4 Feb 2010

Pilihanraya Kampus Sepatutnya Lebih Telus

Pilihan raya kampus seharusnya dijalankan dengan lebih telus dan sistematik agar ia mampu berfungsi dengan lebih efektif sesuai dengan statusnya yang diadakan di gedung-gedung ilmu, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata pilihan raya kampus adalah proses pendidikan politik bagi pelajar, justeru ia wajar menerima sambutan hangat setiap kali diadakan.

Menurutnya, rakyat khususnya mahasiswa harus melihat pilihan raya kampus sebagai satu proses untuk melahirkan hasil atau produk yang terbaik, sekaligus memenuhi objektif yang disasarkan.

Apa yang perlu menjadi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) ialah kalau boleh, jangan ada kerusi yang dimenangi tanpa bertanding kerana kalau ada, ini menunjukkan penyertaan mahasiswa sangat rendah,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan sekumpulan sembilan pelajar dari lima buah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di kementeriannya di sini hari ini.

Para pelajar berkenaan telah ditahan polis semasa berhimpun secara haram di ibu negara pada 23 Jan lalu kerana membantah proses pilihan raya kampus yang didakwa tidak adil termasuk undian secara elektronik.

Dilaporkan mereka adalah antara 200 mahasiswa dari IPTA di sekiar Lembah Klang yang menyertai bantahan tersebut.

Empat daripada sembilan pelajar tersebut ialah dari Universiti Kebangsaan Malaysia, dua pelajar dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dan masing-masing seorang dari Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaya dan Universiti Putra Malaysia.

Menurut Saifuddin, kementeriannya pada dasarnya berpuas hati dengan perjalanan pilihan raya di semua IPTA walaupun berpendapat ia boleh mencapai tahap yang lebih baik.

“Kesemua calon yang bertanding juga dilihat mematuhi etika dan peraturan berkempen dengan mengenengahkan isu-isu luar tanpa menggunakan isu bersifat peribadi,” katanya.

Mengenai tindakan yang bakal diambil ke atas sembilan pelajar terbabit, beliau berkata ia bergantung kepada budi bicara pihak universiti.

“Kementerian tidak akan mencampuri tindakan yang akan dikenakan ke atas mereka kerana ia tertakluk di dalam bidang kuasa pihak universiti, namun diharapkan ia akan memberikan keadilan kepada semua.

“Begitu juga dengan tindakan oleh pihak polis kerana kes tersebut masih dalam siasatan. Kita serahkan kepada pihak polis untuk membuat keputusan,” katanya. -MI

Ulasan GB

GB tabik dengan kenyataan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah seperti yang dilaporkan di dalam berita di atas. Dan GB kesal dengan tindakan beberapa pihak pentadbiran universiti yang nampaknya telah mencari jalan bagi degradasi, baik dari segi intelektualisme, idealisme, patriotisme, maupun semangat jati diri para mahasiswa.

Sebagai seorang bekas pemimpin pelajar satu ketika, GB dapat merasakan kedudukan mahasiswa sebagai mekanisma kawalan, bermaksud sebagai pengimbang kepada kekuasaan yang ada pada pemerintah. Tugas tersebut, idealnya memang dilakukan oleh partai politik, namun sayang hal itu tidak berlaku, bahkan dimandulkan oleh kekuasaan yang tidak mengenal apa yang dikatakan "kritikan". Dalam konteks itulah, letak peranan mahasiswa sebagai agent of social control serta sebagai agent of change.

Malangnya tugas itu pun dimandulkan, sehinggalah mahasiswa tiba-tiba mendapati yang terbentuk ialah mentaliti mahasiswa hedonis dan pragmatis yang dibawa oleh gerakan yang hanya tahu mengangguk dan mengiyakan, jauh dari pemikiran kritis untuk menghujahkan kebenaran dan keadilan.

Jarang sekali mahasiswa digalakkan untuk berfikir tentang persoalan kerakyatan, keagamaan, atau pun bagaimana konsep memajukan bangsa di era globalisasi ini. ereka lebih suka diajak bersenang-senang untuk kepentingan pribadi yang bersifat sementara, seperti kegiatan rekreatif (jika dibanding dengan kegiatan masyarakat).

Melihat fenomena tersebut, maka kita mempunyai kewajiban untuk mengubah mentaliti yang hedonis dan pragmatis tersebut kembali kepada jati diri mahasiswa, yang mempunyai idealisme tinggi. Salah satu jalan alternatif untuk itu adalah dengan menghadapkan langsung mahasiswa pada persoalan-persoalan kerakyatan yang dengan begitu, idealisme serta daya kritis mahasiswa yang terasa hilang akan dapat dibangunkan kembali.

Wanita Menjerit "Oi Saiful, Aku Sumpah U Tak Boleh Buang Air Besar 10 Hari"

Saksi pertama perbicaraan kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan menyambung keterangannya petang ini selepas tinjauan mahkamah kira-kira 1 jam di tempat kejadian tengah hari tadi.

Terdahulu, kehadiran kira-kira 17 kenderaan dengan iringan kawalan polis memecahkan kesunyian kawasan penempatan mewah Damansara Heights yang popular dengan kalangan ekspatriat.

Konvoi itu berlepas dari Mahkamah Tinggi pada 11.43 pagi termasuk pegawai mahkamah, kesemua anggota pasukan pendakwaan dan juga pasukan pembelaan yang diketuai Karpal Singh.

Saiful, yang memakai sut kelabu gelap dan kemeja putih, diiringi peguam Zamri Idrus yang bertindak sebagai peguam pemerhati baginya.

Sejurus tiba, Saiful menunjukkan kepada Hakim Mohamad Zabidin, tempat dia meletakkan keretanya pada hari kejadian dan lif yang digunakannya untuk ke apartmen itu.

Kondominium itu terletak kira-kira tiga hingga empat minit perjalanan dengan kenderaan dari rumah lama Anwar di Bukit Damansara.

Kehadiran mereka juga “diikuti” sekumpulan penyokong pro-Anwar. Anwar juga mengiringi hakim dan pasukan peguam ketika tinjauan dilakukan.

Penyokong Anwar kelihatan “ghairah” apabila melihat kehadiran Saiful dalam salah satu kereta bersama bapanya, Azlan Mohd Lazim dan peguam Zamri Idrus.

Melihat kehadiran Saiful, seorang wanita yang berbaju kurung warna hijau dan berskaf ungu lembut menjerit: “Jantan sial! Oi Saiful, aku sumpah ‘you’ tak boleh buang air besar sepuluh hari.”

Tindakan wanita ini menggamamkan anggota kawalan keselamatan di kondominium berkenaan dan juga anggota polis yang hadir.


Anwar, dan Saiful turut hadir apabila Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memeriksa apartmen dua bilik tidur itu yang terletak di tingkat lima.

Saiful menunjukkan kepada hakim tempat Anwar duduk di ruang tamu apabila dia datang untuk menghantar dokumen dan bilik tidur utama di mana kejadian liwat itu berlaku selepas itu.

Semasa pemeriksaan itu, Mohamad Zabidin dilihat bertanya beberapa soalan kepada Saiful.

Terdapat sebuah katil kelamin di bilik tidur utama di mana tingkapnya ditutupi langsir warna kelabu gelap. Langsir berwarna serupa juga terdapat di ruang tamu yang juga terdapat sofa kulit berwarna pudar. Di ruang makan, terdapat sebuah meja makan untuk enam orang.

Anwar meninggalkan tempat itu selepas pemeriksaan di bilik tidur utama.

Dari apartmen itu, hakim dan Mohd Saiful pergi ke pejabat pengurusan kondominium itu untuk memeriksa kemudahan CCTV.

Lawatan itu diadakan selepas Saiful menyambung keterangannya secara tertutup pagi tadi di Mahkamah Tinggi yang terletak berhampiran.

Pada sessi petang, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan Saiful memasuki kawasan Kondominium Desa Damansara pada hari kejadian dia mendakwa diliwat oleh majikannya itu.

Ketika rakaman dipertontonkan di mahkamah, Saiful mengesahkan bahawa orang dalam rakaman itu adalah dirinya.

