25 Mac 2010

MP Hulu Selangor Kembali Ke Rahmatullah - PRK Paling Sengit Bakal Dilalui

Ahli parlimen Hulu Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada jam 9.27 malam tadi di rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang akibat barah otak.

Beliau meninggalkan isteri Datin Siti Zaharah Mohd Zin dan empat orang anak.

Zainal Abdidin, 71 adalah juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor.

Sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Selangor pada 1999, beliau merupakan orang kuat Umno Selangor dan pernah menjadi Exco kerajaan negeri selama lapan tahun dan Ketua Umno Bahagian Hulu Langat selama 14 tahun.

Antara jawatan exco yang dipegangnya termasuk Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Penyelidikan dan Pengerusi Jawatankuasa Perjawatan, Pendidikan dan Sumber Manusia.

Pada Mac 2005, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Umno dan menyertai PKR.

Zainal Abidin berjaya memenangi kerusi Hulu Selangor dengan mengalahkan calon BN dari pari MIC, P Palanivel pada pilihan raya umum yang lalu.

Kerusi itu berjaya dirampasnya untuk PKR dengan hanya majoriti 198 undi.

SELANGOR: P94 - Hulu Selangor

Pengundi: 63,593

MIC Datuk G. Palanivel 22,979
PKR Zainal Abidin Ahmad 23,177
Majoriti 198


Mengikut peraturan, pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari setelah speaker Dewan rakyat dimaklumkan mengenai kekosongan kerusi berkenaan.

Kematian Zainal Abidin dilihat ramai penganalisis memburukkan lagi keadaan di PKR yang baru-baru menghadapi masalah apabila tiga ahli parlimennya berpaling tadah manakala seorang lagi dipecat.

Bagaimanapun, kekosongan kerusi Hulu Selangor juga bukan berita gempira bagi Barisan Nasional yang menghadapi dilema untuk mencari calon yang sesuai.

Sejak bekas menteri besar Selangor itu dilaporkan uzur, khabar angin bertiup kencang bahawa Umno cuba mendapatkan kerusi itu semula yang secara tradisinya diserahkan kepada sekutunya, MIC. -mk

Lepas 4 Tahun Baru Nak Dedahkan Ada Pihak Ketiga. Karpal Cabar ZulKulim Nyatakan Pihak Ketiga Tersebut.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh mencabar Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin menyatakan nama pihak ketiga yang memberi tawaran kepada beliau untuk mendapatkan surat akauan bersumpah membabitkan Perdana Menteri, Najib Razak dan isteri, Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantunya Shaariibu.

Malah beliau turut mempersoal keikhlasan Zulkifli mendedahkan perkara itu hanya selepas empat tahun perbicaraan kes itu berlangsung.

"Saya cabar Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu untuk menyatakan siapa pihak ke tiga yang menyuruh beliau membuat satu surat akuan bersumpah untuk kaitakan Perdana Menteri dan isteri dalam pembunuhan itu.

"Kenapa sekarang 4 tahun selepas perbicaran dimulakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam? Adakah beliau rela sama ada di dalam mahupun di luar dewan untuk menyetakan siapa pihak ke tiga, adakah beliau berani buat laporan polis? Kerana jika dibuktikan laporan yang dibuat palsu, maka Kulim Bandar Baharu boleh didakwa di mahkamah bersabit kes memberi laporan palsu,"katanya.

Karpal berkata demikian pada sidang Dewan Rakyat.

Malah beliau turut mencabar keempat-empat wakil rakyat Bebas yang dulunya merupakan Ahli Parlimen dari Parti Keadilan Rakta (PKR) supaya mengosongkan kerusi bagi membolehkan pilihanraya kecil diadakan.

"Kulim Bandar Baharu bukan Yang Berhormat dalam dewan malah seorang peguam tetapi jadi pengkhianat bukan kepada PKR tetapi pengundi dalam Kulim Bandar Baharu.

"Di Pulau Pinang, Yang Berhormat Bayan Baru dapat keistimewaan, baru-baru ini dianugerahkan Datuk Seri, adakah dia layak dapat darjah itu? Kelakuan dia baru-baru ini buat tomahan dalam dewan atas pemimpin dalam PKR.

"Empat ekor ini bukan lagi dalam PKR, tidak bermakna PKR lemah, lebih baik kempat-empat ini terima cabaran saya sekarang," katanya.

Karpal berkata, sekiranya keempat-empat mereka enggan mengosongkan kerusi kerana takut tidak dapat bertanding daam pilihanraya umum mahupun pilihanraya kecil dalam tempoh 5 tahun, beliau mencadangkan agar mereka tidak menghadiri sidang Dewan selama 6 bulan.

Katanya, mengikut Perkara 51(1) Perlembangaan Persekutuan, seseorang wakil rakyat yang tidak menghadiri sidang dewan selama enam bulan, bemakna kerusi kawasannya kosong, namun tiada halangan untuk wakil rakyat itu bertanding semula.

"Tujuan Mahathir untuk meminda Perlembagaan 48(6) adalah untuk menghalang Yang Berhormat dari Semangat 46 yang menyatakan kepada umum akan letak jawatan untuk membolehkan satu pilihanraya kecil di kawasan masing-masing. Tetapi Mahathir lupa Perkara 52(1).

"Apa yang penting sesiapa yang duduk di dewan mempunyai sokongan daripada pengundi.Bayan Baru ada 27ribu pengundi, Nibong Tebal 20 ribu dan Kulim Bandar Baharu 18 ribu, mereka tidak ada hak selepas jadi wakil rakyat Bebas di Dewan Rakyat untuk duduk di sini," katanya.


Juruterbang Terbunuh Pesawat TUDM Terhempas Di Hutan Sintok

Seorang juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terbunuh apabila pesawat Pilatus PC-7 Mark II yang dipandunya terhempas di kawasan hutan dekat Kompleks Sukan Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, kira-kira pukul 10.15 pagi Khamis.

Juruterbang pesawat itu, Mejar Muhammed Zulrihan Jusof, jurulatih di Kolej Penerbangan TUDM Alor Setar, meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut kenyataan media Kementerian Pertahanan, pesawat tersebut berlepas dari pangkalan TUDM Kepala Batas, dekat Alor Setar pukul 10.03 minit pagi untuk tujuan latihan apabila kejadian itu berlaku.

