9 Mac 2010

Di Perlis UMNO Lawan UMNO

Beberapa pemimpin Umno Perlis membantah usaha Majlis Tindakan Anak Perlis (Mantap) untuk membuat kaji selidik terhadap kepimpinan Datuk Seri Dr Md Isa Sabu sebagai Menteri Besar.

Selain berangapan kaji selidik itu akan mengeruhkan suasana politik di negeri berkenaan, ianya juga dilihat memperkecilkan jawatan Menteri Besar.

Naib Ketua Umno Bahagian Kangar Abdul Jamil Saad berkata usaha sekretariat Mantap itu untuk membuat perbandingan populariti Md Isa dan bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim sebagai “kebudak-budakan”.

“Institusi Menteri Besar tidak boleh dipermudahkan. Perlantikan Menteri Besar bukan hak badan bukan kerajaan,” kata Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Perlis itu selepas perjumpaan dengan pemimpin Umno pelbagai peringkat serta kepimpinan parti komponen Barisan Nasional (BN), di sini hari ini.

Beliau mengulas penubuhan Mantap yang diumum semalam oleh sekumpulan bekas pemimpin Umno negeri dengan tugas pertamanya membuat kaji selidik pada kalangan 10,000 penduduk Perlis mengenai kepimpinan Md Isa sebagai Menteri Besar.

Abdul Jamil yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Sena berkata adalah tidak adil untuk membuat penilaian terhadap kepimpinan Md Isa hanya selepas dua tahun beliau meneraju negeri itu

“Jika asyik sibuk dengan penilaian maka pembangunan negeri juga akan terjejas,” katanya sambil menyifatkan penubuhan Mantap yang diketuai bekas Ketua Penerangan Umno Perlis, Datuk Hashim Suboh dan kajiselidik yang bakal dijalankan itu sebagai “usikan” mereka yang kecewa dalam perjuangan parti.

Abdul Jamil juga menegaskan isu pertukaran Menteri Besar Perlis daripada Md Isa kepada Shahidan tidak pernah berbangkit meskipun khabar angin bertiup kencang sejak lebih setahun lalu.

Ketua Wanita Umno Perlis, Rela Ahmad pula kecewa dengan pembabitan Exco Wanita Azihani Ali dalam sekretariat itu yang dilihat boleh memecahbelahkan perpaduan anggota wanita dalam parti.

“Kami tak akan berdiam diri walau apa pun terjadi. Kami tetap menyokong Menteri Besar Perlis yang ada,” katanya.

Bekas Adun kawasan Kayang, Azam Rashid pula menyifatkan kehadiran Mantap hanya mengeruhkan keadaan politik yang kini tenang.

Timbalan Ketua Umno bahagian Kangar itu berkata mereka akan membuat satu laporan polis terhadap badan tersebut yang didakwanya mahu menimbulkan keresahan rakyat. — Bernama

Yayasan Reformis Bakal Ditubuhkan. Tahniah KEADILAN Daripada Seorang Pejuang Siber

Satu majlis dialog di antara aktivis reformis bersama Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah diadakan baru-baru ini. Turut hadir dalam perjumpaan tersebut ikon reformasi dan perjuangan rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perjumpaan yang berlangsung hampir empat jam di kediaman rasmi Menteri Besar itu dihadiri seramai 150 anggota. Semuanya menjurus kepada ‘bicara hati’ pejuang jalanan yang sekian lama memperjudikan nasib mereka menentang kezaliman rejim Umno-BN yang berterusan menzalimi Anwar bermula konspirasi pertama pada 1998 sehingga sejarah hitam itu kini berulang kembali.

Malah ada di kalangan mereka terpaksa melalui perjalanan hidup getir setelah diberhentikan kerja oleh majikan kerana menentang keadilan yang diperjuangkan aktivis ini.

Sebagai tanda penghargaan dan keprihatinan di atas usaha dan perjuangan mereka selama ini, Kerajaan Selangor mengambil inisiatif membantu membela nasib kelompok ini.

Khalid dalam ucapannya berkata, adalah menjadi hasrat beliau untuk membantu golongan reformis. Namun beliau dapati sebelum ini kelompok reformis seperti bercakaran dan berpecah sesama sendiri.

Pada majlis itu juga, Khalid mengumumkan sebuah yayasan khas akan ditubuhkan bagi membantu aktivis menambahbaik serta memantapkan lagi pergerakan mereka selain membantu meringankan beban keluarga aktivis yang menghadapi krisis kewangan.

Bagi peringkat permulaan, dianggarkan suntikan dana bernilai RM100 ribu diperuntukkan untuk membantu reformis ini menjalani latihan dan kemahiran dalam bidang keusahawanan.

Tidak ketinggalan, untuk menyelaras dan memudahkan pergerakan kumpulan berkenaan, kerajaan negeri juga berhasrat menyediakan kediaman khas untuk kegunaan sekretariat yang bakal dibentuk dalam tempoh terdekat ini.

Hasrat murni kerajaan Selangor ini disambut dengan baik namun waspada oleh reformis seperti Nasir Isa, 52.

"Kita tidak mahu terlalu mengharap. Ia belum dibentuk secara rasmi. Baru peringkat cadangan. Apapun usaha Tan Sri Khalid membantu kami golongan reformis amatlah dihargai. Setelah bermacam-macam detik sukar yang kami tempuhi sejak lebih 10 tahun lalu malah sehingga ke hari ini perjuangan kami tak pernah padam untuk menegakkan keadilan. Ini prinsip perjuangan kami.

"Apapun, sidang dialog yang diadakan seumpama ini amatlah dialu-alukan. Pelbagai masalah yang hadapi reformis seperti hilang sumber pencarian serta kematian isteri mahupun suami dapat dibangkitkan dalam sesi perbincangan. Kami mahu ada pemimpin yang bersikap terbuka untuk mendengar masalah kami dan mencari jalan penyelesaiannya.

Badaruddin Ismail, 64, beliau turut meletakkan harapan yayasan itu akan menjadi realiti.

"Bagaimanapun, kotmitmen yang dibuat MB mendapat pandangan positif di kalangan reformis. Saya juga berharap dengan penubuhan sekretariat rasmi ini dapat memperkukuhkan lagi perjuangan aktivis seperti kami," ujar beliau lagi.

Sementara itu, Anwar selaku Penasihat Ekonomi Selangor mengucapkan penghargaan kepada semua pejuang reformis yang kekal memberi sokongan padu kepadanya serta parti.

Katanya, beliau bersama Khalid akan membantu reformis serta menghidupkan semula sejarah pembentukan gerakan reformasi sebelum ini.

Ulasan GB

Pertama GB ucapkan tahniah kerana satu Yayasan Reformis bakal ditubuhkan. Yang kedua berterima kasih kepada kerajaan Selangor kerana menaja Yayasan tersebut.

GB tak dimaklumkan terlebih awal tentang adanya pertemuan para reformis bersama DSAI dan MB Selangor. Kalau tahu hendak juga bersama rakan-rakan. Almaklum - perjuangan alam siber sebermula dengan penangkapan DSAI dahulu begitu banyak meninggalkan kesan sejarah di dalam hidup GB.

Parti yang GB dokongi, PAS, tidak mengiktirafkan sumbangan para reformis. Mereka terlebih syok dengan pembahagian ghanimah sesama sendiri selepas menang pada PRU10 dahulu. Pejuang siber dilupakan terus. Mereka jadi YB-YB kerana hasil usaha mereka sendiri, dakwa mereka. GB perlu akur dan terima kenyataan itu. Kerana nanti ada yang menempelak mana keikhlasanmu di dalam perjuangan jika nak diungkit sumbanganmu di dalam perjuangan. Allah itu sifatNya tidak pernah lupa, tidak pernah lalai. Terhukumlah mereka yang melupakan reformis jalanan dan reformis siber seperti GB ini. Allah telah mewajibkan diriNya bersifat kasih sayang terutama kepada mereka yang telah menggerakkan perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan. Masih ada yang mengharagai jasa para reformis, sekalipun bukan dari parti GB sendiri.

