Wanita OKU Rentung Dalam Kebakaran
SAODAH (Ibu mangsa) sayu melihat rumah terbakar dan mengorbankan anak sulungnya di Kampung Banggol Ubi Keling, Pasir Mas, semalam.
PASIR MAS: Seorang wanita kurang upaya (OKU) yang lumpuh anggota badan dan cacat penglihatan, rentung dalam satu kebakaran di Kampung Banggol Ubi Keling, Nibong, Lemal dekat sini Sabtu.
Dalam kejadian menyayat hati pada 5 petang itu, Fatimah Said, 50, hanya mampu menjerit meminta tolong sebelum tubuhnya rentung dijilat api manakala adik lelakinya, Majani Omar, 33, yang mengalami masalah mental hanya mampu melihat tragedi itu.
Abang tiri mangsa, Mohd Johari Omar yang tinggal tidak jauh dari rumah mangsa, berkata beliau menyedari kebakaran itu sebaik dimaklumkan penduduk kampung namun tidak sempat menyelamatkan Fatimah kerana api marak begitu cepat.
"Saya hanya mampu melihat rumah itu ranap menyembah bumi dengan di dalamnya ada adik tiri saya. Nasib baik seorang lagi adik lelaki saya berada di luar rumah," katanya kepada pemberita di sini Ahad.
Beliau berkata Fatimah berada di dapur rumah papan itu manakala Majani pula berada di luar rumah ketika kejadian itu berlaku dan mayat Fatimah dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk dibedah siasat sebelum dikebumikan pagi ini.
Sementara itu ibu Fatimah, Soadah Ali, 70, ketika ditemui berkata ketika kejadian itu beliau tiada di rumah kerana menziarahi anaknya di kawasan berdekatan.
"Makcik tak sangka kejadian ini menimpa Fatimah. Fatimah cacat sejak kecil, dia lumpuh dan buta, tubuh dia pun gemuk. Kalau kita nak angkat memang tak larat, apatah lagi ketika kejadian Majani yang ada di rumah, Majani pula hilang upaya pemikiran dan memang tak mampu untuk berfikir seperti orang biasa untuk selamatkan kakak dia," katanya.
Soadah berkata beliau juga tidak menyangka sikap Fatimah yang makan lebih banyak daripada biasa sebelum kejadian itu membawa petanda ajalnya.
Katanya rumah tersebut adalah hasil perkongsian beliau dan arwah suami sejak20 tahun lalu.
Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Ab Kadir Che Ya ketika dihubungi berkata bomba menerima panggilan kira-kira pukul 4.50 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian bersama sebuah jentera dan lapan anggota.
"Bagaimanapun operasi menyelamat menjadi agak sukar dan memakan masa ekoran kedudukan rumah yang laluannya sempit dan rapat menyukarkan jentera kita memasuki kawasan.
"Tetapi pihak kita berjaya juga memadamkan kebakaran malangnya tidak sempat menyelamatkan mangsa yang didapati telah rentung ekoran api yang marak dengan cepat," katanya. - BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.