12 Mac 2010

1 Mati, 3 Cedera Parah Ditembak Di restoran

Kuala Lumpur 12 Mac – Seorang lelaki mati, manakala tiga rakannya cedera parah selepas ditembak dari jarak dekat oleh seorang lelaki yang tidak dikenali di sebuah restoran di Jalan Ipoh dekat sini awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata, polis tidak menolak kemungkinan kejadian itu bermotifkan dendam, dan suspek mungkin seorang pembunuh upahan.

Katanya, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 4.40 pagi semasa keempat-empat sahabat dalam lingkungan umur 30-an itu sedang menikmati makanan apabila tiba-tiba seorang lelaki muncul lalu melepaskan beberapa das tembakan.

Beliau berkata, semua yang cedera dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), dan salah seorang daripada mereka kemudiannya disahkan meninggal dunia.

"Tiga lagi rakannya cedera di bahu, lengan dan kaki. Dua daripada mereka kritikal, manakala seorang lagi cedera parah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Zakaria berkata, polis menemui lebih dari enam kelongsong peluru di tempat kejadian, namun pistol yang digunakan tidak ditemui.

Menurutnya, polis sedang mencari saksi serta meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran lokasi kejadian bagi membantu siasatan. – Bernama



Ulasan GB

Jenayah berleluasa. Polis sibuk dengan menekan dan menindas Pakatan Rakyat semata-mata. Itupun polis dapat kenaikan gaji dan KPN disambung kontraknya lagi. Rakyat tak puashati.



1 ulasan:

  1. Salam GB,
    Saya tertarik dengan pengumuman kenaikan gaji polis. Saya juga memasang impian, mungkin gaji kakitangan awam sokongan spt saya akan naik sebelum PRU13. Namun kebanyakan anggota polis yang saya temui mendakwa, hanya pangkat sarjan@inspektor dan ke atas yang naik gaji, bukan golongan bawahan macam konstabel yang tak cukup duit tu. Cuba GB buat survey dan habaq mai kat kawan-kawan sebab takde blog lagi yang keluar artikel macam ni. TQ


    shay1803@gmail.com

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.