GB sekadar ingin tumpang senyum dan gembira dengan rakan-rakan di dalam KEADILAN. Lagipun baton GB di alam siber dahulu pernah diserahkan kepada seorang ahli KEADILAN yang kemudian berjaya menjadi seorang MP.

Baca kisah selanjutnya di Dari Mahazalim Ke Greenboc

Kerajaan Perlu Siasat Bagaimana Rakaman Dipenjara Boleh Tersebar

Atas alasan mahu kebenaran terserlah, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis sekali gus mendesak kerajaan menyiasat penyebaran rakaman cakera padat video (VCD) yang memaparkan aktiviti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika di penjara pada 2001.

Rakaman yang disertakan tarikh dan masa seperti direkodkan kamera litar tertutup (CCTV) itu didakwa pertubuhan yang menggelarkan diri mereka Gerakan Anti Liwat, diedarkan dari rumah ke rumah dipercayai sekitar Seksyen 3, Bandar Baru Bangi.

Pengasasnya, Mohd Arshad Ishak, 26, berkata dia menerima VCD bertajuk ‘Sandiwara Anwar: Sebab-Sebab MP PKR Keluar Parti’ itu diletakkan dalam peti surat rumahnya pada 6 Mac lalu yang menunjukkan kegiatan Anwar ketika ditempatkan di Penjara Sungai Buloh, dan dibandingkan ketika beliau di sebuah kawasan perkuburan. “Rakaman ini bukan kali pertama saya tengok kerana sebelum ini pernah disiar di laman web dan ‘YouTube’, cuma pertama kali saksikannya dalam bentuk VCD yang menunjukkan dia tak mampu berjalan sendiri.

“Sedangkan dalam penjara beliau kelihatan amat sihat, bertenaga dan boleh berjalan tanpa kerusi roda. Yang menjadi persoalan bagaimana rakaman ini boleh tersebar kepada umum kerana saya percaya penjara adalah tempat keselamatan dan rakaman pun untuk tujuan pemantauan.

“Jadi sebagai seorang warga negara yang mendaulatkan undang-undang, saya desak agar kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat perkara ini,” katanya ditemui selepas membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Baru Bangi, di sini semalam.

Mohd Arshad yang juga seorang peniaga berkata dia membuat laporan bukan atas desakan mana-mana pihak sebaliknya kesedaran diri sendiri selain merasakan pihak tidak bertanggungjawab perlu di bawa ke muka pengadilan. -hmetro



Jangan Mimpi Umno Kuasai Selangor- Azmin

Ketua Kelab Penyokong-Penyokong Selangor, Mohamed Azmin Ali memberi amaran kepada jabatan-jabatan kerajaan khususnya anggota polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya tidak menjadi alat perkakas Umno dan Barisan Nasional bagi meruntuhkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Beliau berkata, kudeta kerajaan seperti ini tidak berkeupayaan menundukkan kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat kerana rakyat secara total menolak pemerintahan Umno-BN dalam pilihanraya lalu.

"Genap dua tahun berlakunya tsunami politik dalam negara kita, dua tahun lalu orang Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan seluruh rakyat Malaysia dengan berani dan tegas bangun untuk menyatakan pendirian mereka dengan menolak Umno dan Barisan Nasional serta mengangkat suara rakyat sebagai kuasa baru termasuk di negeri Selangor ini," katanya ketika berucap pada program 'Syarahan Perdana 2 Tahun Pentadbiran Kerajaan Selangor' di Stadium Malawati Shah Alam malam tadi.

Ahli Parlimen Bukit Antarabangsa ini turut memberi jaminan Pakatan Rakyat merupakan pilihan rakyat di Selangor pada masa kini seterusnya akan datang.

"Saya percaya dengan rekod dua tahun Pakatan Rakyat di Selangor, dalam dua tahun yang akan datang kita akan menghadapi satu lagi pilihanraya bukan sahaja kita pertahankan kerusi-kerusi yang ada malah kita akan berjaya memerintah Selangor dengan majoriti sokongan yang lebih besar, kita juga akan meraih lebih banyak undi daripada rakyat Selangor."

Justeru, katanya, amanah yang diberikan rakyat kepada Pakatan Rakyat di Selangor akan diurus dengan sebaik-baiknya.

"Saya ingin memberi jaminan kepada Menteri Besar, kami akan memikul amanah ini, kami tak akan khianat amanah yang diberi rakyat kepada kami, kami akan mendukung pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor dan didukung seluruh kekuatan Exco Kerajaan Negeri Selangor.

"Namun kita jangan terlalu selesa kerana di luar sana ada mahkluk sejenis spisis yang rakus, ganas, zalim yang masih bercita-cita untuk merampas kerajaan dan serata rakyat di Selangor.

"Mereka mungkin berjaya di negeri Perak tetapi apakah mereka akan berjaya di negeri Selangor, Insya-Allah tidak," katanya sambil disambut laungan 'tidak' lebih 8,000 hadirin.

Beliau turut mengulas kejayaan Konvensyen Pakatan Rakyat Selangor 7 Mac lalu termasuk tindakan ganas polis menganggu majlis ceramah yang diadakan Pakatan Rakyat sempena ulang tahun kedua pentadbirannya.

"Konvensyen lalu membuktikan kekuatan yang ada di kalangan pemimpin KEADILAN, PAS, dan DAP, kita muafakat dengan berpegang kepada kerangka besar agenda perjuangan untuk menjaga kepentingan rakyat di negeri Selangor dan Alhamdulillah dengan kepimpinan yang telah ditunjukkan oleh Menteri Besar dan seluruh anggota Exco Selangor, kita telah berjaya menjana perubahan lebih besar apa yang telah dilakukan Umno selama 50 tahun lalu.

"Namun asakan masih lagi berlaku. Malam semalam (7 Mac), kita mengadakan sambutan dua tahun program yang sama peringkat Wilayah Persekutuan sebab Wilayah Persekutuan juga Pakatan Rakyat menang, 9 Parlimen daripada 10 Parlimen.

"Kalau Umno benar-benar ada maruah, sepatutnya Menteri Wilayah Persekutuan adalah di kalangan pimpinan Pakatan Rakyat. Tetapi mereka pilih orang yang tidak bertanding, tidak diangkat oleh rakyat.

"Tetapi sambutan kita malam tadi diserang kerana apa kerana Umno sudah tidak ada kekuatan untuk berdepan dengan rakyat. Umno tidak ada kekuatan untuk mendepani isu-isu rakyat. Umno sekadar menggunakan jentera kerajaan, tali SPRM, jabatan peguam negara dan mahkamah untuk menekan rakyat, tetapi percayalah rakyat negeri Selangor akan bangun mempertahankan hak rakyat dalam negeri Selangor. Hari ini mereka perintah esok belum tentu," katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua pimpinan Pakatan Rakyat mengamalkan nilai-nilai murni dan menjaga amanah yang dipertanggungjawabkan dengan baik. Sementara bagi mereka yang belot akan menerima akibatnya.

"Yang pergi biarlah mereka pergi. Yang penting Pakatan Rakyat khususnya KEADILAN ingin memberikan satu mesej yang cukup jelas kepada rakyat di negeri Selangor. Kita akan bertindak dengan tegas tidak kira dia Ahli Parlimen ataupun Ahli Dewan Negeri, kalau dia tidak memikul amanah rakyat, dia tidak menjaga amanah rakyat, kita akan nyahkan daripada parti KEADILAN.

"Dalam KEADILAN, dalam Pakatan Rakyat, tidak ada tempat bagi mana-mana pemimpin yang bertungkus-lumus dan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan tender-tender dan projek-projek. Tidak ada tempat bagi pemimpin yang berlumba-lumba untuk mendapatkan kedudukan dan jawataan, dan di Selangor tidak ada tempat bagi pemimpin yang cuba merebut jawatan-jawatan dalam syarikat-syarikat dan anak-anak syarikat kerajaan negeri. Ini adalah hak rakyat dan bukan hak Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negeri untuk menentukan," terang ADUN Gombak ini lagi.

