Raih dua emas, satu gangsa pada hari pertama
Gambar: JADI KEBANGGAAN... Puvaneswaran (gambar kiri) dan Jin Keat menyumbang emas buat kontinjen Malaysia pada hari ke-12 Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China semalam. -grafik Kosmo.
R PUVANESWARAN mencipta sejarah tersendiri apabila memenangi pingat emas karate kumite lelaki 55 kilogram tatkala Ku Jin Keat memecah monopoli Jepun dalam Sukan Asia dengan emas acara kata lelaki di Gimnasium Guangdong, semalam.
Atlit kata wanita, Lim Lee Lee memenangi gangsa kata untuk memberi kontinjen negara dua emas dan sebutir gangsa dari gelanggang karate pada hari pertama sukan itu membuka tirai.
Emas Puvaneswaran, memberi atlit 35 tahun itu emas kedua dalam penyertaannya di Sukan Asia, selepas gangsa di Hiroshima ‘94, emas di Busan 2002 dan perak di Doha 2006 manakala Bangkok 98 menyaksikan dia dibatalkan kemenangannya.
Puvaneswaran yang menewaskan peserta Vietnam, Nguyen Hoang Hiep di pusingan pertama dan Hsieh Cheng Kang (Taiwan) di separuh akhir, diheret ke tiebreak sebelum diberikan kemenangan 3-2 dalam final ketika menentang Emad Mohamad Almakli.
“Memang berbaloi. Saya menggunakan sepenuhnya pengalaman kerana sedar lawan cukup pantas. Emas ini ibarat satu penamat cerita panjang yang indah,” kata Puvaneswaran yang kini berhasrat menjadi jurulatih.
Kejayaan Jin Keat, 35, pula memecahkan monopoli atlit Jepun yang menguasai semua acara itu sejak karate dipertandingkan di Hiroshima 1994, dan lebih manis, emas itu turut melengkapkan koleksi pingat pelbagai warna atlit kelahiran Air Itam, Pulau Pinang itu.
Dia menewaskan Itaru Oki dari Jepun 3-2 dalam perlawanan akhir, selepas menewaskan lawan dari Taiwan, Chris Cheng (5-0), Dmitri Kazanov dari Kazakhstan (5-0) di suku akhir dan Faizal Zainuddin dari Indonesia (4-1) di separuh akhir.
“Rasa puas kerana saya tahu saingan memang sukar tetapi akhirnya menang emas. Kini lengkap koleksi pingat Sukan Asia saya,” katanya selepas menewaskan Oti, pemenang gangsa di Kejohanan Dunia di Serbia bulan lalu.
Lim Lee Lee, 35, yang meraih pingat keempat selepas gangsa di Bangkok 1998, perak di Busan 2002 dan gangsa di Doha 2006 berkata: “Selepas melihat undian, saya tahu sukar kerana terpaksa berdepan lawan dari Jepun. Tetapi saya sudah berjanji memberi pingat untuk negara dan gembira hajat tercapai.”
Sementara itu, seperti diduga, Malaysia menambah dua lagi pingat gangsa daripada acara terjun di Pusat Akuatik Aoti, semalam tatkala penerjun China menguasai dua kedudukan teratas acara individu 1 meter papan anjal.
Penerjun wanita, Cheong Jun Hoong, 20, memenangi gangsa dalam penampilan pertama di Sukan Asia selepas terlepas temasya Doha 2006 kerana kecederaan.
Dengan keseluruhan 271.60, Jun Hoong akur dengan kehebatan pemenang emas, Wu Minxia yang mengekalkan emas Doha 2006 dengan 326.15 mata manakala rakan senegaranya, Zheng Shuangxue menang perak dengan mata 303.90.
“Saya tak sangka menang gangsa tetapi puas selepas terpaksa mengorbankan pelajaran kerana menjalani latihan di Dali, China,” katanya yang hanya mengatasi Mun Yee di tempat keempat dengan kelebihan 3.40 mata.
Yeoh Ken Nee, 27, terus tidak menghampakan apabila memastikan gangsa kedua acara lelaki, mengumpul 391.10 mata, di belakang pemenang emas He Min dan pemenang perak, Qin Kai yang masing-masing unggul dengan 481.50 dan 451.20.
“Mujur saya bingkas pada dua terjunan terakhir selepas melakukan kesilapan di peringkat awal,” kata Ken Nee yang mengutip perak acara 3 meter papan anjal seirama, kelmarin tetapi memperbaiki pencapaian acara itu selepas di tangga keempat di Doha 2006.

wah bestnya da banyak dapat emas...
BalasPadamtapi persoalannya berapa kerat jak orang melayu asli semenajung yang dapat emas????
orang melayu asli???
yang dapat orang cina, orangn india, bumiputera sabah sarawak....
melayu asli????
adui malunya.... kata juga UMNO memerintah...
Org Melayu mana minat sukan-sukan ni. Suka jadi penonton je. Bila hebat sukan, taknak training. Ini persoalan sikap orang Melayu, yang perlu diperbetulkan segera.
BalasPadambiar dapat sejuta pingat apa gunanya rakyat hidup melarat, pemimpin UMNO hidup mewah
BalasPadamBN sengaja ambil kesempatan dari pingat yang tidak berharga, cari populariti
BalasPadamAnon 8:52 AM,
BalasPadamCina, India, Sabah dan Sarawak tu bukan rakyat Malaysia ke?
Otak cacat macam kamulah yang menyebabkan semua macam standard kat Malaysia jatuh berdebot dalam 10 tahun kebelakangan ini. Kamu tak maju kedepan tak apa tapi jangan nak berhati dengki pada bangsa semalaysia yang berkorban segalanya untuk mengharumkan nama negara.