3 Dis 2010

Harga RON95, Diesel, Gula & Gas Naik Lagi, BN Menipu Rakyat

Petrol RON95 dan diesel naik lima sen, gula mahal 20 sen

Harga petrol RON95 sah mengalami kenaikan lima sen seliter manakala gula pula 20 sen sekilogram (kg) mulai tengah malam ini — kenaikan kali kedua harga produk itu sejak Julai lalu, di bawah dasar pelarasan subsidi diperkenalkan pentadbiran Najib.

Turut mengalami kenaikan ialah diesel, naik lima sen kepada RM1.80 seliter.

Ekoran pelarasan itu, RON95 akan dijual RM1.90 seliter.

Pelarasan itu juga membawa kepada kenaikan gas petroleum cecair (PLG) kepada RM1.90kg iaitu naik lima sen berbanding sekarang.

Kedua-dua bahan api petrol dan diesel serta LPG dan gula mengalami kenaikan pada Julai lalu apabila dasar pelarasan diperkenalkan dalam usaha kerajaan mahu mengurangkan subsidi.

Petrol RON97 yang tidak disubsidi telah mengalami kenaikan pada 1 November dan 1 Disember lalu, tetapi kerajaan tidak membuat pengumuman atas alasan ia perubahan kerana pengapungan harga.

RON97 tidak mengalami kenaikan kali ini.

The Malaysian Insider tengah hari tadi melaporkan produk-produk itu akan mengalami kenaikan mulai tengah malam ini.

Dengan pelarasan kali ini, kerajaan menjangkakan dapat menjimatkan RM621.9 juta dari produk petrol RON95, RM213.2 juta (diesel), RM63.5 juta (LPG) dan RM283.5 juta (gula) setiap tahun ataupun RM1.18 bilion.

Pada Julai lalu, kerajaan menjangkakan harga tidak akan naik sehingga akhir tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pencapaian (Pemandu) Datuk Seri Idris Jala (gambar) berkata, pelarasan subsidi diperlukan untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan.

“Kami melakukan yang ini (pelarasan subsidi) untuk memastikan defisit kita dapat dikurangkan. Kami adalah sebuah kerajaan yang bertanggungjawab.

“Kami akan memastikan kita hidup dalam lingkungan keupayaan (kita),” kata beliau pada majlis taklimat pengumuman pelarasan subsidi di pejabatnya petang tadi.

Kata beliau, walaupun ada kenaikan lima sen, harga jualan RON95 dan juga LPG serta diesel dan gula masih rendah berbanding di Indonesia.

“Lebih rendah berbanding Singapura dan Thailand,” katanya.

Turut hadir ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Salah satu pendekatan untuk mengurangkan kos ialah merasionalkan subsidi kita sebab subsidi keseluruhan Malaysia adalah paling tinggi berbanding negara lain. Subsidi kita tidak sasarkan pada (kumpulan) rakyat miskin,” katanya.

Oleh itu kata beliau, penjimatan daripada pelarasan subsidi akan digunakan untuk pembiayaan pembangunan luar bandar, pendudukan, pengangkutan bandar dan bidang-bidang lain dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Pertengahan Julai lalu, kerajaan mengumumkan pelarasan harga menyaksikan kenaikan harga beberapa barangan keperluan utama.

Dalam kenyataan diumumkan ketika itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pelarasan harga itu membabitkan petrol, diesel dan Petroleum Gas Cecair (LPG), dan juga gula, yang diselaraskan semula sebagai sebahagian daripada Program Rasionalisasi Subsidi.

Selaras dengan itu, Kabinet telah mengambil keputusan bahawa berkuat kuasa pada 16 Julai 2010, harga bagi bahan api, terutamanya petrol, diesel dan LPG, dan juga gula, akan diselaraskan semula sebagai sebahagian dari Program Rasionalisasi Subsidi.

Menurut Najib yang juga Menteri Kewangan, Penyelarasan semula harga barang-barang itu akan membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta untuk tahun ini.

Berdasarkan proses itu, kerajaan memutuskan harga petrol RON 95 dan diesel akan diselaraskan sebanyak lima sen seliter bagi semua sektor. LPG akan diselaraskan sebanyak 10 sen sekilogram dan petrol RON 97 akan diapung secara terkawal.

Bagi gula pula, harga akan diselaraskan sebanyak 25 sen sekilogram. -TMI




Ulasan GB

Belum pun sebulan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan "Harga minyak RON 95 dijangka tidak akan dinaikkan pada tahun ini".

Tetapi pada malam ini, 1Malaysia dikejutkan dengan keputusan kerajaan untuk menaikkan harga minyak RON95 daripada RM1.85 kepada RM1.90 seliter dengan diiringi kenaikan harga diesel, gula dan LPG.

Sungguh jahat mentaliti menteri BN untuk menekan rakyat dengan mengemukakan alasan "pelarasan subsidi" dan sebegitu mudah rakyat 1Malaysia ditipu oleh kerajaan BN.