Jenazah Mejar Muhammed Zulrihan ditemui pasukan mencari dan menyelamat TUDM berdekatan pesawat yang terhempas dan dibawa keluar dari hutan menggunakan helikopter S61A-4 Nuri.

Jenazahnya dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk dibedah siasat, kata kenyataan itu.

Allahyarham yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan, meninggalkan seorang balu, Wizana Abdul Ghani dan tiga orang anak. Allahyarham menyertai TUDM pada 25 Februari 1991 dan berkhidmat sebagai jurulatih penerbangan di kolej itu sejak 1 Januari 2008.

Menurut kenyataan itu, TUDM telah menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

"Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Rodzali Daud dan seluruh warga TUDM mengucapkan takziah kepada isteri, anak-anak serta semua ahli keluarga Allahyarham.

"TUDM amat menghargai jasa, bakti dan pengorbanan yang telah disumbangkan oleh wira TUDM ini dalam mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara," kata kenyataan itu. — Bernama


Detik akhir pesawat Pilatus disaksi pelajar UUM

Detik akhir pesawat Pilatus PC-7 Mark II milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sejurus sebelum terhempas di kawasan hutan Universiti Utara Malaysia (UUM) dan mengorbankan juruterbangnya, Mejar Muhammed Zulrihan Jusoh, pagi tadi disaksikan ratusan pelajar yang menghadiri Karnival Konvokesyen Ke-23 universiti itu.

Rakaman video menggunakan telefon bimbit yang diperoleh Berita Harian Online daripada seorang pelajar UUM, menunjukkan pesawat kendalian Allahyarham Muhammed Zulrihan menjunam sambil berpusing-pusing di luar kawalan selepas melintas ruang udara Kompleks Sukan UUM dan melakukan aksi aerobatik pendakian menegak.

Pelajar terbabit yang pada mulanya bersorak gembira kerana menyangka aksi itu sebagai sebahagian daripada pertunjukan udara, tergamam apabila pesawat berkenaan tidak muncul selepas melewati perdu pokok di kawasan hutan itu, diikuti beberapa letupan dan kepulan asap hitam di udara.

Ketika kejadian, pengacara majlis masih lagi membacakan butiran pertunjukan udara itu manakala sebilangan pelajar yang menyedari pesawat malang itu sudah terhempas mula bergegas ke kawasan nahas.

Suasana yang sebelum itu ceria lantas bertukar cemas apabila ramai pelajar, khususnya wanita, menyedari mereka baru saja menyaksikan tragedi yang mengorbankan nyawa juruterbang TUDM. -BH Online




Benjy ditahan semula selepas selesai bayar jamin

Pelakon Khaireyll Benjamin Ibrahim atau Benjy, 31, ditahan semula tidak sampai dua jam setelah dibenarkan diikat jamin oleh Mahkamah Majistret hari ini berhubung kes dadah.

Dia ditahan ketika berada di bahagian luar pejabat kaunter pembayaran jamin oleh dua orang anggota polis pada 2.50 petang sejurus sahaja ibunya, dramatis dan pelakon terkenal Azean Irdawaty, selesai membayar wang ikat jamin berjumlah RM2,000.

Seorang daripada anggota polis itu dilihat menghampiri Benjy dan memegang tanganya sambil menyatakan dia akan ditahan semula untuk siasatan mengikut Seksyen 3 Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan dan Kawalan Khas).

Benjy, yang kelihatan terpinga-pinga, hanya sempat bersalaman dengan ibunya tanpa berbual apa-apa dengan Azean yang juga kelihatan amat terkejut.

Azean dengan suara gementar sempat bertanya kepada polis mengapa Benjy ditahan dan hanya mampu mengalirkan air mata melihat Benjy dibawa pergi.

Adik Benjy, Elza Irdalyna yang turut berada di situ, menjerit ke arah anggota polis berkenaan sambil menangis tetapi kemudiannya dipujuk oleh Azean.

Azean yang kelihatan lemah memberitahu pemberita bahawa beliau kesal dengan cara layanan polis kerana tidak memberi penerangan yang sewajarnya.

“Beberapa kali Kak Yan tanya kenapa anak saya ditangkap tetapi tiada seorangpun yang beritahu kenapa. Tidakkah seorangpun anggota polis di situ berfikir bahawa Kak Yan ni adalah ibunya yang sedang sakit. Tak boleh beritahu elok-elok ke,” katanya.

Azean yang menangis sepanjang temubual itu berkata beliau kini kebingungan.

Peguam Amer Hamzah Arshad, yang mewakili Benjy, berkata anak guamnya itu akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dan beliau berharap akan dapat berjumpa dengan Benjy tanpa sebarang sekatan.

Majistret Hafizza Sauni pagi tadi membenarkan Benjy dijamin sebanyak RM2,000 setelah pelakon itu mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan memiliki dadah jenis methamphetamin (syabu) seberat 0.24 gram.

Anak lelaki tunggal Azean itu, yang sebelum ini ditahan kerana disyaki mengedar dadah, didakwa melakukan kesalahan itu di rumah bernombor A-6-5 Menara Duta 2, Jalan 1/38B Off Jalan Segambut di sini pada 4 petang 11 Mac lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali. — Bernama



Malik Hilang Pampasan RM2.5juta Sebaliknya Diperintah Bayar RM50 Ribu

Seorang bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hilang ganti rugi RM2.5 juta selepas Mahkamah Rayuan menolak tuntutan saman sivilnya terhadap polis dan kerajaan kerana penderaan serta penahanan secara salah pada 1998.

Berikutan keputusan itu, Abdul Malek Hussin, 53, bukan sahaja gagal mendapat pampasan kewangan itu yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi pada 2007 tetapi juga diarahkan oleh kuorom itu untuk membayar kos litigasi sebanyak RM50,000.

Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Md Raus Sharif dan hakim Mahkamah Rayuan Datuk Sulong Matjeraie dan Datuk Ahmad Maarop hari ini dengan sebulat suara memutuskan penahanan Abdul Malek selama 57 hari itu adalah sah.

Abdul Malek dibebaskan pada 21 Nov 1998.

Raus, ketika hakim Mahkamah rayuan apabila mendengar rayuan pihak polis dan kerajaan tahun lepas, dalam penghakimanan 34 mukasurat, berkata alasan polis untuk menahan Abdul Malek kerana terlibat dalam aktiviti yang boleh mengancam keselamatan negara adalah cukup dan mematuhi Perlembagaan Persekutuan.

