14 Mac 2010

1-2 Untuk Ferrari Di Perlumbaan Formula One Litar Sakhir Bahrain

Pelumba Ferrari Fernando Alonso berjaya menjadi Juara Grand Prix Bahrain, grand prix pertama musim perlumbaan Formula One tahun ini.

Ferrari menyelesaikan perlumbaan Formula One dengan kedudukan satu dua dengan Felipe Massa berada di kedudukan nombor dua.

Alonso yang baru mulai tahun ini berlumba untuk Ferrari memulai perlumbaan dari kedudukan ketiga di belakang Felipe Massa dan pelumba Red Bull Sebastian Vettel yang berada di posisi pertama.

Pelumba Red Bull Sebastian Vettel itu telah kehilangan posisi terdepannya di psuingan ke 35 dari 49 yang perlu diselesaikan.

Kereta Vettel mengalami masalah exhaust yang menyebabkan kereta itu kehilangan tenaga.

Bukan hanya ia didahului oleh dua orang pelumba Ferrari, di lap ke 38 ia terpaksa melepaskan posisi ketiga ke tangan juara dunia tahun 2008, Lewis Hamilton dari McLaren.

Nico Rosberg dari Mercedez-Benz GP Ltd yang membawa iklan Petronas di keretanya berada di kedudukan kelima diikuti rakan sepasukannya, mantan juara dunia tujuh kali Michael Schumacher yang kembali turun musim perlumbaan tahun ini setelah bersara selama tiga tahun.

Juara bertahan Jenson Button berada di posisi tujuh diikuti pelumba Red Bull Mark Webber.

Vitantonio Liuzzi dengan kereta Force India di tempat ke 9, manakala Rubens Barrichello di tempat ke10 untuk Williams, mengutip mata yang akhir.

Sekalipun terdapat 6 orang pelumba yang terkeluar dari perlumbaaan, Lotus tidak terlibat dan berjaya menamatkan perlumbaan dengan Heikki Kovalainen di tempat ke 15Jarno Trulli di tempat ke 17, ketinggalan 3 pusingan.

Hasil Perlumbaan

1. Alonso Ferrari 1jam39:20.396
2. Massa Ferrari + 16.099
3. Hamilton McLaren-Mercedes + 23.182
4. Vettel Red Bull-Renault + 38.713
5. Rosberg Mercedes + 40.263
6. Schumacher Mercedes + 44.180
7. Button McLaren-Mercedes + 45.260
8. Webber Red Bull-Renault + 46.308
9. Liuzzi Force India-Mercedes + 53.089
10. Barrichello Williams-Cosworth + 1:02.400
11. Kubica Renault + 1:09.093
12. Sutil Force India-Mercedes + 1:22.958
13. Alguersuari Toro Rosso-Ferrari + 1:32.656
14. Hulkenberg Williams-Cosworth + 1 lap
15. Kovalainen Lotus-Cosworth + 1 lap
16. Buemi Toro Rosso-Ferrari + 3 laps
17. Trulli Lotus-Cosworth + 3 laps



Anwar Tolak Desas-Desus Adun Bakar Arang Bakal Lompat

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan desas-desus mendakwa bekas Exco Kedah, Tan Wei Shu, merajuk dengan kepimpinan Pakatan Rakyat Kedah dan berkira-kira mahu melompat parti.

Bercakap kepada media selepas ceramah perdana di Kota Sarang Semut semalam, Anwar menyampaikan kekesalan Tan Wei Shu diatas spekulasi jahat ini dan berkata Adun Bakar Arang itu kekal komited kepada PKR.

"Kita berterima-kasih dan menghargai khidmat beliau, dan saya katakan bahawa kita bagi sokongan kepada Menteri Besar Kedah untuk membuat penyesuaian yang beliau fikir perlu. Penguguran Tan Wei Shu tidak bermakna kita tidak berpuas-hati dengan khidmatnya. Setiap individu ada peranan dan tugasannya," kata Anwar.