Rakaman CCTV itu menunjukkan Saiful memasuki lif untuk ke aras lima dan kemudian meninggalkan aras itu juga dengan menaiki lif.

Dia dilihat menuju ke aras lima pada pukul 2.47 petang dan kemudian keluar pukul 4.14 petang.

Bagaimanapun rakaman yang menunjukkan Saiful masuk dan keluar kondominium itu tidak dapat dipertontonkan ekoran masalah teknikal pada komputer.

Saiful berkata pada jam 1.00 petang, 28 Jun 28, 2008, dengan ditemani oleh bapa saudaranya Tuah Mohd Halim, mereka ke Hospital Tawakal. Bagaimanapun dia gagal mendapat rawatan kerana hospital itu beroperasi separuh hari.

Berikutan itu, dia pergi ke sebuah lagi hospital swasta, Hospital Pusrawi dan dirawat oleh Dr Mohd Osman Abdul Hamid.

Saiful berkata doktor di Pusrawi mecadangkannya supaya ke hospital kerajaan untuk diperiksa.

Dia menyatakan kemudiannya dia ke hospital Kuala Lumpur dan memberitahu seseorang yang dikenali sebagai Dr Daniel yang dia diliwat oleh tertuduh.

Doktor itu memberikannya sekeping nota dan dia dirujuk ke wad kecemasan bagi membuat laporan polis. Superintenden Jude Pereira adalah antara pegawai polis yang membantunya membuat laporan.

Mahkamah ditangguhkan sehingga jam 9.30 pagi esok.



Rasuah Pasir - 7 Termasuk Inspektor dan Ibu Tunggal Didakwa

Tujuh orang mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan berhubung kes rasuah yang berkaitan dengan perlombongan pasir secara haram di Selangor.

Mereka dihadapkan di Mahkamah Sesyen di hadapan hakim Mat Ghani Abdullah di sini hari ini.

Ketujuh-tujuh tertuduh termasuklah seorang polis berpangkat inspektor, kakitangan kerajaan dan seorang suri rumah.

Akhir bulan lalu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menangkap hampir 40 orang di pelbagai lokasi di seluruh negara disyaki terlibat dengan sindiket mencuri dan menyeludup pasir.

Sebahagian daripada mereka sudah pun dihadapkan di mahkamah.

Abdul Halim didakwa sebagai penolong pengarah tanah yang bertugas di Pejabat Daerah & Tanah Hulu Langat telah meminta untuk dirinya suapan wang tunai RM2,000 daripada Khairul Anuar Ahmad Bustaman, 23, supaya tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas aktiviti pengeluaran pasir tanpa permit yang sah oleh Khairul Anuar di kawasan Lot 1519, Batu 19 1/2 dan Lot 3654, Batu 1/4 Jalan Sungai Lui, Hulu Langat.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Daerah & Tanah Hulu Langat, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, kira-kira pukul 11 pagi pada 23 April tahun lepas.

Abdul Halim juga didakwa secara rasuah setuju menerima suapan wang tunai RM2,000 daripada Khairul Anuar melalui Mohd Azam Ab Jalil, 30, sebagai dorongan untuk melakukan perkara yang sama di dalam sebuah kereta Perodua Kancil nombor pendaftaran WPN 5287 di Jalan Medan Bangi, Bandar Baru Bangi dekat sini, kira-kira pukul 10 pagi pada 24 April tahun lepas.

Abd Wahab pula didakwa sebagai Penolong Pengurus Tanah yang bertugas di Kumpulan Semesta Sdn Bhd (anak syarikat kerajaan Selangor) telah secara rasuah memperoleh dari Mohd Shafiq Idrus wang tunai RM3,000 yang dimasukkan ke dalam akaun Maybank miliknya sebagai dorongan untuk memproses permohonan Mohd Shafiq bertarikh 6 Okt 2009 bagi mengusahakan kawasan pasir di sepanjang Sungai Langat, Dengkil, Sepang.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Maybank cawangan Kajang, Ground & Mezzanine Floor, 28-30, Jalan Tukang Pekan Kajang, Hulu Langat, kira-kira pukul 3 petang pada 18 Sept tahun lepas.

Abdul Amir didakwa sebagai Inspektor polis di cawangan trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang telah secara rasuah memperolehi untuk dirinya suapan wang tunai RM200 daripada Lee Keen Seng, 43, di pejabat Cawangan Trafik, Ibu pejabat Polis Daerah Kajang, kira-kira pukul 2 petang pada 6 Nov 2008.

Tertuduh juga didakwa memperoleh untuk dirinya suapan wang tunai RM1,500 daripada Wong Yun Fui, 32, melalui Ahmad Khairi Ley di tempat letak kenderaan di kawasan rehat Lebuhraya Kajang Silk menuju ke Kajang, Hulu Langat, kira-kira pukul 12.15 tengah hari pada 13 Nov 2008.

Abdul Amir turut didakwa memperoleh bagi dirinya suapan wang tunai berjumlah RM4,500 daripada Wong melalui akaun Maybank miliknya di Maybank cawangan Sri Serdang dekat sini, pada 22 Dis 2008, 19 Jan dan 4 Mac tahun lepas.

Tertuduh didakwa melakukan kelima-lima kesalahan itu sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atas lori-lori pasir yang membawa lebih muatan. Kesemua tertuduh didakwa di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang jika sabit kesalahan memperuntukkan hukuman penjara minimum 14 hari dan maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Mat Ghani membenarkan Abdul Halim yang diwakili peguam Amir Khusyairi Mohamad Tanusi dibebaskan dengan jaminan RM6,000 serta seorang penjamin dan menetapkan perbicaraan selama tiga hari bermula 17 Mei depan serta sebutan kes pada 11 Mac depan.

Sementara bagi Abd Wahab yang juga diwakili peguam Amir Khusyairi, mahkamah menetapkan ikat jamin berjumlah RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan perbicaraan pada 20, 21 dan 24 Mei depan serta sebutan kes pada 11 Mac.

Mat Ghani turut membenarkan Abdul Amir yang diwakili peguam Azrul Zulkifli Stork dibebaskan dengan jaminan RM7,000 serta seorang penjamin dan menetapkan perbicaraan selama tiga hari bermula 6 Julai depan serta sebutan kes pada 22 Mac.

Ibu tunggal antara 7 didakwa rasuah sindiket curi pasir

Dalam pada itu di mahkamah yang sama, tiga individu termasuk seorang ibu tunggal turut menghadapi tuduhan rasuah membabitkan aktiviti pengeluaran pasir di kawasan Hulu Langat, pada Oktober 2009 dan Januari lepas.

Latifah Mahfodz, 45, dari Cheras; dan Azman Annhar, 44, dari Hulu Langat; serta Hamzah Che Hassan, 43, dari Semenyih dekat sini, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka.

Latifah, suri rumah dan Azman yang bekerja sendiri, didakwa bersama-sama meminta suapan wang tunai RM10,000 daripada Adnan Abd. Mokhtar, 41, sebagai dorongan kononnya untuk diberikan kepada penguat kuasa Pejabat Tanah Daerah Hulu Langat dan SPRM supaya tidak mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap Adnan yang akan menjalankan aktiviti pengeluaran pasir secara tidak sah di atas tanah kerajaan Bukit Enggang, Hulu Langat.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran Thoiba di No. 101A, Jalan 2, Batu 9, Cheras dekat sini, kira-kira pukul 10 malam pada 14 Jan lepas.

Latifah, ibu kepada tiga orang anak dan Azman, juga didakwa bersama-sama menerima suapan wang tunai RM10,000 daripada Nur Aida Arifin, 24, sebagai dorongan untuk melakukan perkara yang sama di Starbucks Coffee di G31, Aeon Cheras Selatan Shopping Center, Hulu Langat, kira-kira pukul 5.25 petang pada 18 Jan lepas.