“ISA adalah undang-undang khas dan sah walaupun ia mengandungi peruntukan yang tidak selaras dengan peruntukan asas kebebasan mengikut Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Raus berkata pihak berkuasa yang melakukan tangkapan tidak perlu memaklumkan tahanan secara terperinci alasan penahanannya atau diperlukan memuaskan mahkamah dengan butiran secukup dan bukti mengenai aktiviti tahanan bagi mewajarkan penahanannya di bawah Akta ISA.

Kuorom itu kemudian membenarkan rayuan yang dikemukakan oleh pegawai polis cawangan khas ASP Borhan Daud, Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor, dan kerajaan Malaysia untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 18 Okt 2007.

Raus juga berkata alasan kegagalan polis untuk mengemukakan bukti kepada mahkamah bagi menyokong Abdul Malek terbabit dalam perhimpunan haram dan enggan membenarkannya akses untuk mendapatkan peguam semasa dalam tahanan tidak boleh digunakan sebagai asas untuk mengisytiharkan penahanannya di bawah Akta ISA itu sebagai niat jahat.

Beliau berkata perolehan fakta oleh Mahkamah Tinggi bahawa Abdul Malek didera semasa dalam tahanan tidak boleh diterima dan tidak boleh dikekalkan kerana dakwaan penderaan tidak disokong oleh keterangan.

Menurutnya campur tangan hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus bahawa Abdul Malek dipukul berdasarkan keengganan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk mendakwa Abdul Malek kerana membuat aduan laporan palsu, menunjukkan terdapat sedikit kebenaran dalam laporan polis itu dan ia tidak kena.

“Kami berpendapat bahawa keengganan DPP untuk mendakwa Abdul Malek kerana membuat laporan palsu tidak boleh dijadikan sebagai asas untuk membuat kesimpulan bahawa DPP dan polis cuba menyembunyikan kes itu.

“Adalah dipastikan fakta bahawa DPP dan polis adalah dua badan berasingan dengan kuasa dan tanggungjawab berlainan mengikut undang-undang. Tidak perlu bagi DPP menjelaskan kepada mahkamah kelewatan dalam membuat keputusan tidak mendakwa responden (Abdul Malek),” katanya.

Dalam samannya, Abdul Malek, yang merupakan penyelaras hal ehwal anggota Parlimen dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendakwa tangkapan dan penahanannya adalah tidak sah kerana tidak dimaklumkan sebab penahanannya.

Beliau turut mendakwa didera semasa dalam tahanan.

Di luar mahkamah, Abdul Malek berkata keputusan itu adalah mengecewakan, membimbangkan dan keputusan itu merupakan bukti bahawa usaha memansuhkan ISA perlu diteruskan.

Peguamnya R. Sivarasa berkata beliau akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Persekutuan. — Bernama

Sah Umno-BN Takut Pilihan Raya

Pengumuman Perdana Menteri bahawa kerusi Dewan Undangan Negeri Titi Tinggi kekal disandang oleh Yip Sun Onn (gambar) dari MCA menyerlahkan fobia Umno-Barisan Nasional untuk berdepan dengan sebarang pilihan raya kecil.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Perlis Johari Shafie berkata Umno-BN kini terdesak mahu menghalang pilihan raya kecil diadakan apabila Speaker Datuk Yazid Mat enggan menyerahkan surat peletakan jawatan Yip kepada SPR walaupun beliau menerimanya sejak 22 Mac lalu .

Ini termasuk tindakan Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu dan bekas Timbalan Ketua Bahagian Umno Kangar Datuk Ahmad Bakri Ali yang ditugaskan memujuk Yip agar menarik balik peletakan jawatannya.

"Umno-BN seboleh-bolehnya tidak mahu pilihan raya kecil diadakan kerana mereka tahu sokongan rakyat Perlis kepada mereka terutamanya masyarakat Cina semakin hilang," kata Johari kepada Suara Keadilan.

Johari berkata perkara ini menambahkan lagi keretakan parti dalam komponen BN apabila Umno Perlis juga dikatakan berpuak-puak - antara kumpulan Menteri Besar dan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Bekas Ketua Penerangan Umno Perlis Datuk Hashim Suboh berkata krisis ini membuktikan Dr Md Isa gagal memimpin dan menguruskan pentadbiran negeri.

Hashim yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Anak Perlis (MANTAP), sebuah pertubuhan yang berpihak kepada Shahidan dan ditubuhkan bagi melakukan kaji selidik dan penilaian terhadap keupayaan kepimpinan Dr Md Isa, berkata krisis ini tidak akan berlaku jika Dr Md Isa tidak dilantik sebagai Menteri Besar selepas pilihan raya 2008.

Sebaliknya tegas Hashim jawatan Menteri Besar sepatutnya milik Shahidan mengikut prosedur sebagaimana dipersetujui mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini yang memilih Shahidan.

"Jika dalam Umno sendiri sudah berpecah, bagaimana mahu wujudkan perpaduan dengan komponen lain dalam BN? Bagaimana Perlis mahu maju jika pemimpin sendiri bermasalah," ujar Johari. -SK

1) Tg Muhamad Faris Ditamatkan Sebagai Pemangku Raja Kelantan 2) Mahkamah Tolak Saman Tengku Fakhry

Tengku Muhammad Faris Petra ditamatkan sebagai Pemangku Raja Kelantan berkuatkuasa serta merta, demikian lapor BH Online.

Pengerusi Majlis Perajaan Kelantan, Tengku Abdul Aziz Tengku Hamzah dilantik sebagai Pemangku Raja yang baru.

Dalam pada itu Bernama melaporkan ahkamah Tinggi di sini pada Khamis menolak saman fitnah yang dikemukakan oleh Tengku Temenggong Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra terhadap dua pegawai Istana Kelantan berhubung masalah rumahtangganya.

Pesuruhjaya Kehakiman Datin Zabariah Mohd Yusof membuat keputusan itu dalam kamar setelah membenarkan permohonan Nik Mahmud Nik Jaafar, 32, seorang pegawai tadbir di Pejabat Sultan Kelantan, dan Datuk Abdul Halim Hamad, 58, Pengelola Istana Kelantan, supaya saman itu ditolak.

Peguam Datuk Mohd Haaziq Pillay, yang mewakili Tengku Muhammad Fakhry, memberitahu pemberita bahawa saman itu ditolak dengan alasan ianya cacat daripada segi undang-undang kerana ia tidak menjelaskan sepenuhnya kandungan kenyataan yang didakwa berunsur fitnah itu.