Sebuah akhbar perdana baru-baru ini mewar-warkan cerita bahawa Wei Shu merajuk hingga sanggup tidak hadir ke majlis mengangkat sumpah barisan Exco Negeri Kedah.

Di makan malam itu, Wei Shu memahami bahawa rombakan Exco Kerajaan Negeri adalah mengikut keperluan semasa, dibawah budi bicara Menteri Besar Kedah Azizan Abu Bakar. -TVS

Hujan Beri Rahmat Kepada Petani

Hujan yang turun mencurah selepas majlis solat Istisqa diketuai oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pagi kelmarin memberi rahmat kepada petani di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi, Che Abdullah Mat Nawi berkata, kejadian hujan itu telah kembali menyuburkan tanaman petani yang kontang sejak sebulan lalu.

“Kejadian ini adalah satu perkara aneh kerana Jabatan Kaji Cuaca meramalkan hujan hanya akan turun selepas dua bulan, bagi kami ianya doa orang mukmin yang dimakbulkan.

“Mereka yang paling gembira pada saat ini adalah golongan petani yang terjejas teruk pertumbuhan tanaman mereka sejak sebulan lalu terutamanya tanaman padi yang menjadi kontang,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui semalam.

Terdahulu beliau merasmikan program motivasi remaja Jajahan Tumpat di Sekolah Menengah Agama Arab Mehelliah, Getting.

Che Abdullah berkata, sebagai orang bertanggungjawab terhadap sektor pertanian negeri ini, beliau turut melahirkan rasa gembira dan bersyukur beban yang ditanggung oleh golongan petani telah terurai dengan kejadian hujan ini.

Katanya, sebelum ini beliau menerima banyak aduan daripada petani tentang masalah kekurangan air yang menjejaskan tanaman mereka, namun tiada jalan penyelesaian sehinggalah Nik Aziz mengumumkan untuk mengadakan solat Istisqa meminta hujan.

“Bila Nik Aziz membuat pengumuman, saya cukup gembira apatah lagi dalam keadaan rakyat yang memberi sokongan padu kepada ikhtiar Kerajaan Negeri untuk mengadakannya.

“Kejadian hujan ini membuktikan bahawa doa umat Islam telah dimakbulkan dengan meminta kepadaNya berbanding usaha manusia sendiri untuk menangani perkara itu,” katanya.

Dalam pada katanya, beliau bertambah yakin Kerajaan Negeri akan mendapat royalti minyak kerana orang yang berdoa untuk meminta hujan juga adalah orang sama yang meminta agar Kelantan mendapat apa yang menjadi hak mereka.

“Sebagai umat Islam, kita perlu yakin dengan kuasa tuhan, dan doa daripada orang yang sama ini juga berkemungkinan besar akan dimakbulkan untuk Kelantan menerima royalti minyak,” katanya. -SH


Datuk NH Chan Sedia Hadapi Sebarang Kemungkinan

Hakim yang bersara, Datuk NH Chan semalam menafikan beliau mencabar sistem kehakiman tetapi beliau sedikit pun tidak patah semangat dengan berdiam diri tentang penghakiman yang memutarbelit undang-undang.

"Saya bukan mencabar mereka tetapi saya akan terus mengkritik apabila mereka membuat penghakiman yang salah," beliau memberitahu The Malaysian Insider.

Bekas hakim Mahkamah Rayuan ini menjawab sebuah karangan oleh aktivis sosial, Martin Jalleh di bawah tajuk "Dakwa NH Chan kerana menghina mahkamah atau letak jawatan, CJ?

Jalleh mempertikai sikap Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi yang berdiam diri dalam menghadapi kritikan Chan yang semakin menyengat ke atas kehakiman dan mencabar beliau mengambil tindakan undang-undang untuk memelihara reputasi kehakiman.

