18 Nov 2010

Limpahan Warga Asing Di Kota Setiap Kali Musim Perayaan, Kerajaan Berdiam Diri?

Rimas warga asing ramai

Gambar: MACAM-MACAM RAGAM...kehadiran warga asing di Taman KLCC menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penduduk tempatan dan pelancong.

KUALA LUMPUR: Seperti biasa, setiap kali cuti umum, tempat tumpuan di ibu kota antaranya Taman KLCC dipenuhi ratusan warga asing yang berkumpul beramai-ramai dan melepak di kawasan berkenaan hingga menimbulkan keadaan kurang selesa kepada pelancong asing dan warga tempatan.

Ada antara mereka yang bukan saja berehat, malah melanggar peraturan dengan menceroboh masuk ke dalam kolam air pancut di hadapan Suria KLCC hingga mencacatkan pemandangan di kawasan berkenaan.

Malah, tidak kurang juga yang bersikap keterlaluan apabila tanpa segan silu bercumbu di khalayak ramai.

Suri rumah, yang hanya mahu dikenali sebagai Siti, 34, berkata dia bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga berikutan kehadiran terlalu ramai warga asing di taman berkenaan.

“Ini kali pertama saya dan suami datang ke sini kerana tidak dapat pulang ke kampung sempena Aidiladha, tetapi saya terkejut dengan kehadiran warga asing yang terlalu ramai sehingga saya rasa seolah-olah tidak berada di Malaysia,” katanya.

Emelan Nordin, 25, dari Sabah berkata, walaupun dia sudah biasa dengan keadaan berkenaan, namun berharap pihak bertanggungjawab meningkatkan tahap keselamatan di kawasan itu.

“Walaupun mereka tidak mengganggu atau membuat kacau, namun pemantauan rapi perlu dilakukan kerana bukan hanya kami warga tempatan, malah saya yakin pelancong juga tidak selesa dengan sikap mereka.

“Tidak hanya melanggar peraturan yang ditetapkan di taman ini, ada juga antaranya tidak langsung menjaga kebersihan dengan membuang sampah dan meludah di merata tempat,” katanya.

Bagi warga Indonesia, Hilhamjayadi, 36, cuti umum yang diperoleh digunakan sepenuhnya untuk bertemu rakan dan saudara-mara yang tidak dapat pulang menyambut Aidiladha di kampung halaman dan berkongsi pengalaman bekerja di Malaysia.

“Inilah masanya untuk kami bertemu, berkumpul sebegini sedikit sebanyak dapat mengurangkan kerinduan terhadap keluarga di kampung. “Mungkin sikap tindakan kami berkumpul dipandang serong sesetengah pihak, namun sebenarnya tiada apa yang kami lakukan, hanya berkongsi cerita,” katanya.

Tinjauan mendapati kebanyakan warga tempatan mengunjungi kolam kanak-kanak dengan membawa anak-anak mereka di bawah 12 tahun untuk bermain di sana lebih-lebih lagi sempena cuti sekolah sekarang. -hm

7 ulasan:

  1. kerajaan BN jaga pendatang tapi rakyat diabaikan

    BalasPadam
  2. kalau rakyat tempatan silap sikit macam saman ekor kena, kalau rakyat asing di dodoikan

    BalasPadam
  3. Modal besar tu happe...

    BalasPadam
  4. Jangan tak tau...modal untuk PRU tu..hua hua hua...kat pusat bandar utara selayang ni pong belambak...macang depa punya negara dah...cuba tengok di mana - mana perumahan , sah tentu ada geng2 PATI ni..apa kerajaan buat? buat2 tak tau jer sebab MODAL BESAR tu spt kata anon 6.61 kat atas.

    BalasPadam
  5. Kerajaan BN memang buka pintu seluas-luasnya untuk pendatang asing konon nak jadikan Malaysia pusat ilmu.Begitu ramai yang punya visa "pelajar" tapi tak tau dimana depa belajar.Yang kononya "pelajar" ni boleh bawa masuk sekali keluarga termasuk abang,adik,ibu,bapa dan datok,nenek.Depa tak takut langsung kena tangkap sebab boleh "kowtim" dengan polis mahu pun immegresen.Kes diSabah,dimana pendatang dari Filipina dan Indonesia diberi kad pengenalan Biru,sudah tutup sebab depa membantu BN.Kita menunggu sama ada pada PRU ke13 akan datang akan ada pula Mat Afro mengundi untuk BN.

    BalasPadam
  6. KDN bangun la dari tido, buka mata luas-luas pandang dekat dan jauh, guna mata, guna teropong. Kemudahan yg dibuat untuk siapa ? Nasib baik aku dok di kampung....

    BalasPadam
  7. KDN dipimpin bekas menteri pelajaran yang kurang cerdik

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.