24 Dis 2010

Kes Teoh Beng Hock, Ahli Keluarganya Tuntut Najib Tunai Janji Tubuh Suruhanjaya Diraja

Najib digesa kota janji, tubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk siasatan kematian Beng Hock

"Dong Zhi", perayaan tradisional Cina yang disambut dengan berkumpulnya semua anggota keluarga pada 22 Disember tersebut, membawa makna "semua anggota selamat dan kekal bersama". Namun, perayaan ini menambah kedukaan kepada keluarga mendiang Teoh Beng Hock, yang sudah dua tahun tidak menyambutnya, berikutan kematian Beng Hock pada 16 Julai 2009.

Lebih-lebih lagi, punca kematian Teoh Beng Hock masih belum menemui jawapan, meskipun hampir 18 bulan tragedi ini berlalu. Adik mendiang Beng Hock, Teoh Lee Lan menuntut agar Perdana Menteri Najib Razak mengota janjinya kepada keluarga Teoh - menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock, seandainya keluarga Teoh tidak berpuas hati dengan hasil siasatan inkues.

"Ketika itu Najib hanya berkata, akan 'mempertimbangkan (cadangan memperluaskan terma Suruhanjaya Diraja) sedalam-dalamnya'. Kini kami berharap orang awam menyokong hasrat kami untuk menuntut penubuhan Suruhanjaya Diraja yang lebih profesional dan berkecuali, untuk memaklumkan PM bahawa orang awam tidak lupa untuk mengetahui kebenaran," kata Teoh Lee Lan.

Beliau berkata sedemikian dalam satu kegiatan makan "Tang Yuan" untuk memperingati Teoh Beng Hock, anjuran badan NGO Justice For Beng Hock, Wanita Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor dan DEMA (Malaysia Youth & Students Democratic Movement), semalam. Kira-kira 70 orang menghadiri kegiatan tersebut, antaranya menangis kerana terharu selepas mendengar luahan Teoh Lee Lan.

Tandatangan Petisyen

Selain itu, Teoh Lee Lan turut menyeru agar orang awam menurunkan tandatangan sebagai sokongan kepada kempen "Jangan dilupai, Tegakkan kebenaran". Kempen ini menyasarkan 100 ribu tandatangan untuk menggesa agar PM Najib menubuhkan Suruhanjaya Diraja dengan serta-merta untuk menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock. Petisyen ini juga boleh ditandatangani melalui laman internet.

Teoh Lee Lan berkata, "Kami turun padang ke pilihan raya kecil, ceramah, pasar pagi, pasar malam dan jamuan malam untuk mengumpulkan tandatangan. Sememangnya proses ini agak sukar untuk kami, namun lebih sukar lagi untuk kita menuntut kebenaran."

"Kami tidak berputus asa, seandainya tiada jawapan diberikan pada hari esok, kami akan datang lagi pada lusa, sehingga kami mengetahui punca sebenar Teoh Beng Hock mati di dalam (bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah)," tegasnya.

Inkues penyiasatan punca kematian Teoh Beng Hock akan memberi kata duanya pada 5 Januari 2011. Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik kepada EXCO Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di bangunan Plaza Masalam. Mendiang Teoh Beng Hock dipanggil untuk memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang terletak di tingkat 14 dalam bangunan tersebut, sebelum beliau ditemui mati pada keesokannya. -MR

*Leong Khong ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina.

1 ulasan:

  1. Keluarga Teoh, Hindraf (sebagai lambang masyarakat marhaen berbangsa India)dan Raja Petra. Adakah mereka ini faham dan sedar akan perbezaan UBN berbanding Pakatan Rakyat dari sudut matlamat dan komitmen memberikan keadilan dan kebahagiaan kepada setiap warga negara dalam Malaysia ini ATAU mereka hanya kelihatan macam berpihak ke pihak PR sehinggalah permasalahan diri dan kelompok mereka apabila diselesaikan oleh UBN maka mereka akan 'mengungguli lalu menggauli' semula UBN itu...!?

    RPK dan hindraf telah menunjukkan ciri-ciri kepentingan sempit itu berbanding konsisiten dengan matlamat Pakatan Rakyat yang sekarang dengan keupayaan yang terhad dan 'dihadkan' oleh UBN. Kepentingan nasional lebih mulia lebih-lebih lagi jika sanggup mengenepikan kutamaan diri atau kumpulan.

    Bersamalah menjalin semula sejarah yang hilang dan punah setelah 'diratah-ratah' sepanjang penguasaan UBN dengan mengkotak-katikkan bangsa-bangsa dan negara ini sesedap rasa mereka sahaja. Bersamalah dengan Pakatan Rakyat untuk mencapai impian rahmat.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.