Dalam artikel bertarikh 10 Mac itu, Jalleh menulis: Komen NH Chan terhadap anggota-anggota kehakiman tidak dapat disangsikan lagi, bersifat begitu panas, berani dan berterus terang.

Beliau menuduh para hakim sebagai buta, berat sebelah dan menjadi sekumpulan manusia yang bodoh dan dungu. Beliau telah mencabar kita.

"Jika ketua hakim tidak bersetuju dengan kritikan NH Chan, beliau harus mendakwa bekas hakim Mahkamah Rayuan itu ke mahkamah dan mengeluarkan surat tunjuk sebab kenapa beliau tidak boleh didakwa kerana menghina mahkamah!

"Adakah Zaki berani menyahut cabaran itu atau beliau lebih gemar membiarkan sarkas kehakiman terus berputar-putar?" soal Jalleh.

Bagaimanapun Chan, 74, tidak bersetuju dengan pandangan penulis itu tentang dakwaannya bahawa beliau "sedang mencabar" kehakiman.

"Martin Jalleh telah membuat cabaran itu. Saya secara peribadi tidak akan sekali-kali mencabar. Saya bukanlah orangnya yang akan membuat kerja bodoh," kata bekas hakim itu.

"Jika anda meletak tangan dalam mulut singa, anda mungkin berfikir anda berani, tetapi singa itu mungkin akan menutup mulutnya.

Apa akan terjadi? Anda mungkin kehilangan tangan anda," beliau menambah.

Pengarang dua buah buku, "Judging the Judges" dan "How to Judge the Judges" berkata, beliau tidak pernah takut untuk memberi pandangannya dan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan diambil oleh pihak kehakiman terhadapnya.

Ditanya jika ketua hakim akan mendakwa beliau menghina mahkamah, Chan menjawab, "Mereka boleh buat apa sahaja yang mereka suka, kerana mereka telah melakukannya sebelum ini."

Namun Chan berikrar akan terus bercakap tentang isu-isu yang beliau rasakan berlaku penyelewengan dalam undang-undang.

Beliau akan terus membongkar perihal Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan yang membuat penghakiman yang tidak konsisten dalam tempuh dua tahun lalu, terutamanya dalam kontroversi negeri Perak yang melibatkan penyingkiran menteri besar.

- Tulisan Debra Chong Terjemahan oleh Zainal Abidin Nor

Boikot Utusan Malaysia Sampai Bankrap

Angkatan Muda KEADILAN Gombak mahu rakyat terus memboikot akhbar Utusan Malaysia sehingga bankrap kerana didakwa sering menyebar fitnah terhadap pimpanan parti dan Pakatan Rakyat.

Menurut Ketua AMK Gombak Jefrin Muhammad melalui "Kempen Ganyang Akhbar Utusan Malaysia" yang dilancarkan di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak, Taman Melawati Khamis lalu rakyat akan sedar bahawa akhbar tersebut selain menjadi alat Umno hanyalah saluran untuk menyebar dakyah dan menanam bibit kebencian terhadap Pakatan Rakyat.

"Akhbar ini terus menerus tanpa rasa bersalah menyebarkan fitnah dan melaga-laga kaum di negara ini. Oleh kerana itu kita mesti mengambil langkah drastik supaya akhbar ini dibangkrapkan dalam masa terdekat," kata Jefrin semasa menyaksikan pembakaran simbolik akhbar tersebut.

Kata beliau lagi Pakatan Rakyat akan memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dengan tertubuhnya kerajaan persekutuan baru pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

Berhubung sambutan golongan muda terhadap perjuangan parti, Jefrin berkata setakat ini respons anak muda adalah amat menggalakkan.