Beliau turut menegaskan pemimpin-pemimpin Umno-BN terdahulu yang bertanggungjawab menyeleweng khazanah di Selangor hendaklah diheret ke muka pengadilan supaya hak rakyat di negeri itu dapat dikembalikan. SK/TVS



Bekas Ahli Parlimen BN Mengaku Bersalah Tipu Bank

Bekas Anggota Parlimen Labuan Datuk Suhaili Abdul Rahman mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini Selasa terhadap tuduhan pindaan menipu sebuah bank bagi tujuan permohonan pinjaman perumahan.

Timbalan Pendakwa Raya Fariza Hamzah memberitahu Hakim Duncan Sikodol bahawa pertuduhan dipinda kepada Seksyen 109 (1) (m) (ii) Akta Kebankrapan 1967 yang membawa hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Bagi satu lagi tuduhan, Hakim Sikodol melepaskan dan membebaskan Suhaili daripada tuduhan memberi maklumat palsu dalam satu akuan bersumpah pada 1995 selepas Fariza memaklumkan bahawa pihak pendakwaan tidak mempunyai bukti untuk dikemukakan kepada mahkamah.

Pada 14 April tahun lepas, Suhaili mengaku tidak bersalah membuat kenyataan palsu itu kepada Mohd Naser Mohd Noor, seorang Jaksa Pendamai, berhubung pendaftaran syarikatnya, Saraequity Sdn Bhd, pada 3 Ogos 1995.

Pada 13 April tahun lepas pula, Suhaili, 48, bekas Pengerusi Perbadanan Labuan sehingga 31 Mac tahun lepas, mengaku tidak bersalah kerana menipu dengan menggunakan kad pengenalan yang bukan miliknya untuk menjadi penjamin dalam permohonan pinjaman itu dan didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara satu hingga 10 tahun dan rotan dan juga boleh dikenakan denda.

Suhaili, yang diwakili peguam Rakbir Singh, dituduh menipu pengurus bank Malayan Banking Berhad, Ismail Jantan, di cawangan Kota Kinabalu tanpa memaklumkan bank berkenaan bahawa beliau muflis pada 3 April 1996 dalam permohonan pinjaman perumahan syarikatnya, Saraequity Sdn Bhd, sebanyak RM110,000 dan kemudahan overdraf sebanyak RM50,000 untuk membeli satu unit apartmen di Api-Api Centre di sini.

Fariza memberitahu mahkamah bahawa Suhaili diisytihar muflis melalui perintah mahkamah pada 3 April 1993 dan dilepaskan daripada kebankrapan pada 9 Mei 1997, lebih setahun selepas permohonan pinjaman itu diluluskan oleh bank berkenaan.

Sikodol menetapkan esok untuk mendengar rayuan dan menjatuhkan hukuman.

Suhaili sepatutnya dibicarakan selama seminggu mulai hari ini tetapi pihak pendakwaan memohon untuk mengemukakan pindaan terhadap pertuduhan itu yang membawa hukuman yang lebih ringan. -Bernama

83% Responden Kata Tidak Wajar PAS Terima Kemasukan Zulkifli Noordin

Undian SMS Edisi 7 menyatakan 83% responden berpendapat tidak wajar PAS menerima kemasukan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Noordin dan cuma 17% menyatakan disebaliknya.

Zulkifli boleh mengemukakan permohonan untuk kembali kepada PAS, tetapi terpulang kepada parti itu sama ada mahu menerimanya atau tidak, kata Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Nasrudin Hasan.

Pada asasnya, kata beliau, sesiapa sahaja boleh memohon untuk menyertai PAS, tetapi keputusan muktamad adalah di tangan pucuk pimpinan parti.

Menurutnya, ini selaras dengan dasar keterbukaan yang diamalkan oleh parti Islam itu.


Nasrudin menegaskan demikian ketika diminta mengulas kenyataan beberapa pemimpin kanan PAS yang tidak bersetuju parti itu menerima semula Zulkifli.

Pemimpin berkenaan termasuklah tiga naib presiden PAS - Datuk Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Mat.

Soal setiakawan dalam Pakatan Rakyat menjadi alasan utama penolakan mereka itu.

Turut menentang kemasukan semula Zulkifli dalam PAS ialah dua ahli jawatankuasa pusatnya - Mohamed Hanipa Maidin dan Dr Hatta Ramli.


Sebelum ini, dalam temubualnya dengan Malaysiakini, setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali juga tidak bersetuju jika parti itu menerima semula Zulkifli.

Semalam dilaporkan Zulkifli - yang dipecat dari PKR hujung minggu lalu - mahu mengkaji dengan serius kemungkinan untuk kembali semula ke pangkuan parti itu.

PKR membuat keputusan untuk memecat Zulkifli ekoran tindakannya membuat laporan polis ke atas yang dipertua PAS Shah Alam, Khalid Samad dan kenyataannya dalam sebuah wawancara di TV3 sebelum ini, antaranya berbentuk serangan terhadap dasar dan pendirian parti serta kemampuan Pakatan Rakyat.

Beliau diminta mengosongkan kerusi parlimen Kulim-Bandar Baharu yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008.

Mengulas lanjut, Nasrudin berkata keputusan untuk menerima sebarang permohonan keahlian bergantung kepada latarbelakang, rekod prestasi, kesan positif dan negatif terhadap parti.

"Selepas itu, barulah keputusan dibuat sama ada untuk menerima atau menolak permohonan berkenaan," katanya.

Ditanya mengenai kemungkinan Zulkifli menyertai Umno ekoran tindak-tanduknya yang didakwa senada dengan parti itu, Nasrudin berkata:

"Pada pandangan saya, Zulkilfli lebih baik menjadi wakil rakyat bebas. Dalam masa 'edah' ini, beliau boleh muhasabah diri dan membuat penelitian semula tentang sikap politik beliau.

"Tidak mustahil Zulkilfli akan kembali. Ada masanya kesilapan yang dilakukan boleh diperbetulkan dan mereka (pucuk pimpinan) boleh menerima kesilapan," katanya.

Sementara itu, Salahudin Ayub ketika dihubungi Malaysiakini pula berkata "tidak mungkin" PAS akan menerima kembali Zulkilfli ke dalam PAS.

"PAS tahu siapa Zulkilfli Nordin yang sebenarnya," tegasnya sambil menambah Zulkilfli digugurkan sebagai ahli kerana memilih PKR sebagai wadah politiknya.

Salahudin berkata sebelum ini Zulkilfli pernah memegang jawatan sebagai yang dipertua kawasan Bandar Tun Razak.

Menurut Salahudin, beliau berpendirian demikian kerana menghormati semangat setiakawan yang terjalin bersama PKR dalam Pakatan Rakyat.

Sementara itu, ahli majlis syura Ulama PAS, Ahmad Awang menasihatkan pucuk pimpinan parti agar "tidak melayan" permohonan Zulkifli.

Ahmad mendakwa Zulkifli "banyak menimbulkan masalah" termasuk melanggar keputusan parti (PAS) yang melarang beliau bertanding dalam pilihan raya pada tahun 2004.

"Saya rasa hampir semua pimpinan PAS tidak boleh menerimanya.... Saya rasa beliau (Zulkifli) sendiri pun tidak tergamak untuk memohon," katanya.

Ditanya sama ada Zulkifli layak untuk menyertai Umno, Ahmad berkata perkara itu terpulanglah kepada Umno.



Umno Tindas Melayu, Salahkan Cina

Sering kali media arus perdana melabelkan Pakatan Rakyat sebagai sebuah gagasan yang menjadi alat kepada bangsa lain di negara ini.

Namun persoalan yang timbul, adakah kerajaan UMNO-BN yang dikatakan telus dalam membela nasib masyarakat Melayu, membela keseluruhan rakyat Melayu di negara ini?

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ceramah perdana 2 tahun Pakatan Rakyat di Stadium Malawati Shah Alam semalam, mengajak rakyat berfikir seketika tentang perkara itu.

"Pemimpin Umno berkempen tuduh kita alat Cina. Tetapi kita tahu mereka alat siapa, dan mereka hanya perkayakan sanak-saudara dia. Siapa Melayu yang paling kaya di Malaysia?" kata Anwar.

