6 Dis 2010

[Video] Jerung Mengganas Lagi Di Laut Merah, Membaham Seorang Wanita Jerman

Kaherah - Seekor ikan jerung semalam menyerang seorang pelancong wanita Jerman yang sedang menyelam dekat sebuah resort Sharm el-Sheikh di Laut Merah, Mesir.

Ia merupakan kejadian yang ketiga dalam tempoh seminggu.

Pengarah Konservasi Sinai Selatan, Mohammed Salem berkata, wanita itu mati selepas diserang di Naama Bay.

Serangan itu berlaku sehari selepas Sharm el-Sheikh dibuka semula kepada orang ramai selepas ia ditutup sebelum ini kerana dua kejadian sama yang mengorbankan warga Rusia.

Menurut beberapa pegawai perubatan, wanita itu ditarik dari laut mati selepas jerung itu membaham paha dan lengannya.

Pada Jumaat lalu, pakar-pakar pemuliharaan berkata, mereka telah menangkap dua ikan jerung yang dipercayai telah membunuh dua perenang Rusia pada Selasa dan Rabu sebelumnya.

Sementara itu, Datuk Bandar, Gamal al-Mahdi berkata pantai tersebut dibuka semula selepas pihak berkuasa menganggap tidak ada lagi ancaman di pantai tersebut.

Pantai itu dikunjungi di antara tiga hingga empat juta pelancong setahun.

Satu siri serangan di Sharm el-Sheikh itu tidak dijangka, kata seorang pakar ikan jerung, Samuel Gruber yang mengetuai Stesen Kajian Biologi Bimini, Miami, Amerika Syarikat.

"Dalam satu hari, ikan jerung menggigit lebih seorang individu. berdasarkan kajian saya yang membaca mengenai serangan ikan jerung dan menulis mengenainya, anda tidak pernah mendengar ada ikan jerung yang menggigit lebih daripada seorang manusia," katanya. - AFP


Tourist Killed by Shark in Sharm el-Sheikh, Egypt
Sunday December 5, 2010

Four tourists have been injured and now one has been killed in the past week by an oceanic white-tipped shark, in the popular Egyptian Red Sea resort area of Sharm el- Sheikh. Two of the injured victims have lost their arms, and the other two have serious leg injuries. Sharm el-Sheikh is a diving and water sport mecca, think Cancun in Mexico. It's very popular with Europeans escaping the cold winter weather. A suspension has been called on most water activities in the Sharm area.

White-tipped sharks do not normally attack humans, it is thought that the same individual shark is responsible for the recent attacks. No doubt it will be caught soon enough. Earlier this year a French woman did die from a shark attack further south in the more remote Marsa Alam area. But that was the first such incident in five years. This is not Great White territory, too warm. -goafrica






1 ulasan:

  1. Kata orang tua-tua melayu, balak jangan di cari, maut jangan ditempah. Berdiri tengah jalan. Diranduk oleh keta. Nak salahkan pemandu jugak ke...?

    Janganlah pulak nanti semua spesisi ikan tuh dimusnahkan kerana dianggap musuh manusia. Macam BNlah. Asal membangkang je dianggap dan dilayanlah macam musuh negara.Amalan demokrasi tentulah ada yang menang dan takcukup undi untuk menang. Yang tak menang takkanlah nak dianggap musuh negara. Ia hanya menilai, memberi pandangan, cadangan alternatif dan menegur pihak yang menjalankan urusan kerajaan supaya sentiasa berfokus kepada kepentingan rakyat jelata.

    Simpati jugaklah. Apa pun itulah sebab dan musabbab kematian dia. Bacalah Al-Quran. Ada keterangan berkaitan itu didalamnya.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.