Mahkamah juga mengarahkan putera Sultan Kelantan itu membayar kos RM5,000 kepada Nik Mahmud dan Abdul Halim.

Mohd Haaziq berkata beliau akan mendapatkan arahan daripada Tengku Muhammad Fakhry sama ada akan membuat rayuan atau mengemukakan semula saman itu kerana ia ditolak tanpa kes itu didengar.

Peguam Datuk Cecil Abraham dan Sunil Abraham mewakili Nik Mahmud dan Abdul Halim.

Pada 10 Ogos 2009, Tengku Muhammad Fakhry memfailkan saman berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh kedua-dua defendan itu bertarikh 15 Jun 2009, yang didakwanya menyentuh masalah rumahtangganya dengan isterinya Manohara Odelia Pinot, seorang model dari Indonesia.

Tengku Muhammad Fakhry mendakwa kenyataan itu menggambarkan beliau sebagai seorang yang mendera isterinya dan beliau juga telah disisih oleh ayahandanya dan juga Istana Kelantan.

Dalam kenyataan pembelaan mereka pula, Nik Mahmud dan Abdul Halim berkata mereka sekadar menjalankan tugas istana setelah menerima perintah Pemangku Raja Kelantan.

Menurut mereka, masalah rumahtangga antara Tengku Muhamad Fakhry dan isterinya adalah urusan peribadi pasangan itu dan tidak ada kaitan dengan urusan Pejabat Sultan Kelantan.



Media Asing Dedah Najib Mahu Anjur Judi Sukan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diminta memberi penjelasan mengenai cadangan untuk mewujudkan perjudian berasaskan sukan di negara ini yang dedah media antarabangsa.

Najib dikatakan mendedahkan cadangan itu ketika menghadiri Persidangan Pelaburan Asia Credit Suisse ke-13 2010 di Hong Kong.

Presiden Umno itu dikatakan mahu mempertimbang cadangan melaksanakan perjudian melibatkan Fifa World Cup final di Afrika Selatan yang bermula 11 Jun sehingga 11 Julai ini.

Perkara itu dinyatakan Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke Siew Fook pada sidang media di lobi Parlimen sambil mempertikai mengapa Najib seolah-olah merahsiakan hal itu dari pengetahuan rakyat Malaysia.

Beliau merujuk laporan akhbar yang mengatakan Berjaya Group, sebuah syarikat berasaskan perjudian dikatakan berminat untuk melobi lesen judi dari kerajaan.

Berita itu ditemui dengan melayari www.asiaone.com dengan mengklik judul berita: 'Legal Sport Betting In Malaysia'

Berjaya Group yang dikepalai Tan Sri Vicent Tan diketahui umum sebelum ini kerana menjalankan perniagaan perjudian selama 20 tahun dengan hanya membayar cukai sebanyak RM25 juta. -TVS


Legal sports betting in M'sia soon?

Tue, Mar 23, 2010
The Star/Asia News Network

By Kang Siew Li

KUALA LUMPUR: Sports betting may soon be legalised, probably in time for the Fifa World Cup finals in South Africa from June 11 to July 11.

It is understood that the Berjaya Group is seeking approval from the authorities to operate sports betting activities in the country, although it is unclear which betting system will be used.

A spokesman for Berjaya Corp Bhd group corporate communications told the New Straits Times that the company "would like to decline comment on this matter at this point of time".

This is not the first time that Berjaya Group has approached the government to make sports betting legal in the country.

In October 2004, Berjaya Group head Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun's privately-owned Ascot Sports Sdn Bhd was reported to have received approval to operate sports betting activities from the Finance Ministry in June 2003, in which it paid RM25 million for a 20-year concession.

However, then prime minister Datuk Seri (now Tun) Abdullah Ahmad Badawi shot down the proposal, saying the government would not give any licence to legalise football betting in the country.

While the Berjaya Group's second attempt is likely to stir protests from certain quarters, others have said that it should be allowed and taxed by the government, seeing that many Malaysians are already betting illegally on sports.

"It will likely divert money from illegal football betting. It will also take some of the gaming market share lost to Singapore with the opening of its first casino recently," said an industry observer.

In a report dated May 26, 2006, Mayban Securities had estimated that the value of daily legal gaming was RM850 million, with illegal gambling estimated at around the same amount. This gives the total size of estimated daily gambling in Malaysia at around RM1.7 billion.

"Assuming that this amount is doubled during the World Cup month, there may be an additional RM1.7 billion being gambled daily," the report had said.

Gaming analysts said Berjaya Sports Toto Bhd (BToto) was most likely to benefit if sports betting was legalised here. BToto is one of the country's three listed numbers forecast operators (NFO), which include Magnum Corp Bhd and Tanjong plc.

While betting on football is illegal in Malaysia, Singapore has legalised it since 1999.

It was reported that Singapore first introduced legalised football betting on S-League games in 1999.

In 2002, sports betting was extended beyond S- League games to include matches played in the World Club 2002.

Sports betting was subsequently further extended to allow for legalised betting on international football matches, the English Premier League and other European and Asian football leagues as well.

Sports betting has today gained widespread acceptance in Singapore.




Mayat Ibu Dan Anak Reput Dan Berulat Ditemui

Mayat dua beranak yang sudah berulat selepas dipercayai terbabit kemalangan jalan raya di Kilometer 417.6 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) berhampiran susur keluar plaza tol Bukit Tagar di sini pada 18 Mac lalu ditemui semalam.

Kereta yang dinaiki mangsa terjunam dalam gaung sedalam 50 meter menyebabkan mereka gagal dikesan.

Kedua-dua beranak terbabit yang dikenali sebagai Margerat Maniam, 34, dan bayinya, Ezekiel Shammah John Robert, berusia setahun ditemui seorang pekerja pembersihan yang menjalankan kerja membersihkan semak di kawasan berkenaan sebelum menghubungi polis kira-kira jam 3.30 petang.

Turut ditemui pakaian, cerek elektrik, dokumen pengenalan diri dan lampin pakai buang dipercayai milik mangsa.

Ketua Polis Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, mangsa yang berasal dari Taman Bukit Cheras ditemui kira-kira 13 meter dari kenderaan yang dipercayai digunakan mereka dalam perjalanan ke utara. “Polis menerima maklumat petugas lebuh raya yang ketika itu menjalankan kerja pembersihan.