Dasar Ekonomi Baru yang direncanakan oleh kerajaan UMNO-BN nyata hanya memberi tumpuan kepada golongan tertentu sehingga memberikan keuntungan berlipat ganda dan menindas kepada sanak-saudara serta kroni dan terus menindas masyarakat Melayu miskin.

Kata Anwar, bukti itu cukup jelas apabila antara lima nama baru yang tersenarai dalam 40 individu bergelar hartawan di negara ini ialah adik kepada Perdana Menteri, Nazir Razak.

"Adik kepada Perdana Menteri menjadi kaya kerana Dasar Ekonomi Baru. Inilah yang mereka pedulikan, pemimpin-pemimpin Melayu yang hanya memperkaya sanak-saudara, tindas orang Melayu kebanyakan, dan memperbodoh orang-orang Melayu lain," tegas beliau. -TVS

GERAK cadang Ahli Parlimen Lompat Parti Hilang Kelayakan, Jawatan

Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (GERAK) hari ini mencadangkan Ahli Parlimen yang melompat parti, hilang kelayakan dan jawatan secara automatik sebagaimana amalan Parlimen India.

Badan Bukan Kerajaan (NGO) itu juga menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan sama ada tindakan melompat parti itu didorong gejala rasuah atau suapan politik bernilai jutaan ringgit.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Ahli Lembaga Pengarah GERAK, mereka melihat gejala lompat parti

Sebagai mengkhianati dan menodai kepercayaan pengundi terhadap amalan demokrasi berparlimen di Malaysia.

GERAK juga menggesa SPRM memantau gejala lompat parti dan mengambil tindakan segera jika ada bukti, selain meminta mana-mana pihak yang memiliki maklumat mengenai amalan rasuah menyerahkannya kepada pihak berkuasa.

GERAK juga menyeru supaya Ahli Parlimen di Malaysia supaya lebih berintegriti dan amanah terhadap tanggungjawab memperjuangkan nasib rakyat dan negara.

Kebelakangan ini, beberapa pemimpin bermasalah dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) belot dan melompat parti sama ada mengaku sebagai wakil rakyat bebas atau menyertai Umno.

Antara mereka ialah Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim; Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng dan Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Samsuri.



3 Beradik Rentung Dalam Kebakaran Di Bukit Mertajam

Tiga beradik rentung dalam kebakaran yang memusnahkan rumah mereka dan empat rumah lain di Kampung Kecil, Jalan Betek di sini awal pagi Selasa.

Mayat kanak-kanak perempuan Ooi Koay Yin Ying, 12, serta adik perempuannya Ooi Koay Sew Nee, 11, dan adik lelakinya Ooi Koay Peng Teik, 9, ditemui berhampiran antara satu sama lain.

Kebakaran pada pukul 5.40 pagi itu berlaku ketika murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Keow Kuang itu sedang tidur dalam bilik di tingkat atas rumah mereka.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang Wan Azmi Ahmad berkata lima lagi adik beradik kanak-kanak malang itu serta ibu dan bapa mereka cedera ringan dan kini dirawat di Hospital Bukit Mertajam.

"Kebakaran itu membabitkan lima rumah kampung yang terletak agak rapat," katanya.

Wan Azmi berkata 17 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba Bandar Perda dan Balai Bomba Bukit Mertajam mengambil masa lima minit untuk mengawal kebakaran.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat.

Sementara itu, kakak mangsa, Ooi Koay Ching Ching, 15, yang ditemui di Hospital Bukit Mertajam berkata ketika kejadian beliau tidur bersama ketiga-tiga adiknya yang meninggal dunia itu.

"Ketika itu api marak dah saya terpaksa menyelamatkan diri. Saya menjerit supaya adik-adik saya lari bersama saya tetapi mereka tidak mahu ikut kerana terlalu takut," katanya.

Beliau yang kelihatan masih terkejut dengan kejadian itu, berkata ketika itu kesemua anggota keluarganya sedang tidur di tingkat atas rumah berkenaan.-- BERNAMA



Pesara Maut Selepas Kereta Dinaiki Langgar Lembu Yang Terpelanting

Seorang pesara maut selepas kereta yang dinaikinya melanggar seekor lembu yang terpelanting ke lorong kiri lebuh raya akibat dilanggar sebuah kereta lain di KM 445 Lebuhraya Utara-Selatan menghala Ipoh di sini pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata pesara berusia 55 tahun yang duduk di sebelah pemandu itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya kejadian berlaku pada kira-kira pukul 6.30 pagi apabila sebuah kereta jenis BMW yang berada di lorong kanan laluan yang sama melanggar seekor lembu yang berada di tengah lebuh raya, menyebabkan kereta itu terbabas dan terbalik di tengah lebuh raya.

"Lembu itu pula terpelanting ke lorong kiri menyebabkan kereta yang dinaiki pesara itu gagal mengelak lalu melanggar lembu tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau berkata sebuah lagi kenderaan pacuan empat roda jenis Frontier yang dinaiki tiga lelaki yang melalui lorong kanan juga tidak dapat mengawal kenderaan lalu melanggar kereta BMW itu.

Abdul Rahim berkata pemandu BMW dan penumpang pacuan empat roda itu hanya mengalami cedera ringan dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan.

"Mayat pesara itu sudah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat, manakala rakannya yang cedera dihantar ke sebuah hospital swasta di ibu negara," katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Komunikasi Korporat PLUS Expressways Berhad Khalilah Mohd Talha ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya sebelum ini sudah mengambil pelbagai langkah bagi mengelak kejadian haiwan ternakan memasuki kawasan lebuhraya, antaranya termasuk memasang pagar di lokasi-lokasi yang dikenal pasti berhampiran kawasan ternakan.

"Selain itu pemeriksaan pagar di sepanjang lebuh raya turut dilakukan secara berterusan oleh pasukan PLUSRonda dan PROPEL bagi memastikan tiada pagar-pagar yang dirosakkan," katanya.

Beliau berkata pihak PLUS juga akan mengadakan sesi dialog bersama penduduk kampung yang tinggal berdekatan dengan lebuhraya bagi mendidik serta mendapatkan kerjasama mereka agar tidak membiarkan ternakan mereka berkeliaran berhampiran kawasan lebuh raya serta tidak merosakkan pagar-pagar yang dipasang. -- BERNAMA



PR bantah pencabulan hak asasi manusia oleh BN

Para pimpinan Pakatan Rakyat menyifatkan tindakan pihak polis menghalang majlis ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru semalam akan mengingatkan kembali rakyat kepada era Reformasi 1998.

Dalam kenyataan bersama yang ditandatangani oleh pemimpin ketiga-tiga parti dalam Pakatan itu, mereka berkata, rakyat berhak berhimpun secara aman.

Mereka juga berhak untuk mendengar pemimpin mereka berucap dan memberi pandangan tentang hal Negara.

"Ini adalah hak yang asasi dan yang dilindungi di bawah Perlembagaan Malaysia dan juga diiktiraf di bawah piagam Bangsa Bangsa Bersatu," kata kenyataan yang ditandatangani oleh Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS, Datuk Seri Anwar Ibrahim Ketua Umum PKR dan Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP.

Mereka dipercayai mengulas tindakan kira-kira 50 anggota FRU yang menyerbu perhimpunan Pakatan Rakyat di Kelab Sultan Sulaiman malam tadi ketika Naib Presiden PKR, Azmin Ali sedang berucap.

Akibat serbuan itu, tiga petugas cedera dan membuat laporan polis.

Bagi mereka, di Malaysia hari ini pihak polis telah bertindak menidakkan hak tersebut dan menggunakan kekerasan untuk memecahkan perhimpunan aman ini.

Permit untuk berhimpun secara aman tidak diberi dan kalau pun diberi dengan syarat yang tidak munasabah. Lagi pun permit ini ditarik balik tanpa alasan yang munasabah.

"Adalah jelas pihak polis telah bertindak di atas arahan dan kehendak politik kerajaan BN dan bukan berasakan faktor keselamatan Negara," kata kenyataan itu.

