Bahas salahlaku ketua hakim: Karpal diarah keluar
Ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh hari ini diarahkan 'berehat' sehingga sidang Dewan Rakyat selesai makan tengahari hingga jam 2.30 petang ini kerana ingin memulakan usul membincangkan aduan salahlaku Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi.
Speaker membuat arahan keluar dewan itu mengikut Peraturan 18(1).
Karpal sebelum itu, mengemukakan usul menangguhkan mesyuarat Dewan Rakyat di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dan 18(2) bagi membincangkan salahlaku rasuah Ketua Hakim Negara.
Dakwanya, Zaki dalam ucapannya mengakui di satu majlis perkhidmatan cemerlang di Mahkamah Persekutuan 11 Jun tahun ini, memberi rasuah pada 7 November 2008 di Kuching.
"Ketua Hakim Negara gagal membalas aduan saya, dan juga surat peringatan bertarikh 1 Disember 2010, di mana beliau enggan menjawapnya," kata Karpal.
"Perkara ini yang melibatkan kepentingan rakyat umum perlu disegerakan, saya memohon usul saya dibincangkan," tegasnya.
Namun, Pandikar enggan membenarkan Karpal membincangkan perkara itu dan berkata Peraturan 36 (a) menghalang mereka daripada membincangkan kelakuan seseorang hakim semasa menjalankan tanggungjawabnya.
Apabila Karpal berulang-kali cuba berhujah bahawa beliau bukan mempersoalkan kelakuan Zaki sebagai hakim tetapi sebagai tokoh awam, Pandikar mula hilang sabar dan mengarahkan pemimpin veteran DAP itu 'direhatkan'. -mk
Ulasan GB
Sepatutnya Speaker Dewan yang direhatkan.
Telah terlalu banyak kali Sepaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia bertindak mengikut emosi dan tindakan-tindakannya hanya dikenakan ke atas wakil rakyat pembangkang, tetapi tidak kepada ahli parlimen kerajaan.
Sikap berpihak, diskriminasi dan pilih kasih yang diamalkan oleh Pandikar Amin sepatutnya menjadi perhatian kepada semua wakil rakyat pembangkang dan usul supaya Speaker itu dilucutkan jawatannya hendaklah disegerakan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.