AMK Gombak katanya telah mendaftar lebih daripada 3,000 ahli baru sejak beberapa bulan lalu. -SK

Ruangan Asri Digugurkan, Mufti Perak Kolumnis Baru Dalam Mingguan

Penulisan bekas mufti Perlis Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang merupakan kolumis Mingguan Malaysia lebih empat tahun yang lalu, tidak lagi muncul dalam akhbar edisi Ahad itu,

Kali terakhir penulisan beliau disiarkan Mingguan Malaysia adalah pada 28 Feb lalu.

Mohd Asri yang dilihat sebagai antara mufti muda yang berpendirian progresif dan liberal memulakan ruang penulisan di bawah nama “Minda Mufti” ketika berkhidmat sebagai Mufti Perlis dan kemudian kolumnya dikenali sebagai “Minda Dr Maza” selepas meletakkan jawatan sebagai mufti akhir 2008.

Lazimnya penulisan beliau disiarkan di muka surat sembilan Mingguan Malaysia, satu lagi produk Kumpulan Utusan.

Hari ini ruangan di Mingguan Malaysian digantikan dengan penulisan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Akhbar berkenaan tidak memberikan makluman mengenai ketiadaan ruangan Mohd Asri.

The Malaysian Insider difahamkan Mohd Asri sudah dimaklumkan mengenai keputusan Mingguan Malaysia tidak lagi akan membawa penulisan beliau baru-baru ini.

The Malaysian Insider juga difahamkan tiada alasan diberikan tetapi ia dipercayai ada kaitan dengan kandungan penulisannya sejak kebelakangan ini. -MI

Mohd Asri tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasan beliau dan tiada apa-apa komen beliau dalam blognya.

Beliau kini berhadapan dengan kes tuduhan menyampaikan kuliah agama tanpa tauliah yang dibawa oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). -MI

Karpal: Heret Najib, Rosmah Ke Mahkamah

Ketua Peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad mengheret Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor ke muka pengadilan bagi menjawab pembabitan mereka dalam Konspirasi II terhadap Ketua Umum KEADILAN.

Menurutnya lagi kejahatan pasangan suami isteri itu yang enggan memberi kerjasama dalam kes fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan mereka berdua adalah bersalah kerana takut menjadi saksi sapina kes tersebut.

"Saya akan terus mengheret kedua-dua mereka ke mahkamah sebagai saksi dan akan terus memaksa mereka untuk berterus-terang berhubung kes tersebut.

"Kejahatan Umno-BN tidak dapat dibendung lagi berikutan mereka sentiasa merancang untuk memporak-perandakan Pakatan Rakyat yang semakin mara dan diterima rakyat," tegas Pengerusi Kebangsaan DAP itu.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu juga turut menyifatkan tindakan Umno dan Pergerakan Pemudanya membuat puluhan malah ratusan laporan polis terhadap beliau dan pemimpin Pakatan Rakyat bakal mendatangkan kecelakaan kepada Umno dan sayap pemudanya kerana mereka tidak mampu untuk berhadapan dengan kekuatan dan perpaduan Pakatan Rakyat.

Karpal berkata selagi beliau dan barisan peguam Pakatan Rakyat terus menentang selagi itulah Umno tidak akan berjaya menindas melalui undang-undang zalim yang dicipta oleh Umno.

"Umno-BN dan Pemudanya cukup celaka kerana mereka tidak sedar siapa yang mereka cuba lawan.

"Mereka tidak mampu melawan singa-singa garang Pakatan Rakyat yang tidak akan berdiam diri dengan kezaliman dan kejahatan Umno untuk merosakkan Pakatan Rakyat," jelasnya semasa ceramah sempena ulangtahun kedua kemenangan Pakatan Rakyat di Tapak Expo Seberang Jaya Rabu lalu.

Berhubung sokongan pemimpin Pakatan Rakyat terhadap Anwar, Karpal berkata persoalan siapa Ketua Pembangkang tidak timbul sama sekali kerana perkara itu telah dipersetujui sebulat suara untuk mengekalkan kedudukan beliau.