Oleh itu, katanya, Pakatan rakyat akan membawa beberapa kes penyalahgunaan kuasa Polis ini kepada SUHAKAM untuk penelitian dan tindakan badan tersebut.

Pakatan Rakyat juga akan menyediakan “Dosier” yang lengkap mengenai pencabulan kerajaan Malaysia terhadap hak asasi rakyat Malaysia, bertentangan dengan janji dan persetujuan mereka kapada Prinsip Hak Asasi di bawah piagam Bangsa Bangsa Bersatu untuk dibentangkan kepada International Human Rights Council dan juga kepada European Union Human Rights Council.

Wakil-wakil Pakatan Rakyat juga akan ke ASEAN, New York dan Brussels tidak lama lagi untuk tujuan ini, tambah kenyataan itu. Berita : Harakahdaily Video : TVS


Pencabulan hak asasi, salah guna polis ke forum antarabangsa

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat (PR) akan membawa kes pencabulan hak asasi yang dilakukan Kerajaan Barisan Nasional (BN) termasuk penyalahgunaan kuasa polis kepada pengetahuan masyarakat antarabangsa.

Selain laporan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), PR akan menyediakan maklumat lengkap mengenai perkara itu untuk dibentangkan kepada International Human Rights Council dan juga European Union Human Rights Council.

Untuk itu, wakil-wakil PR akan melawat negara-negara Asean, New York dan Brussels tidak lama lagi bagi tujuan tersebut.

Perkara itu terkandung dalam satu kenyataan bersama yang ditandatangani Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dalam satu sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, Tropicana di sini semalam.

Turut hadir dalam sidang media berkenaan ialah Naib Presiden KEADILAN Azmin Ali, Naib Presiden PAS Dato’ Mahfuz Omar dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN Dato’ Mohd Zaid Ibrahim.

Salahhudin ketika membacakan kenyataan itu berkata, tindakan Kerajaan BN mencabul hak asasi manusia dengan memperalatkan polis bagi tujuan politik adalah jelas bertentangan dengan janji dan persetujuan prinsip hak asasi di bawah piagam Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB).

Terbaru, polis menggunakan kekerasan untuk menghalang majlis Sambutan Ulang Tahun ke-2 Pakatan Rakyat di Kepong minggu lalu.

"Semua taktik kotor ini mengingatkan kembali rakyat kepada era reformasi 1998," ujarnya.

Menurut beliau, rakyat berhak berhimpun secara aman dan mendengar pemimpin mereka berucap mengenai politik negara berasaskan prinsip hak asasi yang dilindungi di bawah Perlembagaan Malaysia yang juga diiktiraf di bawah Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu.

"Di Malaysia hari ini, pihak polis telah bertindak menidakkan hak tersebut dan menggunakan kekerasan untuk memecahkan perhimpunan aman ini. Permit untuk berhimpun secara aman tidak diberi dan kalau pun diberi, dengan syarat yang tidak munasabah.

"Adalah jelas pihak polis telah bertindak di atas arahan dan kehendak politik Kerajaan BN, bukan berasaskan faktor keselamatan negara," tambah beliau.

Sementara itu, Zaid Ibrahim berkata, penyalahgunaan kuasa dan sikap anti demokrasi yang diamalkan Kerajaan Malaysia akan dibawa ke forum antarabangsa, termasuk dalam kes membabitkan Datuk Seri Anwar.

"Kita bukan sahaja mahu rakyat Malaysia menilai daripada penyalahgunaan kuasa dan antidemokrasi, kita mahu rakyat antarabangsa menilai mereka. Sebab itu kita akan bawa ke forum antarabangsa penyalahgunaan kuasa dan antidemokrasi kerajaan Najib Razak ini,

"Bukan sahaja soal kes Datuk Seri Anwar saja yang akan kita bawa, tetapi aspek pengurusan kes itu sendiri. Ini merupakan contoh pengurusan kes yang tidak diterima oleh masyarakat antarabangsa.

Selain kes keganasan polis, pendakwaan menghasut, kita akan bawa kes ini ke pengetahuan mereka dengan harapan akan membantu kita dalam hal ini," tegas beliau.-FMT



Zulkifli Sulong Menulis Tentang Zulkifli Noordin

Zulkifli Nordin yang saya kenal — Zulkifli Sulong

9 MAC — Saya mula mengenali Zulkifli Noordin sejak isu Aishah Bukhari, gadis Melayu dari Johor yang keluar Islam dan menyertai Kristian kerana mengikut kekasihnya.

Ketika itu Zulkifli Noordin adalah Setiausaha Masjid Jamek, Kuala Lumpur. Kerana kedudukannya di situ,

Masjid Jamek menjadi pusat kegiatan menangani isu murtad itu. Sejak itulah, saya mula kagum dengan keberanian Zul.

Namun, hari demi hari, sebagai wartawan keyakinan dan kekaguman saya kepada beliau mula terhakis. Ia bermula sejak dia mengendalikan isu Aishah Bukhari lagi.

Kenyataan, bahasa yang digunakan, fakta yang diberikan sangat hebat. Namun, di dalam hati kecil saya mula tertanya-tanya...betulkah segala kenyataan ini.

Yang paling ketara, kenapa beliau begitu berani membuat kenyataan yang bersifat hasutan tetapi beliau tidak pernah dilaporkan dipanggil atau disiasat oleh polis. Padahal apa yang beliau nyatakan dalam ucapan dan kenyataannya amat sensitif kepada hubungan kaum di negara ini ketika itu.

Sebagai wartawan yang sudah acap kali disiasat polis kerana laporan hasutan dan fitnah, saya rasa faham benar apakah dia hasutan dan fitnah ini.

Namun saya sejukkan hati...mungkin dia lebih tahu dan apa yang dinyatakan itu tidak bertentangan dengan undang-undang kerana dia peguam.

Lepas isu Aishah Bukhari, datang isu Anwar Ibrahim. Zul telah dilantik sebagai salah seorang peguam Anwar. Ekoran itu, keraguan saya terhadap Zul terlerai begitu sahaja. Tentu Anwar dan pasukannya lebih kenal Zul dari saya yang hanya seorang wartawan cabok. Tentu beliau betul. Itulah yang bermain di kepala saya ketika itu.

Namun, hari demi hari kes Anwar berjalan... keraguan terhadap Zul datang kembali. Ceramah yang beliau berikan sangat ramai pendengar dan penontonnya. Namun, kenyataan-kenyataan yang beliau buat dalam ceramahnya mula meragukan saya.

Misalnya, apabila beliau bercakap soal Anwar terkena Arsenik. Saya masih ingat lagi kata-kata Zul dalam ceramahnya. Kalau tidak silap di sekitar Kampung Baru pada tahun 1998.

“Tuan-tuan, semalam saya ke Sungai Buluh bertemu dengan Datuk Seri Anwar. Bagi saya Anwar sah terkena racun Arsenik. Apabila saya pegang kepala Datuk Seri Anwar, penuh tangan saya dengan rambut beliau tuan-tuan. Rambut beliau mula gugur. Saya yakin lepas ini semua rambut Anwar akan gugur....” Begitulah lebih kurang kata-kata Zul Nordin dalam ceramahnya itu.

Pendengar sangat hiba dengan Anwar. Terkena Arsenik.

Namun, sebagai wartawan lain pula yang saya rasa. Betul ke ni...bagaimana dia boleh pegang kepala Anwar?, hati saya terdetik. Lalu sebagai pengarang, saya arahkan wartawan, jangan tulis berita itu. Tidak masuk akal.

Kesangsian kepada Zul semakin bertambah dengan cerita-cerita dari kartunis Zunar yang kebetulan ketika itu sentiasa mendapat surat-surat dari Anwar dari dalam penjara. Ketika itu, Harakah siarkan surat-surat Anwar dari penjara dalam kolum “Warkah Dari Penjara”. Ia berupa surat-surat yang ditulis Anwar sendiri di atas pelbagai jenis kertas termasuk di atas kertas tisu dari dalam penjara dan diseludupkan keluar kepada kami di Harakah.

