7 Dis 2010

Kenyataan Ku Li Adalah Pandangan Peribadinya

Kenyataan Ku Li pandangan peribadi, kata pengelola istana

Pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata tindakan tokoh politik veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah yang masih mempertikai kedudukan Sultan Kelantan dari segi undang-undang adalah hak dan pandangan peribadi beliau.

Katanya, ini kerana kedudukan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V telahpun diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.

“Saya juga tidak dititahkan untuk membuat kenyataan berhubung kenyataan (Tengku Razaleigh) itu. Barangkali ia perlu dikaji oleh pakar yang berkaitan undang-undang,” katanya.

Abdul Halim memberitahu pemberita demikian ketika ditemui selepas majlis perasmian Hijratul Rasul peringkat Negeri Kelantan yang disempurnakan Sultan Muhammad V, di Kota Bharu malam tadi.

Menurutnya, beliau perlu mendapat titah daripada Sultan sebelum mengeluarkan kenyataan lanjut berhubung kenyataan Tengku Razaleigh itu.

Bekas menteri kewangan itu, dalam kenyataan kepada media semalam masih mempersoalkan status kedudukan Sultan Kelantan dari undang-undang.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu selepas diminta mengulas keputusan Sultan Muhammad Ke-V memperkenankan penarikan balik dua anugerah kebesaran negeri, Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) (Al-Yunusi) dan tauliah pelantikan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K) (Al-Muhammadi I).

Pada 5 Disember, Istana Kelantan mengesahkan penarikan balik dua darjah kebesaran itu yang dikurniakan kepada Tengku Razaleigh.

Ini berikutan kenyataannya sebelum itu yang disiarkan akhbar berbahasa Cina dan menyinggung perasaan Sultan Kelantan.

Tuanku Muhammad Faris Petra Tuanku Ismail Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan pada 13 September lalu.

Tengku Razaleigh, 73, yang juga ketua Umno Gua Musang adalah datuk saudara kepada Sultan Muhammad V sebelah bondanya, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid. - Bernama

3 ulasan:

  1. Hak mutlak seorang Sultan tak boleh dan tak perlu dipertikaikan. DAULAT TUANKU !

    BalasPadam
  2. ini adalah satu penghinaan yg nyata...sedangkan mahkamah dh putuskan akan keputusan tersebut....sepatutnya ku li di kenakan tindakan lebih tegas atas kenyataan nya itu, jka ini tidak dilakukan, hamba percaya akan ada kenyataan yg mnghina sultan menjadi-jadi....ku li pengderhaka !!!!

    BalasPadam
  3. Inilah padahnya bila orang tua tak erti berlagak sebagai orang tua.
    Ku Li sepatutnya mengajak anak saudaranya untuk berbincang dan bukan mengeluarkan kenyataan yang boleh memalukan anak saudaranya. Sedangkan anak saudara tu seorang SULTAN.
    Sebagai datuk saudara, Ku LI sepatutnya menyelesaikan hal ini dalam lingkungan keluarga dan bukan bercakap dengan media.
    AKU tetap menyokong SULTAN KELANTAN, seorang pemerintah yang pentingkan Islam lebih dari segala-galanya. Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.