12 Mac 2010

Ketua Puteri Dapat Kontrak Anggerik Mall, Apa Penjelasan Umno?

Pimpinan Umno dan Majlis Amanah Rakyat harus tampil memberi penjelasan berhubung kemelut yang melanda peniaga-peniaga di Anggerik Mall, Shah Alam.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, peniaga-peniaga berkenaan menjadi mangsa salahguna kuasa Umno yang menggunakan MARA untuk kepentingan politik parti.

Kontrak pengurusan bangunan itu diberikan kepada syarikat Inno Elegan Sdn Bhd (IESB) dengan seorang Ketua Putri Umno sebagai pemegang saham terbesarnya.

IESB diberi kontrak panjang mengendalikan Anggerik Mall tetapi gagal menjalankan aktiviti promosi secukupnya.

Akibatnya pusat membeli belah ini ketandusan pengunjung dan peniaga terpaksa menanggung kerugian sekian lama.

"Diserahkan kepada satu syarikat IESB dan tempoh perjanjian di mana bangunan itu diserahkan pada Inno Elegan Sdn Bhd adalah selama 3 tahun + 3 tahun + 3 tahun, dengan adanya tempoh bernafas selama 12 bulan, bermakna 10 tahun.

"Syarikat Inno elegan ini adalah milik pemegang saham utama bernama Huzryfionawatty yang merupakan Ketua Puteri umno Wilayah Persekutuan,"katanya.

Beliau berkata IESB yang mendapat kotark itu sejak Julai 2009 dikenakan kadar sewa 22,000 ringgit sebulan manakala pulangan dianggarkan 60,000 ringgit.

“Bagaimana syarikat yang dibina dengan modal RM50,000 boleh mengambilalih bangunan itu pun menjadi tanda tanya,”katanya.

Khalid menggesa Umno untuk menghentikan amalan memelihara kroni dan membelakangkan kepentingan rakyat.

"Kononnnya hendak tolong orang Melayu tetapi hanya menolong seorang-orang Melayu iaitu Ketua Puteri wilayah Persekutuan tapi memangsakan ramai orang Melayu yang merupakan peniaga-peniaga kecil yang kebanyakkannya orang Umno, perkara ini biasa dalam Umno," katanya.



Tahan Ahli AMK Tindakan Terdesak Umno-BN

Gombak 12 Mac - Dua ahli Angkatan Muda KEADILAN Cabang Gombak ditahan polis di bawah Akta Hasutan dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan kerana mengedar risalah yang mengandungi laporan perubatan berhubung perbicaraan Konspirasi II terhadap Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mohd Hafiz Bidin dan Arie Yudistira, kedua-dua berusia 21 tahun, ditangkap keika mengedar risalah tersebut di perkarangan Masjid Ar Ridwan, Ulu Kelang selepas solat Jumaat hari ini.

Mereka pada mulanya di tahan di Balai Polis Taman Melawati dan kini di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang untuk disoalsiasat dan mengambil keterangan.

Ketua AMK Selangor Khairul Anuar Ahmad Zainudin ketika dihubungi Suara Keadilan berkata tindakan polis itu adalah satu bentuk tekanan dan intimidasi ke atas ahli dan pemimpin KEADILAN diseluruh negara.

"Dua orang ahli AMK itu bukannya mengedar risalah tetapi surat daripada Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution yang berbicara mengenai konspirasi dan perancangan jahat Umno dan Barisan Nasional terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Setiausaha Agung bertanggungjawab memberi penjelasan yang sebenar berhubung isu ini dan ini adalah hak kita. Jelas Umno dan BN kini semakin terdesak," kata Khairul.

Beliau berkata sekiranya pihak polis terus tunduk kepada arahan Umno dan BN rakyat akan bangkit dan menentang kezaliman ini. -SK/TVS



Ibtrahim Ali Pengerusi Perkosa Bukan Perkasa, Pernah Jadi Pengarah Syarikat Vincent Tan

Pengerusi Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Datuk Ibrahim hanya mentertawakan tuduhan yang mempersoalkan kewibawaannya sebagai aktivis Melayu ekoran kaitannya dengan jutaan Cina, Tan Sri Vincent Tan.

Tuduhan itu tersebar di internet empat hari selepas beliau mengecam tokoh-tokoh korporat Cina, termasuk Tan Sri Vincent Tan, yang digelarnya 'tauke' dan "mendominasi" ekonomi dan seterusnya menyebabkan berlaku ketidakstabilan politik dan sosial.

Bagaimanapun, tersebar laporan di internet yang menunjukkan hubungan Ibrahim dengan syarikat Dunham-Bush Malaysia, yang pernah dimiliki Tan.