“Hasil maklumat itu sepasukan polis tiba dan menemui dua rakan manusia yang sudah berulat dan berbau busuk, “ katanya. Norel berkata, sebelum ini, seorang lelaki dikenali sebagai Sivakumar Thangarajo, 23, berasal dari Sungai Besi, dipercayai pemandu kereta itu ditemui oleh petugas pembersihan lebuh raya pada 20 Mac lalu kira-kira jam 7 malam sebelum menghantarnya ke Hospital Slim River (HSR) untuk rawatan. Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan dan sehingga kini polis tidak mengesyaki sebarang unsur jenayah. Sehingga jam 8.25 malam semalam, Unit Forensik masih menjalankan siasatan di tempat kejadian.



Tarik Diri Kes Altantuya: Kenyataan Zulkulim Dipersoal

Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin (gambar) berkata beliau akan berjumpa dan meminta maaf kepada individu tertentu termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menjadi mangsa fitnah melibatkannya.

“Saya dah jumpa, dah cerita dan minta maaf kepada orang tertentu yang kena fitnah disebabkan duti yang telah saya laksanakan. Alhamdulillah diterima baik.

“Ada juga akan datang yang saya akan jumpa beberapa orang tertentu yang kita telah aibkan atau fitnahkan yang saya terlibat...(Perdana Menteri) saya akan jumpalah, kalau dia nak jumpa,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau sebelum itu membuat pendedahan mendakwa ditawarkan ganjaran besar untuk mengaitkan Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu ketika membahas usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini.

Zulkifli juga mendedahkan bahawa beliau telah mengaitkan anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dengan kes pembunuhan sekitar tahun 2004.

Katanya beliau bersedia untuk disoal siasat tetapi tidak akan membuat laporan polis mengenai perkara itu kerana ingin menyelesaikannya sendiri.

“Sebab bila kita buat laporan polis, nanti benda tu jadi ‘public’ dan ada orang yang akan aib... ada mangsa-mangsa ini tak mahu diaibkan. Jadi pendekatan Islam ialah jangan aibkan orang tapi selesaikan masalah itu,” katanya.

Ditanya mengenai jenis ganjaran besar yang ditawarkan kepadanya, Zulkifli berkata: “Tawaran boleh dalam pelbagai bentuk, tak semestinya duit...macam-macamlah.”

Beliau juga enggan mendedahkan pihak yang membuat tawaran berkenaan di luar dewan dan akan mendedahkannya jika diberi peluang pada masa depan.

“Kita ada etika, benda yang kita tak cakap dalam Parlimen, kita tak cakap di luar (Parlimen).

“Saya juga tak bercadang nak dedahkan macam Datuk Zahrain (Anggota Parlimen Bayan Baru), mungkin dia berasa dia perlu dedahkan, saya kira peringkat ini tak perlulah saya nak dedahkan,” katanya.

Minggu lepas, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang menjadi wakil Bebas selepas keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat pendedahan mendakwa Anwar berbohong kononnya Yang di-Pertuan Agong dan Panglima Angkatan Tentera merestui rancangan 16 Sept 2008 untuk Anwar mengambil alih kuasa pemerintahan negara.

Mengenai perasaannya selepas membuat pendedahan tersebut, Zulkifli berkata: “Boleh tidur aman la, malahan saya rasa satu beban dah lepas, terutama yang pasal PM dan Nazri.” — Bernama


Kes Altantuya : Mengapa Peguam Azilah Hadri Tarik Diri ?

Suara Keadilan (Julai 2007)

Mungkin kita mendapat 'clue' setelah membaca salinan asal pengakuan Sirul Azhar sewaktu disoal-siasat oleh Polis dalam 'posting' sebelum ini. Tidak dinafikan seluruh rakyat Malaysia maupun antarabangsa menyakini kes pembunuhan Altantuya ini melibatkan TPM, Najib Razak dan Rosmah.

Walaupun penafian dibuat oleh mereka berdua, namun segala 'event' yang berlaku berhubung kes ini termasuk rekod kemasukan Altantuya ke Malaysia dipadam oleh pihak imigresen, perbicaraan yang dilihat mengikut 'skrip', pertukaran hakim dan pendakwaraya semasa 'prosiding' sedang berjalan dan pelbagai lagi situasi yang menampakkan penglibatan individu berprofil tinggi dalam negara.

Rakyat Malaysia tidak pernah lupa dengan peristiwa pemecatan DSAI dalam tahun 1998 dulu. Bagaimana dakwaan yang dibuat terhadapnya serta perjalanan perbicaraan yang jelas mengikut skrip dan barisan hakim yang rasuah telah menyebabkan sistem kehakiman dalam negara musnah sama-sekali. Negara mengamalkan 'Law Of The Jungle'.

Salah satu indikator yang menunjukkan wujudnya penglibatan individu atasan dalam kes Altantuya ini apabila peguam Cif Inspektor Azilah Hadri 'terpaksa' menarik diri dengan tiba-tiba. YB Zulkifli Nordin (salah seorang peguam Anwar) telah menarik diri sebagai peguambela Azilah atas sebab-sebab tertentu.

Berikut adalah wawancara Suara Keadilan (Julai 2007) dengan beliau berhubung penarikan diri tersebut ;

SK : Bagaimana saudara boleh terlibat dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya?

Ketika kes ini mula terdedah dan tertuduh pertama iaitu Cif Inspektor Azilah Hadri sudah ditahan, sepupu beliau yang juga merupakan seorang pelajar yang sedang membuat chambering di sebuah firma guaman datang berjumpa dan meminta saya mengambil kes ini.

Selepas diperkenalkan, saya dan keluarga Azilah pergi ke penjara Sungai Buloh untuk bertemu dengan Azilah dan berbincang mengenai perlantikan saya sebagai peguam.

Sebaik sahaja bertemu, saya rasa pernah melihat dia tapi saya lupa di mana. Tapi setelah Azilah memberitahu bahawa beliau adalah pegawai pengiring Anwar ketika hari pembebasan Anwar baru saya ingat pernah melihat Azilah di mahkamah.

SK : Berdasarkan pemerhatian, bagaimana saudara melihat Azilah.

Semasa pertama kali bertemu di penjara, saya lihat karektor beliau sebagai seorang yang susah nak percaya kepada sesiapa.