Zunar juga mendapat maklumat yang sama... Zul Nordin ‘melampau’ atau exegerate dalam ucapan dan tindakannya.


Ekoran itu, kami sepakat, berita berasaskan kenyataan dan tulisan Zul Nordin tidak boleh disiarkan dalam Harakah kerana kebolehpercayaannya amat rendah.

Dengan MB Terengganu

Selepas pilihan raya 1999, PAS telah menang di Terengganu. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah dilantik sebagai Menteri Besar. Pada satu hari, beberapa peguam telah diamanahkan untuk membuat satu perbentangan kepada beliau di pejabatnya dekat Kuala Terengganu. Salah seorang dari mereka adalah Zulkifli Nordin.

Untuk membuat perbentangan itu, mereka telah berbincang sehari suntuk di Kuala Lumpur sebelum membuat perbentangan pada keesokan harinya. Maknanya, kesemua mereka sentiasa bersama untuk membuat persiapan itu. Mereka berlepas ke Kuala Terengganu pada pagi esoknya dan terus ke pejabat MB Terengganu.

Di pejabat MB, apabila bersalam dengan Abdul Hadi, Zul Nordin berkata, “Tuan Guru, Datuk Seri Anwar kirim salam. Semalam saya jumpa beliau,” kata Zul Nordin kepada MB Terengganu itu.

Tercengang-cengang semua rakan-rakan peguamnya apabila Zul berkata demikian kepada MB Terengganu itu. Bila pula ‘mamat’ ni jumpa Anwar. Semalam sehari suntuk mereka bersama.


Berpaling arah

Bilakah Zulkifli Nordin mula berpaling arah. Dalam hal ini saya bersetuju degan rakan penulis saya Mohd Sayuti Omar. Menurut Sayuti, Zul Nordin mula meninggalkan PKR sejak tahun 2009 lagi apabila Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzil menarik balik petition pilihan rayanya terhadap Zul.

Ketika itu, Zul telah dipetition kerana gagal membuat laporan kewangan perbelanjaan beliau dalam pilihan raya umum 2004. Ia menjadi syarat wajib bagi SPR. Mana-mana pihak yang tidak membuat laporan kewangan pilihan raya sebelumnya tidak layak untuk bertanding dalam pilihan raya berikutnya. Ekoran kegagalan itu, calon BN telah membuat petition. Zul juga mempunyai masalah besar kerana dia juga didakwa cuba membuat laporan palsu dalam kes ini.

Menjelang mahkamah membuat keputusan, tiba-tiba calon BN itu telah menarik balik petitionnya. Ekoran itu selamatlah Zul dan kekallah beliau sebagai anggota Parlimen.

Walaupun masih anggota Parlimen PKR, namun tindak tanduk Zul bukan lagi anggota Parlimen PKR. Banyak kenyataan dan tindakan beliau sudah selari dengan Umno dan bukan Pakatan Rakyat lagi. Secara tidak rasmi, dia bagi saya sudah menjadi anggota Parlimen Umno. Apatah lagi, berita angin melaporkan beliau telah bertemu dengan Datuk Seri Najib sebelum itu. Saya tidak berani untuk berkata, adakah beliau bertemu dengan Rosmah atau tidak.

Kemuncak tindakan Zul Nordin adalah selari dengan Umno dalam isu nama Allah. Ketika PAS, sebagai sebuah parti Islam yang dipimpin oleh ulama berkata orang bukan Islam boleh menggunakan nama Allah kerana sememangnya nama Allah sudah digunakan oleh Kristian khasnya di Timur Tengah, Zul mengambil sikap selari dengan Umno. Sikap ini bertentangan dengan sikap PKR dan PAS sendiri.

Ia tidak menjadi masalah lagi kerana di dalam PAS juga mempunyai pendapat yang berbeza sebelum kata sepakat dicapai. Tetapi, apabila Zul membuat laporan polis terhadap anggota Parlimen PAS dari Shah Alam, Khalid Samad ekoran isu nama Allah ini, dia sudah melampaui batas. Semua pihak mengatakan Zul Nordin sudah melampau.

Saya menyokong penuh kenyataan Datuk Zaid Ibrahim yang berkata, “Saya berdoa agar Zul keluar PKR atau dipecat oleh PKR.”

Dan kini PKR sudah memecat Zulkifli Nordin. Sebagaimana dijangka, beliau diangkat menjadi hero oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia dan diberikan laporan muka depan akhbar itu.

Saya selalu berkata kepada pemimpin PAS, “kalau kenyataan tuan disiarkan oleh Utusan, apatah lagi di muka depannya, percayalah itu bukan publisiti yang tuan perlukan. Itu sebenarnya publisiti buruk dan percayalah ia akan menyusahkan tuan dan PAS.” — harakahdaily.net

Ulasan GB

Zulkifli Sulong menulis "apabila Zul membuat laporan polis terhadap anggota Parlimen PAS dari Shah Alam, Khalid Samad ekoran isu nama Allah ini, dia sudah melampaui batas. Semua pihak mengatakan Zul Nordin sudah melampau."

emm, mungkin perlu pembetulan, bukan semua pihak, ada pihak kecil dalam PAS sendiri yang suka dengan tindakan Zulkifli Noordin yang membuat laporan polis terhadap Khalid Samad. Zulkifli Sulong pasti memahami tulisan saya ini dan kenalpasti kumpulan hampas yang saya maksudkan.

Salehuddin Hashim Didakwa Main Peranan Penting Dalam Aksi Para Pelompat Parti

Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hashim didakwa menjadi broker UMNO untuk menarik wakil rakyat pakatan pembangkang keluar parti.

Ketua Dewan Pemuda Pas Terengganu, Mohd Nor Hamzah berkata, peranan Salehuddin dapat dihidu dengan kehadiran beliau pada setiap majlis pengumuman keluar parti oleh Ahli Parlimen pakatan pembangkang.

Sehubungan itu katanya, beliau percaya Salehuddin ialah individu penting bagi menarik dan menggoda wakil rakyat pembangkang mengisytiharkan diri mereka sebagai parti Bebas atau menyertai UMNO.

“Malah, dalam isu ini kita sebenarnya nampak dua perkara sama ada wakil rakyat itu bersedia (untuk lompat parti) ataupun mereka berjaya ditipu oleh broker berkenaan,” katanya di sini semalam.

Difahamkan sebelum ini dalam temubual oleh se-buah akhbar, beliau menafikan dakwaan memainkan peranan dalam isu pemimpin wakil rakyat pembangkang keluar parti.

Mengulas mengenai desakan supaya Mohsin Fadzli Samsuri mengosongkan kerusi Parlimen Bagan Serai dalam masa tujuh hari atau solat hajat dilakukan agar tindakannya keluar parti mendapat balasan Allah SWT, beliau menyatakan persetujuannya.

Mohd Nor berkata, desakan dan solat hajat itu wajar dilakukan kerana Mohsin Fadzli telah mengkhianati perjuangan parti, kepercayaan rakyat dan segala penat jerih jentera parti ketika bertanding di kerusi tersebut dulu.

“Khianat ini satu per-buatan salah, oleh itu kita mahu dia letak jawatan dan bertanding atas tiket UMNO ataupun Bebas, kita mahu lihat pengundi di Bagan Serai memilih atas dasar perjuangan parti ataupun dirinya sendiri,” katanya.

Ditanya mengenai kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria bahawa haram jika mahu mengadakan solat hajat mendoakan kebinasaan orang lain terutamanya umat Islam, Mohd Nor mencabarnya mengeluarkan hadis bagi mengukuhkan kenyataannya itu.

“Kita cabar beliau bawa hadis dan ayat al-Quran, kenyataannya seolah-olah ingin berpolitik,” katanya. -SH

Hanipa Maidin : UMNO Perlukan ZulKulim, Bukan PAS

Sebagai salah seorang pemimpin PAS Pusat saya tidak boleh menerima apa-apa alasan/ justifikasi sekiranya PAS bersedia menerima semula Y.B Zulkifli Nordin sebagai ahli PAS. Kecualilah PAS ingin diporakperandakan seperti mana Zulkifli berjaya memporak perandakan PKR sebelum ini.