Penulis blog Raja Petra Kamaruddin menyiarkan dalam lamanwebnya Malaysia-Today, salinan laporan tahunan 2003 syarikat berkenaan yang menunjukkan Ibrahim adalah salah seorang anggota lembaga pengarahnya.

Ketika menjawab SMS dari Malaysiakini, Ibrahim berkata tidak ada salahnya urusan perniagaannya dengan Tan kerana ia tidak menolak hakikat bahawa tokoh-tokoh besar perniagaan Cina mendominasi bidang ekonomi.

Sebaliknya, kata Ibrahim, beliau bercakap mengenai ekonomi makro dan isu-isu dalam gambaran lebih besar.

Beliau bertanya apakah masalahnya jika beliau berurusan perniagaan dengan ramai rakan-rakan Cina dan mempunyai rakan kongsi Cina. -malaysiakini

1 Mati, 3 Cedera Parah Ditembak Di restoran

Kuala Lumpur 12 Mac – Seorang lelaki mati, manakala tiga rakannya cedera parah selepas ditembak dari jarak dekat oleh seorang lelaki yang tidak dikenali di sebuah restoran di Jalan Ipoh dekat sini awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata, polis tidak menolak kemungkinan kejadian itu bermotifkan dendam, dan suspek mungkin seorang pembunuh upahan.

Katanya, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 4.40 pagi semasa keempat-empat sahabat dalam lingkungan umur 30-an itu sedang menikmati makanan apabila tiba-tiba seorang lelaki muncul lalu melepaskan beberapa das tembakan.

Beliau berkata, semua yang cedera dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), dan salah seorang daripada mereka kemudiannya disahkan meninggal dunia.

"Tiga lagi rakannya cedera di bahu, lengan dan kaki. Dua daripada mereka kritikal, manakala seorang lagi cedera parah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Zakaria berkata, polis menemui lebih dari enam kelongsong peluru di tempat kejadian, namun pistol yang digunakan tidak ditemui.

Menurutnya, polis sedang mencari saksi serta meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran lokasi kejadian bagi membantu siasatan. – Bernama



Ulasan GB

Jenayah berleluasa. Polis sibuk dengan menekan dan menindas Pakatan Rakyat semata-mata. Itupun polis dapat kenaikan gaji dan KPN disambung kontraknya lagi. Rakyat tak puashati.



Rampas Selangor : UMNO Dikesan Biaya 70 NGO Untuk Fitnah PR

Umno di kesan melakukan satu lagi penyelewengan kuasa dan salah guna dana awam dalam cubaan merampas semula Selangor.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata pemimpin Pemuda Umno diarah menubuh hampir 70 pertubuhan bukan kerajaan NGO untuk menabur fitnah di samping mempertikai setiap dasar dan kenyataan kerajaan negeri dan pemimpin Pakatan Rakyat.

Kesemua NGO itu yang tumbuh ibarat cendawan sejak akhir tahun lalu di biayai oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Khalid mengesan 63 pertubuhan bukan kerajaan yang di bentuk oleh pemimpin Pemuda Umno dan dibiayai oleh Kementerian Belia dan Sukan atas alasan mereka menjalankan program-program sosial.

Namun aktiviti utama NGO berkenaan ialah membuat laporan polis dengan tuduhan melulu terhadap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Selain itu, mereka diarah memberi pelbagai kenyataan berbentuk tohmahan yang akan disebarkan menerusi media kawalan Umno seperti Utusan malaysia dan TV 3.

“60 laporan polis daripada NGO-NGO jelmaan, ini semua daerah Petaling, 63 NGO yang saya dapat dari Pejabat Umno. Semua NGO-NGO pemuda dan remaja yang ditubuhkan bertujuan untuk menerima bajet dari Kementerian Belia dan Sukan.

Khalid sendiri menjadi sasaran sebilangan daripada NGO berkenaan yang membuat laporan polis kononnya beliau tidak menghormati Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Khalid berkata penubuhan NGO secara mendadak di sekitar Lembah Kelang dan kecaman terhadap Pakatan Rakyat di Selangor bukan berlaku secara kebetulan.

"Saya dapat pada hujung tahun 2009, ini merupakan suara-suara Umno dalam semuja isu, tiba-tiba timbul kutuk Ahli Parlimen Shah Alam, tiba-tiba timbul NGO minta JAIS ambil tindakan pada Ahli Parlimen Shah Alam, ini puak-puak Umno tidak perlu berpura-pura,"katanya.

Khalid berkata penubuhan NGO berkenaan dan penggunaan media seperti utusan Malaysia mempunyai tujuan khusus, iaitu menawan balik Selangor dengan apa cara sekali pun.

