WikiLeaks: Abdullah gagal bertindak kejadian rogol melibatkan menterinya?
PETALING JAYA: Pendedahan WikiLeaks berhubung kejadian rogol terhadap seorang pembantu rumah warga Indonesia yang melibatkan seorang Menteri Kabinet era mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dilihat mampu menggugat hubungan Malaysia-Indonesia dan menjejaskan imej negara.
"Walaupun laporan WikiLeaks ini boleh diragui kesahihannya, namun sekiranya kejadian rogol ini benar-benar berlaku, ia akan memberi imej buruk kepada negara sekaligus mengugat hubungan Malaysia-Indonesia.
"Tambahan pula semenjak kebelakangan ini, begitu banyak kejadian-kejadian yang menyebabkan perselisihan faham rakyat antara kedua-dua negara berjiran ini," demikian menurut Naib Ketua Wanita PKR, Haniza Mohd Talha ketika dihubungi hari ini.
Beliau yang telah mencipta sejarah sebagai satu-satunya tokoh wanita negara ini yang menduduki kerusi Timbalan Speaker turut memberitahu FMT, kejadian seperti ini haruslah ditangani dengan telus.
"Saya bukan mengulas tentang laporan ini tetapi secara umumnya, kita tidak boleh mengamalkan budaya yang membezakan layanan undang-undang terhadap orang kenamaan dan rakyat biasa.
"Walau siapa pun yang dituduh, ia perlu menjalani proses perundangan yang sama seperti orang lain dengan telus. Apatah lagi jika membabitkan seorang pemimpin yang mendapat kepercayaan rakyat untuk memimpin dan merupakan pemimpin di peringkat pembuat dasar," katanya lagi.
"Undang-undang sama untuk semua. Kalau tidak bagaimana kita hendak memastikan orang yang berpengaruh dan ada kedudukan ini lebih bertanggungjawab sekiranya mereka mendapat layanan yang istimewa apabila mereka melanggar undang-undang," katanya lagi.
Beliau turut mengutuk sekeras-kerasnya kejadian seumpama ini dan tindakan undang-undang haruslah diambil terhadap mana-mana pihak yang melakukan dan pihak yang melindungi perbuatan seperti ini.
Penganiayaan terhadap wanita
"Kalaulah laporan WikiLeaks ini sahih, saya mengutuk sekeras-kerasnya dan tindakan undang-undang harus diambil terhadap sebarang kejadian penganiayaan terhadap wanita lebih-lebih lagi jenayah rogol dan termasuklah yang melindunginya," ujar beliau.
Sebelum ini dalam satu laporan blog Rocky Bru yang nama sebenarnya Ahirudin Atan hari ini menyiarkan pendedahan WikiLeaks bahawa salah seorang menteri ketika era Abdullah menerajui pentadbiran kerajaan telah merogol seorang pembantu rumah warganegara Indonesia.
Menurutnya, kejadian tersebut turut diketahui oleh Abdullah sendiri, namun tiada sebarang tindakan undang-undang diambil terhadap menteri tersebut.
Bagaimanapun menurut blog itu lagi, menteri terbabit hanya digugurkan sebagai menteri dalam satu rombakan kabinet yang dibuat oleh Abdullah tidak berapa lama selepas beliau mengetahui berita itu.
Beliau turut mencatatkan, pada masa ini menteri tersebut kembali aktif dari persaraannya apabila dilantik semula sebagai pengerusi sebuah badan kerajaan yang baru dibentuk pula.
Rocky Bru yang juga terkenal sebagai blogger proUmno juga menjelaskan, cerita tersebut telah sampai ke pengetahuannya semenjak tiga tahun lalu namun hanya dapat disahkan apabila pendedahan dibuat oleh WikiLeaks baru-baru ini.
Susulan peristiwa yang berlaku pada tahun 2007 ini, ketika mangsa ditemuramah di kampungnya di Jawa Tengah pada Julai tahun yang sama, mangsa telah membuat pengakuan terhadap kejadian itu.
Akhirnya laporan kejadian yang berlaku ketika tempoh perkhidmatan mangsa tersebut bersama bekas menteri terbabit menjangkau lapan tahun telah dibuat dan diserahkan kepada Kedutaan Amerika Syarikat, Indonesia dan juga Pejabat PM sendiri.
Menurut sebuah badan NGO pula, kejadian yang menimpa amah yang mempunyai dua orang anak itu turut diketahui oleh suaminya tetapi disebabkan perasaan takut dan malu, tiada usaha yang serius dijalankan untuk mendakwa menteri terbabit. -FMT

Menteri rogol amah tetapi selamat
KUALA LUMPUR, 23 Dis: WikiLeaks bukan sahaja menyusahkan ahli politik yang masih aktif bahkan juga bakal menyusahkan mereka yang dikira telah bersara dari politik.
Pemimpin sebuah akhbar pro Umno, Rocky Bru atau nama sebenarnya Ahirudin Atan (gambar), menyiarkan pendedahan WikiLeaks bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengetahui salah seorang menterinya telah merogol seorang amah warga Indonesianya.
Namun, tidak ada sebarang tindakan undang-undang diambil ke atas menteri berkenaan.
Menteri berkenaan bagaimanapun selepas itu digugurkan sebagai menteri apabila perubahan kabinet dibuat.
Menurut Rocky Bru, beliau telah mendengar cerita rogol oleh menteri kebinet ini sejak tiga tahun lalu tetapi ia tidak dapat disahkan sehinggalah ia didedah oleh WikiLeaks berdasarkan dokumen yang bocor ini.
Peristiwa itu berlaku di Kuala Lumpur pada tahun 2007. Pada Julai 2007, mangsa yang ditemuramah di kampungnya dekat Jawa Tengah, Indonesia telah membuat pengakuan itu.
Laporan itu kemudiannya telah dihantar kepada kedutaan Amerika, Indonesia dan juga kepada pejabat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Amah yang mempunyai dua anak dan suami itu telah bekerja di rumah menteri berkenaan lapan tahun ketika peristiwa itu berlaku.
Menurut laporan dari sebuah NGO itu, suami amah itu tahu peristiwa ini namun tidak diketahui oleh anak-anaknya.
Namun oleh kerana malu dan takut, usaha untuk mendakwa menteri berkenaan tidak berjaya. -harakahdaily
bro..bongkar sikit. kalu masa pak lah trimmed-down cabinet march 2008 tu yg kena axed masa tu...jj, azmi, ku dnan, radzi n another vet rafidah.....
BalasPadamSebuah kerajaan yang 'berpekong' di sana sini yang disembunyikan berdekat-dekat lamanya. "Kebejatan' yang dah merata.
BalasPadamCiri-ciri sebuah kerajaan yang berjalan dalam kemurkaan Tuhan, semakin diusahakan pembaikan, semakin menular pula masalah itu. Baldatun Taiyyibatun wa Rabbun ghafuur itu bermula daripada 'kepala' negara yang bercirikan seorang yang menghampiri Taqwa, jika pun belum bertaqwa.
Anda ada cukup akses untuk membuat penilaiaan dan penentuan. Beranilah melakukan 'hijjarah' untuk kebaikan bersama. Janganlah anda sipersalahkan oleh cucu-cicit anda lantaran 'tangan anda' mengekalkan sesario yang ada sekarang.