"Kami Pakatan Rakyat akan sentiasa memberi sokongan kepada Anwar dan bukannya seperti pengkhianat-pengkhianat parti yang menolak Anwar atas sebab gilakan duit haram.

"Saya akan terus mencabar pengkhianat-pengkhianat yang keluar parti agar melepaskan jawatan jika mereka fikirkan rakyat masih terus menyokong mereka selepas pilihan raya baru diadakan," katanya lagi. -SK

Ulasan GB

Hati GB berat menyatakan hakim akan menolak dan menyatakan apa yang pernah Augustine Paul katakan : tak relevan.


Datuk Halik Jawab Tohmahan Penulis Upahan UMNO Terhadap PKR

Menjawab Tohmahan Penulis Upahan Umno Terhadap PKR
Oleh Datuk Halik Zaman

Terpanggil saya untuk menjeling tulisan penulis upahan ringgit, Ruslan Kassim yang disiarkan di Utusan Malaysia aka agent utama Umno-BN.

Begitu yakin beliau menyenaraikan satu persatu sinopsis dalam perjalanan politik Pakatan Rakyat.

Jadi ini tidak adil, ini serupa berat sebelah kalau tidak di jawab.

Maka untuk menyamatarafkan situasi, saya juga ingin merencanakan sinopsis perjalanan politik Umno-BN yang menjadi pujaan hati Ruslan Kassim itu.

Kupasan pertama, saya ingin menyentuh isu derhaka.

Jika diimbau kembali, siapa yang mula-mula menderhaka kepada Sultan?

Siapa? Ingatkah suatu ketika dahulu, Annuar Musa pernah menabalkan sendiri Sultan Kelantan pilihannya di Ketereh dahulu? Sehinggakan keadaan agak huru-hara di Kelantan. Adakah ianya tidak di kira menderhaka?

Siapa yang memansuhkan kuasa Raja-Raja Melayu? Bukankah Dr Mahathir? Siapa yang dengan lantang dan gagah perkasa (atau sengaja mahu tunjuk kuasa) membidas Sultan Kelantan dalam isu Lamborghini sedikit masa dahulu? Saya percaya jawapannya ada dalam genggaman Shahidan, Muhammad Mohd Taib dan Idris Jusoh.

Mereka arif dengan jawapannya. Apakah ini tidak di kategorikan sebagai penderhaka Raja atau Sultan?

Tapi tidak ternampak warna derhaka kerana mereka semua ini berlindung di bawah kekebalan kuasa veto Umno. Kerana itulah apa yang mereka lakukan terhadap Raja dan Sultan semuanya halal dimata masyarakat pada ketika itu.

Bila kes Nizar Jamaluddin, balaci-balaci Umno terus bangun dan kononnya merekalah penyelamat Sultan. Mereka lupa apa yang pemimpin Umno pernah lakukan terhadap Raja dan Sultan dahulu? Salah satu sikap hipokrit Umno!

Sudahkah anda lupa kemelut Umno Terengganu? Pemboikotan beramai-ramai ADUN Terengganu. Kenapa dan mengapa ianya berlaku? Sebab ketidaksefahaman antara MB dan ADUN-ADUNnya. Siap hantar SMS ugut mengugut lagi. Ini apa?

Umno ingin jadi Juara Rakyat? Mengambil contoh di Johor, adakah Umno lupa ada tanah yang telah tergadai kepada warganegara Singapura dan Hong Kong? Siapa punya angkara? Pakatan Rakyat? Tepuk dada tanya selera.

Kalau mahu bicara mengenai percakaran sesama sendiri dalam BN pun banyak untuk di senaraikan. Masih ingatkah kes perang-mulut Samy Vellu dan M. Kayveas sehinggakan bertukar-tukar kenyataan dimedia elektronik dan cetak? Itu apa? Bukankah pergeseran sesama parti komponen?