"Berita-berita ini, tujuan Umno jelas, Shah Alam ibu negeri, dia (Umno) hendak dapatkan balik Shah Alam dengan guna semua benda. Laporan sebegini adalah taktik murahan kerana orang di Batu 3 dan Seksyen 8 tahu ianya tidak betul,”katanya.

Khalid merujuk kepada laporan Utusan Malaysia baru-baru ini yang bersandarkan kepada komen pekerja asing mengenai prestasi kerajaan negeri sebagai contoh kewartawanan cetek dan tanpa kredibiliti.

"Kalau tuan-tuan tengok orang yang ditanya ni Agus Zaini, Tini Mustori, Sugiono Jamak. Saya difahamkan penduduk Seksyen 8, ketiga-tiga ini adalah warga Indonesia bila ditanya siapa Khalid Samad mereka tidak kenal, ini satu benda yang pelik.

"Yang diambil pekerja kedai, pekerja asing orang indonesia, ditanya jadi nampak niat jahat walapun tidak lah semuanya tertumpu pada saya tetapi ada disebut dalam perenggan pertama nama saya dan sebagainya. Nampak terdesak bila cuba menggunakan media," katanya. -TVS

Dakwaan Skandal Ahli Majlis MPAJ: Tuduhan Tak Berasas - Izzuddin

Atas nasihat pihak polis dan peguam, Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Izzuddin Che Din memutuskan untuk mengabaikan segala dakwaan yang dilemparkan kepadanya sebagaimana yang terkandung dalam surat layang dan juga di laman-laman blog.

"Saya pada mulanya berhasrat untuk mengemukakan saman ke atas mereka yang menyiarkan surat layang terhadap saya di dalam blog mereka tapi memandangkan ia adalah surat layang yang tiada nama penulis, alamat atau apa-apa maklumat berkaitan penulis, ia umpama satu dakwaan tidak berasas," katanya.

Bagaimanapun menurut Izzuddin, mana-mana individu yang mahu menyatakan sebarang bantahan atau aduan mengenai dirinya boleh berbuat demikian dengan menemuinya.

"Saya tak akan layan tulisan orang gila kerana banyak perkara boleh dilakukan untuk membantu rakyat," katanya yang mengakui telah melihat risalah berkenaan yang disifatkan sebagai sampah.

Risalah berkenaan diedarkan selepas solat Jumaat di Masjid Bukit Antarabangsa.

Kandungannya antara lain mengandungi tuduhan seorang perempuan yang dikenali sebagai 'N' membuat laporan polis yang mendakwa mempunyai hubungan seks dengan Izzuddin.

Berita berkenaan turut dilihat dimuatkan dalam beberapa laman blog dengan kenyataan Timbalan Ketua Umno Bahagian Bukit Antarabangsa, Omar Salleh menafikan bahawa Umno berada di belakang edaran berkenaan.

"Bila saya dilantik sebagai ahli majlis pada 2008, saya terdengar berbagai dakwaan dan cakap-cakap mengenai saya, tapi saya biarkan sahaja tanpa mempedulikannya.

"Orang boleh cakap apa sahaja, tapi saya tak akan layan, yang penting tanggungjawab saya kepada rakyat," katanya. -MSTAR

Polis Temui Mayat Dalam But Kereta

Melaka: Polis menahan empat lelaki dan seorang wanita berumur antara 18 dan 25 tahun ekoran penemuan mayat seorang remaja lelaki di dalam sebuah but kereta, semasa kereta itu dikesan berhampiran sekatan jalan raya di Ayer Keroh di sini awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Salehhudin Abd Rahman berkata mayat Yap Wai Seng, 18, dari Taman Seri Kerubong, ditemui dalam but kereta berkenaan pada kira-kira pukul 1.15 pagi.

Beliau berkata kereta yang dinaiki empat lelaki itu pada mulanya dilihat berhenti di bahu kiri jalan raya dalam keadaan mencurigakan.

"Anggota polis yang berkawal kemudiannya menghubungi sebuah kereta peronda untuk membuat pemeriksaan," katanya pada satu persidangan media di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau berkata hasil pemeriksaan, polis menemui mayat Yap dengan kesan kecederaan di beberapa bahagian badan serta kesan jerut di leher, dan menurutnya polis percaya Yap dibunuh di sebuah kawasan perumahan di Semabok, beberapa jam sebelum mayatnya ditemui.

Salehhudin berkata empat lelaki yang ditahan itu bekerja sendiri dengan tiga darinya berasal dari sini, dan menurutnya polis percaya kejadian itu bermotifkan cemburu.

