Utusan Melayu Catat Kerugian Pracukai RM10.6 Juta
KUALA LUMPUR: Utusan Melayu (Malaysia) Bhd telah mencatatkan kerugian pracukai RM10.682 juta untuk tempoh sembilan bulan berakhir 30 September, 2010 berbanding keuntungan pracukai RM1.707 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Pendapatan kumpulan media itu telah merosot kepada RM244.564 juta daripada RM253.847 juta sebelumnya kerana sumbangan daripada pengiklanan kurang menggalakkan, kata syarikat itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.
Untuk suku ketiga berakhir 30 September 2010, Utusan mencatatkan keuntungan pracukai yang rendah iaitu RM1.736 juta daripada RM10.128 juta dalam suku yang sama tahun lepas.
Bagaimanapun, pendapatan mengukuh kepada RM89.540 juta dalam tempoh bawah kajian daripada RM89.530 juta sebelumnya.
Utusan berkata, saingan yang sengit untuk perbelanjaan pemasaran pengiklanan, bukan hanya di kalangan media cetak, tetapi juga di kalangan semua saluran media telah menjejaskan prestasi kumpulan untuk tempoh di bawah kajian.
Faktor itu akan kekal sebagai cabaran kepada kumpulan berkenaan untuk baki tempoh 2010, katanya.
"Bagaimananpun, pertumbuhan positif yang dijangkakan untuk Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini dan tahun depan diunjurkan dapat merangsangkan perbelanjaan pengiklanan dan menyediakan peluang untuk kumpulan meningkatkan pendapatan pengiklanannya," kata kenyataan itu lagi. -mstar

Semua orang yang berpegang kepada dasar demokrasi dan media bebas wajar meneruskan boikot product Utusan terutama akhbar Meloyanya.Syarikat yang berhasrat untuk mengiklankan product diakhbar Utusan akan mengkaji "circulation" akhbar itu dan sekiranya tidak memuaskan,depa tidak akan mengiklan disitu.Terus boikot sehingga tutup kedai.
BalasPadamboikot akhbar arus perdana BN, berita fitnah dan bohong belaka, sedikit yang benar
BalasPadamkaki tangan utusan sanggup berjihad untok menegakan kezaliman pemerentah.
BalasPadamNampaknya boikot oleh PR mula menampakkan hasil. Terus boikot, biar kakitangan mereka mati kelaparan.
BalasPadam