14 Mac 2010

Anwar Tolak Desas-Desus Adun Bakar Arang Bakal Lompat

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan desas-desus mendakwa bekas Exco Kedah, Tan Wei Shu, merajuk dengan kepimpinan Pakatan Rakyat Kedah dan berkira-kira mahu melompat parti.

Bercakap kepada media selepas ceramah perdana di Kota Sarang Semut semalam, Anwar menyampaikan kekesalan Tan Wei Shu diatas spekulasi jahat ini dan berkata Adun Bakar Arang itu kekal komited kepada PKR.

"Kita berterima-kasih dan menghargai khidmat beliau, dan saya katakan bahawa kita bagi sokongan kepada Menteri Besar Kedah untuk membuat penyesuaian yang beliau fikir perlu. Penguguran Tan Wei Shu tidak bermakna kita tidak berpuas-hati dengan khidmatnya. Setiap individu ada peranan dan tugasannya," kata Anwar.

Sebuah akhbar perdana baru-baru ini mewar-warkan cerita bahawa Wei Shu merajuk hingga sanggup tidak hadir ke majlis mengangkat sumpah barisan Exco Negeri Kedah.

Di makan malam itu, Wei Shu memahami bahawa rombakan Exco Kerajaan Negeri adalah mengikut keperluan semasa, dibawah budi bicara Menteri Besar Kedah Azizan Abu Bakar. -TVS

1 ulasan:

  1. kerja UMNO buat fitnah dan melaga-lagakan orang

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.