Speaker gagal kawal perjalanan sidang Dewan Rakyat
PARLIMEN KUALA LUMPUR: Para pemimpin utama Pakatan Rakyat kesal dan kecewa dengan tindakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang didakwa gagal mengawal perjalanan sidang Dewan Rakyat hari ini.
Mereka juga mendakwa Pandikar kerap membuat keputusan yang tidak konsisten termasuk menerima usul yang dibuat menteri sesuka hati atas alasan menggunakan kuasa Speaker.
Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Speaker seolah-olah tidak berpendirian teguh dengan membiarkan prosedur parlimen diperalatkan oleh kuasa majoriti.
"Prosedur parlimen dipermainkan oleh kuasa majoriti," katanya dalam sidang media di lobi parlimen hari ini.
Ketua Umum PKR itu berkata, beliau tidak diberi peluang menjawab terhadap usul menggantung beliau selama enam bulan kerana membangkitkan isu Apco dan Umno.
Dinafi hak pertahan diri
"Saya tidak diberi hak untuk mempertahankan diri sedangkan saya telah siap dengan hujah-hujah," katanya.
Ketua Pembangkang parlimen juga mendakwa keputusan yang dibuat oleh Speaker sentiasa berubah.
"Hari ini beliau menerima usul untuk mengantung tiga ahli Parlimen iaitu R Sivarasa (PKR – Subang); Karpal Singh (DAP – Bukit Gelugor) dan Azmin Ali (PKR – Gombak) dengan hujah-hujah yang tidak munasabah.
"Kalau tindakan di ambil ke atas mereka kerana bercakap dengan blogger dan media, apa salahnya panggil mereka untuk memberi keterangan. Panggil mereka, ambil keterangan dua jam," katanya.
Kuasa majoriti
Sementara itu, Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke berkata, jika Speaker menggantung empat ahli Parlimen selama enam bulan bermakna Barisan Nasional (BN) seolah-olah mendapat semula kuasa majoriti dalam dewan. Katanya, secara otomatik empat ahli parlimen berkenaan terlepas peluang untuk menghadiri sidang parlimen selama dua penggal.
"Peluang ini boleh digunakan oleh BN untuk membuat apa-apa pindaan termasuk persempadanan semula kawasan pilihanraya," katanya.
Isu yang serius
Sementara itu Naib Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa berkata, isu menggantung ahli Parlimen selama enam bulan merupakan satu isu yang serius.
Katanya, semasa beliau menjadi ahli parlimen pada tahun 1990, apabila keadaan menjadi tegang Speaker akan menghentikan sidang sementara. Tetapi hari ini Speaker meneruskannya walaupun keadaan menjadi tidak terkawal," katanya.
Ahli Parlimen Bachok itu berkata, wakil rakyat pembangkang dalam perbahasan tidak menyentuh isu mengenai Raja-raja Melayu, rahsia dan kes mahkamah.
"Pakatan Rakyat berjanji jika kita berkuasa, kita akan membuat perubahan terhadap sistem parlimen negara," katanya.
Dalam perbahasan sebelah pagi, Speaker mengarahkan Sivarasa dan Azmin keluar Dewan Rakyat sehingga jam 2.30 petang kerana didakwa enggan mematuhi arahannya.
Usul gantung 3 MP PR
Pagi tadi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz membawa usul menggantung ketiga-tiga ahli parlimen terbabit kerana beberapa kesalahan.
Karpal Singh dan Sivarasa, merupakan ahli Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, didakwa menghina dewan selepas membuat kenyataan di luar Parlimen berhubung prosiding Jawatankuasa itu pada 3 Disember lepas.
Mereka dikatakan telah mendedahkan keterangan dan surat Apco semasa berlangsungnya mesyuarat jawatankuasa.
Tindakan itu dikatakan menyalahi Peraturan Mesyuarat 85, apabila menyatakan bahawa kenyataan dan surat yang diberikan kepada ahli jawatankuasa itu tidak boleh disiarkan kepada sesiapa sehingga notis itu dibentangkan di Dewan Rakyat. -FMT
Ulasan GB
GB telah berkali-kali menggesa agar ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat supaya bersatu untuk mengusul undi tidak percaya kepada speaker.
Tetapi sehingga kini ia tidak dilakukan.
Sekarang rasakanlah sendiri dipermain-mainkan oleh Speaker yang senget itu. Bila dah nak kena gantung, baru masing-masing terhegeh-hegeh keluarkan kenyataan begitu begini. Sebelum ini, ahli-ahli parlimen PR tidur, ada yang tidak hadir semasa undi belah bahagi, melancong ke Indonesia tatkala Parlimen sedang bersidang. Lansung tidak ada disiplin dan tanggungjawab serta tidak menghormati amanah rakyat. Serupa sahaja perangainya dengan UMNO BN, walaupun lebih baik sedikit daripada mereka.
Semua YB-YB kita sudah berlagak bijak dan berlagak pandai sehingga tidak mahu menerima pandangan rakyat. Wikileaks yang diperdebatkan, isu yang rendah revelansinya kepada rakyat. Hal-hal seperti kenaikan harga barang dan seumpamanya yang penting kepada rakyat tidak diberikan keutamaan.
Sekarang UMNO BN sudah boleh mendapat majoriti dua pertiganya semula apabila nanti ahli-ahli parlimen PR digantung. UMNO BN telah bertindak lebih cepat dari wakil-wakil rakyat PR apabila mereka berjaya menggunakan senjata "kuasa speaker".
Jika peranan sebagai pembangkang pun sudah gagal di tangan BN, bagaimana PR mahu memerintah?
Berita berkait
Dewan Rakyat Bakal Tumbang Apabila Speaker Semakin Senget.

susah nk menjatuhkan yg lama apatah lagi yg baru pula tgh tidak stabil. sedangkan hal2 yg dihujahkan hanya utk kepentingan parti berbanding kepentingan rakyat, sedangkan mereka berdebat dan berhujah sebenarnya utk rakyat dan pandangan rakyat, mereka hanya mewakili parti dan saling tuduh menuduh sesama sendiri, manakala rakyat pula diabaikan. patut dinamakan sahaja dewan parti politik dan bukan dewan rakyat.
BalasPadamSepatutnya sebelum dijatuhkan hukuman yang 'bersalah' patut diberi peluang membela diri dahulu. Inilah akibatnya apabila beruk diberi bunga, ia tidak tahu menghargainya.
BalasPadamDi Malaysia waktu ni, bukan soal "kebenaran" yang diperbincangkan, yang penting hang ni siapa?
BalasPadamNamanya hebat tapi sayangnya, muka nya nama serupa khinzir. Kalau tak caya, tak orang Chin. Pandikar Amin Mulia patut ditukar kepada Pengecut Amon Hina.
PAM sepatutnya menggunakan kuasanya sebagai Speaker Dewan Rakyat untuk manfaat rakyat dan bukan manfaat BN sahaja.
GB seronok bila Anwar dan MP PR kena gantung....bole lah tambah modal dlm blog untuk hentam Anwar & PR. Aduhai...gb.
BalasPadam