal dan takut kepadaNya?

Greenboc
a.k.a. mahazalim


Komen-komen pengunjung terhadap ulasan GB di atas boleh dibaca di SINI

"Luncai" - Hadiah Untukmu Blogger!

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mahu semua anggotanya memberikan ketaatan dan wala' (kesetiaan) kepada parti dan pemimpinnya yang "menjalankan tugas sepanjang masa, bukannya bermusim".

Katanya, kesemua pemimpin tersebut - yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang termasuk ulama dan profesional - dipilih sendiri oleh ahli-ahli dalam muktamarnya tahun lalu.

"Adunan ini jugalah yang memperkasakan PAS untuk memimpin negara, dengan menolak jahiliyah sekularisma yang meminggirkan Islam dan memisahkan urusan dunia daripada Islam," katanya.

Berucap dalam muktamar ke-56 parti itu di Pengkalan Chepa hari ini, Abdul Hadi juga mengingatkan anggota dan pemimpinnya tidak terpedaya dan "hanyut bersama luncai di luar parti yang berkeliaran dengan labu-labunya".

"Alhamdulillah, walaupun kita berhadapan dengan cabaran sebegini, tidak ada seorang pun di kalangan kita yang terkeluar daripada bahtera perjuangan mengikut telatah luncai-luncai itu, walau pun menghadapi ribut dan gelombang yang datang dari segenap penjuru," katanya di hadapan kira-kra 2,000 perwakilan dan pemerhati.

Beberapa pemimpin kanan Pakatan Rakyat turut hadir dalam muktamar itu, antaranya Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, tokoh popular DAP Lim Kit Siang, penyelaras Pakatan Datuk Zaid Ibrahim dan wakil-wakil parti Islam daripada luar negara.

Sementara itu, menyentuh soal hubungan dalam Pakatan Rakyat, Abdul Hadi berkata selepas beberapa siri pilihan raya kecil sebelum ini, terutamanya di Sibu, telah menunjukkan kesetiaan dan kebersamaan gerak kerja yang baik.

"Oleh yang demikian, pendekatan fekah politik Islam yang dipegang oleh PAS menerusi amalan tahaluf siyasi (kerjasama politik) dalam Pakatan, dengan model Islam yang sebenar, akan terus diperkasakan," kata beliau yang juga ahli parlimen Marang.

Bagaimanapun, tambah Adul Hadi (kanan) lagi, penyertaan parti Islam itu dalam gerakan politik Islam mewajibkannya meneruskan persaudaraan ukhuwah (persaudaraan) dengan semua kumpulan Islam dengan penuh tasamuh.

"Inilah yang mewajibkan semua kumpulan Islam berada dalam saf (barisan) perjuangan Islam bersama PAS.

"Ukhwah yang dibina ini pula, wajar untuk digerakkan ke arah melaksanakan tanggungjawab amal Islami yang syumul (lengkap) di segenap pelusuk negara," katanya. -mk


Ulasan GB

Terima kasih Datuk Seri Presiden untuk gelaran Luncai itu sekalipun ia mungkin bukan bertujuan untuk semua blogger.

Sebenarnya, blogger tidak pernah mengharapkan penghargaan dan balasan daripada parti sekalipun blogger selama ini telah bekerja keras untuk kemenangan parti sebelum, semasa dan sesudah pilihanraya.

Ada blogger yang bersengkang mata dari pagi sampai ke malam, malam sampai ke pagi, untuk menyediakan dan menyebarkan berita alternatif kepada rakyat yang umum mengetahui bahawa berita-berita parti tidak disampaikan secara jujur oleh media massa arus perdana.

Dan tatkala blogger bekerja, tatkala itu sudah ramai pemimpin parti yang sudah tidur lena.

Dan apabila blogger menegur pemimpin, contohnya di dalam isu UG, satu gagasan yang telah menyebabkan parti kehilangan sokongan dari pengundi atas pagar, tiba-tiba pemimpin melenting dan kemudian menuduh blogger tidak wala', tidak setia dan seumpamanya.

Kalau dulu blogger dituduh menerima habuan dari seseorang, dituduh penyebar "fitnah yang benar", kini dikatakan blogger dari golongan fasiq lalu dibacakan ayat supaya berhati-hati menerima berita dari orang fasiq.

Sefasiq-fasiq ahli, ia tidak memberi impak kepada jemaaah seluruhnya, tetapi sealim-alim pemimpin yang memegang parti akan menghancurkan parti seluruhnya apabila mangaturkan perencanaan jahat untuk bersekongkol dengan musuh.

Saya igin bertanya berapa nilai yang parti hargai dan pernah bayar terhadap peranan dan sumbangan blogger selama ini untuk kemenangan calon-calon parti?

Malah blogger ini terus bekerja sekalipun tidak dihargai, kerana masing-masing belajar untuk mengikhlaskan diri terhadap deen dengan harapan Allah s.w.t. akan membalas sekalipun manusia melupakan mereka setidak-tidaknya Allah mengampunkan dosa-dosa kefasikan jika ada dilakukan oleh para blogger terlibat.

