Seorang bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hilang ganti rugi RM2.5 juta selepas Mahkamah Rayuan menolak tuntutan saman sivilnya terhadap polis dan kerajaan kerana penderaan serta penahanan secara salah pada 1998.
Berikutan keputusan itu, Abdul Malek Hussin, 53, bukan sahaja gagal mendapat pampasan kewangan itu yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi pada 2007 tetapi juga diarahkan oleh kuorom itu untuk membayar kos litigasi sebanyak RM50,000.
Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Md Raus Sharif dan hakim Mahkamah Rayuan Datuk Sulong Matjeraie dan Datuk Ahmad Maarop hari ini dengan sebulat suara memutuskan penahanan Abdul Malek selama 57 hari itu adalah sah.
Abdul Malek dibebaskan pada 21 Nov 1998.
Raus, ketika hakim Mahkamah rayuan apabila mendengar rayuan pihak polis dan kerajaan tahun lepas, dalam penghakimanan 34 mukasurat, berkata alasan polis untuk menahan Abdul Malek kerana terlibat dalam aktiviti yang boleh mengancam keselamatan negara adalah cukup dan mematuhi Perlembagaan Persekutuan.
“ISA adalah undang-undang khas dan sah walaupun ia mengandungi peruntukan yang tidak selaras dengan peruntukan asas kebebasan mengikut Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Raus berkata pihak berkuasa yang melakukan tangkapan tidak perlu memaklumkan tahanan secara terperinci alasan penahanannya atau diperlukan memuaskan mahkamah dengan butiran secukup dan bukti mengenai aktiviti tahanan bagi mewajarkan penahanannya di bawah Akta ISA.
Kuorom itu kemudian membenarkan rayuan yang dikemukakan oleh pegawai polis cawangan khas ASP Borhan Daud, Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor, dan kerajaan Malaysia untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 18 Okt 2007.
Raus juga berkata alasan kegagalan polis untuk mengemukakan bukti kepada mahkamah bagi menyokong Abdul Malek terbabit dalam perhimpunan haram dan enggan membenarkannya akses untuk mendapatkan peguam semasa dalam tahanan tidak boleh digunakan sebagai asas untuk mengisytiharkan penahanannya di bawah Akta ISA itu sebagai niat jahat.
Beliau berkata perolehan fakta oleh Mahkamah Tinggi bahawa Abdul Malek didera semasa dalam tahanan tidak boleh diterima dan tidak boleh dikekalkan kerana dakwaan penderaan tidak disokong oleh keterangan.
Menurutnya campur tangan hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus bahawa Abdul Malek dipukul berdasarkan keengganan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk mendakwa Abdul Malek kerana membuat aduan laporan palsu, menunjukkan terdapat sedikit kebenaran dalam laporan polis itu dan ia tidak kena.
“Kami berpendapat bahawa keengganan DPP untuk mendakwa Abdul Malek kerana membuat laporan palsu tidak boleh dijadikan sebagai asas untuk membuat kesimpulan bahawa DPP dan polis cuba menyembunyikan kes itu.
“Adalah dipastikan fakta bahawa DPP dan polis adalah dua badan berasingan dengan kuasa dan tanggungjawab berlainan mengikut undang-undang. Tidak perlu bagi DPP menjelaskan kepada mahkamah kelewatan dalam membuat keputusan tidak mendakwa responden (Abdul Malek),” katanya.
Dalam samannya, Abdul Malek, yang merupakan penyelaras hal ehwal anggota Parlimen dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendakwa tangkapan dan penahanannya adalah tidak sah kerana tidak dimaklumkan sebab penahanannya.
Beliau turut mendakwa didera semasa dalam tahanan.
Di luar mahkamah, Abdul Malek berkata keputusan itu adalah mengecewakan, membimbangkan dan keputusan itu merupakan bukti bahawa usaha memansuhkan ISA perlu diteruskan.
Peguamnya R. Sivarasa berkata beliau akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Persekutuan. — Bernama

Dia ni pong katak jugak..Pengkianat masa pilihanraya dulu. Macam Zul Kuim. Calon PAS Parliment ,tiba2 tarik diri ..lepas tu jumpa Anuar Ibrahim,,
BalasPadambetui..... aku yg kerja untuk pas di Bdr Tun Razak dulu. Celaka nie tiba-tiba tarik diri. Padan muka...
BalasPadamtak payah bg muka dia nie sama macam si katak zul, ari tu pi ceramah kat surat di Bdr Tun Razak, org nak belasah dia, c katak nie ngan motor dia balik naik lori. Zul nie pun dulu YDP Bdr Tun Razak. Malang betul Pas BTR.