Beliau kelihatan murung dan ketakutan.Jadi pertemuan dengan beliau harus dilakukan banyak kali untuk menyakinkan beliau bahawa saya benar2 seorang peguam.

Beliau merasakan bahawa beliau teraniaya dalam kes ini. Kes ini kes besar. Kes bunuh.

Bila seseorang yang dituduh membunuh dan merasakan dia sudah teraniaya, memang susah untuk individu tersebut percaya kepada orang lain kerana dalam fikiran mereka semua orang mahu menganiaya dirinya.

SK : Bagaimana saudara yakinkan Azilah bahawa saudara tiada niat menganiaya beliau?

Saya beritahu Azilah bahawa saya benar2 seorang peguam bukan wakil dari pihak lain yang terus menerus yang mahu menganiaya beliau. Saya beritahu dia saya Zulkifli Nordin, peguam yang turut terlibat semasa perbicaraan Anwar Ibrahim.

Pada awalnya Azilah cuma melantik saya sebagai peguam ketika sebutan pertama di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Selepas itu barulah Azilah melantik saya sebagai peguam beliau untuk perbicaraan kes ini.

Selepas sebutan pertama itu, saya sering bertemu Azilah di penjara Sungai Buloh. Setiap minggu saya akan ke sana bertemu Azilah untuk berbincang dengan beliau dan untuk mengetahui perkara sebenar yang terjadi.

SK : Adakah Azilah menceritakan kepada saudara apa sebenarnya berlaku?

Ya. Segala2nya diceritakan. Biarpun pada awalnya beliau cuma menceritakan secara kasar dan banyak memberikan bukti secara bayangan sahaja tetapi selepas dua atau tiga pertemuan barulah dia menceritakan secara jelas apa yang berlaku.

Sebagai peguam saya perlu mendapatkan maklumat yang lengkap dari anak guam saya untuk memudahkan saya melakukan pembelaan terhadap beliau bila perbicaraan dimulakan. Terlalu banyak perkara yang beliau ceritakan kepada saya.

SK : Apa latar belakang Azilah?

Beliau menyertai UTK pada tahun 1997. Dalam UTK dipecahkan banyak unit. Antara unit2 itu adalah unit keselamatan kepada menteri dan Azilah dari unit keselamatan kepada Timbalan Perdana Menteri. Azilah bertugas sebagai OCBG (Officer in Charge Body Guard) kepada TPM. OCBG adalah ketua kepada unit ini. Sehari sebelum tarikh Altantuya dikatakan dibunuh iaitu pada 18 Okt 2006, Azilah mengiringi TPM di Kuala Lumpur.

SK : Bagaimana sikap keluarga Azilah?

Saya mendapat sokongan sepenuhnya dari keluarga Azilah. Mereka mahukan saya melakukan yang terbaik untuk beliau.

SK : Macam mana dengan orang ramai dan pihak2 lain?

Orang ramai juga memberikan sokongan kepada saya. Mereka sangsi terhadap kes ini. Dari awal lagi orang ramai sudah mengesyaki bahawa kes ini melibatkan pihak lain yang mempunyai kepentingan dalam politik. Jadi mereka mahukan saya membongkar kes ini agar orang yang bertanggungjawab menerima hukuman.

Ada anggota UTK turut memberikan sokongan kepada saya kerana Azilah dari UTK. Mereka tidak mahu nama baik mereka tercemar. Ada anggota UTK menawarkan saya pengawalan peribadi kerana mereka bimbang ada pihak yang akan mencederakan saya dan juga keluarga saya.

SK : Maksud saudara orang ramai dari awal mengesyaki ada pihak lain yang terlibat dalam kes ini?

Ya, kerana mereka tahu UTK hanya akan bertindak jika mendapat arahan. Azilah adalah anggota UTK, dia tidak akan mengeluarkan arahan kepada orang bawahannya jika beliau tidak menerima arahan dari pihak atasan.

Dan bagi orang ramai jika kes ini tidak melibatkan orang yang berkepentingan politik, UTK tidak akan digunakan. Penggunaan bom C4 juga tidak menimbulkan kesangsian pada orang ramai. Semua orang tahu bom C4 hanya digunakan oleh tentera dan bukan UTK. Hanya orang tertentu sahaja yang boleh meluluskan penggunaan bom ini.

SK : Selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam menetapkan tarikh bicara pada 18 Jun, saudara telah menarik diri. Mengapa?

Saya memutuskan untuk menarik diri dari menjadi peguam kepada Azilah kerana saya tidak bersetuju dengan keputusan beliau mengubah strategi pembelaan di saat akhir dengan menggunakan kaedah pembelaan …….

Sepanjang mengambil kes ini, telah 12 kali saya mengadakan pertemuan dengan Azilah dan pada awalnya dengan seorang lagi tertuduh Sirul (Azhar Umar). Pada mulanya beliau bersetuju untuk menggunakan strategi pembelaan yang saya cadangkan.

Semuanya berjalan baik sehinggalah pada dua pertemuan akhir, saya terhidu sesuatu yang tidak kena. Dalam dua2 pertemuan tersebut, tiba2 Azilah memaklumkan bahawa beliau ingin menukar strategi pembelaan.

Saya mula mengesyaki ada pihak tertentu di belakang semua ini. Beliau memberitahu bahawa beliau kini mempunyai………Dan terperanjat kerana ini tidak dimaklumkan dalam pertemuan sebelum ini. Strategi ini akan merosakkan strategi awal yang telah dipersetujui bersama.

Ia juga akan memberi kelebihan dan perlindungan kepada pihak ketiga. Bagaimana pun sebagai peguam, saya akur dengan kehendak anak guam saya. Oleh itu saya membuat keputusan untuk menarik diri kerana ia bertentangan dengan prinsip dengan ‘gerak hati’ saya.

SK : Siapa pihak ketiga itu?

Itu tidak boleh saya bagitahu.

SK : Apakah insiden seperti pertukaran mahkamah, hakim dan peguam adalah sesuatu yang biasa terjadi?

Bila kita lihat pada kes Altantuya ini, banyak berlaku pertukaran seperti pertukaran mahkamah dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke Mahkamah Tinggi Shah Alam sedangkan pertuduhan dilakukan di Kuala Lumpur.

Insiden pertukaran hakim juga terjadi, dari hakim kanan (KN Segara) ditukar kepada seorang pesuruhjaya kehakiman atau pelatih hakim, Mohd Zaki Md Yassin. Kemudian berlaku juga pertukaran peguam Razak Baginda, daripada Muhammad Shafie kepada Wong Kian Kheong.