Hamzah pula didakwa telah menerima suapan wang tunai RM500 daripada Tea Ming Kun, 40, sebagai dorongan kononnya untuk membantu mendapatkan permit pengeluaran pasir di Lot 3512 dan Lot 3513, Ulu Sungai Long, Hulu Langat, dan bagi

pengeluaran pasir di Stock Pile milik Kilang Cheras Kaolin Sdn Bhd dari Kumpulan Semesta Sdn Bhd.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran & Cafe Anjung, No. 70, Jalan Temenggong 1/9, Cheras, kira-kira pukul 10.30 pagi pada 22 Okt tahun lepas.

Jika sabit kesalahan, ketiga-tiga tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 14 hari dan maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Mat Ghani membenarkan Latifah yang diwakili peguam Muhammad Izzam Zailani dan Azman yang diwakili peguam Zainuddin Abdul Razak dibebaskan dengan jaminan RM5,000 setiap seorang serta seorang penjamin dan menetapkan tarikh perbicaraan selama tiga hari bermula 17 Mei depan.

Sementara bagi Hamzah yang juga diwakili peguam Zainuddin, Mat Ghani menetapkan ikat jamin berjumlah RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan perbicaraan selama tiga hari bermula 1 Jun depan.

Mahkamah turut menetapkan 11 Mac depan untuk sebutan bagi kedua-dua kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ng Siew Wee dari SPRM.


Khalid Samad : Jangan Dipatahkan Sayap Burung Yang Baru Ingin Terbang

TITM dan Saya.

Oleh Khalid Samad

Saya meletakkan tulisan TITM di blog saya sebagai bukti bahawa saya tidak merasa marah atau dendam terhadap beliau. Sebenarnya saya turut bersimpati terhadap beliau dalam isu ini. Dia dikecam jauh lebih teruk dari saya, sedangkan dia hanya berusaha untuk menjalankan tugas yang tidak ingin dipikulnya sejak dari awal lagi.

TITM merupakan salah seorang pimpinan yang mudah didampingi dan di dalam sesi perbahasan atau perbincangan saya melihat beliau sanggup mendengar hujjah-hujjah dari semua pihak, termasuk yang tidak berlatar-belakang pendidikan agama. Hujjah dipertimbangkannya berdasarkan kekuatan hujjah, bukan atas dasar siapa yang bercakap. Dalam beberapa isu, termasuk berhubung isu kalimah Allah, semasa mesyuarat Lujnah Politik PAS Pusat atau yang di rumah DSAI, kami sealiran.

Namun, seperti biasa, tidak mungkin kita bersetuju di atas semua perkara. Dalam soal keputusan JK Disiplin, saya akur dan tidak membantah, namun itu tidak bererti saya setuju secara keseluruhan atau berpuas-hati. Benar, saya telah menyebut bahawa matlamat minima tercapai tetapi itu tetap merupakan yang paling minima. Tetapi, adakah kita patut berpuas-hati dengan hanya yang minima?

HARAPAN AHLI DAN PENYOKONG TERHADAP JK DISIPLIN

Sememangnya ramai yang mengharapkan JK Disiplin akan menyelesaikan kemelut di Selangor. Kemelut yang begitu meruncing sehingga TGNA mencadangkan EGM untuk diadakan. Kemelut yang berpunca dari tindakan yang sering menjejas kepentingan PR melalui tindakan dan kenyataan yang jelas bercanggah. Kemuncak dari itu apabila berlaku peristiwa berhubung SelCAT. Ramai yang mengharapkan tindakan akan diambil terhadap punca kemelut itu, tetapi malangnya harapan ini musnah apabila yang dihukum ialah orang yang mempertahankan PR dan punca kemelut dilepas dengan hanya amaran.

Apabila ahli marah dan seteru tidak, sepatutnya ianya dilihat sebagai satu petanda bahawa ada yang kurang betul. Jangan kita respon dengan memarahi pula ahli sedangkan kemarahan ahli pasti ada sebabnya. Ahli telah sabar menunggu berbulan-bulan untuk melihat penyelesaian tetapi apa yang terhasil adalah sebaliknya. Tidakkah wajar kekecewaan mereka? Maka timbullah berbagai andaian.

JANGAN DIPATAH SEMANGAT KEPEMUDAAN PEMUDA

Saudara Abdullah Karim, seorang AJK Pemuda Pusat yang tidak langsung berkepentingan dalam isu ini menjadi marah, apa sebabnya? Kita harus tanya diri kita sendiri. Jangan pula kita menempelaknya dengan ugutan tindakan atau tuduhan tidak bertanggung jawab dengan mengatakan ‘kritik kemudiannya tinggal’. Saya pasti rancangannya untuk ‘tinggal’ sudah lama dibuat, malahan lama sebelum keputusan ini dikeluarkan.

Sebagai pemimpin, kita mesti galakkan kritikan yang membina walau datang dari apa saluran dan dari siapa sekalipun. Jangan dipatahkan sayap burung yang baru ingin terbang. Jangan dipadamkan semangat kepemudaan pemuda yang ingin berjuang. Ingat akan tindakan Saidina Umar (RA) apabila dinyatakan oleh seorang pemuda akan dihunus pedang untuk dibetulkan diri Umar. Umar memuji sikap pemuda tersebut dan tidak menempelaknya.

Selami pointnya dan fikirkan. Kalau betul, terima. Kalau tidak, jelaskan mengapa tidak. Pemimpin mesti berbesar hati, jangan sempit dan ingin mengongkong pemikiran pengikut. Kita perlu ‘engage’ dan beri penjelasan. Ini akan menjadikan pengikut bangga dengan sikap pemimpinnya dan pada masa yang sama, masyarakat sekeliling akan menghormati dengan keterbukaan pemimpin kita. Maka, janganlah diperlihatkan PAS bagaikan berkuku besi - kamu kritik, kamu dikenakan tindakan!

JANGAN MENEPIS KRITIKAN

Saya melihat TITM berpegang kepada pendirian bahawa ahli tidak sepatutnya mempertikaikan keputusan JK Disiplin. Mereka tiada fakta, hanya andaian. Namun inilah sebenarnya peranan JK Disiplin untuk menjelaskan. Keadilan mesti bukan sekadar dilaksana tetapi dilihat terlaksana. Dalam erti kata lain, JK Disiplin mesti meyakinkan semua bahawa keputusan dan hukuman yang telah ditetapkan adalah adil. Tidak cukup dengan hanya mengatakan “kami tahu, kamu tidak tahu” atau “kami ada fakta, kamu hanya andaian”. Ini kaedah menepis teguran namanya. Tiada yang terhasil dengan tepisan begini. Yang tidak berpuas hati akan terus tidak berpuas hati. Sebaliknya kita mesti jelaskan, dedahkan dan buktikan bahawa ianya adil.

Tepisan kedua, “kalau nak pertikai pun, guna saluran yang sepatutnya”. Sebenarnya inilah yang ahli melakukan selama ini. Mereka sabar menunggu berbulan-bulan, menjaga adab berjamaah, mengharapkan penyelesaian. Malangnya yang terhasil adalah sebaliknya. Sebenarnya keputusan JK Disiplin telah menyebabkan sebahagian dari ahli hilang keyakinan dengan ‘saluran yang sepatutnya’. Mereka menunggu dengan penuh harapan, yakin bahawa keadilan akan terlaksana namun akhirnya harapan dimusnahkan. TITM mesti ingat apa tujuan JK Disiplin dirujuk dalam soal ini. Termasuk hakikat bahawa ianya sebagai pengganti kepada EGM.

Adakah EGM dulu dicadangkan oleh kerana tindakan saya? Atau untuk menapis golongan yang dilihat anti-PR?

BUKAN SEMUANYA ANDAIAN

Hakikatnya ahli dan penyokong juga mempunyai fakta. Bukan semuanya andaian. Sebagai contoh saya kemukakan fakta yang diketahui umum.

1. Semua tahu PJ telah melakukan banyak perkara untuk menjejaskan kedudukan PR Selangor semenjak dahulu lagi. Kenyataan dan tindakan beliau menimbulkan berbagai masalah sehingga akhirnya di pertemuan di Tropicana beliau turut berjanji tidak akan bertelagah lagi dengan PR secara terbuka.
2. Beliau terus dengan kerenah beliau dalam isu SelCAT. Ini juga fakta.
3. Akhirnya beliau lepas dengan amaran dan saya yang dihukum. Sedangkan semua tahu saya menyanggah beliau kerana kesalahan beliau. Ini juga fakta.

