11 Nov 2010

Obama Bercakap Guna Bahasa Indon: "Pulang Kampung Nih"

Jakarta - Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama bercakap dalam bahasa Indonesia semasa mengucapkan terima kasih terhadap layanan yang diberikan oleh rakan sejawatannya dari Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono pada jamuan makan malam kelmarin di Istana Merdeka, lapor sebuah akhbar semalam.

"Terima kasih untuk bakso, nasi goreng, emping, krupuk. Semuanya enak," kata Obama selepas memakan hidangan yang digemarinya sewaktu di tinggal di Jakarta semasa kecil pada 1960-an bersama ibu kandung beliau dan bapa tirinya.

Obama tiba di Jakarta kelmarin dalam lawatan selama 20 jam sebelum beliau berlepas semalam ke Korea Selatan untuk menghadiri mesyuarat Kumpulan 20 yang dianggotai negara maju dan membangun.

Presiden AS itu turut menyatakan, pemandangan di Jakarta sudah berubah sejak beliau berada di bandar raya tersebut pada 1967.

Beliau tinggal bersama ibu kandung dan bapa tirinya yang merupakan warga Indonesia di sebuah rumah di Menteng Dalam di sini.

"Saya mengingati orang ramai menaiki becak...beca atau bemo yang sejenis pengangkutan seperti teksi. Kini sebagai Presiden, saya tidak dapat melihat trafik. Jalan raya disekat," katanya sambil diiringi ketawa daripada sekumpulan pegawai dan pemberita.

Presiden AS itu menyatakan demikian bagi merujuk laluan konvoi Obama yang disekat daripada dilalui kenderaan awam semasa beliau tiba di Jakarta petang kelmarin.

Sementara itu, semasa berpidato di Universiti Indonesia semalam, Obama turut mengucapkan salam dengan berkata: "Assalamualaikum. Salam sejahtera."

Ucapan salam itu mendapat tepukan gemuruh daripada pendengar yang padat memenuhi dewan tempat beliau berucap.

Kelmarin, Obama turut mengucapkan assalamualaikum kepada pemberita di Istana Merdeka.

Presiden AS itu turut menyebabkan pendengar gelak ketawa di dewan Balairung Kampung universiti tersebut apabila beliau berkata dalam bahasa Indonesia : "Pulang kampung nih."

Lebih 6,000 orang mendengar ucapan Obama itu.

Dalam suasana yang ceria, pendengar turut mendengar Presiden AS itu menceritakan penjaja jalanan melaungkan perkataan sate dan bakso pada waktu malam.

"Indonesia bagian dari diri saya," kata Obama dalam bahasa Indonesia.

Obama berkata, adik tirinya, Maya Soetoro dilahirkan semasa beliau berada di Jakarta.

Menurut Presiden AS itu, semasa kecil, beliau akan bermain layang-layang, berlari di sawah padi dan menangkap pepatung.

"Jika anda bertanya kepada saya atau rakan-rakan sekolah saya yang mengenali saya, saya tidak berfikir mana-mana daripada kita boleh meramalkan bahawa pada satu hari nanti, saya akan kembali ke Jakarta sebagai Presiden Amerika Syarikat," katanya yang mendapat tepukan gemuruh daripada pendengar.

Presiden AS itu turut menyatakan bahawa Indonesia adalah contoh paling terkuat sebagai satu kemunculan demokrasi untuk memajukan ekonomi dan sebuah negara Muslim yang bertoleransi dengan agama lain.

"Pencapaian anda menunjukkan demokrasi dan pembangunan saling memperkuatkan antara satu sama lain," katanya.

Obama menyatakan, walaupun Indonesia sudah mengalami banyak perubahan, perkara penting yang dipelajarinya mengenai negara ini ialah semangat tolak ansur yang termaktub dalam perlembagaan dengan terdapatnya masjid, gereja dan kuil.

Presiden AS itu yang tidak berucap panjang kerana meninggalkan Indonesia pada pukul 10.30 pagi waktu tempatan berkata: "Kita semua perlu menewaskan Al-Qaeda dan sekutu-sekutunya."