Sedangkan semua orang tahu kehebatan Muhammad Shafie berbanding Wong. Wong Kian Kheong merupakan peguam dari firma Tetuan Hishamuddin Hussein dan Hishamuddin merupakan sepupu kepada Najib Tun Razak.

Kali terakhir berlaku pertukaran hakim, mahkamah dan peguamialah dalam kes Anwar Ibrahim, lapan tahun lalu.

SK : Sebagai seorang peguam, apa pendapat saudara mengenai pertukaran pasukan pendakwa dalam kes ini?

Sejak kes pembunuhan Norita Samsudin, Peguam Negara telah menubuhkan satu unit khas yang baru dan dipanggil Unit Kes Terkelas.

Unit ini ditugaskan untuk menguruskan kes2 yang berprofil tinggi. Unit ini diketuai oleh seorang pendakwaraya yang paling kanan (Salehuddin Saidin) dan tumpuan diberikan kepada kes yang berprofil tinggi.

Kes Altantuya ini diuruskan oleh mereka kerana kes ini merupakan kes yang berprofil tinggi.

Bila berlaku pertukaran, kita mengagak pertukaran berlaku di antara pendakwa dari unit pendakwaan, tetapi apa yang berlaku ialah pertukaran dilakukan dengan mengambil pendakwa yang menguruskan bahagian awam (Tun Majid Tun Hamzah). Tidak pernah berlaku pertukaran pihak pendakwa semasa kes berjalan.

SK : Jika seseorang peguam mempunyai pertalian darah hakim, apa yang patut dilakukan?

Sama ada peguam itu akan tarik diri atau hakim tersebut yang akan tarik diri, jika tidak ini mengundang persepsi buruk masyarakat.

Dari segi etika, tidak wajar jika seorang hakim dan peguam yang mempunyai hubungan keluarga menguruskan kes yang sama dalam satu2 masa.

Sedangkan dalam kes Altantuya ini juga, Peguam Negara membuat keputusan menukar pasukan pendakwa Salehuddin Saidin dan Noorin Badaruddin kepada Tun Majid Tun Hamzah dan Manoj Kurup kerana Salehuddin dikatakan pernah dilihat bermain badminton bersama hakim perbicaraan, Mohd Zaki Md Yassin.

Itu cuma bermain badminton ditukar tetapi yang mempunyai hubungan persaudaraan tidak ditukar.

SK : Pendapat saudara mengapa perkara ini berlaku?

Di Malaysia, Peguam Negara terlalu berkuasa hingga melebihi kuasa hakim, dan Jabatan Peguam Negara pula diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Sepatutnya kita mengambil contoh negara lain yang meletakkan Peguam Negara di bawah Parlimen.

Jadi kalau ada apa2 perkara yang meragukan seperti kes ini, pihak pembangkang boleh bertanya terus kepada Peguam Negara bukan bertanya kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang kadang kala tidak tahu prosedur undang2.


Ulasan GB

GB dedahkan kedua-dua versi pendedahan dari orang yang sama untuk penilaian tuan-tuan.

Ibrahim Ali, PERKASA dan Ku Klux Klan

Baru-baru ini orang asal (orang asli) telah membuat kejutan dengan berdemonstrasi di Putrajaya, tujuan mereka adalah untuk menghantar memorandum berkaitan permasalahan pemilikan tanah mereka. Dalam keramaian orang itu, dalam foto-foto yang disiarkan, saya mencari kelibat seseorang tetapi hampa kerana tiada berjumpa.

Kelibat manusia yang saya cari adalah Ibrahim Ali, maklumlah, katanya dia Presiden PERKASA, atau nama panjangnya Pribumi Perkasa Negara. Walaupun seperti kata Zaid Ibrahim, orang asal tidak termasuk dalam kategori bumiputera atau pribumi mengikut Perlembagaan Persekutuan, tetapi hakikatnya mereka memang pribumi, mereka memang bumiputera. Bukankah orang asal dan pribumi itu membawa maksud yang sama?

Jadi, bila orang asal berdemonstrasi bagi menuntut hak mereka, saya mengandaikan Ibrahim Ali selaku Presiden Pribumi Perkasa Negara akan turut hadir dengan membawa seluruh kekuatan armada PERKASA bagi menunjukkan sokongan. Rupanya tidak, rupanya tidak ada, serupa juga, saya yakin Ibrahim Ali dan PERKASA tidak akan muncul jika yang berdemonstrasi itu dari kaum Iban, Kadazan, Murut, Dusun, Dayak, Penan dan sebagainya.

Rupanya PERKASA bukan untuk pribumi, PERKASA hanya untuk Melayu. Jangan salah tanggap, bukan Melayu seperti saya! PERKASA bukan sekadar sebuah pertubuhan bukan kerajaan, PERKASA adalah kumpulan pelobi ketuanan Melayu dengan dipimpin oleh kumpulan nasionalis ultra-kanan Melayu. Dari segi sifatnya, kewujudan PERKASA hampir menyamai kewujudan Ku Klux Klan di Amerika Syarikat, cuma PERKASA dalam beberapa kenyataannya sebelum ini kelihatan tegas tidak merestui sebarang aktiviti keganasan seperti Ku Klux Klan.

Ibrahim Ali, jangan saman dahulu, mari kita bersama cuba menyusuri sejarah dan mencari rasional kemungkinan persamaan ini.

Ku Klux Klan ialah kumpulan ultra kanan yang memperjuangkan ketuanan bangsa kulit putih - Protestan di Amerika Syarikat. Kewujudannya dikesan seawal tahun 1865, diasaskan oleh veteran tentera konfederasi dari Tennesee. Pengwujudannya dikatakan bertujuan bagi mengembalikan ketuanan bangsa kulit putih selepas tamatnya Perang Saudara Amerika.

PERKASA pula ditubuhkan selepas UMNO, parti politik terbesar orang Melayu yang memimpin Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum 2008 dikejutkan dengan kekalahan di lima negeri dan satu Wilayah Persekutuan serta kehilangan penguasaan dua pertiga di Parlimen.