Dengan fakta yang sebegini, tidak salah ahli dan masyarakat umum membuat andaian bahawa ada yang tidak kena. Mereka tidak boleh membaca hati dan niat seseorang. Mereka akan menghakimi tindakan JK Disiplin berdasarkan yang zahir. Mereka akan membuat andaian berdasarkan fakta yang ada pada mereka. Oleh itu pemimpin mesti jelaskan, dedahkan dan buktikan keputusan yang dibuat adalah adil. Bukan sekadar menyatakan “tiada agenda”, “saya ikhlas” dan sebagainya.

Walau dinafi seribu kali akan adanya agenda tertentu, namun “actions speak louder than words” atau tindakan lebih menyakinkan dari kata-kata. Kata-kata mengatakan tiada agenda, malangnya tindakan bagaikan menyatakan sebaliknya.

KESALAHAN KHALID LEBIH SERIUS!

Ada yang mengatakan, kesalahan Khalid lebih serius! Serius atau sebaliknya boleh dinilai berdasarkan siapa yang membuat aduan. Dalam kes saya, aduan dibuat oleh Dewan Harian PAS Selangor, pendek kata PJ sendiri.

Saya difahamkan bahawa aduan terhadap PJ dibuat oleh MB Selangor, Back Benchers Club Selangor, iaitu semua ADUN PR Selangor yang bukan ahli-exco dan juga, sekiranya diambil kira isu EGM, TGNA!

Kalau aduan MB, BBC PR Selangor dan TGNA semuanya dianggap remeh dan tidak serius, saya rasa kita kena tunggu PJ buat aduan atas dirinya sendiri barulah dianggap serius. Kalau ini berlaku, sah serius kerana ada yang sudah hilang akal!

Ada juga yang mengatakan kesalahan saya lebih serius kerana saya melakukan kesalahan terhadap parti sendiri. PJ pula melakukan kesalahan terhadap orang lain. Saya amat berharap ini bukan pandangan pimpinan PAS! Kalau ini pandangan pimpinan PAS maka tiada maknalah cogan kata ‘PAS for All’ dan pegangan, Islam adil terhadap semua. Malahan saya berani katakan sikap ini sikap Yahudi dan bukan sikap Islam. Kalau ada yang berfikiran begitu, harap sangat dibetulkan!

Lagipun, adakah benar PJ tidak menyalahi partinya? Bukankah amanat dari muktamar Ipoh dan Shah Alam mendesak supaya PR dikukuhkan? Tidakkah tindakan beliau menyalahi amanat tersebut? Atau adakah usul tersebut hanya tipu-helah politik dan satu pembohongan? Kalau ada yang menganggap ianya pembohongan, harap sedar bahawa bagi kebanyakan ahli muktamar, ianya keputusan yang mesti dipatuhi. Dan saya menyanggah PJ atas sebab tidak akur kepada keputusan muktamar.

KESAN KEPUTUSAN JK DISIPLIN

Saya tidak bersedih kerana digantung jawatan. Kita berjuang bukan kerana jawatan. Saya sedih kerana hasil keputusan JK Disiplin, imej PAS tercemar. Selama ini PAS dilihat sebagai ‘weak link’ di Selangor. Apabila disebut kerajaan PR akan jatuh kerana ada yang akan melompat, semua melihat pada PAS. Sehingga PJ terpaksa mendedahkan isu ‘Baiah taklik’ untuk meyakinkan rakan-rakan PR. Namun tindakan beliau menyanggah beberapa keputusan PR secara terbuka terus mengundang kesangsian.

Keputusan JK Disiplin mengukuhkan kesangsian ini. Rakyat melihat PAS tidak kommitted kepada usaha menjayakan PR Selangor kerana yang menimbulkan masalah tidak dikenakan tindakan. PAS terus dianggap mempunyai ‘perancangan rahsia’ dan ‘agenda tertentu’ seolah-olah hanya menunggu masa untuk bersama BN.

Sekali lagi kita tidak boleh salahkan rakyat atas andaian tersebut. Kita yang menimbulkan kesangsian dengan tindakan kita sendiri. Amat sukar untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kesungguhan PAS untuk bersama PR setelah apabila mereka baru sahaja mahu percaya, kita yang menimbulkan kesangsian kembali. Amat malang bagi PAS, peluang keemasan untuk membuktikan kesungguhan kita akhirnya terlepas begitu sahaja, malahan ditambahkan pula kesangsian.

Saya setuju dengan kata-kata TITM, “kalau anda tidak boleh membantu jamaah, jangan menyusahkan jamaah”. Malangnya, bagi saya, keputusan JK Disiplin yang banyak menyusahkan PAS berbanding kritikan dan teguran ahli. Minta maaf banyak-banyak.

KALAU TERSILAP

Rasulullah (SAW) sendiri mengaku tersilap dan seterusnya meletakkan tentera Islam dikedudukan yang dicadangkan oleh Hubab di Badr. Umar (RA) pernah menarik balik keputusan beliau apabila ditegur seorang muslimat. Imam Shafii pula terkenal dengan peristiwa qaul Jadid dan qaul Qadimnya. Kalau tersilap tiada salahnya diperbetulkan kalau kita mampu. Kalau mampu diperbetulkan, tidak cukup dengan memohon ampun dengan Allah semata-mata sambil membenarkan kerosakan terhadap imej PAS berterusan.

KESIMPULAN

Hormat saya terhadap TITM tetap kekal seperti biasa. Kalau berjumpa di Shah Alam, tetap boleh berbincang dan minum bersama. Tetapi saya tidak bersetuju dengan keputusan JK Disiplin, namun saya terima dan saya akur.

Tetapi ketetapan PAS untuk mengukuhkan PR akan saya terus pertahankan. Dan akan saya sanggah siapa sahaja yang ingin menggagalkannya. Biar pun ianya bergelaran PJ.

Mahupun SUA ataupun TP dan siapa sahaja yang ingin mengkhianati keputusan muktamar dan perjanjian persepakatan PR. Kerana muktamar adalah badan tertinggi dan kehendak PAS ditentukan di sana. Yang lain hanya perlaksana!

Kita berjuang supaya keadilan dan kebenaran Islam terserlah. Bukan oleh kerana tokoh tertentu. Tokoh datang dan tokoh pergi, namun perjuangan Islam terus dihayati.

Keadilan dan kebenaran Islam tidak akan terbukti melalui ‘politik khianat’ serta ‘politik oppurtunis’. Keadilan dan kebenaran Islam akan terserlah melalui kejujuran berpakat dan semangat setiakawan bersama. Oleh itu, sekiranya ada yang ingin khianat biarlah dunia mengetahui bahawa politik khianat BUKAN dari Islam. Biarlah ahli jamaah Islam bangun untuk menghalang penkhianatan sebegini demi menyelamatkan nama baik Islam.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD


BILAMANA UMNO TIDAK MENYERANG PAS...
Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man

Berada di kerusi Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Parti bukanlah sesuatu tempat yang mudah dan selesa. Ia adalah tempat yang akan menerima pelbagai kecaman dan kritikan, dan di waktu yang sama saya tidak boleh membela diri kerana sebarang jawapan kepada kritikan berhubung keputusan JK Disiplin, akan mendedahkan beberapa maklumat sulit parti, yang tidak perlu diketahui oleh umum.