Beliau berkata polis sudah mendapatkan perintah tahanan reman selama seminggu keatas empat lelaki dan seorang wanita yang dipercayai teman wanita Yap, bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman gantung sampai mati," katanya. - BERNAMA



Datuk Ramli Yusof Dibebaskan Dari Tuduhan Gagal Isytihar Aset

Setelah perbicaraan lebih dua tahun setengah, bekas pemimpin ketiga tertinggi dalam pasukan polis diraja Malaysia, Datuk Ramli Yusuff dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini tanpa dipanggil membela diri berhubung dakwaan tiga kes kegagalan mengisytiharkan asetnya.

Hakim M Gunalan membuat keputusan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dahulunya dikenali sebagai Badan Pencegahan Rasuah gagal membuktikan kes prima facie ke atas Ramli.

Jawatan terakhir Ramli adalah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (CCID) dan beliau menyertai PDRM pada 1979.

Dia juga merupakan pegawai tertinggi polis yang pernah didakwa SPRM setakat ini.

Sebanyak 35 saksi pendakwaan memberikan keterangan sepanjang perbicaraan kes itu termasuk dua adik Ramli, Roslina dan Rohmah.

Rakan Ramli, Datuk Ling Keak Ming, yang membantu dua adik perempuan bekas pegawai kanan polis itu memperoleh dua lot kedai di Jalan Yap Kwan Seng di Kuala Lumpur turut memberikan keterangan.

Ramli, 57, dituduh gagal mengisytiharkan pemilikan 20,000 unit saham Telekom Malaysia Berhad, 154,000 unit saham Permaju Industries Berhad dan kepentingan dalam dua lot pejabat itu bernilai RM1,032,840.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat Timbalan Pendakwa Raya BPR di Putrajaya pada 17 Sept, 2007.

Sebelum didakwa pada 2007, Ramli mendakwa beliau dan pegawainya dijadikan mangsa setelah jabatan yang diketuainya bertindak menyiasat aktiviti kongsi gelap yang berkaitan dengan seorang ahli perniagaan Johor, Goh Cheng Poh @ Tengku.

Kegiatan kongsi gelap dan kegiatan 'bawah tanah' itu dikaitkan dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan ketika ini, yang kemudiannya dikenakan perintah tahanan terhad oleh jabatan Rahim.


Berikutan tindakan itu, Pejabat Peguam Negara enggan mengeluarkan affidavit untuk permohonan habeas corpus untuk Goh dan Ramli dengan Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Johari Baharom terpaksa mengupah peguam Rosli Dahlan untuk berbuat demikian. --Malaysiakini



Khabar Dari Pejabat Peguam Negara

Menurut satu sumber dari Pejabat Peguam Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden merupakan manusia paling bijak di Jabatan Peguam Negara sehingga Tan Sri Gani Patail tidak senang dan takut dengan dia. Menurut sumber tersebut Yusof dikatakan hafal M.L.J.

Yusof dikatakan pada satu peringkat sudah bosan dengan pertembungan beliau dengan Gani dimana pada ketika itu (di hujung era pemerintahan Abdullah) beliau telah menghantar surat letak jawatan.

Pada ketika itu Najib ketakutan kerana tanpa Yusof tidak mungkin ada pendakwaraya lain mampu meneruskan pendakwaan ke atas Anwar Ibrahim, demikian dipetik dari blog Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard .

Malangnya untuk menolak terus perletakkan jawatan Dato Yusof tidak mungkin kerana Tun Abdul Majid Tun Hamzah (ketua team pendakwa kes Altantuya) yang menjadi orang kuat Gani sudah pun menduduki bilik Yusof dengan siap membuat ‘renovation’ sebaik sahaja Yusof menghantar surat perletakan jawatan.

Najib tak boleh kata apa pada Tun Majid kerana banyak rahsia misteri yang Tun Majid tahu. Hanya ada satu jalan iaitu Yusof perlu dinaikkan pangkat tetapi hanya satu pangkat iaitu Yusof menggantikan Gani. Itu lebih mustahil berlaku.

Maka kabinet telah bersidang dan melantik Yusof sebagai pegawai turus dua dengan jawatan Peguam Cara Negara II iaitu satu jawatan yang sebelum ini tidak wujud dan diwujudkan semata – mata untuk Yusof oleh Najib untuk menyelamatkan keadaan.Sebagai balasan Yusof setuju mengetuai team pendakwaan Anwar.

Najib benar – benar tidak punya sesiapa lagi yang mampu dan sanggup untuk mengetuai team pendakwaan kes Anwar Ibrahim.

Pertama sebab dalam Jabatan Peguam Negara ramai peguam yang berpotensi telah dipancung oleh Gani, yang kedua tak ramai yang sanggup bekerjasama dalam mendakwa kes yang sememangnya sejak dari awal penuh dengan ‘rekaan’.