Kalau Ku Klux Klan melihat ketuanan bangsa kulit putih - Protestan tergugat selepas Perang Saudara Amerika, PERKASA pula melihat kononnya Melayu tergugat pasca Pilihanraya Umum 2008. Lebih dari itu, PERKASA secara terbuka di bahagian latar belakang penubuhan dalam laman web rasminya menganggap kompromi antara kaum sebelum merdeka adalah satu kompromi paksaan. Secara spesifiknya saya boleh nyatakan yang kompromi ini adalah antara bapa-bapa pengasas negara kita iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman, Mendiang Tan Cheng Lock dan Mendiang V. Sambathan.

Ku Klux Klan pada kemunculan kali keduanya iaitu pada tahun 1915 hadir dengan lebih formal, dengan struktur persekutuan dan negeri. Ini biasanya struktur parti politik, tetapi PERKASA juga hadir dengan struktur yang sama. Melihat kepada syarat keahliannya yang longgar, PERKASA seperti juga Ku Klux Klan wujud lebih sebagai organisasi fraternal atau persaudaraan, persaudaran Melayu atau Malay brotherhood untuk PERKASA dan White brotherhood untuk Ku Klux Klan.

Pada tahun 50-an dan 60-an, wujud pula kumpulan-kumpulan bebas di Amerika Syarikat yang menggunakan nama Ku Klux Klan dalam penentangan mereka terhadap Pergerakan Hak Sivil dan penghapusan perbezaan kaum. Sekali lagi merujuk kepada bahagian latar belakang penubuhan PERKASA di laman web rasminya, PERKASA juga secara jelas memusuhi pejuang hak sivil dan penghapusan perbezaan kaum yang diistilahkan sebagai penganut pemikiran global dan universal, dan jika pejuang hak sivil serta penghapusan perbezaan kaum ini hadir dari kalangan orang Melayu sendiri, bagi PERKASA mereka adalah talibarut penjajah (entah penjajah mana…).

Disebabkan ini juga dapat kita lihat banyak kritikan yang dilemparkan oleh PERKASA secara rasminya atau melalui Presidennya, Ibrahim Ali, terhala kepada PKR atau terus kepada Anwar Ibrahim yang diwar-warkan sebagai penganut faham liberal demokratik.

Memang benar, tidak seperti Ku Klux Klan, PERKASA tidak menaja aktiviti keganasan. Tulisan inipun bukan mahu melihat persamaan pendekatan dari segi tindakan, tetapi lebih kepada sifat dan bentuk pertubuhan. Ku Klux Klan dikategori sebagai hate group iaitu kumpulan atau pergerakan terancang yang mempromosi kebencian, permusuhan atau kekerasan terhadap ahli kepada kaum, etnik, agama, jantina, orientasi seksual atau sektor-sektor tertentu yang lain dalam masyarakat. Apakah PERKASA tidak termasuk dalam kategori ini, berdasarkan kenyataan dan ucapan-ucapan pemimpinnya?

Tanpa keganasan dan kekerasan pun, PERKASA telah terbukti melemparkan salam kebencian dan pertentangan yang membahayakan. Ini terbukti dengan cuplikan seruan Ibrahim Ali, Presiden PERKASA yang dikutip dari laman web rasmi PERKASA sendiri;

"Salam kepada semua umat Melayu Islam: Bersatu kita pastikan Melayu tak akan hilang di dunia dan bumi kita tidak akan di pijak orang. Lim Kit Siang berkata PERKASA adalah Syaitan di dalam blognya dan kita akan hadapi Iblis ini yang tidak mengenang budi atas pengorbanan umat Melayu selama ini. Kebangkitan Melayu bermula pada tanggal 27 Mac 2010."

"Pada akhbar The Sun yang melaga PERKASA dengan DYMM Sultan Selangor, membujur lalu melintang patah, genggam bara api biar sampai jadi arang."

Apakah kata-kata ini tidak kedengaran bernada hasutan? Siapakah Ibrahim Ali yang bebas untuk berkata apa sahaja? Bahasa yang digunakan adalah bahasa yang tidak sanggup untuk saya ucapkan, ia adalah bahasa kurang ajar yang hanya terbit dari mulut orang Melayu yang mahu bergaduh. Bagi orang Melayu yang masih dalam keadaan waras dan wajar, ini bukan bahasanya. Melayu dikenal dengan adab-sopannya, menegur pun masih berkias.

Saya bersetuju akan ada benarnya hujah PERKASA bahawa tidak banyak negara di dunia ini yang mempunyai komposisi kaum yang unik seperti Malaysia. Amerika Syarikat pun tidak sama dengan Malaysia. Kerana tidak sama, maka saya rasa tidak perlulah ada satu lagi klon Ku Klux Klan di Malaysia. Kita tidak perlukan PERKASA di negara ini, keutuhan negara kita tidak mampu menampung beratnya kesan yang lahir dari kemunculan kumpulan-kumpulan ultra nasionalis sebegini.

Saya fikir ada benarnya tempelak orang terhadap pengwujudan PERKASA ini. Tidakkah pelik di sebuah negara yang majoriti penduduknya Melayu, diperintah sejak merdeka oleh gabungan parti yang diketuai oleh parti Melayu, perlu wujud sebuah kumpulan pendesak Melayu yang katanya mahu memperjuangkan hak orang Melayu? Kalau PERKASA merasakan hak orang Melayu selama ini diabaikan, ia bukan salah sesiapa melainkan parti pemerintah yang bertanggungjawab merangka dasar dan program, ingat! Ibrahim Ali si Presiden PERKASA itupun pernah berada di dalamnya.

Ibrahim Ali sebenarnya menubuhkan PERKASA untuk apa? Untuk kepentingan perjuangan Melayu dan pribumi (pribumi? hahaha!!!)? Atau untuk koleksi peribadi? Di mana Majlis Tindakan Rakyat Kelantan sekarang? Semua orang tahu, sejak dari kampus, Ibrahim Ali tidak pernah berhenti dari berpolitik, sampai sekarang. Semua orang juga tahu, Ibrahim Ali menggunakan PAS untuk bertanding dan menang menjadi Ahli Parlimen, kalau tidak dia akan hilang wang pertaruhan. Salahkah kalau saya buat kesimpulan PERKASA adalah "bini" baru Ibrahim Ali bagi menggantikan PAS yang sempat dikahwin mutaah sekejap dahulu?

Saya patut mencari Zurinah Hassan, pemuisi hebat itu bagi mencoret puisi "Hanya politik kerana politik" khas buat Ibrahim Ali. -Zukri Aksah