Sewaktu saya ditawarkan jawatan ini, saya merayu beberapa kali agar melantik orang lain, bukan untuk lari dari amanah, tetapi ianya tidak sesuai dengan jiwa saya. Saya tidak suka menghukum orang, apa lagi untuk menjatuhkan hukuman ke atas sahabat satu jamaah. Bahkan saya sangat bersetuju suatu pindaan Perlembagaan parti perlu dibuat agar Pengerusi JK Disiplin tidak diambil dari kalangan AJK Pusat; kerana ia akan dilihat ‘tidak adil’ terutama bila mana kita terpaksa membicarakan AJK sendiri atau pemegang jawatan parti. Undang-undang bukan sahaja perlu adil, tetapi juga perlu dilihat adil. Mungkin satu masa yang terdekat perkara itu akan dipinda, dan itulah harapan saya. Bukan untuk lari dari amanah, tetapi untuk kebaikan parti yang terus berkembang dan akan pasti berhadapan dengan lebih banyak karenah dalaman.

Bila mana saya dihadapkan dengan kes membabitkan dua tokoh di Selangor, Dato’ Dr Hassan Ali dan YB Khalid Samad, kedua-duanya adalah sahabat baik yang semua orang tahu. Saya mempunyai hubungan yang sangat akrab dengan Khalid Samad, bahkan kalau ke Shah Alam, Markas PAS Seksyen 18 adalah tempat penginapan saya. Di situlah saya berehat dan tidur selepas program di Shah Alam, dan Khalid Samad antara orang terawal saya hubungi, memaklumkan bahawa saya masuk kawasan jajahan takluknya, sebagai Ahli Parlimen. Biasa kami akan berjumpa, minum-minum dan berbual. Bahkan selepas hukuman dijatuhkan kepada beliau saya menghubunginya di luar negara, memaklumkan keputusan, dan memohon keampunan Allah kalau saya tersilap dalam membuat keputusan kepada sahabat sendiri.

Tapi apakan daya, hukuman dan keputusan terpaksa dijatuhkan. Hanya saya rasa kurang terbeban bila mana keputusan dibuat dengan sebulat suara oleh semua Ahli JK Disiplin. Di kalangan kami ada bekas hakim dan peguam veteran PAS, Dato’ Abd Mutalib Embong dan Tuan Guru Hj Osman, seorang ulamak terkenal yang pernah menuntut di Makkah al-Mukarramah dalam bidang syariah.

Saya memaklumkan kepada YB Khalid Samad, agar menggunakan peruntukan perlembagaan untuk membuat rayuan kepada JK Pusat dan Syura, sekiranya beliau rasa hukuman tidak berpatutan. Saya masih ingat kata-kata beliau sebelum beliau ke luar negara, dalam pertemuan sewaktu membincangkan isu kalimah Allah, beliau berkata: “Kalau ana bersalah, hukumlah, jangan anta rasa berat pulak.” Saya menjawab : “ InsyaAllah, semoga Allah memudahkan urusan ini.” Beliau menyatakan dengan keputusan ini beliau sukar untuk merasmikan mesyuarat agung cawangan –cawangan yang telah membuat jemputan, tetapi beliau boleh hadir atas sifat sebagai Ahli Parlimen, dan aktiviti beliau boleh berjalan macam biasa.

Saya teringat bila mana Umar al-Khattab melucutkan jawatan Khalid al-Walid (bukan menggantungnya) sedangkan Khalid tidak melakukan apa-apa kesalahan. Khalid terus berjuang sehingga penyokong hairan dengan tindakannya. Mereka bertanya: “Kenapa kamu tidak nampak apa-apa perubahan?” Beliau menjawab: “Aku bukan berperang kerana jawatanku, tetapi kerana Allah!” Bahkan beliau terus mengemukakan cadangan kepada panglima baru bila mana melihat tentera Islam hampir kalah. Inilah semangat Khalid al-Walid. Saya yakin kita perlu mencontohinya.

Kami tidak ada agenda untuk menjatuhkan seseorang atau menaikkan seseorang. Hukuman berdasarkan fakta yang ada di hadapan kami adalah hasil soal siasat dan penghujahan yang lama dan panjang, semata-mata untuk memberi keadilan kepada tertuduh. Kami tidak boleh mengikut kehendak orang ramai yang hanya berdasarkan andaian, bukan fakta siasatan. Saya yakin pengumuman keputusan akan menjadi tajuk utama berita, kerana media perdana telah memainkan isu ini beberapa waktu sebelumnya dengan pelbagai andaian hukuman. Mereka telah berjaya membawa pemikiran massa kepada satu hukuman jangkaan yang mereka ada agenda tersendiri.

Selepas keputusan diumumkan saya menjangka UMNO akan memainkan isu ini bagi melemahkan pengaruh PAS, khususnya di Selangor. Ternyata andaian saya meleset. UMNO tidak menyerang sebaliknya saya diserang oleh ahli PAS dan rakan-rakan sendiri, yang hadir dalam mesyuarat bersama dan sering berjumpa sama. Kenapa mereka tidak datang jumpa dan bincang terus, kenapa perlu menggunakan media untuk menyerang JK Disiplin yang ditubuh oleh parti dan mempunyai hak dan kelayakan dalam perlembagaan parti? Apa untung bagi parti dengan tindakan tersebut?

Saya sebenarnya cuba untuk menjawab tohmahan itu, tetapi sebarang jawapan hanya akan menimbulkan polimik yang lebih besar dan berpanjangan. Tambahan pula ada beberapa fakta yang ditemui tidak sesuai jadi tatapan umum. Cuma saya bertanya sendirian, kenapa UMNO tidak mengambil kesempatan menyerang sedangkan mereka telah membentuk pemikiran massa ke arah itu. Bahkan yang hebat menyerang adalah ahli PAS atau penyokong PAS. Mungkin kerana simpati terhadap Khalid Samad, atau geram dengan Hassan Ali.

Komentar dari Abdullah Karim saya anggap melampau dan saya difahamkan Dewan Pemuda Pusat akan melakukan sesuatu, dan Pejabat Agong juga akan bertindak. Beliau sebenarnya telah menghantar surat memaklumkan akan mengikuti isteri ke luar negara dalam tempoh yang panjang, dan sehubungan itu beliau melepaskan semua jawatan dalaman parti dan jawatan di peringkat negeri Pahang. Mesyuarat telahpun menerima permohonan beliau. Sayangnya saat-saat akhir sebelum beliau ke luar negara, kesempatan diambil untuk menyerang JK Disiplin Parti. Kritik kemudiannya tinggal.

Saya dukacita kerana beliau seorang peguam, yang memahami prosedur hukuman dan siasatan. Kita tidak boleh menghukum berdasarkan andaian dan kehendak massa. Hukuman mestilah berdasarkan fakta yang kita temui dalam siasatan. Seandainya ada fakta yang terselindung atau yang tidak dikemukan sebagai bahan kes, maka kita tidak boleh mengambilnya sebagai alasan penghakiman. Memang saya akui bahawa beliau ada menghantar satu laporan kepada JK Disiplin, tetapi saya telah maklumkan prosedur bahawa dia kena hantar kepada SU Agong untuk dibuat penilitian, kesahihan penama-penama yang disebut, apakah ia benar ahli PAS atau bukan, sejauh mana ada kes yang boleh dirujuk kepada JK Disiplin atau kes hanya melibatkan urusan pentadbiran parti.

JK Disiplin adalah hakim, bukan badan untuk menyiasat. Takkan beliau tak faham, semua parti politik mempunyai mekanisma yang sama. Bahkan dalam prosedur perundangan biasa pun, mana ada seorang yang dituduh terus diheret di hadapan hakim untuk bicara. Pihak polislah perlu menyiasat, mencari bukti dan menentukan apakah ada kes sebagaimana yang dituduh atau tiada kes. Aduan yang dia buat hanya berupa ‘hear say’, dan dia juga faham dan sudah diberi tahu bahawa aduan beliau tidak boleh diambil tindakan, hanya dengar cakap, tiada bukti. Untuk memanggil orang yang berkenaan dalam pertuduhan beliau, penama tersebut bukan ahli PAS. Kita tiada kuasa memanggil bukan ahli dan apa jaminan ianya tidak bertindak merosakkan nama baik parti sekiranya dipanggil. Ini JK Disiplin parti, untuk menjaga ahli agar tidak melakukan tindakan merosakkan nama baik parti, dan bertindak di luar perlembagaan parti.