Kes Samy Vellu dan bekas timbalannya, S. Subramaniam. Sehingga timbulnya injunksi mahkamah. Krisis ini berlarutan sehingga Perhimpunan Agung MIC baru-baru ini di mana ada proses pemilihan baru pucuk pimpinan parti untuk penggal yang baru. Berlaku juga insiden sindir-menyindir, sehinggakan Samy Vellu juga selaku Presiden turut ikut berkempen untuk G. Palanivel.

Bukankah ini sudah melanggar hak kebebasan perwakilan dalam memilih calon-calon yang mereka kehendaki. Ini kita panggil apa? Di manakah demokrasi?

Kes M.Kayveas dan T. Murugiah – insiden satu parti dua Presiden. Mengapa ianya berlaku? Ianya adalah kerana tiada kesepakatan dalam parti maka terjadinya dua puak. Puak Kayveas dan puak Murugiah. Bukankah ini juga di panggil konflik dalaman parti juga BN?

Kes Ahmad Said vs Idris Jusoh. Mengikut beberapa kenyataan rasmi dari Ahmad Said yang membidas beberapa projek yang dibangunkan di Terengganu semasa Idris Jusoh menjadi Menteri Besar yang mana menurut Ahmad Said amat merugikan rakyat.

Bukan setakat itu sahaja banyak lagi hasil tangan Idris Jusoh dipertikaikan oleh Ahmad Said. Ini cerita apa? Bukan kes senggol-senggolan sesama sendiri?

Kes pergolakan dalaman MCA sehinggakan berlakunya pemecatan dan perletakan jawatan beramai-ramai. Bukankah ini juga sebahagian daripada apa yang di gelarkan sebagai kemelut politik?

Ahli-ahli MCA telah hilang kepercayaan di atas kepimpinan Ong Tee Kiat. Berlaku beberapa kronologi kemelut yang amat bergelora dalam MCA. Ini bagaimana?

Begitu juga semasa Pak Lah masih menjadi PM. Rakyat sedar akan wujudnya komplot yang mahukan Pak Lah berundur sebelum tiba waktunya. Kumpulan ini mendapat restu dari bekas PM, Dr Mahathir sehinggakan beliau sendiri menunjukkan belang dengan tindakannya keluar dari Umno kerana tidak setuju dengan pentadbiran Pak Lah.

Malah ada lagi pemimpin yang berani membuat kenyataan supaya Pak Lah berundur dengan segera dan yang lebih menarik lagi, kenyataan itu di buat di negeri orang, di Singapura! Bagus betul tu, melanyak ketua sendiri di negeri orang. Itu pun masih ok ka?

Lihatlah mereka sesama Umno lagi hebat bila hentam-menghentam sesama sendiri. Tidak cukup di dalam negara mereka buat di luar negara. Hebat bukan pemimpin-pemimpin Umno? Cukup hebat.

Begitu juga dengan pembantahan PPSMI. Hampir rata-rata cendikiawan Melayu dan pencinta bahasa membantah PPSMI. Malah Datuk A. Samad Said juga turut bangkit menentang. Adakah Umno peduli semua ini? Jawapannya Umno tak kisah dan tidak ingin kisah kerana ianya tidak mendatangkan apa-apa keuntungan kepada para pemimpin Umno dan kroni.

Justeru demi untuk menutup segala kepincangan dalaman Umno dan BN maka mereka bertungkus-lumus menjalankan agenda mereka bagi membasmi PKR dan Pakatan Rakyat. Mereka sedaya-upaya membeli wakil-wakil rakyat yang tipis imannya untuk melunaskan impian mereka melihat PKR pecah kerana menurut andaian mereka PKR dan Pakatan Rakyat ibarat retak menanti belah.

Dalam sibuk-sibuk dengan misi menjatuhkan PKR, rakyat telah di sajikan dengan kehilangan enjin jet tentera dan ketidakupayaan kapal selam negara untuk menyelam. Kenapa? Terkena badi PKR dan Pakatan Rakyat agaknya.