Maka Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden yang baru dilantik di jawatan yang direka khas untuknya -Peguam Cara Negara II dinamakan sebagai ketua team pendakwaan walaupun dia terlibat dalam ‘pemalsuan bukti’ kes mata lebam tahun 1998 dan ini akan menjejaskan kredibiliti kes pendakwaan kes Anwar di mata umum dan dunia.

Seorang lagi pendakwaraya, Hanafiah bin Hj Zakariah dikatakan sedang hangat bercinta dengan kakitangan kontrak di Jabatan Peguam Negara sehinggakan perempuan itu mendapat keistimewaan meletakkan kereta di parking lot yang dikhaskan untuk pendakwaraya kanan.

Isteri Hanafiah yang juga merupakan kakitangan AG chambers tentu tidak tahan. Pernah berlaku isteri Hanafiah menyerang perempuan tersebut tetapi Hanafiah mempertahankan perempuan tersebut dengan menyalahkan isterinya di depan umum. Dikatakan isteri Hanafiah sedang dalam proses memfailkan kes rumahtangganya ke mahkamah syariah.

Hanafiah kononya telah berjanji dengan staf kontrak di pejabat AG itu untuk mengahwininya selepas menceraikan isteri tua yang mana perkahwinan mereka tidak ada anak. Hanafiah bercita – cita besar namun krisis rumah tangga/masalah peribadi yang ‘meletup’ di pejabat telah menggugat kedudukan.

Maka dengan menyatakan kesanggupan untuk bersama dalam mendakwa Kes Anwar Ibrahim maka sedikit memberikan nafas semula kepada dia dengan harapan jasa besarnya akan dibalas dengan mengenepikan persoalan kekecohan di pejabat.

Hanafiah juga terlibat dalam kes pemalsuan bukti mata lebam Anwar 1998. -FMT

Selangor Timbang Saman Polis

Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor menimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap tindakan ganas pihak polis semasa sambutan ulangtahun kedua kemenangan Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru Ahad lalu.

Malah perbincangan serius telah dibuat oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim bersama-sama Angkatan Muda KEADILAN mengenai hal tersebut.

Menurut Ketua AMK Pusat Shamsul Iskandar Mohd Akin tindakan perundangan dilihat perlu kerana keganasan polis terhadap program Pakatan Rakyat masih berterusan sehingga kini.

Malah Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara mahupun Ketua Polis Selangor berdiam diri berhubung insiden ini walaupun terdapat beberapa mangsa mengalami kecederaan serius seolah-olah merestui tindakan polis tersebut.

"Ceramah bukan satu perkara yang boleh mengugat ketenteraman awam. Kenapa mesti nak ganggu?. Malah sampai sekarang saya tidak pernah dengar menteri berkenaan, Ketua Polis Negara dan Negeri memberi reaksi, mereka hanya berdiam diri mengenai hal ini.

"Malah kita telah berbincang dengan MB Selangor untuk mulakan kes dengan menuntut ganti rugi dan ganjaran kepada mangsa dan penganjur. Kami sudah sedia failkan kes untuk dapat pampasan bagi mereka," kata Shamsul yang ditemui media selepas penyerahan memorandum di ibu pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia petang semalam.

Sementara itu Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusof pula mendesak agar Suhakam bertegas dengan kerajaan Umno-Barisan Nasional agar sebarang usaha mereka tidak diketepikan.

Menurut beliau, peranan suruhanjaya itu penting untuk memikul mandat dan tanggungjawab mendengar luahan tidak puas hati rakyat selaras dengan amalan menjaga hak asasi manusia.

"Mesej khusus kepada Suhakam agar segala cadangan mereka tidak diremehkan oleh kerajaan. Jika mereka tunduk kepada kerajaan maka maruah Suhakam sudah dicabar,"

"Saya berharap badan ini dapat mendukung mesej kuat dan keras kepada kerajaan agar tiada sebarang campurtangan dibuat," katanya. -TVS



Hujan Turun Sebaik Saja Solat Istisqa' Dimulakan

Solat sunat Istisqa’ yang diadakan memohon hujan pagi ini bukan sahaja menakjubkan 2,000 jemaah yang hadir bahkan rakyat negeri ini apabila kerahmatannya langsung terbukti sebaik sahaja solat dimulakan.

Hujan pun mula turun ketika bacaan surah al-Fatihah.

Solat yang dimulakan pada pukul 8.30 pagi ini itu diimamkan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ia diadakan di Padang Perdana bersebelahan jalan berhadapan dengan Stadium Sultan Mohamad IV, dekat sini.

Hadir sama seluruh kepimpinan kerajaan negeri termasuk exco, Adun dan Ahli Parlimen dari parti Pakatan Rakyat.

Nik Aziz yang ditemui selepas solat sunat tersebut melahirkan rasa syukur tidak terhingganya kerana menganggap doa rakyat Kelantan minta diturunkan hujan itu segera dimakbulkan Allah SWT.