Tetapi adalah menjadi tanggungjawab parti untuk menjaga mereka, memupuk dan menyuburkan mereka supaya mereka terus berada di persada siber berjuang, tetapi apa yang berlaku, mereka dihadiahkan dengan gelaran lapuk bernama Luncai.

Ada yang menempelak GB, mana keikhlasanmu jika mengharapkan balasan?

GB tidak mengharapkan balasan, tetapi seperti yang GB utara di atas menjadi tanggungjawab dan kewajipan parti untuk menilai dan menghargai peranan blogger selama ini. Sementelah lagi blogger juga adalah manusia biasa, bukan robot-robot - malah robot-robot juga perlu digerakkan dengan sesuatu yang bukan sekadar air liur!

Jika demikian apakah Presiden, Timbalan Presiden dan semua pimpinan PAS sudah cukup ikhlas terhadap parti tanpa sebarang imbuhan? Jika demikian pulangkan sahaja gaji-gaji dan elaun-elaun Yang Berhormat 100% yang nilainya ribuan RM seorang itu kepada parti jika benar-benar berjuang kerana agama.

Tiada yang lebih mendukacitakan apabila Presiden sendiri tanpa segan silu di dalam satu jawapan kepada wartawan baru-baru ini bahawa beliau tidak membaca blog.

Blogger tidak kisah Tuan Presiden tidak membaca blog, tetapi anehnya beliau boleh menuduh blogger menyebarkan fitnah. Apakah semua blogger menyebarkan fitnah maka lantaran itu Tuan Presiden lansung tidak mahu menjengah blogger yang sebahagian besarnya berjuang untuk untuk parti?

Blogger tidak kisah Tuan Presiden tidak membaca blog tetapi setidak-tidaknya rakyat terbanyak dan para ahli memerlukan berita dari blog - kerana itulah sumber alternatif yang ada kini.

Beberapa orang blogger telah pun mengundurkan diri kerana hal yang GB nyatakan di atas - seperti TARAKNAMA keluhannya boleh dibaca di karpet hijau Blog GB, KetuaPerusuh dan lain-lain.

Dan jika parti terus-terusan tidak menghargai blogger sebaliknya mengambil sikap bermusuhan dengan mereka, kita sama berserah kepada Allah - alaisallahu biahkamil- hakimiin - bukankah Dia sebaik-baik Hakim?

Tidak semua blogger bebal seperti yang diucapkan oleh Tuan Presiden seperti yang diungkapkan melalui sepotong hadith yang dibacakan sewaktu ucapan perasmian pagi tadi, kerana mana tahu ada di kalangan blogger itu antara kekasih-kekasih Allah juga yang sentiasa beramal dan takut kepadaNya?

Greenboc
a.k.a. mahazalim

Tiada Istilah Berdamai Dengan Israel - Wakil hamas

Sempena Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat kali ke-51, Ahli Jawatankuasa Kerja Hamas dari Palestin, Dr Munif Said turut dijemput hadir menyertai perjalanan muktamar tersebut

Dalam ucapannya dalam Muktamar Pemuda PAS Pusat ke-51 yang diterjemahkan oleh Ust Khalil Abd Hadi, "HAMAS memberikan penekanan terhadap 3 perkara iaitu:

1. Hamas tidak sekali-kali mengiktiraf Israel, tidak sekali-kali berdamai dgn Israel
2. Hamas percaya bahawa sekiranya umat Islam seluruh dunia bersatu, umat Islam akan berjaya membebaskan Palestine daripada Zionis
3. Hamas sentiasa wujud selagi ada umat Islam untuk memastikan Yahudi Zionis hancur sama sekali."

Pernyataan ini disambut dengan laungan takbir oleh para perwakilan.

Beliau juga menegaskan bahawa, "Hamas bukanlah semata-mata pergerakan Palestin, tetapi pergerakan seluruh umat Islam. Hamas merupakan kesinambungan kepada perjuangan Hizbullah di Lubnan dan umat Islam di Iraq juga sebagaimana kesinambungan kepada perjungan saudara-saudara sekalian juga."

Beliau juga menekankan bahawa sebagaiaman mereka menganggap HAMAS sebagai musuh, mereka Yahudi Zinois juga musuh utama HAMAS. Orang Yahudi yang datang ke Palestin, mereka bukan sahaja mahu menakluk Palestine tetapi mahu melihat umat Islam terhapus sama skali.

Oleh kerana itu, mereka berusaha untuk mencari jalan memecah belahkan umat Islam ini agar tidak dapat bangkit skali-kali.

"Anda sekalian telah melihat beberapa hari lepas, umat Islam dari seluruh pelusuk dunia menaiki kapal untuk rakyat Palestin di Gaza, mereka datang dari Turki, Palestin, saudara dari Malaysia, Indonesia, Pakistan dan bahkan dari kalangan dari orang bukan Islam."

"Ini risalah yang ditujukan kepada pemuda-pemuda untuk membebaskan bumi Palestin supaya mereka bangkit dan membebaskan al-Quds. Halatuju yang ditetapkan oleh Nabi, Allah menjanjikan berita gembira untuk golongan yang berjihad.