Sesungguhnya mereka terlupa, semakin PKR dan Pakatan Rakyat di aniaya semakin kental kepercayaan rakyat PKR dan Pakatan Rakyat perolehi. InsyaAllah. -SK

Formula 1 Bermula Hari Ini, Rakyat Malaysia Nak Sokong Yang Mana?

Litar Formula1 Bahrain menyaksikan permulaan persaingan sengit di mana nama Malaysia di bawa oleh dua jenama kereta, Mercedes GP yang ditaja oleh Petronas dan Lotus, pengeluar kereta di Britain itu kini telah menjadi hak milik Proton yang dikenali sebagai 1Malaysia F1 Team (1MF1T).

GB pernah mengulas sebelum ini bahawa tiada lansung rasa tanggungjawab sosial oleh Petronas. Yang menjadi perkiraan ialah laba yang diperolehi apabila menaja Mercedes GP yang lebih terkenal dari menaja Lotus.

Ramai yang merasa pelik terhadap Petronas sebab sanggup menaja pasukan asing, Mercedez GP (musim lalu dikenali Brown GP) selama 5 tahun dalam perlumbaan Formula One sedangkan Malaysia sudah ada pasukan F1 sendiri, 1MF1T dan Petronas tidak pula menajanya

Semalam di dalam sessi kelayakan Grand Prix Bahrain, maka tidak hairanlah apabila prestasi pasukan Lotus 1Malaysia tidak memberansangkan. Daripada 24 pelumba yang bersaing, pelumba pasukan Lotus, Jarno Trulli dan Heikki Kovalainen menghuni tempat agak penghujung iaitu masing-masing di tempat ke-20 dan ke-21.

Sementara pemandu Mercedes GP yang membawa iklan Petronas pula, Nico Rosberg sekadar meraih petak kelima, seorang lain pemandu Mercedes GP iaitu bekas juara dunia tujuh kali, Michael Schumacher sekadar berpuas hati menamatkan sesi kelayakan rasmi itu di petak ketujuh.

Dan tamparan hebat mengena muka Petronas yang sebelum ini menyatakan nama pasukan yang ditaja nanti akan bernama Mercedes GP Petronas tertipu di peringkat awal lagi, apa yang berlaku ialah nama Petronas tidak disebut pun, yang wujud ialah Mercedes.Benz GP Ltd.

"Saya tidak takut pada kegagalan, mungkin pasukan ini akan gagal pada penampilan pertama tetapi saya tidak takut pada kekalahan," kata ketua pasukan 1MF1T, Datuk Seri Tony Fernandes.

Tony yang berjaya mengangkat imej AirAsia menjadi antara syarikat penerbangan paling berjaya di dunia, yakin dengan kemampuannya dalam pasukan yang akan dibantu dengan pengalaman Pengarah Teknikal, Mike Gascoyne yang pernah bersama McLaren, Sauber, Renault dan Toyota.

Tony di dalam satu kenyataannya sebelum ini pernah menyindir Petronas, "Mengapa kita perlu sangsi dan enggan menyokong pasukan yang lahir daripada titik peluh anak Malaysia sendiri. Saya tidak takut kepada kegagalan, cuma apa yang saya bimbang ialah kita sendiri yang menggagalkan impian kita sendiri."

Semalam pemandu Jerman, Sebastian Vettel merampas petak hadapan pada perlumbaan kereta Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Bahrain selepas mencatat masa terpantas pada sesi kelayakan rasmi semalam.

Vettel yang menggalas cabaran pasukan Red Bull melakukan catatan masa 1 minit 54.101 saat untuk meninggalkan dua pemandu Ferrari, Felipe Massa serta Fernando Alonso selepas masing-masing meraih petak kedua dan ketiga.

Juara dunia 2008, Lewis Hamilon yang mewakili pasukan McLaren bakal memulakan perlumbaan di petak keempat.