Atas alasan mahu kebenaran terserlah, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis sekali gus mendesak kerajaan menyiasat penyebaran rakaman cakera padat video (VCD) yang memaparkan aktiviti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika di penjara pada 2001.
Rakaman yang disertakan tarikh dan masa seperti direkodkan kamera litar tertutup (CCTV) itu didakwa pertubuhan yang menggelarkan diri mereka Gerakan Anti Liwat, diedarkan dari rumah ke rumah dipercayai sekitar Seksyen 3, Bandar Baru Bangi.
Pengasasnya, Mohd Arshad Ishak, 26, berkata dia menerima VCD bertajuk ‘Sandiwara Anwar: Sebab-Sebab MP PKR Keluar Parti’ itu diletakkan dalam peti surat rumahnya pada 6 Mac lalu yang menunjukkan kegiatan Anwar ketika ditempatkan di Penjara Sungai Buloh, dan dibandingkan ketika beliau di sebuah kawasan perkuburan. “Rakaman ini bukan kali pertama saya tengok kerana sebelum ini pernah disiar di laman web dan ‘YouTube’, cuma pertama kali saksikannya dalam bentuk VCD yang menunjukkan dia tak mampu berjalan sendiri.
“Sedangkan dalam penjara beliau kelihatan amat sihat, bertenaga dan boleh berjalan tanpa kerusi roda. Yang menjadi persoalan bagaimana rakaman ini boleh tersebar kepada umum kerana saya percaya penjara adalah tempat keselamatan dan rakaman pun untuk tujuan pemantauan.
“Jadi sebagai seorang warga negara yang mendaulatkan undang-undang, saya desak agar kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat perkara ini,” katanya ditemui selepas membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Baru Bangi, di sini semalam.
Mohd Arshad yang juga seorang peniaga berkata dia membuat laporan bukan atas desakan mana-mana pihak sebaliknya kesedaran diri sendiri selain merasakan pihak tidak bertanggungjawab perlu di bawa ke muka pengadilan. -hmetro

ni la keja2 sayap propaganda umnoBN nih... yg dimaksudkan anwar sakit tulang belakang tu bukan sampai xboleh jalan lgsung. dia xboleh naik tangga, turun, atau aktiviti2 yg menampung bebanan oleh tulang belakang dia.. kalau stakat video tunjuk dia brjalan kat tempat datar mcm dlm wad tu nak kata anwar ,menipu dah, mmg bangang la puak2 umno ni..
BalasPadamsesungguhnya tiada puak2 r juak2 yg takut kpada anwar melainkan mereka yg gerenti masuk penjara sekiranya anwar jd pm nti. insyaallah..
betul kata hang tu
BalasPadam