26 Dis 2010

[Bergambar] Artis Berperangai Sundal Pakai Seksi Semasa Anugerah Skrin 2010

Rais tegur artis berpakaian seksi

KUALA LUMPUR 25 Dis. - Kumpulan Media Prima Berhad perlu membuat penilaian semula berhubung etika berpakaian dalam majlis anugerah anjurannya berikutan kekecewaan beberapa pihak mengenai artis wanita berpakaian tidak sopan dan seksi pada Majlis Anugerah Skrin TV3 2010, semalam.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, ini kerana anugerah tersebut bertujuan memberi penghargaan kepada filem, drama dan pelakon terbaik.

"Saya sebagai Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan malam tadi hanya beri fokus kepada mutu filem dan drama dipertandingkan. Saya tidak tumpukan kepada pakaian setiap artis yang hadir.

"Tetapi sekiranya ada keadaan menjolok mata dan tidak menyerikan majlis, Media Prima melalui anak syarikatnya, TV3 perlu nilai semula supaya ia tidak berulang pada anugerah akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis Krismas 1Malaysia anjuran ahli perniagaan, Datuk Seri Vanatiah Anthony, di sini hari ini.

Beliau mengulas kekecewaan beberapa pihak terutama Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang kecewa dengan pendedahan aurat yang ketara oleh artis wanita pada majlis anugerah itu.

Rais berkata, setiap manusia ingin maju dalam kehidupan tetapi bukan bererti tamadun terutama sebagai orang Melayu dicabuli oleh kelakuan atau cara berpakaian yang tidak senonoh.

"Siapa makan cili dia akan terasa pedasnya kerana saya dan pihak lain menyatakan pandangan ini dalam konteks sebenar," katanya.

Sementara itu, Ketua Wirawati Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Zaira Jaafar berkata, biarpun penampilan seseorang itu merupakan hak individu namun ia perlu mempunyai had dan batasan.

Beliau berkata, tindakan artis wanita yang mengenakan pakaian menjolok mata bukan sahaja tidak menghormati Islam sebagai agama rasmi Malaysia, malah menunjukkan mereka tidak peka terhadap sensitiviti masyarakat.

"Bukan tidak boleh berpakaian moden dan mengikut trend, namun artis wanita juga perlu peka dengan persekitaran sekeliling.

"Jangan berpenampilan keterlaluan kerana mungkin ada di kalangan peminat dan masyarakat tidak boleh menerima imej sedemikian walaupun atas dasar bersikap terbuka mahupun atas nama kebebasan," katanya.

Zaira berkata, artis wanita sepatutnya lebih menonjolkan pakaian bersifat tradisional seperti kebaya moden apabila menghadiri acara besar dan berprestij seperti majlis penganugerahan.

Kata beliau, ia bukan sahaja membuatkan pemakainya kelihatan lebih menawan dan sopan, tetapi turut menampilkan ciri-ciri kewanitaan, sekali gus memperkasakan fesyen kebangsaan.






* gambar-gambar dirembat dari internet

Ulasan GB

Sepatutnya artis-artis berpakaian seperti di atas yang kononnya mengikut rrend (mendedahkan bahu sehingga atas dada dan fesyen yang menampakkan buah dada menggelembong) diharamkan terus muncul lagi di kaca televisyen kerana ia amat merosakkan remaja dan penonton.

Malah sepatutnya JAKIM perlu bersuara dan memanggil mereka untuk disekolahkan semula. JAKIM tidur? Rakyat Islam tuntut peranan kamu-kamu JAKIM dan sekalian mufti di hari akhirat nanti.


8 ulasan:

  1. Kita pun faham siapa mereka yang menjadi artis ni, tapi bukan semua artis la...hanya artis yang akhlaknya rendah saja yang buat perangai mcm ni...kategori artis lakunan dan nyanyian yang selalu buat perangai yang seumpamaynya.

    Artis bidang lain masih terpelihara sikap mereka....disarankan mereka yang terlibat firir-fikirlah.....kalau arak selamba je kamu minum...apa lagi bukan sana bukak sini....bukan fikir apa...masa sampai sakaratul maut nanti....

    BalasPadam
  2. Kalau ikut Tok Mufti Kami, Tan Sri Harussani. Buat kerja tanpa niat tidak menjadi kesalahan.Tengok isu MB Perak, sempurnakam ancak tiang seri,Tok Mufti kami tidak kurafat.

    BalasPadam
  3. hai!
    wan nak cakap ni...
    semua tu kerja sponser
    pengarah seni kreatif
    alah orang cainis
    saje nak buat melayu mesum
    tak payah lah jerit jerit
    sakit betul telinga wan
    macam nawewee kata soal azan
    marah betul wan
    semalam dia pegang tangan wan
    masa konvensyen
    auw! gundah gulana you!
    jangan marah! jeles gitu!

    -1jijah-

    BalasPadam
  4. semoga artis2 ni diberi hidayah dan taufik...utk berubah...

    rasanya...wirawati perkasa tu berani tak tegur rosmah yg baca Al-Quran sambil menunjukkan jambul rambutnya?...

    rasanya org gaji dari indon gelak je dengar nasihat rais yatim ni...wkakaka...

    BalasPadam
  5. Menyanyi dan berlakon tak lah hebat mana tapi keletahnya lebih. Begitu murahnya nilai tubuh badan mereka.

    BalasPadam
  6. Rais nak komen buat apa? Ini semua atas nasihat APCO nak jahanamkan moral muda-mudi Melayu. Kerajaan BN pun turut sama bersubhat menjadikan negara ini sebagai hub hiburan.Nah! Berhibur sangatlah.

    BalasPadam
  7. Islam tak benarkan artis sebegini.
    Tapi mereka ni mana reti sebab mereka tak mengaji. Mak bapak pula pekak dan tuli.
    Bagi artis macam ni hidup mau happy langsung tak fikir mati.
    Berlakon pun syog sendiri. Apa lagi yang ada cuma body. Tayang la apa lagi...nak cari populariti.

    BalasPadam
  8. MELOYA JUHALAAK!!!
    NAMA AJE ISLAM!!!

    CTH DRAMA MELOYA:
    1.HOK PAKAI SEBAN JUBAH JADI WATAK PENJAHAT,AJARAN SEASAT....DLL

    2.HOK SEKSY..BUKA SANA SINI..TUULAH YG JADI ORG SALLEH...SALLEHAH...

    3.SEMUA STESEN TV PAKAT TAYANG CERITA HANTU...SERAM...CERITA BODOH...CERITA XKUALITI...

    4.PAKAT PUJA KERJA BODOH:REMPIT,RAGUT, FITNAH,DLL

    5.DRAMA DAKWAH???:KAHWIN 4@POLIGAMI...TUNJUK CTH XSYARIE...
    SELEWING AJARAN ISLAM...

    AKIBATNYA...
    MELOYA TDAK SDAR DIRI....
    ORG NON ISLAM...XTAU APA ITU ISLAM

    PASAL ORG ISLAM SENDIRI BERI CONTOH YG SALAH...SESAT...KURAFAT..

    CTH..PALING TERANG@BODOH BANGGANG:
    RAMAI IKUT AJARAN SESAT...
    RAMAI IKUT AJARAN KELENTONG AYAH PIN...

    RAMAI IKUT BUDAYA BARAT;
    HIBURAN SAMPAI NAK MAMPUSS
    PRGRAM REALITI TV MENJADI-JADI...
    SEMUANYA REMAJA SPESIS KAUM MELOYA..

    KESIAN MELOYA SEMAKIN HANCUSSS!!!

    KERIS PLASTIK...
    ISLAM PLASTIK...!!!

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.