“Syukur, kita sembahyang Istisqa’ hari ini mendapat sambutan baik dan di tengah-tengah sembahyang itu turun hujan.

“Saya sendiri telah didedah oleh Allah dengan air hujan yang pertama semasa sembahyang hari ini sangat-sangat besarlah harapan, mudah-mudahan Allah beri pada kita bahagia di dunia dan akhirat.

“Tiada erti kita bahagia di dunia tetapi akhirat kelak kita masuk neraka. Dengan sebab itu saya berusaha supaya rakyat Kelantan faham bahawa kesusahan yang berlaku atas dunia ini adalah berpunca daripada dosa.

“Ayat-ayat Quran banyak menyebut bala yang menimpa manusia ini adalah berpunca daripada dosa.

“Oleh yang demikian kita kena pakat-pakat (sama-sama) tegur, nasihat, tak kiralah dalam apa jua pun keadaan termasuk politik, ekonomi kerana ini cara Islam, bukan cara demokrasi, bukan cara komunis dan juga sosialis, tapi cara Islam” katanya.

Menjawab soalan sama ada solat hajat dan solat istisqa yang diadakan pagi ini sebagai tradisi negeri Kelantan, beliau berkata “wallahualam. Yang pastinya nabi Muhammad SAW sendiri sembahyang istisqa’ setiap kali berlakunya kemarau”. -MI


Suasana Kelantan Hari Ini
Gambar ehsan pinkturtle





MTUC : GST Bebankan Pekerja dan Buruh

Golongan pekerja berpendapatan rendah paling teruk menerima padah jika kerajaan Umno Barisan Nasional berdegil mahu melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Sambil melaungkan amaran itu, Kongres kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) juga selari dengan polisi Pakatan Rakyat supaya mewujudkan skim gaji minimum terlebih dahulu.

Bercakap pada persidangan meja bulat anjuran kerajaan Selangor,

Presiden MTUC, Syed Shahir Syed Mahmoud adalah antara 25 panel bersama antara lain ialah Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago.

Persidangan itu mengumpulkan pelbagai golongan seperti Ahli Parlimen, Badan Pemikir, Persatuan Pengguna serta Peniaga bagi menilai aspek yang bakal berlaku apabila GST dilaksanakan

Presiden MTUC, Syed Shahir Syed Mahmoud menganggap penetapan gaji minimum penting bagi menampung kenaikan harga barangan yang dijangka naik sebaik sahaja pelaksanaan GST.

Jadi bagi pihak pekerja, selagi tidak ada suatu penjelasan yang benar-benar meyakinkan kita tidak yakin dengan gst, pertama, keduanya seperti mana saudara Charles berkata bahawa setakat ini di Malaysia tiada gaji minimum yang menyeluruh daripada semua sektor dan kita dapati jika mereka masih dalam keadaan macam ini dan dikenalkan dengan sistem cukai yang baru, kos akan meningkat dan kehidupan mereka akan menjadi lebih teruk dan sudah tentulah kualiti kehidupan akan merosot

Syed Shahir juga menegaskan beliau enggan mempercayai lagi janji-janji kerajaan Umno BN kononnya hasil GST akan digunakan kebajikan rakyat.

Contohnya, BN sebelum ini ber janji kononnya keuntungan dari kenaikan harga petrol dan tol pada tahun 2004 dan 2005 akan digunakan untuk membaiki sistem pengangkutan di ibu negara tetapi ia tidak dilaksanakan.

Dakwaan sepertimana yang pernah kita lihat dulu, tak silap saya 2005, 2006, dinaikkan harga bahan bakar petroleum pada tahun 2006. Dinyatakan subsidi itu akan memberi simpanan kepada pemerintah.

Dia kata akan menggunakan ini utk meng'eficientkan lagi hal yang berkaitan dengan pengangkutan awam di Lembah Kelang, tetapi seperti apa yang saudara-saudara maklum, saudara sebagai pemandu atau penumpang mendapati ianya bertambah buruk. -TVS




SPR Tidak Waras Tolak Pilihan Raya PBT

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menganggap alasan yang diberikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya menolak cadangan mengadakan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan sebagai tidak masuk akal dan pemikiran cetek daripada sebuah badan bebas yang kononnya bertindak secara profesional.

Guan Eng yang terkejut dengan sikap yang ditunjukkan SPR menyifatkan alasan yang diberikan badan itu tidak waras dan bukan satu alasan tidak mempunyai pengalaman mengendalikan pilihan raya PBT bukan sesuatu yang munasabah.

