Setiausaha PKR Pahang, Razali dakwa beliau dan empat lagi ditolak sebagai perwakilan
PETALING JAYA: Setiausaha PKR Pahang, Razali Alias mendakwa beliau bersama empat lagi wakil cabang Indera Mahkota, Pahang tidak dibenarkan menjadi perwakilan kongres parti di sini.
PKR mengadakan kongres nasional selama tiga hari mulai Jumaat lalu di Dewan Sivik Petaling Jaya.
Razali mendakwa Ketua Indera Mahkota, Azan Ismail yang juga ahli Parlimen menjadi dalang di sebalik peristiwa tersebut.
"Azan telah membantah nama saya dan empat yang lain sebagai perwakilan, beliau juga menukar kepada lima nama lain.
"Semasa mendaftar sebagai perwakilan, saya telah menunjukkan surat pengerusi tetap PKR cabang Indera Mahkota yang dihantar kepada Setiauusaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail yang menyebut saya dan empat lagi sebagai perwakilan Indera Mahkota.
"Ketika itu, Azan membantah dan menuduh saya penipu dan meminta pengawas tidak menerima saya sebagai perwakilan.
"Saya kemudiannya merujuk kepada Setiausaha Pengelola Pemilihan PKR, Radin Shamsul Kamar tetapi dia bertindak membatalkan nama saya sebagai pewakilan dan meletakkan saya sebagai pemerhati.
"Bagaimanapun, lima nama cadangan Azan itu juga diletakkan sebagai pemerhati," katanya.
Razali menentang Azan dalam pemilihan jawatan ketua cabang Indera Mahkota pada 18 September di mana beliau kalah dengan 35 undi.
Bagaimanapun, nama beliau dipilih sebagai perwakilan Indera Mahkota untuk kongres PKR di Petaling Jaya.
Beliau juga mendakwa, Setiausaha PKR Indera Mahkota, Bakri Salim dengan persetujuan Azan telah menghantar nama lain sebagai perwakilan cabang itu.
Ketika dihubungi hari ini, Razali berkata, beliau akan menghantar laporan rasmi kepada parti dalam masa terdekat.
Azan tidak dapat dihubungi untuk mengesahkan dakwaan tersebut. -FMT
Ulasan GB
Semakin terdedah banyak perkara tentang PKR ni.
Allahumma arinal haqqa haqqan warzuqnat tiba'ah
wa arinal batila batilan warzuqnaj tinabah
Ya Allah ya tuhanku,
tunjukkan kami kebenaran itu kebenaran
dan bawalah kami mendekatinya
dan tunjukkanlah kami kebatilan itu kebatilan
dan bawalah kami menjauhinya

Apa yang berlaku mutakhir ini kepada PKR,khususnya dalam pemilihan parti menjadikan satu perkara yang memualkan.
BalasPadamSaya sebagai pengundi menjadi sedikit keliru dan jemu dengan kerenah pimpinannya. Kalut seperti kerenah dalam Umno.Berebut jawatan dan kuasa. kalau inilah keadaannya,apalah bezanya dengan Umno?
Jesteru pada PRU 13 nanti,agaknya saya PKR kembali menjadi parti kerdil dan terpinggir.
tiada siapa menghancurkan pkr kecuali pemimpinnya sendiri.
BalasPadam