23 Dis 2010

1Malaysia Tertipu - Harga Minyak Malaysia Termahal Diantara Negara Pengeluar Minyak Yang Lain

Harga minyak: Alasan tidak rasional

KUALA LUMPUR: Kerajaan Barisan Nasional (BN) sering memberi alasan yang tidak rasional apabila mengambil keputusan untuk menaikkan harga minyak hingga mencetuskan kenaikan harga barang keperluan harian dan membebankan rakyat terbanyak.

Alasan yang diberi untuk merasionalkan kenaikan harga minyak ialah, ianya bukan kenaikan tetapi penyelarasan, mengelak penyeludupan minyak ke negara jiran, harga minyak lebih murah dari Singapura dan Thailand, subsidi minyak dihapuskan untuk kerajaan memajukan pengangkutan awam dan naik lima sen seliter sahaja.

Berikut cuba lihat perbandingan harga minyak antara Malaysia dan negara-negara pengeluar minyak dunia.

United Arab Emirates RM1.22/liter
Bahrain RM0.89/liter
Qatar RM0.72/liter
Kuwait RM0.69/liter
Libya RM0.46/liter
Arab Saudi RM0.39/liter
Iran RM0.36/liter
Nigeria RM0.33/liter
Turkmenistan RM0.26/liter
Venezuela RM0.16/liter
MALAYSIA (RON95) RM1.90/liter


Jika BN terus memerintah negara, subsidi minyak, gas, tepung, gula dan barangan keperluan lain terpaksa dikurangkan bagi mengelak negara jatuh bankrap pada 2019. (sumber Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala).

6 ulasan:

  1. Tak usah nak komplen tentang kenaikan harga minyak mahu pun barang-barang keperluan.Kerajaan BN tak boleh disalahkan.Depa berkuasa penuh untuk naikkan atau turunkan.Yang salah dan silap adalah kita - rakyat dan pengundi.Kita yang beri depa kuasa,nah sekarang kita tanggunglah padahnya.

    BalasPadam
  2. aku bahagia minyak, gula, beras dll tu naik, rakyat malaysiakan smuanya kaya2 belaka, lain kali kita ramai2 pakat undi LAGI SEKALI UMNO!!

    BalasPadam
  3. Nampaknya negara bukan Islam paling murah harga minyak. Kerajaan Venezuela memang prihatin kepada rakyat dimana hasil negara sama-sama dinikmati secara adil. Mereka sedar bahawa kalau minyak murah dengan sendirinya barangan lain akan menjadi murah.

    BalasPadam
  4. Bil air meningkat sedikit di Kedah ada pihak demo. Kenaikan itu tak bersangkut paut dengan kenaikan harga barang. Tapi kenaikan harga minyak berkaitan dengan harga barang. Cerdik sungguh pengguna ni.

    BalasPadam
  5. ada tak sapa2 sini yg siasat harga tu harga RON berapa.....kl kt venezuela depa pakai RON81...minyak yg paling xada kualiti...dekat US sendiri pun pakai RON 81 85 87 jer....cuba la siasat dekat negara2 yg harga minyak murah tu harga utk RON berapa....

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.