"Yakinlah bahawa sesunguhnya HAMAS akan terus cekal mempertahankan bumi Palestine, Gaza dan kami sgt yakin bahawa Allah akan memberikan kemenangan kepada kami." TAKBIR, ALLAHU AKBAR!

Ulasan GB

Jika Hamas telah keluarkan blueprint sedemikian, adakah pemimpin PAS boleh berbuat sama terhadap UMNO (Tiada Istilah Berdamai Dengan UMNO) yang telah melantik agen zionis sebagai konsultan mereka?

Projek MRT Bakal Kenyangkan Kroni Umno-BN

Projek sistem pengangkutan gerak cepat (MRT) yang dicadangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sepatutnya dibina lebih awal lagi dan bukannya menunggu pembentangan Rancangan Malaysia Ke-10.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian berkata projek itu sepatutnya diumumkan lebih awal kerana ia akan menyelesaikan masalah pengangkutan awam yang dialami warga kota terutamanya yang tinggal di Lembah Kelang.

"Kita khuatir dengan cadangan kerajaan untuk menyumber luar pengangkutan awam kepada pihak swasta menunjukkan ada perancangan pihak tertentu memberikan projek itu kepada kroni mereka.

"Sepatutnya kerajaan harus bertanggungjawab dan bukannya menyerahkan bulat-bulat kepada pihak swasta untuk menguruskannya yang mungkin akan membebankan rakyat selepas itu.

Katanya lagi, jika penswastaan ini diteruskan, perbelanjaan kerajaan akan meningkat dan akhirnya rakyat akan menderita menanggung kos tersebut.

"Kerajaan sepatutnya mempertahankan tanggungjawab sosial yang diberikan kepada rakyat dan bukannya menyerahkan kepada pihak swasta untuk menguruskannya," kata Loy Sian.

Tambah Loy Sian, banyak projek yang diswastakan sebelum ini menemui kegagalan dan sepatutnya dijadikan iktibar sebelum kerajaan bertindak menswastakan apa-apa projek yang mempunyai kepentingan rakyat. -SK

RMK-10 Sediakan Tapak PR Mengambil Alih Kerajaan Pusat Pada PRU-13

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata retorik dan ucapan politik yang menarik tidak cukup untuk membawa perubahan sosio-ekonomi sebenar yang digariskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 yang dibentangkan di Parlimen semalam.

Dr Dzulkefly menegaskan tidak cukup sahaja Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengakui wujud kepincangan dan kesilapan dalam RMK yang lalu tetapi kesedaran itu perlu disusuli dengan satu rancangan agar tidak mengulangi kesilapan tersebut.

"Memang bagus Perdana Menteri mengakui kesilapan tetapi ucapan sebegini telah biasa kita dengar, bukan baru. Kalau kenyataan Najib dibiarkan sahaja tanpa tindakan sewajarnya, saya bimbang RMK-10 ini juga akan memberikan keputusan yang serupa seperti RMK-9 yang tidak memanfaatkan rakyat seperti sepatutnya", tegas beliau.

Menurut beliau, kerajaan Umno-Barisan Nasional telah menperuntukkan sebanyak RM230 bilion di mana RM160 bilion daripadanya akan digunakan untuk tujuan pembangunan sektor ekonomi, keselamatan dan sektor lain yang berurusan terus dengan rakyat.

"Secara ringkasnya, kerajaan Umno-BN mensasarkan pembangunan model insan yang mana akan membawa kepada individu berprestasi tinggi sejajar dengan strategi Model Ekonomi Baru dalam membangunkan rakyat dan menjadikan negara berpendapatan tinggi.

"Tetapi, kewujudan ketirisan dan kronisme yang menghalang pembangunan sebegini perlu dibendungkan dan ini bergantung kepada sejauh mana Najib sanggup merealisasikan dengan kemahuan politiknya," tegas beliau lagi.

Dr Dzulkefly menekankan ungkapan Najib untuk mewujudkan 'Bumiputera Commercial and Industrial Community' adalah bagus sekadar dalam ucapan tetapi realitinya kerajaan perlu bersikap adil kepada semua masyarakat Bumiputera.

"Bercakap mengenai pembangunan Bumiputera, saya bimbang ini hanya akan kembali kepada kronisme dan nepotisme, di mana kerajaan Umno-BN memberikan keutamaan kepada segelintir Bumiputera sahaja dengan menggunakan alasan BCIC ini," katanya lagi.

Tambah beliau, usahawan Bumiputera harus dibiarkan bertanding dan memenangi projek kerajaan atas dasar merit dan prestasi bukan kerana affliasi politik.

"Ini semua akhirnya kembali juga kepada kemahuan politik Najib, samada beliau mahu atau tidak merealisasikannya.

"Secara keseluruhannya, saya melihat RMK10 sebagai sesuatu yang baik, kerana apabila kita mengambil alih kerajaan nanti, kita mahukan kerajaan yang bagus," tegasnya lagi. -SK