Dan kita yakin setiap mereka yang "menipu rakyat" akan tetap ditolak oleh rakyat nanti.

10 ulasan:

  1. syukur alhamdulilah tak sia-sia aku jadi ahli umngok seumur hidup, baru naik sikit dah heboh nilah kerja pembangkang asik membangkang jer! kalau tak naik macam mana aku nak dapat gaji 425,000hengget sebulan..buduh punya PR.

    BalasPadam
  2. BN..Barang naik!Bila Naik?Baru Naik!Barua naik!!!

    BalasPadam
  3. Salam Semua...

    Wahai Kerajaan pikirkanlah..seblm nak naikkan harga..kesian lah pada org2 kampung yg pendapatan tak seberapa..
    BN..janji nak tolong rakyat. Nilai kenaikan munkin sikit bg kerajaan tp org kg,org desa besar nilainye...minyak naik gula..naik...pas ni ade lagi yg naik..tehtarik naik..kueh naik..


    Pengajaran buat pemerintah.PRU kali ni aku tak UNDI kerajaan....
    tu yg mampu ku kabarkan pada pemerintah. Sekian.

    BalasPadam
  4. Anon 10.22pm,

    Kerajaan UMNO/BN ni mana tau kesihan pada rakyat.Kalau dah ambil Yahudi sebagai penasihat,inilah padahnya.Dipandang dari satu sudut,padan muka orang kampung,merekalah yang amat sokong UMNO/BN ni.Konon UMNO dulu,sekarang dan selama-lamanya.Lima tahun sekali dapat kain batik,beras sekampit dan gula sekilo - dah puas hati.Lihat apa yang berlaku diGalas.UMNO sediakan satu kotak besar warna unggu,dalamnya ada minyak masak,gula,beras,biskut dan lain-lain.Kotak besar unggu ni di4 dindingnya ada gambar besar Najib kepala botak.Padan muka.Kalau dah tak kesihan diri sendiri,jangan harap orang lain nak kasihan.

    BalasPadam
  5. Nampak sangat perbendaharaan negara dah pokai. Kemana perginya hasil negara yang banyak. Hasil daripada pelbagai saman, pelbagai kompaun, pelbagai cukai, pelbagai fee, pelbagai insuran, pelbagai lesen, pelbagai cukai perkhidmatan dan cukai pendapatan dan pelbagai lagi. Kemana perginya hasil peroleum, gas, getah dan kelapa sawit. Betapa banyaknya hasil negara. Saya sungguh musykil kerana jalan raya sudah teruk, sudah exipred dah reput. Kenderaan jadi cepat rosak

    BalasPadam
  6. niat hati nak buat baik, tapi perangai macam kera, harga barang terus naik, buat kita hati gembira. Kepada rakyat Malaysia jangan marah kenaikkan harga ini kerana ianya berpatutan dan sekiranya tak mampu jangan bawa kenderaan, naik basikal saja. Jika tak mampu nak minum ayaq manis jangan beli gula cukup sekadar manis dalam senyuman aje.

    BalasPadam
  7. tmakasih BN............
    PADAN MUKA RAKYAT.....YN BODOH PILIH BN....HIDUP JKKK.....ELAUN NAIK...............HIDUP ROSMAH.........RAMBUT NAIK....MAKIN KAYA KEDAI SALOON RAMBUT...............MARILAH MARI PERGI MENGUNDI JANGAN LUPA PADA RONMAH DAN NAJIB....(nyanyi ikut melodi tau )

    BalasPadam
  8. Ramai ke makcik/pakcik yang akses ke media-media alternatif sebegini...? Aku tengok orang PAS/PKR tenpat aku relek je... macam tak kisah je PRU-13... Kenape mereka begitu yek..? Yang mereka sibuk meniaga di pasar malam je... Patutlah PAS bungkus di galas dan PKR hanyut di batu sapi. Jika masih lena tidur dengan mimpi indah di Putera Jaya, alamat semua negeri PR habis kena kebas oleh BN...

    BalasPadam
  9. BN patut naikkan semua jadi boleh selamat dari beri subsidi pada rakyat. Itu adalah perbelanjaan lagi berhemah.

    BalasPadam
  10. Menteri asyik banding harga di S'pura Indon Siam dsb tapi rega apa yang dibandingkan? Petrol,disel,gula,telefon,beras,tarif letrik dll? Camna Harga kereta? Harga motosikal saiz yang sesuai untok manusia sebesar Najib dibonceng Rosmah tentunya bukan kapcai 100cc,asyik cakap orang kampung miskin? kat bandar pun ramai yang miskin! Kalau gaji rm1500 ada 14 orang anak layak ke mohon bantuan yang dikhaskan untok orang gaji rm800? malaslah nak cakap DAHH LAAMAA DDAAHHH!!!!

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.