Jelas beliau lagi sekiranya SPR benar-benar tidak mempunyai pengalaman dalam mengendalikan pilihan raya itu, banyak saluran dan cara yang boleh dilakukan seperti mendapatkan pendapat dan pendekatan daripada negara-negara yang pernah mengurus pilihan raya seperti ini.

”Terdapat 192 negara di dalam dunia ini dan 101 negara telah mengamalkan pilihan raya kerajaan tempatan sejak sekian lama.

"Ini bermakna lebih 50 peratus negara di dunia mengamalkan dasar demokrasi yang berteraskan kepada rakyat.Mengapakah Malaysia tidak boleh turut serta seperti 50 peratu negara yang memberikan hak dan kuasa kepada rakyat memilih pemimpin kerajaan tempatan,” soal beliau.

Guan Eng yang bercakap pada sidang media di pejabat semalam memberitahu bahawa beliau dan kerajaan negeri akan tetap dengan pendirianya mahu mengadakan pilihan raya PBT dan sekiranya perlu beliau sendiri akan bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut.

Tambah Ketua Menteri dengan terlaksananya pilihan raya PBT langkah itu mampu meningkatkan lagi mutu perkhidmatan ahli majlis kerana mereka akan bekerja lebih kuat dan meningkatkan akauntibiliti dalam menjalankan tugas.

Sementara itu Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Dr P. Ramasamy berkata alasan yang diberikan sukar diterima oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.

Beliau berkata pilihan raya ini adalah satu ujian kepada SPR bagi menunjukkan samada ia dianggap "Pak Turut” yang mengikuti semua arahan Umno dan Barisan Nasional.

Pilihan raya kerajaan tempatan telah dimansuhkan sejak tahun 1960-an di mana pegawai-pegawai tertinggi PBT dan juga ahli-ahli majlis yang bertindak sebagai penasihat dan penggubal undang-undang kecil di PBT tidak lagi dipilih rakyat di kawasan terbabit.

Mereka kini dilantik oleh kerajaan negeri dan langkah ini telah menimbulkan masalah kepada rakyat lantaran prestasi dan perkhidmatan yang tidak memuaskan.



Ahli Parlimen SNAP Wakil Bebas Yang Mesra Pakatan Rakyat

Parti Progresif Sabah (SAPP), yang keluar dari Barisan Nasional dua tahun lalu tidak akan menyertai apa yang dipanggil blok bebas anggota-anggota Parlimen yang meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini.

Presidennya, Datuk Yong Teck Lee, berkata oleh itu, dua Ahli Parlimen Sapp Datuk Eric Majimbun dan Datuk Dr Chua Soon Bui bukan individu bebas.

“Mereka dari Sapp mewakili kepentingan Sabah. Bagaimanapun, Sapp akan menyertai badan-badan bukan BN yang memperjuangkan kepentingan Sabah.

“Atas dasar ini, dua MP Sapp adalah sebahagian daripada Kaukus Parlimen mengenai petroleum diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah kerana ini menyentuh kepentingan Sabah secara langsung,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menyangkal komen Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali semalam yang mengandaikan bahawa dua wakil rakyat SAPP itu berada dalam “blok bebas”, Yong berkata:

“Pendirian kami kekal bahawa kami keluar dari kerajaan BN pada 2008 kerana kami hilang kepercayaan terhadap BN menyelesaikan masalah Sabah yang semakin hari semakin buruk.

“Sebab itu Sapp bekerjasama dengan pembangkang Pakatan Rakyat di Parlimen untuk menumbangkan pentadbiran BN ini.


“Sebarang pembohongan oleh beberapa orang ahli politik di Kota Kinabalu, Sipitang dan Sandakan dan di Internet dalam beberapa hari ini kononnya Sapp sedang kembali kepada BN adalah percubaan terdesak untuk melemahkan perjuangaan Sapp untuk Sabah,” katanya. -MI

Kempen Iklan SPRM Satu Pembaziran

Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiarkan rencana iklan dalam akhbar-akhbar utama negara bagi memulihkan imej suruhanjaya itu tanpa mengheret perasuah ke muka pengadilan, diselar pimpinan Pakatan Rakyat.

Bukan sahaja dilihat ia sebagai langkah membazir bahkan secara tidak langsung menunjukkan suruhanjaya itu tidak bersungguh-sungguh untuk menyakinkan rakyat kononnya ia sebuah badan bebas.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata SPRM seharusnya mengambil pendekatan holistik dan mengenal pasti faktor mengapa kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap suruhanjaya itu kian terhakis.

“Dengan hanya membeli iklan, kemudian kalau selepas ini pendakwaan dan penyiasatan masih lagi terpilih-pilih, isu ikan jerung dan ikan bilis... persepsi rakyat masih tidak dapat di hilangkan saya rasa ia tidak dapat mengubah apa-apa," katanya.