Apa yang mendukacitakan saya ialah saya telah jelaskan bahawa inilah prosedur laporan disiplin parti, yang telah diamalkan sejak awal penubuhan parti lagi, dan beliau memahaminya dan menerimanya pada waktu itu. Tetapi kenapa tiba-tiba dia sanggup mengeluarkan kanyataan menyerang prosedur tersebut. Soal dia tidak berpuas hati dengan hukuman ke atas tertuduh, saya pelik bukan dia yang kena tuduh. Bahkan kalau kita baca tulisan YB Khalid sendiri dia rasa puas hati bilamana segala dakwaan beliau terhadap Hassan Ali dibuktikan benar oleh JK Disiplin, sehingga Hassan Ali didapati bersalah dan dilarang mengeluarkan sebarang kenyataan yang merugikan PR dan parti. Yang kena hukum berpuas hati, yang tak ada kena mengena pulak tak puas hati.

Sebagai pimpinan kita sepatutnya menyalurkan komentar melalui saluran parti dan memelihara adab dalam jamaah. Semua harus fikir apakah tindakan yang kita lakukan itu menguntungkan parti atau sebaliknya, kerana kenyataan kita bukan keputusan perbicaraan, yang terpaksa berdasarkan fakta dan bahan yang ada di hadapan kita.

Kepada Allah saya memohon ampun andainya tindakan yang diambil tidak tepat dengan apa yang sepatutnya; dan semoga Allah tidak membebankan saya dengan bebanan yang lebih berat di akhirat. Ingatlah, kalau anda tidak boleh membantu jamaah, jangan menyusahkan jamaah.

Wassalam. - tuanibrahim


PKR Buat Laporan Polis Terhadap Laporan Utusan

Satu laporan polis akan dibuat ke atas penyiaran berita di Utusan Malaysia di muka surat depan hari ini yang bertajuk 'Tak Rela Diliwat Lagi', demikian kata Ketua Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johnson Chong di sini, hari ini.

"Kita akan membuat laporan polis berhubung laporan tersebut," kata beliau, sejurus ditemui di sini, selepas berakhirnya perbicaraan fitnah II melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini.

Anwar kelihatan mula beredar bangunan kompleks mahkamah sekitar jam 5:00 petang ini, lalu disambut dengan laungan 'Reformasi!" oleh kira-kira 50 orang pengikutnya.

Antara yang termuat di dalam laporan Utusan itu ialah pendedahan Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, yang mahu berhenti kerja kerana tidak mahu diliwat lagi oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut.

Tambah beliau, beliau bertugas sebagai sukarelawan sekitar 1 Mac 2008 dengan tugasnya - antaranya mengatur jadual ceramah pilihan raya sebelum dilantik sebagai pembantu peribadi Anwar pada akhir April.

Laporan itu menambah, Mohd Saiful dibayar gaji sekitar RM1,000 dengan elaun AS$1,000 (RM3,400) serta 10,000 dolar Hong Kong (RM4,300) bergantung kepada perjalanan ke luar negara.

Di dalam hujjahnya di mahkamah petang in Peguam Karpal berkata, laporan di dalam Utuisan Malaysia itu dibuat dengan niat jahat kerana mengada-adakan apa yang tiada dalam prosiding perbicaraan kes liwat.

Ayat yang dimaksudkan Karpal sebagai "menghina mahkamah" ialah "Tak rela diliwat lagi" dimana semalam mahkamah telah memutuskan untuk menghapuskan perkataan TERAKHIR yang membawa maksud seolah-olah telah berlaku beberapa innsiden liwat sebelumnya. Sedang kes yang menjadi perbicaraan adalah satu perlakuan yang dituduh liwat untuk kali pertama.

Penasihat PKR itu difitnah dengan pertuduhan bahawa beliau telah melakukan hal tersebut bersama Mohd Saiful pada 26 Jun 2008 antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.



Utusan Sudah Melampau, Label Pemandu Bas Express Sebagai Pelesit

Kira-kira 37 pemandu bas ekspres di sini hari ini menyuarakan rasa kesal dengan laporan berita sebuah akhbar tempatan yang merujuk pemandu bas ekspres dengan gelaran “pelesit”.

Wakil mereka, Meor Johari Meor Abu Bakar berkata penggunaan istilah pelesit dalam laporan akhbar berkenaan bulan lepas itu dilihat berniat jahat, melampau, dan menjatuhkan maruah pemandu-pemandu bas ekspres.

“Gelaran pelesit buat pemandu bas adalah kerterlaluan, seolah-olah pemandu bas mengabaikan keselamatan penumpang,” katanya dalam satu persidangan media di sini.

“Laporan itu mungkin bertujuan untuk menyedarkan tetapi istilah yang digunakan begitu berkesan bukan sahaja kepada kami pemandu-pemandu, malah turut melibatkan maruah kaum keluarga kami,” tambahnya.

Beliau berkata ekoran penyiaran artikel itu, para pemandu bas berasa malu dan bimbang masyarakat memandang serong serta beranggapan negatif terhadap mereka.

Menurutnya beliau bersama beberapa rakan pemandu bas ekspres sudah mengambil inisiatif mengumpul tandatangan 571 pemandu bas ekspres di seluruh semenanjung yang membantah penyiaran laporan berita itu. — Bernama



Ulasan GB

Akhbar Utusan Malaysia sememangnya sudah melampau. Orang yang tidak bersalah, yang mencari rezeki yang halal untuk keluarga seperti pemandu bas express tiba-tiba kini dilabelkan sebagai "pelesit".

Sikap buruk wartawan di Utusan ini sewajar dibantah bukan sahaja oleh pemandu-pemandu bas express, tetapi seluruh rakyat Malaysia.

Apa kata jika wartawan-wartawan Utusan ini digelarkan pelesit? Apa perasaan anda dan anak isteri anda sedang anda tahu anda hanya mencari sesuap nasi untuk anda dan keluarga anda?

Nama akhbar Utusan Malaysia turut disebut di dalam mahkamah hari ini dimana nyaris sahaja tidak dikenakan perintah menghina mahkamah apabila membuat laporan tidak benar dan berniat jahat apabila melaporkan kes liwat Saiful. Sila rujuk SINI




Lintas Lansung Perbicaraan Kes Liwat 2 Sesi Petang 4/2/2010

Perbicaraan kes liwat Saiful disambung semula pada petang ini setelah konvoi melawati kondominium Desa Damansara jam 11 pagi tadi.

Rombongan hakim, pihak pendakwaan dan pembelaan serta Anwar, Mohd Saiful dan Zambri Idrus, peguam pemerhati bagi pihak Mohd Saiful, meninggalkan mahkamah pada 11.43 pagi.

Anwar yang turut berada di lokasi tidak naik ke kondominium itu, sebaliknya berada dalam kenderaan Mazda MPV hitam.

Sebelum itu, perbicaraan pagi tadi diadakan secara tertutup. Wartawan tidak dibenarkan mengikuti perbicaraan itu.

Peguam utama Anwar, Karpal Singh, semalam memohon agar keterangan Saiful didengar secara tertutup kerana saksi itu telah menceritakan apa yang berlaku di kondiminium berkenaan semasa disoal semalam.

2.25 pm: - Ketibaan Anwar di Mahkamah Tinggi untuk sambungan perbicaraan disambut teriakan "Reformasi" oleh para penyokong di lobi mahkamah.

2.30 pm: Perbicaraan terbuka, bererti wartawan boleh membuat liputan pada petang ini.

2.35 pm: Di luar seorang yang tidak dikenali mengedarkan risalah menyokong Saiful.

2.36 pm: Anak Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, bersama adik-adiknya tiba.

2.42 pm: Ketua peguam pembela, Karpal Singh baru tiba

2.54 pm: Perbicaraan disambung semula

3.00 pm: Peguam Karpal Singh menunjukkan tulisan akhbar Utusan Malaysia dengan tajuk "Tak rela diliwat lagi" di halaman 1 dan "Berhenti kerana tidak mahu diliwat lagi" adalah tidak benar dan menyeleweng. Beliau menyatakan akhbar itu perlu dikenakan perintah menghina mahkamah.