Zulkifli adalah liabliti bukan aset kepada PAS- dan juga mungkin kepada mana-mana parti politik . Tidak tahulah kalau Umno anggap beliau sebagai aset. Saya percaya bagi UMNO Zulkifli hanya berguna selagi beliau berada di PKR atau Pakatan Rakyat kerana bodohlah jika Umno tidak suka pemimpin Pakatan sendiri ingin hancurkan Pakatan !!! Ringkasnya Zulkifli hanya berguna kepada Umno selagi Umno boleh gunakan atau salahgunakan beliau.

Bagi mereka yang tidak tahu dan tidak sedar ,untuk rekod, PAS sebelum ini telah pernah membuat keputusan memecat Y.B Zulkifli apabila beliau melanggar keputusan Majlis Syura yang tidak membenarkan beliau bertanding dalam pilihan raya. Bayangkan semasa beliau masih dalam PAS , beliau dengan tanpa rasa bersalah bertanding dalam pilihan raya atas tiket parti lain tanpa restu parti.

Jadi jika sekarang beliau ingin berhajat masuk balik kepada PAS , kita ingin mengatakan : Maaf Zul we know who you are and sorry we are not impressed at all with your behaviour and conduct. We believe you should resign as MP and just sit at home and do nothing. Many believe that you are menace to any political party in this country. If you still have dignity please resign within 24 hours from the date hereof !!! - hanipamaidin

6 Comments:

At 5:49 AM, al-mankaraqi said…

Saya fikir 'parti Islam' ada jalan keluar untuk memulihkan YB Zul.
Perlukah beliau dihukum lebih dari sekali?

At 7:00 AM, hanipamaidin said…

Bro Al Mankaraqi.

Unfortunately Brother , you do not what we know !

At 7:05 AM, al-mankaraqi said…

Tuan,

saya menghargainya.
semoga pucuk pimpinan membuat keputusan yang tepat dan menguntungkan jemaah.
terima kasih!

At 7:10 AM, magn said…

having leaders like you,made me proud being a pas member.
from another mamak pas member

At 7:58 AM, bat8 said…

Setakat ni kita biarkan Zul mengeluarkan pelbagai kenyataan memburukkan PKR, Pakatan. Biar dia bercakap tentang prinsip Islam songsang dia.Biar dia keluar hari-hari dalam utusan dan MSM.

Kita jawab sekadarnya sahaja kalau perlu, kalau tidak biarkan dia merapu sorang-sorang.

Makin dia merapu, makin le tipis peluang UMNO nak ambil dia. Last-last dia kantoi sendiri.

Setakat ni tak ada pun pemimpin besar UMNO mengulas aka menyokong si zul ni. Jadi kita tahulah bahawa dia dah mula jadi liabiliti kepada UMNO.bandingkan dengan sambutan pemimpin UMNO apabila zahrain, tan tee beng keluar PKR dulu.

bat8

At 4:45 PM, mohd said…

Akhirnya Zul bertindak seperti kebudak-budakan dengan mengesa kak Wan meletakkan jawatannya sebagai presiden kerana kegagalan kak Wan membendung ahli MP PKR dari keluar parti malah mencabar kak wan bertanding dgn nya 1 lawan 1 di parlimen kulimm....haahahahahahaha

ZULL cepat la kalau beraniiii

Prestasi PR Jauh lebih Baik Dari BN.

Pentadbiran gagasan Pakatan Rakyat di empat buah negeri dalam tempoh dua tahun lalu memperlihatkan pelbagai kejayaan, sekaligus menolak momokan Umno-BN yang mendakwa kononnya gagasan itu tidak boleh mengurus tadbir negara.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelaburan di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan mencatat kejayaan memberangsangkan, meskipun menghadapi pelbagai kekangan dari kerajaan pusat.

Disamping itu, dasar-dasar Pakatan rakyat membela penduduk tanpa mengira kaum dan bangsa berjaya membendung masalah polirasasi kaum di negeri-negeri berkenaan.

Akhbar Utusan Malaysia hari ini menyiarkan laporan khas yang mendakwa kononnya Pakatan Rakyat gagal selepas dua tahun mentadbir Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor.

Laporan itu sudah pun dijangka kerana Utusan adalah akhbar kawalan Umno yang diberikan permit untuk menerbitkan akhbar harian.

Namun laporan ini sengaja menutup kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan negeri pimpinan Azizan Abdul Razak di Kedah, Lim Guan Eng di Pulau Pinang, Khalid Ibrahim di Selangor dan Nik Aziz Nik Mat di Kelantan.

Contohnya di Selangor, kerajaan negeri menarik 278 projek perindustrian iaitu jumlah paling tinggi di Malaysia, dengan hasil pelaburan hampir RM7 bilion.

Lebih 20,000 peluang pekerjaan diwujudkan.

Kad laporan Selangor Mac 2008- Mac 2010 menunjukkan kadar jenayah turun 5.3 peratus, 54,339 kes tahun 2009 berbanding 57,704 kes pada 2008.

Indeks jenayah yang berjaya dikurangkan membawa kepada peningkatan kualiti hidup untuk rakyat Selangor.

Di Pulau Pinang, kerajaan pimpinan Lim Guan Eng meluluskan 104 projek industri.

Kad laporan Pulau Pinang Mac 2008-Mac 2010 mencatatkan lebihan belanjawan RM88 juta, 200 hub pendidikan, bantuan untuk SAR, sekolah Cina dan Tamil dan berjaya menghapuskan kemiskinan tegar.

Dasar CAT (daya saing, pertanggungjawaban dan ketelusan) menjadi pemangkin kepada kejayaan Pulau Pinang untuk mencatat lebihan belanjawan sebanyak RM88 juta berbanding jangkaan defisit sebanyak RM35 juta.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga mewujudkan 200 ekar hub pendidikan untuk menjadikan negeri ini sebagai pusat pendidikan terunggul.

“Kerajaan pimpinan Guan Eng turut memberi bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat berjumlah RM 97 ribu setiap sekolah, RM 60 ribu untuk sekolah Cina dan RM 63 ribu kepada sekolah Tamil".

Kerajaan negeri di bawah pimpinan Azizan Abdul Razak, mencatatkan pelaburan keseluruhan lebih RM 839 juta bagi tempoh Januari hingga September 2009.

“Kini dengan keluasan 1,000 hektar kerajaan mendapat hasil RM16.7 juta, tidak termasuk cukai per tan metrik bila balak dikeluarkan dari hutan. Sedangkan di bawah pentadbiran umno-bn, dengan keluasan yang sama, hanya mampu mengutip RM3 hinggga RM4 juta sahaja termasuk cukai kayu pertan metrik. Kejayaan ini merupakan hasil dari pelaksanaan dasar yang telus serta tidak berkompromi dengan rasuah” kata Anwar.

Di Kelantan, Anwar berkata meskipun di tindas oleh Umno-BN sekian lama, kerajaan pimpinan Nik Aziz berjaya dalam program negeri berkebajikan.

“Program Kifalah untuk anak yatim, golongan miskin, ibu tunggal dan orang kurang upaya telah menjadi contoh kepada banyak negeri. Begitu juga dengan program Perbadanan Ladang Rakyat yang membantu golongan marhaen, Bandar Baru Tunjung dibina menjadi pusat komersil satelit kepada Kota Bharu”.

Selain itu kerajaan negeri berjaya menguruskan sumber airnya sendiri di samping menjadikan Perbadanan Menteri Besar Kelantan sebagai agensi pelaburan utama negeri yang sebelum ini gagal di bawah pemerintahan BN.

“Kerajaan negeri berjaya menguruskan 20 sekolah agama bantuan penuh kerajaan negeri yang cemerlang dan menjadi saingan kepada sekolah premier di bawah Kementerian Pendidikan. Kemahiran pelbagai syarikat multinasional adalah bukti kuasa beli rakyat Kelantan terus kukuh. Sepanjang 20 tahun pemerintahan ekonomi tempatan dibina secara kendiri tanpa bantuan stimulus dari kerajaan Pusat".

