Khir Toyo Lepas Jawatan Ketua Pembangkang Selangor Serta Merta
Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, yang dihadapkan ke mahkamah hari ini kerana dituduh berhubung kesalahan dalam pemilikan dua lot tanah dan sebuah banglo, akan melepaskan jawatannya sebagai ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri Selangor berkuatkuasa serta merta, demikian menurut laman web www.drkhir.com hari ini.
Mohamad Khir, 45, anggota jawatankuasa Badan Perhubungan Umno Negeri, turut berkata beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan berhubung jawatannya dalam parti.
"Jika ia menjadi masalah besar kepada parti, saya rela mengundur diri. Namun sebagai wakil rakyat, saya akan terus berkhidmat walau atas platform manapun sehingga mahkamah membuat keputusan," katanya laman webnya itu pada pukul 5.18 petang ini.
Mohd Khir, yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, berkata apa yang diharapkan ialah perbicaraan itu didapat dijalankan secepat mungkin. -- BERNAMA
Berita sebelum ini
Khir Toyo Tak Mengaku Bersalah, Didakwa Berhubung Pemilikan Dua Lot Banglo Mewah

Kes Khir Toyo: Terserah pejabat Peguam Negara: Najib
PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan kepada Pejabat Peguam Negara berhubung tindakan selanjutnya terhadap bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo atas tuduhan memiliki dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7 di Shah Alam, Selangor dua tahun lepas.
"Saya tidak boleh nak komen. Ini proses biasa, maknanya SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) akan buat siasatan dan hantar (laporan) kepada (pejabat) Peguam Negara.
"Kalau (pejabat) Peguam Negara kata ada kes, terpulang kepada Peguam Negara untuk membuat keputusan," kata Perdana Menteri ketika melancarkan Talent Corporation di pejabatnya di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Mohamad Khir didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri, Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di
alamat No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam daripada Ditamas Sdn Bhd melalui Pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.
Khir dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam dan didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang merangkap Ketua Pembangkang DUN Selangor itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Shamsuddin turut didakwa atas tuduhan bersubahat melakukan kesalahan itu dengan Mohamad Khir pada 29 Mei 2007.
Kedua-duanya mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh.
Mohamad Khir dan Shamsuddin masing-masing dibebaskan dengan ikat jamin RM750,000 dengan seorang penjamin. -Bernama
Berita sebelum ini
Khir Toyo Tak Mengaku Bersalah, Didakwa Berhubung Pemilikan Dua Lot Banglo Mewah
suruh dia letak jwtn ADUN skali, baru anak JAWA
BalasPadamTanya jugak dia, ada berapa anak tangga naik ke mahkamah itu..? Mungkin itulah jumlah bulan dia akan 'duduk dalam'... Tak gitu ke bro..?
BalasPadamKebobrokan yang kian terdedah itu adalah petunjuk do'a rakyat dimakbulkan Allah kerana mereka adalah di antara golongan teraniaya!
BalasPadamWak rase sebagai Anak JAWA sejati Khir patut letak jawatan sebagai ADUN dan biar ada PR DUN semula baru tahu Jawa atau tidak.
BalasPadam