3.10 pm : Pendakwa Yusof Zainal Abiden menyatakan tidak adil untuk mengaitkan laporan Utusan dengan PM kerana beliau ialah Presiden Umno.

3.15 pm : Mahkmah berhenti 5 minit untuk membuat keputusan di atas permohonan Karpal untuk mengenakan tindakan ke atas akhbar Utusan kerana menghina mahkamah.

3.20 pm: Di dalam hujjahnya tadi Karpal berkata, laporan di dalam Utuisan itu dibuat dengan niat jahat kerana mengada-adakan apa yang tiada dalam prosiding perbicaraan kes liwat.

3.26 pm: Ayat yang dimaksudkan Karpal sebagai "menghina mahkamah" ialah "Tak rela diliwat lagi" dimana semalam mahkamah memutuskan untuk menghapuskan perkataan TERAKHIR yang membawa maksud seolah-olah telah berlaku beberapa innsiden liwat sebelumnya. Sedang kes yang menjadi perbicaraan adalah satu perlakuan yang dituduh liwat untuk kali pertama.

3.30 pm : Hakim Mohd Zabidin menolak permohonan itu dan menyatakan
jika Karpal merasakan wartawan itu berniat itu memberi kesan kepada kes yang sedang dibicarakan, beliau boleh membuat laporan polis.

3.40 pm : Saiful menyambung testimoninya.

3.43 pm : Pendakwa mula memainkan video rakaman CCTV video yang diambil di pintu masuk kondominium pada Jun 26, 2008.

3.48 pm : Saiful mengesahkan bahawa lelaki di dalam rakaman CCTV itu adalah dirinya yang sedang menuju Aras 5 dihari kejadian liwat itu dikatakan berlaku.

3.50 pm : Rakaman CCTV itu menunjukkan Saiful memasuki lif untuk pergi ke Aras 5 pada 14.47 dan meninggalkan Aras 5 memasuki lif semula pada 16.14.

3.52 pm : Pendakwa Yusof cuba untuk menunjukkan raakaman CCTV dimana Saiful memasuki dan meninggalkan premis dengan keretanya tetapi komputer "hanged" tiba-tiba.

4.00 pm : Kemungkinan tengah sibuk mengendalikan masalah komputer yang "hanged" berkenaan. :)

4.05 pm: Saiful berkata selepas 2 hari kejadian itu, dia pergi ke 2 buah hospital sebelum ke Hospital KL.

4.06 pm: Saiful menerangkan beliau ke Hospital KL kerana dia dinasihatkan bahawa laporan jospital swasta tidak boleh digunakan di mahkamah.

4.08 pm: Beliau mendakwa nasihat itu dari seorang doktor yang bertugas di PUSRAWI

4.11 pm: Saiful berkata selepas menceritakan kepada doktor di HKL yang dia diliwat, dia dimasukkan ke wad kecemasan. Dan selepas sejam, seorang doktor datang untuk mengambil tekanan darahnya.

4.16 pm: Saiful berkata lagi, setengah jam selepasnya, dua orang anggota polis tiba dengan dokumen berkaitan untuk membuat laporan polis.

4.22 pm: Saiful menyatakan polis telah menyoalsiasatnya dan beberapa doktor telah melakukan pemeriksaan penuh keatasnya selepas solat Isyak malam itu.

4.24 pm: Doktor mengambil sampel bahan uji di leher, badan dan dubur.

4.30 pm: Perbicaraan ditangguhkan jam 9.30 pagi esok.

TAMAT KEMASKINI

Kes Liwat Saiful Ke Kondominium Desa Damansara

Perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bertumpu di tempat kejadian di mana Saiful bukhari Azlan mendakwa berlakunya pertuduhan yang dibawa oleh beliau terhadap mantan timbalan perdana menteri itu.

Hakim, peguambela, pendakwaraya dan pihak berkenaan berlepas sebentar tadi ke kondominium di Desa Damansara Kuala Lumpur.

Perbicaraan bersambung pagi tadi dengan Saiful dijadualkan memberi keterangan secara tertutup.

Datuk Seri Anwar menyifatkan pertuduhan liwat terhadapnya di reka cipta sekali lagi oleh pemimpin kerajaan bagi menjatuhkannya.

Beliau menyifatkan Saiful hanya sebagai kambing hitam yang diperalatkan oleh Perdana Menteri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor.

Najib mengaku menemui Saiful beberapa hari sebelum Saiful membuat pertuduhan itu.

Namun Perdana Menteri telah berdolak dalik mengenai sebab beliau mengadakan pertemuan dengan Saiful di rumahnya.

Di kondo tersebut, Saiful dilaporkan telah disindir dan diejek oleh beberapa orang penyokong PKR yang kebanyakkan adalah wanita.

Lintas Lansung Perbicaraan Kes Anwar 4/2/2010

Kes liwat 2 melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari kedua bermula pagi ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur jam 9.30am tadi.

Prosiding dilakukan secara tertutup dan berkamera sahaja dengan tidak dibenarkan dari orang awam dan media masuk di dalam bilik mahkamah. Perbicaraan diteruskan dengan testimoni dari penuduh iaitu Saiful Bukhari Azlan.

Anwar telah tiba ke mahkamah ham 9.25am sementara Saiful tiba jam 9.15am.

Penyokong-penyokong Anwar telah menunggu di ruang premis mahkamah.


9.45 am : Belum ada sebarang signal dari Mahkamah Tinggi. Perbicaraan berjalan secara tertutup. Saiful menyambung keterangannya pagi ini mengenai kononnya ada "ajakan seks" dari Anwar.

9.50 am: Beberapa orang pemimpin PKR di ruang legar sedang mananti makluman. Ramai yang masih berbicara mengenai kes semalam dimana saksi pertama pendakwa, Saiful Bukhari Azlan telah mula disoaljawab oleh pendakwa. Hari ini kemungkinan Saiful akan disoalbalas oleh peguam pembela Anwar. Apakah Saiful seorang saksi yang berkredibiliti? Sepatutnya itu menjadi tugas pokok peguam pembela. Ini kerana menurut testimoni semalam, Saiful seorang yang tidak tamat pengajiannya kerana keputusannya yang buruk. Tetapi pertemuannya dengan PM, Datuk Seri Najib dikatakan untuk memohon biasaswa (dari jawapan Najib apabila ditanya oleh media mengenai pertemuannya dengan Saiful).

Kedua, Laporan Perubatan yang dikeluarkan oleh Hospital Kuala Lumpur sebelum ini mengesahkan bahawa tidak ada sebarang tanda yang menunjukkan bahawa Saiful diliwat! Laporan ini ditanda tangani oleh tiga pakar perubatan daripada hospital berkenaan. Laporan dari HKL ini sekaligus mengesahkan laporan pertama dari Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI) yang turut mengesahkan bahawa tidak ada sebarang tanda-tanda saiful diliwat.

Tetapi anehnya, semalam pihak pendakwaan menyatakan mereka akan mengemukakan keterangan bahawa kesan air mani daripada spesimen yang diambil dari dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan yang telah disahkan oleh Jabatan Kimia, milik Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membuktikan kesalahannya meliwat Mohd Saiful.

Peguam pembela sepatutnya boleh mempersoalkan mengenai kewujudan spesimen berkenaan di dubur Saiful sedangkan laporan hospital mengesahkan tidak diliwat. Apakah tidak mungkin spesimen itu boleh saja dimasukkan selepas Saiful menjalani pemeriksaan doktor?

10.05 am: Pihak media masih tidak dapat mengikuti perbicaraan. Wartawan telah dihalang dan semua wartawan yang terlibat membuat liputa dikehendaki menulis nama mereka setelah perbincangan dengan pegawai mahkamah bertugas Supt R. Munusamy.

10.30 am: Belum menerima sebarang signal. Malah media-media akhbar yang biasa membuat liputan pun tidak dapat mengemaskinikan sebarang laporan terbaru. Tritter malaysianinsider masih belum terisi pagi ini.

11.00 am: Perbicaraan telah ditangguhkan untuk lawatan ke kondominium.