Segala kejayaan di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan sengaja di padamkan oleh utusan dalam laporan khasnya hari ini, semata-mata supaya memberi gambaran sebaliknya kepada rakyat.

“ Utusan itu suara UMNO yang pertahankan rasuah dan penyelewengan. Saya tidak hairan, tengok Selangor, berkhidmat untuk rakyat berbanding dengan rasuah pimpinan UMNO, bagi saya tidak ada isu. Buat apa hendak layan Utusan”ujar Anwar.

Pada sidang media berasingan Anwar menegaskan Pakatan Rakyat tidak leka dengan pencapaiannya dan berusaha untuk meningkatkan prestasinya.

“Pakatan Rakyat akan terus memastikan dasar-dasar yang dilaksanakan didasari prinsip ketelusan dan pertanggungjawaban. Berdepan dengan masalah perkauman yang meruncing, rakyat di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat menunjukkan perpaduan kaum yang semakin jitu dan utuh. Negeri-negeri Pakatan menunjukkan prestasi ekonomi yang memberansangkan jika dibandingkan dengan negeri yang ditadbir umno-barisan nasional".


Pas Tidak Mungkin Berbaik Dengan UMNO - TGNA

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Pas tetap meneruskan perjuangan dalam Pakatan Rakyat (PR) dan sama sekali tidak akan berbaik dengan UMNO yang telah mengkhianati kepercayaan yang diberikan parti itu sebelum ini.

Menurutnya, meskipun parti itu menolak pendekatan perpaduan dengan UMNO, namun bukan bermakna Pas mengetepikan tanggungjawab menyebarkan Islam yang menjadi teras perjuangannya selama ini.

“UMNO menolak Islam dan mengasingkan politik dengan agama. Kesan menolak Islam itulah, banyak pihak tidak faham Islam, termasuk rakan kita yang bukan Islam.” katanya dalam perutusan sempena dua tahun pemerintahan PR.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Pas pernah membuat persetujuan untuk bersama-sama dengan Barisan Nasional(BN) walaupun ada yang menyokong dan menentang sehingga menyebabkan berlakunya kecelaruan dalam parti.

Namun katanya, adalah suatu perkara yang sukar diterima memandangkan Pas berkorban semata-mata ingin bersama UMNO, tetapi tindakan itu tidak dihargai dengan menendang keluar dari kerjasama tersebut.

“Ia sungguh perit untuk berbaik semula dengan UMNO atau masuk balik bersama BN. Oleh sebab itu, Pas rela dan menyatakan komitmen tinggi bersama mengukuhkan perpaduan dalam PR,” katanya.

Dalam pada yang sama, Nik Aziz berkata, Pas dituduh sebagai boneka DAP sedangkan apa yang berlaku di Pulau Pinang sebelum ini, UMNO yang mendapat kuasa majoriti tetapi gagal memerintah dengan kuasa yang diberikan.

“Apa yang jelas pemimpin parti Gerakan yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Jelas, dalam keadaan itu, meletakkan kedudukan UMNO sebagai parti yang menjadi kuda tunggangan (boneka) parti Gerakan.

“Ada sejumlah kerusi yang sepatutnya UMNO bertanding (di kawasan majoriti Melayu), tetapi secara tidak beradab telah menyerahkan kepada pemimpin Gerakan, MCA dan MIC," katanya. -SH

Muhyiddin Terpaksa Ampu Najib Untuk Kekal Sebagai TPM

Muhyiddin Mohd Yassin. Itulah namanya. Seorang pemimpin rasis yang dikenali rakyat. Di saat awal sewaktu beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri beliau mendakwa Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat Melayu.

Media massa yang menjadi alat pengampu Umno-Barisan Nasional digunakan sehebat-hebatnya untuk menyerang Anwar dan mengecam PAS yang turut diheret sama kononnya menggadai masa depan Melayu-Islam kerana berkawan dengan DAP.

Seolah-olahnya Muhyiddin dan media pengampunya mahu memberitahu rakyat bahawa Muhyiddin seorang yang jujur dan tulen memperjuangkan nasib Melayu.

Pemimpin-pemimpin parti berbangsa Cina pernah melahirkan bantahan mereka terhadap kenyataan Muhyiddin di dalam satu wawancara yang tersiar di dalam akhbar Mingguan Malaysia bertajuk "Kuasa penentu Melayu hilang jika terus berpecah".

Muhyiddin dibidas oleh pemimpin kaum masyarakat Cina yang mereka sifatkan kenyataan Muhyiddin itu sebagai rasis dan adalah amat tidak wajar ia dikeluarkan oleh pemimpin nombor dua negara. Apatah lagi tatkala Najib sedang menyeru ke arah konsep "Satu Malaysia" yang dilihat hanya sebagai satu slogan kosong tetapi rupa-rupanya tidak dihayati oleh pemimpin UMNO sendiri terutama oleh timbalannya sendiri.

Laman blog Muhyiddin yang 'hilang' semenjak awal bulan ini yang dipercayai akibat serangan kumpulan-kumpulan Najib masih tidak dapat diakses.

Laman sesawang Timbalan Perdana Menteri itu, http://www.my-malaysia.com.my/ hanya tertera 'Not Available!' apabila dibuka.

Difahamkan, serangan itu berpunca hasil strategi Muhyiddin yang dilihat bertentangan dengan dasar 1Malaysia yang diperkenalkan Najib.

Muhyiddin dilihat lebih kepada pro perkauman dengan laungan dan slogan Melayu berbanding slogan Najib 1Malaysia. Laman blognya tidak bertemakan 1Malaysia apabila memilih tema ‘My Malaysia’ yang maksudnya cukup berbeza dengan tema Najib yang mahukan satu Malaysia dan bukannya Malaysia Saya.

Semalam Muhyiddin menyatakan prestasi pakatan pembangkang selepas dua tahun memegang tampuk pentadbiran di tiga buah negeri yang dikuasai PR masih tidak menunjukkan kesan nyata kejayaan dalam pentadbiran, demikian lapor Bernama.

"Kalau mereka masih pertikai dua tahun apa boleh dibuat, kita lihat sahaja pentadbiran di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa belum pun sampai setahun, sudah pelbagai perkara yang dibuat," katanya.

Sebagai contoh, Muhyiddin berkata di bawah pentadbiran Najib, Malaysia telah memperkenalkan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP), melaksanakan tindakan-tindakan untuk menangani impak kegawatan ekonomi selain bakal memperkenalkan Model Ekonomi Baru.

Kita ingin bertanya kepada Muhyiddin, apa yang beliau sendiri telah lakukan sebagai TPM yang mempunyai kesan nyata setakat ini? PPSMI sendiri yang beliau janjikan untuk hapuskan belum lagi terlaksana.

Pelan Transformasi Kerajaan yang dijadikan contoh sebagai usaha Najib hanya sekadar gah pada nama, apakah benar sudah wujud transformasi yang dijanjikan? Sama seperti slogan-slogan lain, ianya kosong tetapi hampas. 1Malaysia diikuti dengan siri kejadian merosakkan rumah ibadat bukan-Islam.

KPI dan NKRA sehingga kini telah ditangguhkan pengumuman keberhasilannya kerana memang kerajaan tidak mencapai indeks prestasi yang memuaskan. Malah kenyataan bahawa ekonomi negara akan tumbuh sebanyak 5 peratus pada 2010 dianggap satu penipuan "terang-terangan" kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat. Hakikatnya ekonomi kita masih belum pulih terutamanya sektor perkilangan yang terjejas teruk ekoran kekurangan eksport kerana kemerosotan ekonomi di Amerika Syarikat pada 2008

Timbalan Menteri Sumber Manusia seperti yang dilaporkan oleh Bernama baru-baru dimana Datuk Maznah Mazlan melaporkan bahawa jumlah penganggur di Malaysia dari Oktober 2008 sehingga Disember tahun lepas mencatatkan sebanyak 36,000 orang atau 3.6 peratus daripada jumlah penduduk Negara.

Demikian Muhyiddin, tanpa mengampu Najib, Muhyiddin yang umurnya lebih tua dari Najib tidak mungkin kekal lama sebagai TPM.