“Tetapi mestilah ia (SPRM) bermula dengan satu iltizam yang kuat dan membuktikan terutama dalam opendakwaan, penyiasatyan dan juga kepada pihak-pihak yang disiasat mestilah SPRM tidak berpihak dan bersifat berat sebelah,” tambahnya.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai tindakan SPRM menyiarkan rencana iklan secara halaman penuh dalam beberapa akhbar utama dalam empat bahasa hari ini.

SPRM memperalat individu tertentu antaranya Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye; Pengerusi Perundingan dan Pencegahan Rasuah, Tan Sri Dr Ramon Navaratnam dan pimpinan Pakatan Rakyat bagi menarik minat pembaca.

Ia kononnya antara langkah SPRM bagi mengubah persepsi rakyat terhadap suruhanjaya yang selama ini terpalit dengan pelbagai isu negatif dari amalan pendakwaan berpilih hingga kes kematian Teoh Beng Hock.

Sehingga kini, imej SPRM tidak berubah walaupun berlaku perubahan pucuk pimpinan apabila kini diterajui Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Abu Kassim Mohamed.



Mengapa Yang Memfitnah Tidak Didakwa Di Mahkamah Syariah

Jika tiga wanita yang dituduh melakukan seks haram di rotan serta-merta, tidak ada sebab mengapa individu yang memfitnah tidak didakwa ke mahkamah Syariah.

Keengganan kerajaan dan jabatan agama wilayah persekutuan bertindak keatas Saiful Bukhari Azlan mengundang persoalan sejauh mana pemerintah serius melaksanakan sistem perundangan Islam.

Pengerusi Sekretariat Ulama Asia, Abdul Ghani Abdul Rahman kesal kerana kerajaan Umno-Barisan Nasional tidak konsisten dalam mengamalkan undang-undang syariah.

Abdul Ghani di minta mengulas pendirian mengejut kerajaan bahawa mahkamah syariah tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan supaya pertuduhan qazaf di buat terhadap Saiful kerana mendakwa kononnya beliau di liwat datuk seri anwar ibrahim

Dakwaan itu penuh kecurigaan kerana laporan pakar hospital kuala lumpur mendapati tidak ada bukti untuk menyokong tuiduhan Saiful yang membuat kenyataan itu beberapa hari selepas berjumpa dengan Perdana Menteri najib Razak.

Lebih setahun Anwar cuba mendapatkan pembelaan dibawah undang-undang islam agar Saiful dihadapkan ke mahkamah syariah dengan pertuduhan qazaf terhadap.

Namun tidak ada tindakan susulan diambil oleh kerajaan mahupun JAWI.

Peguam kerajaan memberitahu mahkamah syariah semalam bahawa mahkamah syariah kononnya tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan pertuduhan sedemikian terhadap Saiful.

“Jadi di sini jelas, tidak ada konsistensi dan terdapat motif-motif yang terselindung perjuangan politik hendak dipertahankan dan kemenangan hendak diraih melalui cara-cara tidak demokratik, penggunaan media, dan juga institusi-institusi kerajaan yang rakyat seharusnya dilindungi martabat dan integritinya tetapi tidak dipedulikan sehingga jatuh integriti badan-badan seperti SPR dan SPRM hakim dan sebagainya,”katanya.

Abdul Ghani yang merupakan antara ulama yang palingc di hormati berkata tindakan mensebat tiga wanita baru-baru ini turut memperlihat campurtangan politik untuk meremehkan perlaksanaan hukum Islam.

“Maknanya mereka tidak konsisten, dalam kontek yang ini (sebat 3 wanita) mereka hendak buat, itupun tidak sempurna. Yang disuruh sekian-sekian dera yang dibuat hanya enam sahaja. Tidak adanya sifat konsistensinya itu membayangkan keikhlasan dan kesungguhan dalam melaksanakan keadilan kerana misi Islam itu adalah misi keadilan,”katanya.

Dalam pada itu, Tokoh agama, Dr Badrulamin Bahron berkata kerajaan pimpinan Umno jelas mengambil dua standard berbeza dalam keghairahan merotan tiga wanita yang menyerah diri, tetapi enggan bertindak ke atas aduan Qazaf terhadap Saiful.

Tindak-tanduk pemerintah sedemikian menghantar mesej yang salah kepada masyarakat bukan Islam.

“Ini adalah gambaran seluruh perjalanan sistem undang-undang di Malaysia pertuduhan terpilih, selektif hanya orang tertentu sahaja yang akan di bawa ke mahkamah sedangkan orang lain teelepas menurut keperluan dan maslahah pemimpin-pemimpin yang jahat (Umno) cuba mempertahankan kuasa,” katanya. -TVS