Mengenai Asia Barat, Obama menyatakan proses keamanan Israel-Palestin menemui banyak halangan selepas beliau melancarkan semula rundingan pada September lalu.

Semasa menutup pidatonya, Obama berkata: "Terima kasih, selamat sore... Assalamualaikum." - Agensi


Obama: Indonesia bagian dari diri saya

Obama memberi pidato umum di UI tanpa menggunakan teks.

Para mahasiswa Universitas Indonesia berulang kali bertepuk tangan menyambut pidato Presiden Barack Obama.

Dalam pidato umumnya, itu Presiden Obama antara lain mengenang masa kecilnya di Indonesia.

"Indonesia adalah bagian dari diri saya," tuturnya dalam Bahasa Indonesia.

Obama mengatakan dia masih ingat bagaimana tukang sate dan bakso berjualan di rumahnya di kawasan Menteng dulu.

"Sate... bakso," ujarnya yang disambut sorak sorak para mahasiswa.

Menurut Obama, Indonesia sudah berkembang demikian pesat dan kini memainkan peran kunci di dunia.

"Bhineka Tungal Ika, keragaman dalam kesatuan. Ini adalah dasar dari Indonesia dan itulah sebabnya kenapa Indonesia memainkan peran yang penting di dunia dalam abad ini."

Obama juga menutup pidatonya dengan menggunakan bahasa Indonesia yang dia hafal di luar kepala.

"Sebagai penutup saya mengungkapkan kepada seluruh rakyat Indonesia, terima kasih. Assalamalaikum."

Beragam tema

Salah satu tema yang diangkat Presiden Obama adalah perdagangan dunia, antara lain dengan Amerika Serikat.

"Amerika akan menambah pelaburan di Indonesia dan nilainya meningkat sampai 50%."

Selain itu juga Obama mengangkat masalah lingkungan, dengan mengatakan Amerika Serikat akan menolong Indonesia dalam melindungi sumber daya alam.

"Amerika Serikat juga menyambut kepemimpinan Indonesia dalam mengatasi perubahan iklim."

Dalam pidatonya yang sama sekali tidak menggunakan naskah, Obama tak lupa menekankan hubungan antara generasi muda kedua negara.

"Kami ingin lebih banyak mahasiswa Indonesia di sekolah-sekolah Amerika dan kami ingin juga mahasiswa Amerika yang lebih banyak di sini."

Presiden Obama juga menyinggung pemilihan umum di Burma yang dinilainya tidak adil maupun tidak jujur dan pada saat bersamaan memuji demokrasi Indonesia.

Dalam pidatonya, Barack Obama tak lupa mengangkat isu kebebasan beragama.

"Kebebasan untuk melaksanakan ibadah agama merupakan hak yang universal, yang harus dilaksanakan."

Dia mengatakan sebagai presiden, dia menempatkan hubungan Islam dengan Amerika Serikat sebagai prioritas dan mengingatkan kembali pidatonya di Kairo yang ingin memperbaiki hubungan AS dan Islam.- bbc


4 ulasan:

  1. Kalau kat Malaysia , Obama greet ASSALAMUALAIKUM, bukan disambut dengan tepukan.... mesti dengan MAKIAN dan CACIAN....

    sy hairan, INDONESIA yg no 2 MAKKAH menerima ucapan assalamualaikum dari Obama (kafir) umpama ungkapan "selamat sejahterah"...

    tp kat Malaysia, HANYA orang MUSLIM sja yg boleh menggunakan salam asalamualaikum...walhal di negeri Arab pun mereka berucap salam assalamualaikum dgn orang2 yg bukan muslim....

    kenapa kah????????

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Anon 8:44, hanya orang melayu anutan UMNO sahaja yg membantah kerana mereka sebenarnya mengaku bergama Islam akan tetati idiologi mereka sebaliknya memusuhi Islam.

    Mereka sebenarnya agen Yahudi. UMNO/APCO.

    BalasPadam
  3. kalau setakat nak cakap melayu siapa boleh, macam pemimpin UMNO tapi majoriti tahanan ISA orang melayu dan iaslam

    BalasPadam
  4. Obama makanan favorit kita sama yaitu bakso,emang mantap itu makanan gak ada bosannya untuk dimakan....

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.