Siasatan Lanjut Berhubung Kes Pemandu Teksi Terkena Tembakan Polis
KUALA LUMPUR: Siasatan polis akan menjurus kepada prosedur yang ditetapkan termasuk cara tembakan dilepaskan berhubung kes seorang pemandu teksi cedera akibat peluru sesat berdekatan Pejabat Pos Jalan Pudu, September lepas, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah.
"Kita (polis) akan jalankan siasatan lanjut tentang bagaimana tembakan itu dilepaskan, sama ada ikut Prosedur Operasi Standard (SOP) atau tidak. Kita dah jumpa dia (mangsa) pun sebelum ini, dan kita akan jumpa dia lagi. Bukan bermakna polis tak kisah, polis dari mula lagi dah jumpa dia, sejak dia terkena tembakan itu lagi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis dialog Ketua Polis Kuala Lumpur bersama persatuan penduduk Perumahan Awam Seri Perak di sini, Ahad.
Beliau berkata sekiranya hasil siasatan itu mendapati terdapat kecuaian daripada pihak polis, pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sedia ada terhadap anggota polis terbabit.
Jumaat lepas, pemandu teksi, Yeow Leong Kang, 42, membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Cheras di sini, selepas mendakwa tidak mendapat pembelaan sewajarnya selepas terkena tembakan sesat yang mengenai kedua-dua belah kakinya.
Ketika kejadian, Yeow mendakwa sedang berehat di dalam teksinya sebelum terkena tembakan itu dari arah bawah pintu teksinya dan terus menembusi betis kanannya dan kaki kirinya menyebabkan beliau terpaksa terlantar di rumah selama dua bulan akibat tidak mampu bergerak.
Yeow mendakwa seorang anggota polis yang mengaku tidak sengaja menembaknya, datang meminta maaf dan membantunya membuat rawatan di klinik berdekatan.
Sehubungan itu, beliau meminta pembelaan sepenuhnya dan menuntut pampasan setimpal dengan kecederaannya kerana terpaksa menggunakan wang simpanan untuk belanja dan rawatan harian.
Beliau turut berharap polis akan menyiasat kes itu dengan kadar segera dan mengambil tindakan tegas terhadap anggota polis yang cuai semasa bertugas. - BERNAMA

Terkena peluru sesat, pemandu tuntut pampasan
Seorang pemandu teksi yang mendakwa terkena tembakan peluru sesat daripada seorang anggota polis menuntut pampasan berhubung keperitan yang dialaminya.
Yeow Leong Kang, 41, berkata kejadian berlaku pada 23 September lalu ketika beliau berehat di dalam teksinya di Jalan Pudu.
Beberapa saat sebelum terlena, katanya, beliau dikejutkan oleh bunyi letupan yang kuat seperti bunyi mercun. Tiba-tiba dakwanya beliau terasa sejuk dan kebas dan menyedari darah memancut dari kakinya.
Peluru dikatakan telah menembusi pintu kereta bahagian pemandu dan mengenai kaki kanannya manakala serpihan peluru mencederakan khaki kirinya.
Dalam laporan polis, Yeow berkata seorang anggota polis kemudian menghampirinya dan mengarahkannya supaya tidak bergerak dan memaklum kepadanya bahawa ambulan dalam perjalanan.
Di hospital kemudian, seorang lagi anggota polis menghampiriya dan mengakui bahawa dia adalah penembak itu dan memohon maaf berulang-kali.
Anggota polis itu kemudian menjelaskan kepadanya bahawa mereka sedang mengejar kenderaan lain dan Yeow terkena peluru sesat.
Yeow dibenarkan keluar dari hospital dua hari selepas itu tetapi terpaksa terlantar di rumah pangsanya di Cheras. Sepanjang dua minggu berkenaan, anggota polis yang menembaknya menghantar makanan ke rumah pangsanya.
“Tetapi saya tak boleh kerja untuk dua bulan. Saya tak boleh berjalan. Saya terpaksa ambil 10 minit untuk bergerak dari bilik ke tandas di rumah saya,” kata Yeow kepada pemberita selepas membuat laporan polis hari ini.
Beliau diiringi tiga ahli parlimen Pakatan Rakyat hari ini dan berkata dia hanya membuat laporan polis hari ini selepas kejadian dua bulan berlalu kerana hanya mampu berjalan semula dengan betul jumaat lalu, apabila dia kembali bekerja. -mk
Cerita ni tak payah dibesar2kan. Polis sedang bertindak, jangan kata polis tak pandang, silap tu. Ternyata yang berkenaan TER tetapi hukuman perlu setelah siasatan dilakukan. Pampasan kerana putus hasil pencarian, terganggu keluarga, trauma dll yang sepatutnya hendaklah dibayar kepada pemandu teksi berkenaan. RM60,000 bole le tu.
BalasPadamdah banyak peluru tersasar hingga membunuh rakyat, tapi kalau tersasar kena pemimpin BN baru heboh dunia.
BalasPadam