Dec 25, 2010

Lori Terbalik Di Lokasi Nahas Bas Bertingkat

Lori terbalik di lokasi Nahas Bas
- NSTpix by Ikhwan Munir


Sebuah lori membawa tar jalan terbalik di longkang setelah pemandunya terbabas dan hilang kawalan semalam.

Pemandu lori tersebut dikatakan cuba mengelak sebuah kenderaan yang sedang memotong dari arah bertentangan di KM7 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highland, tidak jauh dari lokasi kemalangan bas bertingkat yang mengakibat 28 penumpangnya terbunuh pada hari Isnin lalu.

Walau bagaimanapun di dalam kejadian semalam, tiada kemalangan jiwa setakat ini dilaporkan ekoran insiden itu.

4 comments:

zaid ampang said...

Nampaknya pada tempat yang lebih kurang sama. Harap kerajaan dapat hantar Datuk JJ ( Jurucakap PBtakB ) untuk pi tengok kalau-kalau ada makhluk asing di situ.

john said...

Betul tu... semenjak kematian Boss Genting kemalangan to/from genting ni meningkat...

Perhaps tak ada yang jaga 'mereka' ni kot?
my 5 sen

Anonymous said...

Jangan Jangan Tempat Itu Lalu Jalan Maklum Halus Kot...

kembara putih said...

Fizikal jalan situ mungkin x betul, kecerunan atau selekoh. Banyak jalan2 di Malaysia dalam kategori C, tak selamat dilalui.