11.49 am: Konvoi meninggalkan kompleks mahkamah Jalan Duta ke kondominium.

Konvoi sampai ke kondominium. Anwar, isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan juga Saiful tiba ke tempat tersebut beberapa minit kemudian.

12.15 am: Prosiding akan disambung semula pada pukul 2.30 petang

Ok tamat kemaskini. Lintas lansung sebelah petang adalah di dalam entri yang baru.

Sorotan Kes Liwat2 Anwar-Saiful

Sperti yang GB pernah katakan di sini, pihak pendakwaan akan menggunakan segala ruang di permulaaan perbicaraan untuk mengaibkan dan menghancurkan maruah dan integriti pembela.

Ia adalah satu kaedah yang cuba menanamkan di minda rakyat yang pertuduhan tersebut adalah benar dan supaya ia tersebar seluas mungkin sebelum fakta-fakta lain dikemukakan.

Ia dilakukan bagi mempastikan pihak pembela sudah dipandang serong sekalipun sebelum membawa apa-apa bukti.

Tindakan "menyerang" personaliti pembela dilakukan dengan segala cara, "at all cost" , semenjak di hari pertama lagi.

Kita lihat semalam, dimana Mahkamah Tinggi memulakan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, digemparkan dengan dakwaan mangsa Mohd Saiful Bukhari Azlan bahawa beliau diajak oleh ketua pembangkang itu untuk mengadakan hubungan seks di luar tabii.

Mohd Saiful, 24 yang merupakan saksi pertama pendakwaan berkata perkara itu berlaku pada 26 Jun 2008 selepas beliau dan Anwar selesai berbincang mengenai jadual kerja di sebuah unit kondominium Desa Damansara di sini.


Mohd Yusof: Apa buat dengan dokumen bila masuk?

Mohd Saiful: Saya duduk di meja tersebut bertentangan dengan Anwar dan serahkan dokumen.

Mohd Yusof: Duduk, letak dokumen, apa lepas itu?

Mohd Saiful: Lepas serah dokumen, kami bincang tentang jadual kerja, tidak lama lepas itu beliau tanya satu soalan.

Mohd Yusof: Apa soalan itu?

Mohd Saiful: Can I f*** you today?

Mohd Yusof: Apa reaksi kamu ketika diajukan soalan itu?

Mohd Saiful: Marah dan takut.

Mohd Yusof: Ada kamu kata apa-apa?

Mohd Saiful: Tolak pelawaannya.

Mohd Yusof: Apa kamu kata bila menolak?

Mohd Saiful: Saya kata saya tidak mahu melakukannya.

Mohd Yusof: Anwar kata apa-apa bila kamu kata tidak hendak melakukannya?

Mohd Saiful: Dengan nada marah, Anwar kata "what" (apa)?

Mohd Yusof: Apa respon kamu?

Mohd Saiful: Saya ulang yang sama.

Mohd Yusof: Seterusnya?

Mohd Saiful: Anwar agak marah, dengan itu saya takut. Anwar arahkan ke bilik tidur utama.

Mohd Saiful berkata beliau kemudian mengikut arahan Anwar dan Anwar selepas itu menutup langsir dan lampu bilik.

Beliau berkata Anwar seterusnya meminta beliau untuk membersihkan dirinya di bilik air.

Mohd Yusof: Masa itu dah buka pakaian?

Mohd Saiful: Ya.

Mohd Yusof: Lepas bilas diri?

Mohd Saiful: Saya ambil tuala dalam tandas, saya keluar dengan bawa baju kemeja saya warna putih dan gantung di tempat pemegang almari.

Mohd Yusof: Kamu bertuala?

Mohd Saiful: Saya bertuala.

Mohd Yusof: Masa keluar dari bilik air, nampak di mana Anwar?

Mohd Saiful: Saya nampak, Anwar di hujung penjuru katil, di bahagian kaki sebelah kanan.

Mohd Yusof: Apa Anwar buat pada masa itu?Mohd Saiful: Dia berdiri pakai tuala putih dan mengarahkan saya untuk pergi dekat dia, lalu dia peluk saya sambil berdiri. Ketika itu, peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar membuat permohonan agar prosiding seterusnya dijalankan secara tertutup.


Skrip ini tanpa memperdulikan samada sensitif, ataupun tidak, lucah atau pun tidak tapi diutarakan oleh pendakwa - dengan niat utama - hancurkan maruah pembela selagi ada ruang di permulaan perbicaraan.

Malah di dalam ucapan pembukaannya sebelum perbicaraan bermula, Mohd Yusof berkata pihak pendakwaan akan mengemukakan keterangan bahawa kesan air mani daripada spesimen yang diambil dari dubur Mohd Saiful yang telah disahkan oleh Jabatan Kimia, milik Anwar. Ia sesuatu kenyataan yang tidak perlu dinyatakan, sekurang-kurangnya diperingkat awal, kerana ia memang tugas pendakwa, tetapi dihebahkan untuk makluman orang ramai dan sebelum hakim di minta oleh pembela untuk melakukan perbicaraan secara tertutup.

Tanpa memperdulikan samada pertuduhan itu benar atau tidak, tanpa memperdulikan dapat dibuktikan atau pun tidak, tanpa memperdulikan cukup bahan bukti atau pun tidak, tindakan offensif menjatuhkan maruah pembela perlu dilakukan secepat mungkin sebelum mahkamah melakukan perbicaraan secara tertutup. Dan mereka berjaya.

Sepatutnya peguam pembela telah bersedia terlebih awal, iaitu selepas Saiful memberikan keterangan mengenai dirinya dan sebelum soalan beralih kepada hal-hal yang boleh mengaibkan pembela dan keluarga pembela diutarakan, peguam sudah pun meminta supaya semua soal-jawab hendaklah dilakukan hanya secara berkamera. Peguam pembela nampaknya lalai dan tidak mempelajari taktik pendakwa di dalam kes-kes terdahulu.

Namun, Anwar masih yakin pasukan peguam belanya akan mampu menguruskan kes pertuduhan liwat yang dilemparkan oleh bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, dengan baik.

Anwar berkata, beliau tidak terkejut dengan apa yang didedahkan di mahkamah hari ini.

"Saya tidak terkejut, tapi tentunya tiada siapa mahu perkara seperti ini berlaku tetapi saya perlu berdepan dengannya.

"Saya percaya para peguam bela saya mampu menguruskannya," kata Anwar kepada pemberita selepas prosiding mahkamah pada hari pertama perbicaraan kes liwatnya berakhir.

Anwar diwakili tujuh peguam yang diketuai Karpal Singh.

Berikut adalah senarai mereka yang terlibat dalam prosiding kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi 3, Tingkat 5, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur di sini, yang dijadual berlangsung selama 17 hari mulai hari ini.

Tertuduh:

Datuk Seri Anwar Ibrahim

Pertuduhan:

Beliau dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan Mohd Saiful Bukhari bin Azlan iaitu dengan memasukkan zakarnya ke dubur Mohd Saiful Bukhari bin Azlan pada 26 Jun 2008 antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, No 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Hakim:

Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah

Pembelaan:

Karpal Singh (Ketua)
Datuk Param Cumaraswamy
Datuk C.V. Prabhakaran
Marisa Fernando
Mohd Razlan Jalaluddin
S.N.Nair
Ramkarpal Singh Deo

Pendakwaan

Peguamcara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden
Datuk Nordin Hassan
Mohamad Hanafiah Zakaria
Wong Chiang Kiat
Noorin Badaruddin
Farah Azlina Latif

Peguam Pemerhati:

Zambri Idrus (untuk Saiful Bukhari)
Rajpal Singh (untuk Majlis Peguam)
Andy Yong (untuk Majlis Peguam)

Hari ini hari kedua perbicaraan. Perbicaraan dilakukan secara tertutup bermula jam 9.30 am nanti. Apa-apa pun cuba nanti jengah di entri baru GB samada GB dapat melaporkannya secara lintaslansung. Teruskan bersama GB. Jom kita solat dhuha dulu. Masih banyak masa.

OK Dah siap